Monday, March 14, 2011

PENGURUSAN #3 - Post #171

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #171


PENGURUSAN #3
GOLONGAN PENGURUS TETAPI NAMA JAWATAN YANG LAIN


DALAM beberapa Jenis Organisasi wujud JAWATAN PENGURUS tetapi TIDAK DI NAMAKAN sebagai PENGURUS, kebanyakan nya di guna-pakai oleh banyak 
  • PERSATUAN 
  • ORGANISASI AWAM
  • MAJLIS PERBANDARAN
  • PIHAK PENGUASA TEMPATAN
  • PIHAK KERAJAAN NEGERI 
  • PIHAK KERAJAAN NEGARA.
Oleh kerana ORGANISASI yang di wakili BUKAN BERTARAF SYARIKAT PERNIAGAAN maka JAWATAN yang mereka sandang bukan di namakan sebagai PENGURUS tetapi di berikan NAMA yang bersesuaian dengan pergerakan sesuatu organisasi, seperti yang berikut :-
DALAM PERSATUAN 
  • SETIAUSAHA adalah PENGURUS yang di lantik untuk menjalankan segala URUS TADBIR sesebuah PERSATUAN dan yang paling berkuasa dalam Persatuan
DALAM KERAJAAN NEGERI
  • MENTERI BESAR dan KETUA MENTERI adalah PENGURUS BESAR untuk menguruskan segala Hal Ehwal Negeri dan yang paling berkuasa di dalam Kerajaan Negeri

DALAM KERAJAAN NEGARA
  • PERDANA MENTERI atau PRESIDEN adalah PENGURUS yang menguruskan segala hal Ehwal Negara termasuk semua negeri di bawah takluk Negara tersebut dan yang paling berkuasa dalam sesebuah Negara.
TUGAS & TANGGUNGJAWAP MEREKA
  • KESEMUA GOLONGAN ini memikul TUGAS & TANGGUNGJAWAP yang cukup besar kerana Golongan ini berada dan memegang Jawatan tersebut ATAS Dasar KEPERCAYAAN YANG TINGGI di kalangan Anggota-Anggota PENERAJU KESATUAN yang mereka wakili.
  • Akan wujud beberapa KRITERIA untuk memilih seseorang bagi di beri JAWATAN-JAWATAN seperti di atas. 
  • Jika mereka di berikan Tugas tersebut maka mereka akan TERTAKLUK kepada AMANAH untuk menjalankan Tugas & Tanggungjawap secara ADIL & SAKSAMA untuk KEPENTINGAN dan KESEJAHTERAAN Organisasi yang mereka TERAJUI.
PERSAMAAN
  • Walaupun NAMA JAWATAN mereka berbeza dengan JAWATAN yang di sandang oleh mereka yang berada di dalam Organisasi PERNIAGAAN tetapi CORAK PENGURUSAN kesemua GOLONGAN ini BERASASKAN dan BERSANDARKAN ILMU PENGURUSAN YANG SAMA.
  • Yang berbeza hanya MATLAMAT / TUJUAN yang ingin mereka capai di dalam Organisasi masing-masing.
  • Juga wujud perbezaan di dalam perlaksanaan sesuatu KEPUTUSAN dimana dalam Organisasi KERAJAAN dan PERSATUAN, matlamat POLITIK di UTAMAKAN.
PERBEZAAN
PERBEZAAN  yang paling NYATA di antara GOLONGAN PENGURUS dalam Organisasi KERAJAAN dengan Organisasi SWASTA ialah MUTU PENGURUSAN yang DI GUNAKAN atau yang di praktikkan dalam urusan harian mereka.
Dimana PENGURUS dalam Sektor SWASTA di dapati :-
  • LEBIH BERKESAN
  • LEBIH KREATIF
  • LEBIH BEBAS
  • LEBIH BERANI
  • LEBIH EFEKTIF
  • LEBIH EFISYEN
  • LEBIH PRODUKTIF
JIKA di bandingkan dengan PENGURUSAN yang sama di JABATAN KERAJAAN atau pun di mana-mana PERSATUAN.
KENAPA PENGURUS SWASTA LEBIH BERJAYA
  • PENGURUS di Sektor Swasta lebih berjaya kerana mereka BEKERJA di dalam SUASANA PERNIAGAAN BARISAN HADAPAN yang sama seperti DI MEDAN PEPERANGAN.
  • Merekalah yang berada di barisan hadapan DUNIA PERNIAGAAN yang sebenar dan menghadapi RISIKO yang sebenar.
  • Oleh kerana itu mereka lebih WASPADA dan LEBIH TELITI di dalam menjalankan TUGAS jika di bandingkan dengan Golongan yang sama di Jabatan Kerajaan atau Persatuan.
  • PENGURUSAN Swasta juga memikul Tanggungjawap yang lebih BAHAYA memandangkan mereka MENGURUSKAN DANA SYARIKAT yang di miliki oleh RAKYAT BIASA dan mereka tidak mampu untuk menanggung KERUGIAN jika tersilap langkah.
  • Ini berbeza dengan PENGURUSAN di Jabatan Kerajaan dimana TEKANAN terhadap AMANAH menjaga DANA tidaK TERASA seperti yang di tanggung oleh PENGURUSAN SWASTA.
  • KERANA di pihak SWASTA jika seseorang itu tersilap langkah maka SYARIKAT & PEMILIK akan menjadi MUFLIS, jika di pihak Jabatan Kerajaan atau Persatuan adalah sebaliknya 
  • Jika melakukan KESILAPAN maseh boleh DI SEMBUNYIKAN kerana ia boleh DI POLITIK KAN dan DI TUTUP dari pengetahuan RAKYAT.
KERANA ITU DI DALAM SESEBUAH KERAJAAN AKAN WUJUD ANGGOTA PEMERINTAH YANG DATANG DARI SEKTOR SWASTA UNTUK MENGIMBANGI JAWATAN POLITIK DARI GOLONGAN 100% POLITIK.

JUGA AKAN DI GUNAKAN UNTUK MEMIMPIN KEMENTERIAN YANG BERDASARKAN EKONOMI SERTA PENDIDIKAN.
KERANA PENGETAHUAN MEREKA LEBIH LUAS DALAM HAL EHWAL PERNIAGAAN 

editor

No comments:

Post a Comment