Monday, March 28, 2011

BUSINESS TERMS #5 - Post #187

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #187


BUSINESS TERMS #5
MEMAHAMI TERMA PERNIAGAAN


MAKSUD B2B DAN B2C


DEFINASI B2B
  • BUSINESS TO BUSINESS - Perniagaan kepada Perniagaan
  • Ini bermaksud sesuatu PERNIAGAAN yang di lakukan antara sesebuah SYARIKAT dengan SYARIKAT yang lain. 
  • Kebanyakan nya sekarang berlaku di Medan Internet.
DEFINASI B2C
  • BUSINESS TO CUSTOMER - Perniagaan kepada Pelanggan
  • Ini pula bermaksud sesuatu PERNIAGAAN yang di lakukan antara sesebuah SYARIKAT dengan PELANGGAN atau PENGGUNA yang tidak memiliki Syarikat. 
  • Kebanyakan nya juga berlaku di Medan Internet.
STRATEGI PERNIAGAAN
Syarikat B2B 
  • Lebih mengutamakan PENJUALAN PRODUK dan PERKHIDMATAN kepada sesebuah SYARIKAT atau AGENSI KERAJAAN yang memerlukan SEKTOR PERNIAGAAN SOKONGAN di dalam semua OPERASI perniagaan mereka.
  • Syarikat yang bertaraf B2B ini juga di kenali sebagai PEMBEKAL BAHAN, PRODUK & PERKHIDMATAN kepada Syarikat lain yang memerlukan.
  • Jika di Internet, Syarikat B2B banyak menyediakan bahan BANTUAN untuk membina pelbagai SOFTWARES & HARDWARES untuk penggunaan PEMASARAN sesebuah Syarikat kepada Pengguna yang berada dalam KATEGORI B2C.
  • Jika di dalam Perniagaan KONVENSIONAL, golongan B2B ini banyak menjadi PEMBEKAL atau VENDOR atau KONTRAKTOR kepada semua Syarikat Swasta & Agensi Kerajaan di dalam semua BIDANG PERNIAGAAN. Mereka tidak banyak menggunakan kaedah IT untuk mendapat SASARAN.
  • B2B kebanyakannya tidak mensasarkan PELANGGAN / PENGGUNA AWAM dan kaedah ini kadanag kala nya lebih menguntungkan daripada kaedah perniagaan B2C.
  • Pada masa ini Perniagaan dalam Kategori B2B ini berkembang dengan pesat dengan PERTUMBUHAN sebanyak 41% dan di jangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
Syarikat B2C
  • Lebih mengutamakan PENJUALAN PRODUK dan PERKHIDMATAN terus kepada PELANGGAN / PENGGUNA AWAM dengan sokongan Syarikat B2B
  • Samaada secara ONLINE atau pun secara KONVENSIONAL
  • Syarikat Golongan B2C seperti ini yang banyak menggunakan PERKHIDMATAN Syarikat-Syarikat B2B yang meyediakan pelbagai bantuan dari segi TEKNIKAL untuk mereka mencapai kepada sasaran.
  • Seperti kaedah-kaedah PEMASARAN & PENJUALAN yang menggunakan pelbagai kecanggihan IT Softwares.
  • Juga seperti penggunaan POS SYSTEM atau Point Of Sales System yang di hasilkan oleh Syarikat kategori B2B.
editor

No comments:

Post a Comment