Wednesday, March 02, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #3 - Post #149

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #149


TINDAKAN & IMPLIKASI #3
TEPAT MASA


TEPAT MASA merujuk kepada KETEPATAN :

  • Datang ke Pejabat 
  • Masa membuka Perniagaan

PERKARA ini selalu juga di pandang remeh oleh ramai USAHAWAN di mana mereka tidak menyedari IMPAK BURUK yang boleh menjejaskan perniagaan mereka.


SEBAGAI PEMILIK
  • Anda harus datang ke pejabat TEPAT atau SEBELUM Waktu Pejabat
  • Disiplin seperti ini PERLU untuk memastikan segala PERJALANAN OPERASI PERNIAGAAN berjalan seperti yang di rancangkan
  • Juga memberi DORONGAN kepada semua Kakitangan & Pekerja agar lebih berdisiplin dan Tepat Masa
  • Ia juga menunjukkan anda sebagai seorang Usahawan yang sangat TELITI dalam menjalankan Tugas & Tanggungjawap.
UNTUK KEDAI / PERUSAHAAN
  • Jika MASA BERNIAGA di buka TEPAT pada Waktu di setiap hari, Para pelanggan tidak menghadapi kesukaran untuk datang dan melanggan ke tempat anda
  • Para Kakitangan dan Pekerja juga tidak akan tertunggu-tunggu bila kah MASA yang betul Kedai atau Perusahaan akan di buka
  • Jika di buka Tepat Waktu, semua Operasi akan berjalan dengan 
  • Masa untuk MENGHANTAR PESANAN pelanggan juga harus TEPAT
  • Masa untuk MELAKUKAN SESUATU juga harus TEPAT
  • Masa untuk MELAYAN PELANGGAN juga harus CEPAT, PANTAS dan TEPAT
  • Segala PEMBAYARAN OVERHEAD juga harus TEPAT MASA
SEBAB HARUS TEPAT MASA
  1. Setiap HASIL Perniagaan akan di hitung atau datang melalui MASA, iaitu dalam sehari berapa JAM KAH ia beroperasi, kerana setiap SAAT wujud NILAI PENDAPATAN nya.
  2. Jika anda tidak TEPAT MASA dan selalu LEWAT membuka Perniagaan, MASA yang Lewat itu adalah KERUGIAN dan jika di Nilaikan dengan WANG, ia akan menjadi MAHAL.
  3. Pihak Pelanggan pula akan merasa SELESA dan SENANG HATI untuk berurusan dengan Syarikat anda
  4. Pihak Kakitangan, Pekerja dan Pemilik Bangunan, Pihak Bank juga akan merasa SENANG di sebabkan anda TEPAT MASA MEMBAYAR
IMPLIKASI
Akan MENGURANGKAN 
  • MASA BEROPERASI
  • DAYA PRODUKTIVITI Kakitangan & Pekerja
  • DAYA PENGHASILAN daripada JUALAN
  • DAYA SAING dengan Pesaing Perniagaan
  • DAYA MAJU untuk mengembangkan Perniagaan
  • Akan Menjana KERUGIAN dalam MASA PANJANG
  • Akan MENGURANGKAN PELANGGAN
Akan MENERBITKAN
RASA KURANG SENANG DI HATI :-
  • PELANGGAN
  • KAKITANGAN & PEKERJA
  • PEMBERI KREDIT
  • PEMILIK BANGUNAN
  • PIHAK BANK
  • KELENGAHAN KEPADA URUSAN PELANGGAN
TIPS
  • Datang ke Pejabat TEPAT MASA
  • Buka Pejabat TEPAT MASA
  • Buka Kedai TETAP MASA
  • JADIKAN SATU KEMESTIAN YANG TIDAK BOLEH DI KOMPROMI
editor

No comments:

Post a Comment