Wednesday, March 16, 2011

PENGURUSAN #6 - Post #174

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #174


PENGURUSAN #6
PENGURUSAN MASA
Lanjutan dari Post #173


PENGURUSAN MASA
PERKARA ini selalu di pandang remeh oleh PENIAGA & USAHAWAN yang menjalankan jenis perniagaan secara terus kepada pelanggan (bukan direct selling) tetapi yang memiliki tempat atau kedai menjual keperluan harian.
MASA BERNIAGA
  • Ada Peniaga yang MEMBUKA KEDAI tidak TEPAT MASA seperti di Umumkan Masa berniaga dari jam 7 Pagi - 12 Tengahari TETAPI mereka membuka kedai pada jam 8 pagi.
  • Ini akan menyebabkan mereka KEHILANGAN PELANGGAN yang datang dari jam 7 - 8 pagi, kehilangan pelanggan bermakna KEHILANGAN PENDAPATAN dalam masa 1 jam tersebut.
  • Ada juga Peniaga yang BERCUTI menurut KEHENDAK mereka sendiri atau dalam lain perkataan BERCUTI SESUKA HATI.
  • Ini juga akan menyebabkan Pelanggan akan MERASA BOSAN kerana anda selalu BERCUTI TANPA NOTIS dan mereka akan beralih kepada peniaga yang lain.
IMPLIKASI TIDAK TEPAT MASA
  • Selain melakukan PEMBUKAAN KEDAI yang tidak Tepat Masa dan Bercuti Sesuka Hati, ada juga yang HILANG sewaktu berniaga, seperti meninggalkan PREMIS NIAGA untuk melakukan pekerjaan lain dalam masa tertentu TANPA MENYEDIAKAN PENGGANTI.
  • Semua ini akan menyebabkan KERUGIAN dari segi PENDAPATAN kerana sewaktu anda LEWAT, BERCUTI atau MENINGGALKAN PREMIS itulah pelanggan akan datang melanggan.
  • Jika anda MELAKUKAN TABIAT ini secara BERTERUSAN, ini akan MENGAJAR PELANGGAN untuk MENGHINDARI perniagaan anda pada MASA-MASA tersebut.
  • Oleh itu anda JANGAN MENYALAHKAN PELANGGAN kerana kurang melanggan di tempat anda berniaga.
PENTING BAGI JENIS PERNIAGAAN BERIKUT
KETEPATAN MASA ini sangat PENTING untuk PENIAGA yang berniaga seperti :-
  • Kedai Menjual Makanan & Minuman
  • Kedai Menjual Hasil Tani atau Sayur-Sayuran
  • Kedai Runcit yang menjual Barangan Keperluan Memasak
  • Kedai Kedai yang menjual Ikan, Ayam dan Daging Beku atau Segar
  • MASA BERNIAGA anda HARUS SENTIASA TEPAT dan JANGAN ABAIKAN.
DARI KESAN PSIKOLOGI
PARA PELANGGAN akan BELAJAR memahami CARA ANDA BERNIAGA seperti hal-hal yang berikut 
  • Masa anda MEMBUKA & MENUTUP KEDAI
  • Masa-Masa anda BERCUTI
  • Masa-Masa anda akan 'HILANG DI PREMIS'
  • Cara anda meletakkan HARGA JUALAN
  • Cara anda MELAYAN PELANGGAN
  • Cara anda MELENGKAPI KEPERLUAN PELANGGAN
  • Cara anda BERTOLAK ANSUR dari segi HARGA
  • Para Pelanggan akan MENYUKAI ANDA jika anda dapat MENEPATI SEMUA KEHENDAK PELANGGAN dan mereka akan menjadi PELANGGAN TETAP ANDA.
  • TETAPI jika anda TIDAK TEPAT MASA & JADUAL maka anda akan KEHILANGAN PELANGGAN secara perlahan-lahan.
  • LAYAN PELANGGAN dengan HATI YANG IKHLAS kerana KEIKHLASAN akan TERPAPAR melalui SENYUMAN yang anda beri.
KUATKAN DISIPLIN BERNIAGA
Oleh yang demikian, sebagai PENIAGA yang berhubung terus dengan pelanggan, anda harus MENGUATKAN DISIPLIN KETEPATAN MASA dengan MEMATUHI :-
  • MASA BERNIAGA yang TETAP & TEPAT
  • ELAKKAN dari MENCURI MASA BERNIAGA
  • ELAKKAN dari HILANG DI PREMIS
  • ELAKKAN dari MEMBUANG MASA
  • PENUHI SEMUA KEHENDAK & KEPERLUAN PELANGGAN
  • JADIKAN SEMUA DISIPLIN TERSEBUT SEBAGAI RUTIN HARIAN
JANJI KEPADA PELANGGAN
BEGITU juga halnya dengan setiap JANJI yang di berikan kepada Pelanggan seperti :
  • KETEPATAN PENGHANTARAN pada HARI & MASA yang DI JANJIKAN
  • KETEPATAN JENIS & BILANGAN BARANGAN yang DI KEHENDAKI PELANGGAN
  • KETEPATAN MUTU BARANGAN seperti yang Pelanggan KEHENDAKI
  • KETEPATAN HARGA JUALAN seperti Pelanggan KETAHUI
  • JIKA anda MENGABAIKAN HAL-HAL SEBEGINI, ANDA AKAN KEHILANGAN PELANGGAN
RUMUSAN
  • Dari Hasil KAJI SELIDIK, ramai PENIAGA MENGELUH kerana KEKURANGAN PELANGGAN tanpa MAHU BELAJAR mengapa PELANGGAN mereka KURANG.
  • Dan apabila Pelanggan mereka berkurangan, HASIL JUALAN mereka mula MENURUN dan mereka mula merasakan TEKANAN kerana MODAL PUSINGAN tidak dapat di kembalikan seperti yang harapkan di setiap hari.
  • Cuba belajar dari APA YANG ANDA LAKUKAN DI SETIAP HARI, adakah anda memenuhi semua KRITERIA sebagai seorang PENIAGA?
  • Adakah anda menepati PENGURUSAN MASA & JADUAL BERNIAGA?
  • Adakah anda memenuhi semua Keperluan & Kehendak Pelanggan?
  • JIKA JAWAPAN ANDA mengatakan TIDAK atau BELUM 100%, maka anda perlu MEMBAIKI semua kelemahan tersebut.
  • Anda perlu kembali kepada kaedah R&D TERHADAP diri & perniagaan anda sendiri.
editor

No comments:

Post a Comment