Wednesday, March 09, 2011

CASE STUDY #7 - Post #163

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #163


CASE STUDY #7
SYARIKAT BAS EXPRESS


KES kali ini melibatkan sebuah Syarikat BAS EXPRESS Utara Selatan yang di tubuhkan oleh sekumpulan PENIAGA MELAYU sebagai langkah untuk menyahut seruan Kerajaan. 
Lalu mereka mengambil INISIATIF untuk mengumpul DANA untuk di jadikan MODAL penubuhan Syarikat. 
Dan dengan USAHA GIGIH mereka berjaya mengumpul Dana yang di perlukan dan mendapat segala KEMUDAHAN memohon LESEN-LESEN yang di perlukan.


DANA ini pula di kumpul dari BEBERAPA KUMPULAN sebagai MENYOKONG INSPIRASI mereka dan juga dari PINJAMAN KEWANGAN dari Pihak BANK untuk memulakan PERNIAGAAN BAS EXPRESS
Dan akhir nya mereka BERJAYA BEROPERASI DENGAN 8 BUAH BAS.
TETAPI
Pada TAHUN KETIGA Syarikat Bas Expres mereka menemui MASAALAH PENGALIRAN WANG dan perkara berikut menyusul :-
ANTARA MASAALAH UTAMA

  • BAYARAN ANSURAN BANK TERTUNGGAK
  • BAYARAN SEWA TAPAK TIKET TERTUNGGAK
  • BAYARAN PENYELENGGARAAN BAS TERTUNGGAK
  • BAYARAN GAJI PEKERJA & PEMANDU TERTUNGGAK
  • BAYARAN EPF PEKERJA TERTUNGGAK
  • BANYAK SAMAN LALULINTAS TERTUNGGAK
  • HUTANG TERKUMPUL KESELURUHAN BERJUMLAH RM1.5 JUTA
Salah seorang PENGARAH SYARIKAT menemui saya untuk mendapatkan NASIHAT serta PENDAPAT untuk bagaimana MENGATASI MASAALAH tersebut. Dan sebagai seorang Profesional saya menerima permintaan nya dan mula melakukan ANALISA & TINJAUAN di dalam semua AKTIVI PERNIAGAAN mereka BEROPERASI. Berikut adalah HASIL nya :-
PUNCA MASAALAH
  • Tidak seorang pun dari Jawatan Pengarah hingga ke Pemandu Bas yang pernah bekerja atau mengendalikan sebuah Syarikat Bas Express sebelum ini.
  • Tidak seorang pun yang datang dari JURUSAN PERNIAGAAN, di mana 99.99% berasal dari MAKAN GAJI dengan KERAJAAN dan SWASTA.
  • Semua JAWATAN PENTING seperti Pengurus Operasi, Pengurus Akaun, Pengurus Cawangan, Penyelia Operasi, Penyelia Jualan Tiket di lantik dari kalangan mereka sendiri TANPA mengambil kira soal KEMAHIRAN di dalam Bidang-Bidang tersebut.
  • Semua MASAALAH tidak pernah DI JANGKA atau DI JANGKAKAN DALAM PERANCANGAN AWAL.
  • Semua PELAN OPERASI di lakukan menurut keadaan SEMASA dan yang TERKINI sahaja.
  • Tidak ada PEMANTAUAN KHUSUS di dalam semua HAL OPERASI termasuk ALIRAN WANG TUNAI HARIAN, MINGGUAN dan BULANAN.
  • REKOD ALIRAN WANG TUNAI yang tidak teratur dan tidak tepat
  • REKOD AKAUN BANK yang jarang di kemas kini.
  • PENJUALAN TIKET berdasarkan TIKET tidak SAMA dengan HASIL yang di pungut
  • BANYAK MENGGUNAKAN KHIDMAT ULAT TIKET (penjual tiket haram), dimana 20% KOMISEN di berikan kepada Ulat Tiket.
  • SEGALA PEMBAYARAN Overhead sangat bercelaru dan ada yang tidak TERCATIT.
  • URUS TADBIR Syarikat 100% berdasarkan KEPERCAYAAN SESAMA SENDIRI kerana mereka adalah USAHAWAN BERKUMPULAN.
  • GAJI PENGARAH yang BERLEBIHAN dan tidak SEIMBANG dengan KEKUATAN KEWANGAN Syarikat.
  • PEKERJA & KAKITANGAN banyak melakukan PINJAMAN atau ADVANCE yang kebanyakan nya tidak di catit dengan betul.
  • KEHILANGAN WANG PENDAPATAN HARIAN di kesan secara HARIAN melalui Proses SIASATAN PENJUALAN TIKET sekitar RM300 SEHARI.
SARANAN YANG DI KEMUKAKAN
  • TUTUP PERNIAGAAN
  • JUAL SEMUA ASET DAN BAYAR HUTANG TERTUNGGAK
  • DAN BEBERAPA SARANAN ALTERNATIF
ATAS SEBAB
  • DI LIHAT SUKAR UNTUK MENDAPATKAN BRIDGING LOAN KERANA SETIAP ANGGOTA PENGARAH TELAH MENGGUNAKAN NAMA MASING-MASING UNTUK MEMBUAT PINJAMAN AWAL.
  • STATUS KEWANGAN SYARIKAT YANG SANGAT BURUK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN BAHARU
  • SEMUA MASAALAH YANG WUJUD BERPUNCA DARI KEKURANGAN PENGETAHUAN, KELAYAKAN & KEMAHIRAN DI KALANGAN ANGGOTA SYARIKAT. 
  • JIKA BOLEH DI PERBETULKAN RAMAI YANG AKAN KEHILANGAN JAWATAN & PEKERJAAN, DIMANA INI TIDAK MEREKA INGINKAN.
TINDAKAN MEREKA
  • PIHAK LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT mengambil keputusan untuk MENERUSKAN PERNIAGAAN kerana mereka tidak mahu semua ANGGOTA KUMPULAN mereka kehilangan Pekerjaan
  • Sebagai ALTERNATIF mereka MEMBUAT PINJAMAN dengan INSTITUSI KEWANGAN HARAM sebanyak RM500,000 dengan beberapa BAS sebagai CAGARAN untuk membayar HUTANG yang sangat MERUNCING.
  • Dan di dapati tidak wujud apa-apa perubahan di dalam URUS TADBIR Perniagaan mereka seperti yang telah di kemukakan.
RUMUSAN KES
KES ini saya klasifikasikan sebagai KES KAMIKAZE kerana mereka menubuhkan sesuatu jenis perniagaan TANPA ADA PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, GARIS PANDU dan KELAYAKAN yang jelas dalam bidang PERKHIDMATAN BAS EXPRESS.

