Tuesday, March 01, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #1 - Post #147

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #147


TINDAKAN & IMPLIKASI #1 
DISIPLIN PERAKAUNAN


MENGAPA HARUS DI PATUHI


Ramai Orang selalunya kurang faham kenapa Disiplin Perakaunan dalam mencatit segala JUAL & BELI aktiviti perniagaan harus di patuhi dengan penuh displin.
SEBAB 1
Ini adalah kerana untuk memberi PELUANG kepada LAPORAN TERPERINCI boleh di lakukan terhadap segala Aktiviti JUAL & BELI secara :-


  • HARIAN
  • MINGGUAN
  • BULANAN
  • TAHUNAN
SEBAB 2
  1. Melalui segala CATITAN YANG TEPAT, anda akan dapat MELIHAT segala PERGERAKAN didalam Aktiviti Perniagaan anda
  2. Anda akan dapat MENILAI dan MENGIRA segala ;-
  • Perbelanjaan KELUAR
  • Pendapatan MASUK
  • Bagi MENGUKUR segala UNTUNG & RUGI Perniagaan anda
  • Dapat Mengawal Pengaliran Wang secara teratur dan kena pada tempat
SEBAB 3
Akan MEMUDAHKAN anda membuat LAPORAN KEWANGAN untuk TUJUAN membayar CUKAI PERNIAGAAN :-
  • DI HUJUNG TAHUN Bulan DECEMBER untuk Syarikat ENTERPRISE / PERSENDIRIAN
  • DI AKHIR TAHUN PENUTUPAN AKAUN di Bulan MARCH Syarikat SENDIRIAN BERHAD / BERHAD.
  • Dan akan MEMUDAHKAN Pihak AUDITOR SYARIKAT untuk membuat Laporan Kewangan
SEBAB 4
  • Jika di lakukan dengan PENUH DISIPLIN seperti segala WANG harus di masukkan ke dalan BANK dan semua RESIT PERBELANJAAN dan RESIT PENJUALAN di rekod dan di simpan secara SISTEMATIK,  anda akan MAMPU untuk MENGESAN dengan pantas segala GEJALA atau PENYAKIT yang boleh menjejaskan segala kelancaran perniagaan anda.
  • Dan DISIPLIN sebegini akan membuat AKAUN BANK anda AKTIF dan TERATUR, ini pula akan memberi anda PELUANG untuk MEYAKINKAN pihak Bank jika anda bercadang untuk membuat sebarang PEMBIAYAAN perniagaan di masa hadapan. Dimana REKOD PERAKUANAN anda Cantik, Kemas dan Teratur.
SEBAB 5
  • Dengan memiliki CATITAN dan LAPORAN KEWANGAN yang kemas dan teratur, DISIPLIN ini akan mendorong Aktiviti Perniagaan anda MENINGKAT kerana :-
  • Segala Turun Naik Aktiviti sering di ikuti dan peluang untuk masaalah membesar dapat di elakkan
  • Anda akan terdorong untuk selalu melakukan yang terbaik dalam setiap hari berniaga
  • Dengan Semangat tersebut anda akan mempengaruhi setiap kakitangan dan pekerja menjadi lebih bersemangat dalam tugasan mereka
  • Pihak Pelanggan juga dapat MERASAKAN SEMANGAT tersebut dan akan MERASA SENANG untuk berurus-niaga dengan Syarikat anda.
IMPLIKASI BURUK
Jika SISTEM PERAKAUNAN anda tidak teratur atau BERTERABUR, ini akan MENYUSAHKAN anda untuk meneliti dan melihat Indek Kemajuan Perniagaan anda.
  • Akan MENYUSAHKAN anda untuk Mengira Untung & Rugi
  • Akan MENYUKARKAN anda membuat Laporan Kewangan kepada Pejabat CUKAI
  • Akan MENYEBABKAN anda BERBELANJA dengan tidak ada PANDUAN
  • Akan MERUNSINGKAN FIKIRAN anda pada setiap masa dengan pelbagai masaalah yang wujud kerana ianya berlaku TANPA KAWALAN anda.
  • Akan MENJEJAS SEMANGAT BEKERJA Kakitangan dan Pekerja anda
  • Pihak Pelanggan akan juga TERASA dan akan menjauhi melanggan atau berurusan dengan Syarikat anda
  • Peluang untuk anda memajukan Perniagaan adalah TIPIS.
TIPS

  • LAKUKAN SEGALA CATITAN PERAKAUNAN SECARA HARIAN DAN JANGAN DI TANGGUH KE ESOK HARI.
  • LANGKAH INI SEBAGAI SATU DISIPLIN HARIAN YANG PATUT DI PATUHI UNTUK MENGELAKKAN SEGALA PUNCA MASAALAH
editor

No comments:

Post a Comment