Monday, March 07, 2011

CASE STUDY #3 - Post #159

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #159


CASE STUDY #3
KEDAI RUNCIT PENIAGA MELAYU


CONTOH KES KEDAI RUNCIT PENIAGA MELAYU ini di ambil daripada WAWANCARA saya dengan PENIAGA terbabit apabila di lihat perniagaan kedai runcit nya KURANG MAJU dan JARANG DI LANGGAN.
  • LOKASI KEDAI : DALAM TAMAN PERUMAHAN - KEDAI TERES / PERTENGAHAN
  • SAIZ KEDAI : 24' x 90'
  • FORMAT KEDAI : SUSUNAN KEDAI RUNCIT / PASAR MINI
  • JENIS STOK : +- 1500 JENIS PRODUK
  • PEKERJA : 2 ORANG (Pemilik & Pembantu)
  • KEUTAMAAN : BARANGAN BASAH / DAPUR
MASAALAH YANG DI HADAPI / DARI WAWANCARA
  • KEKURANGAN PELANGGAN
  • HASIL JUALAN YANG RENDAH
  • KURANG SAMBUTAN
HASIL ANALISA
Saya dapati beberapa perkara yang berikut :-
  • Kebanyakan BARANGAN RUNCIT di jual samaada dengan HARGA LEBIH 5 SEN hingga 20 SEN daripada KEDAI RUNCIT BERDEKATAN
  • SUSUNAN BARANGAN yang bercampur-aduk dan tidak menurut susunan JENIS PRODUK bagi memudahkan Pelanggan mencari.
  • LAYANAN PELANGGAN yang KURANG MESRA kerana Pembantu Kedai dan Pemilik dari jenis yang kurang bercakap.
  • PERKHIDMATAN YANG LAMBAT untuk membuat KIRAAN di CASHIER kerana di lihat Pemilik TIDAK CEKAP membuat KIRAAN.
  • Dan Pemilik banyak TERTUMPU kepada bahagian SAYUR-SAYURAN sehingga mengabaikan hal-hal yang lain.
JAWAPAN DARIPADA SARANAN & TEGURAN
Apabila di ajukan perkara-perkara yan gdi sebutkan kepada Pemilik, ia bukan sahaja di pandang remeh tetapi si pemilik mempertahankan CARA dia berniaga dengan ALASAN berikut:-
  • HARGA LEBIH kerana terpaksa membeli daripada PEMBEKAL secara KREDIT, di mana Harga Beli menjadi MAHAL dengan Terma 30 HARI. Jika dia tidak melebihkan Harga Jualan maka MARGIN KEUNTUNGAN akan tinggal antara 5 SEN - 10 SEN untuk sesuatu BARANGAN.
  • Pemilik terpaksa bersandar kepada PEMBEKAL tersebut kerana KEKURANGAN MODAL untuk MEMBELI STOK secara TUNAI di tempat lain. 
  • Mengenai SUSUNAN BARANGAN si Pemilik berpendapat cara dia menyusun tidak mendatangkan masaalah kerana sejauh dia berniaga tidak pernah sesiapa yang membuat ADUAN.
  • Mengenai masaalah KURANG MESRA si Pemilik berkata ITU SUDAH CARA & SIFAT DIA termasuk si Pembantu Kedai.
  • Mengenai LAMBAT MENGIRA, si Pemilik berkata yang beliau tidak biasa menggunakan MESIN CASH dan lebih gemar menulis di kertas untuk mengira.
  • Mengenai TUMPUAN beliau banyak kepada Bahagian Sayur-sayuran, beliau berkata yang beliau bermula dengan menjual sayur-sayuran di pasar dan berpengalaman dalam hal tersebut.
RUMUSAN KES INI
  • Di sini sudah CUKUP JELAS yang PEMILIK KEDAI sememang nya sangat BERSEMANGAT untuk berniaga kerana beliau telah bermula berniaga daripada MENJUAL SAYUR dan meningkatkan perniagaan kepada KEDAI RUNCIT / PASAR MINI. 
  • Ini merupakan suatu KEMAJUAN di dalam mengembangkan KEUSAHAWANAN beliau di dalam Dunia Perniagaan.
TETAPI
  • PENIAGA ini KURANG MAHIR di dalam JENIS PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT dan hanya melakukan nya hanya berdasarkan MINAT dan INGIN MELUASKAN PERNIAGAAN tanpa MEPELAJARI SELOK BELOK DUNIA PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT.
  • Kerana KELEMAHAN tersebut yang membuat Perniagaan beliau tidak RANCAK serta mendapat sambutan dingin daripada PELANGGAN.
  • KONSEP PEMBELIAN STOK RUNCIT juga di dapati dengan MENGADAPTASI cara beliau membeli SAYUR dimana KONSEP PEMBELIAN tersebut telah menyebabkan beliau KERUGIAN seawal MEMBELI STOK kerana menggunakan Konsep KREDIT.
  • PENIAGA ini juga tidak melakukan TINJAUAN PASARAN atau MARKET SURVEY terhadap HARGA BARANGAN yang di jual di kedai nya untuk mengetahui sejauh mana PERBEZAAN yang beliau lakukan dengan PESAING.
RUMUSAN PAKAR
  • CONTOH PENIAGA KEDAI RUNCIT ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa KEKURANGAN KEMAHIRAN & PENGETAHUAN di dalam sesuatu JENIS ILMU PERNIAGAAN akan membawa banyak MASAALAH kepada PENIAGA.
  • KERANA di dalam setiap JENIS atau SEKMEN PERNIAGAAN itu akan WUJUD STRATEGY YANG BERBEZA untuk bagaimana BERJUAL BELI.
  • Dari Contoh Peniaga ini telah CUKUP MEMBUKTIKAN bahawa KEPERLUAN UNTUK MENGETAHUI SELEOK BELOK sesuatu Jenis Perniagaan itu AMAT PENTING jika mahu berjaya dan bukan hanya bersandarkan kepada MINAT sahaja.
  • Dimana di dalam BANYAK POSTING saya telah banyak MENGEMUKAKAN PELBAGAI HURAIAN untuk bagaimana untuk MENJADI SEORANG PENIAGA atau USAHAWAN
  • BANYAKKAN MEMBACA dan MEMPELAJARI sebanyak yang mungkin, kerana perkara-perkara seperti inilah TIPsNIAGA.COM di WUJUDKAN KHAS di dalam BAHASA MELAYU.
NOTA
Selang beberapa bulan kemudian, di dapati KEDAI RUNCIT PENIAGA tersebut telah DI TUTUP dan saya terjumpa beliau kemudian di sebuah PASAR menjual SAYUR kembali.


editor

No comments:

Post a Comment