Mereka hanya berbekalkan PELUANG MUDAH untuk mendapatkan LESEN OPERASI BAS EXPRESS dan PINJAMAN KEWANGAN dari Anggota Kumpulan dan Pihak bank yang tertentu atas SOKONGAN ORANG KENAMAAN.
Di sini mereka MENGABAIKAN FAKTOR PENGETAHUAN & KEMAHIRAN dan hasil nya mereka MENEMUI MASAALAH yang tidak pernah mereka FIKIRKAN.

PENDAPAT PAKAR
Apabila pertama kali saya mula membuat PENYIASATAN, soalan PERTAMA saya kepada PENGARAH tersebut ialah "kenapa awal-awal tidak ambil PENGURUS yang PROFESIONAL?"
Jawapan beliau pada waktu itu ialah "Alaah niaga bas ni bukan susah sangat..hari-hari duit cash masuk"

Dan melalui JAWAPAN tersebut saya sudah mendapat JAWAPAN untuk keseluruhan MASAALAH syarikat tersebut, di mana saya dapat mengesan apa yang mereka fikirkan sewaktu ingin memulakan perniagaan Bas Express ini iaitu PENDAPATAN TUNAI atau CASH INCOME.

Oleh sebab itu mereka tidak begitu memberi perhatian di dalam lain-lain HAL URUS & TADBIR sesebuah OPERASI PERNIAGAAN
Dengan Jangkaan WANG TUNAI akan HARI-HARI MASUK, mereka sudah YAKIN tidak akan WUJUD APA-APA MASAALAH KEWANGAN untuk mentadbir syarikat.

Ini sebenarnya suatu KEYAKINAN SALAH dan tidak harus DI GUNA-PAKAI oleh mana-mana BAKAL USAHAWAN, kerana CARA ini bukan sahaja akan membawa perniagaan kepada masaalah yang lebih besar tetapi NAMA dan ANDA akan di hadapkan ke Mahkamah jika apa-apa TUNTUTAN KEWANGAN dari pihak-pihak yang terlibat tidak dapat di jelaskan. INI LAH RISIKO nya secara PERIBADI.


AIKHIR NYA
SYARIKAT BAS EXPRESS TERSEBUT TERPAKSA DI TUTUP ATAS PERINTAH MAHKAMAH DAN SEMUA ASET DI LELONG
ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH MEREKA JUGA DI ISTIHARKAN MUFLIS.

editor

No comments:

Post a Comment