Thursday, March 10, 2011

CASE STUDY #9 - Post #165

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #165


CASE STUDY #9
TUTOR & BERNIAGA SAMBILAN


KES ini pula melibatkan seorang GURU SEKOLAH yang mengajar MATA PELAJARAN matematik, beliau menemui saya untuk meminta NASIHAT untuk bagaimana MANJANA PENDAPATAN SAMPINGAN kerana beliau mengalami KRISIS KEWANGAN.


Selama bertugas sebagai GURU beliau tidak pernah melakukan apa-apa jenis kerja-kerja sampingan kerana khuatir untuk melanggar ETIKA PERGURUAN dan sebagai seorang PENJAWAT AWAM
Walaupun telah 11 TAHUN menjadi Guru dan berpendapatan agak lumayan tetapi desakan hidup masa kini agak mencabar kerana itu beliau mencari alternatif mencari pendapatan tambahan.
SARANAN YANG DI BERIKAN
Pertama:
  • Bekerja SECARA SAMBILAN di Pusat-Pusat TUISYEN Swasta
  • Mulakan dengan 2 - 3 kali dalam seminggu
  • Ambil Jurusan yang berkaitan dengan KEMAHIRAN sendiri
  • Cari Pusat Tuisyen yang menawarkan UPAH yang tinggi serta yang ramai PELAJAR
  • Dan Pusat Tuisyen yang mengajar Pelajar dari BERBILANG KAUM
Kedua:
  • Dalam masa yang sama pelajari bagaimana Pusat Tuisyen beroperasi dan Cara mereka menangani masaalah Pelajar
  • Ambil Statistik Kemajuan & Pencapaian Pelajar di Pusat Tuisyen tersebut
  • Selidiki Format Pengajaran yang di amalkan oleh Pengusaha Tuisyen
  • Selidiki sambutan pelajar & Ibu Bapa mereka.
SOALAN BELIAU
  • Mengapa saya harus berbuat demikian?
  • Apa kaitan dengan jawatan sebagai pekerja sambilan dengan PENYELIDIKAN?
JAWAPAN NYA
Pertama anda sebagai PETUGAS GURU SAMBILAN anda di bayar GAJI atau UPAH menurut MASA yang anda luangkan.
Kedua, dengan MENYELIDIKI dan MEMPELAJARI segala CARA-CARA atau SELOK BELOK sebuah Pusat Tuisyen beroperasi termasuk hal-hal menyediakan, ini di namakan BEKERJA sambil BELAJAR :-
  • Segala kemudahan pelajar
  • Kurikulum Sokongan
  • Teknik Pengajaran
  • Penyelesaian masaalah
  • Modal yang di perlukan
  • Pengurusan & Pentadbiran
Anda akan mendapat melengkapkan diri dengan ILMU PERNIAGAAN untuk MENJALANKAN PUSAT TUISYEN sambil bekerja secara sambilan, ibarat PEPATAH MELAYU " Sambil Menyelam - Minum Air"


TINDAKAN GURU TERSEBUT
  • Beliau mula bekerja secara sambilan di sebuah Pusat Tuisyen dengan Jadual Bekerja 3 kali dalam Seminggu.
  • Memilih Jurusan yang beliau mahir iaitu MATEMATIK & SCIENCE, di mana Pusat tersebut memang sangat memerlukan Guru seperti beliau.
  • Untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah (PMR  hingga STPM)
  • Selepas 1 Semester, beliau menambah Jadual bekerja dari 3 kali kepada 5 kali dalam seminggu, di mana pada waktu itu beliau di BAYAR sebanyak RM20 / SEJAM x 3 JAM / SESI. (nampak murah tetapi memadai)
  • Dengan cara ini beliau telah dapat menambah PENDAPATAN RM1,200 / BULAN sebagai Guru Tuisyen Sambilan yang di lakukan dari jam 7 malam - 11 malam.
IMPAK PADA PUSAT TUISYEN
  • Dengan kemasukan beliau sebagai Guru yang mengajar Matematik & Science di Pusat Tuisyen tersebut, PENINGKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR pusat tersebut meningkat KERANA beliau sangat MAHIR dan BERKELAYAKAN di dalam bidang tersebut.
  • Ini membuatkan Pusat Tuisyen tersebut menjadi POPULAR di kalangan Pelajar dan Ibu Bapa di sebabkan kehadiran beliau di Pusat tersebut.
  • Beliau MENGAJAR secara SAMBILAN hingga Penghujung TAHUN KEDUA.
APA YANG BELIAU LAKUKAN SELEPAS ITU
  • Pada TAHUN KETIGA beliau berjaya membuka PUSAT TUISYEN sendiri di kawasan lain dengan memberikan Khidmat yang sama.
  • Berbekalkan segala Pengalaman dan Pengetahuan yang di raih sewaktu menjadi Guru Sambilan di Pusat Tuisyen yang terdahulu.
  • Beliau YAKIN untuk melakukan sendiri kerana beliau telah MEMAHAMI dengan jelas bagaimana untuk MENTADBIR & MENGURUS sebuah Pusat Tuisyen dan YAKIN akan dapat melakukan yang sama baik.
  • Oleh kerana beliau beroperasi dengan SKALA BESAR, beliau turut MENGUPAH beberapa TUTOR dari kalangan PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI yang mahukan Pendapatan Sampingan serta Guru-Guru Sekolah yang Bertauliah sebagai Anggota Tenaga kerja beliau.
  • Dan beliau bertindak sebagai PENGETUA dan PENTADBIR di Pusat Tuisyen tersebut juga secara SAMBILAN kerana masih bekerja sebagai GURU SEPENUH MASA.
  • Beliau Merangka & Melaksanakan semua Tanggungjawap sebagai Guru Sepenuh Masa dan Pengusaha Pusat Tuisyen dengan Sikap Profesional TANPA BERCANGGAH 
RUMUSAN KES
  • KES ini menunjukkan bahawa sesuatu KEMAHIRAN itu SANGAT PENTING untuk di jadikan ALASAN untuk MENJANA PENDAPATAN selain PENGETAHUAN untuk bagaimana MENTADBIR & MENGURUS sesuatu PERNIAGAAN.
  • GURU tersebut yang sebelum ini TIDAK TERLINTAS untuk BERNIAGA dan memiliki PERNIAGAAN sendiri merasakan bahawa PELUANG UNTUK MENJANA WANG sememang nya WUJUD di dalam Diri setiap INDIVIDU
  • Hanya CARA UNTUK MELAKUKAN nya sahaja perlu di pelajari dengan BETUL.
  • Dengan bekerja secara sambilan sahaja sudah memadai untuk mempelajari sesuatu ILMU yang di perlukan untuk menjalankan sesuatu Jenis Perniagaan yang BERHUBUNG KAIT dengan KEMAHIRAN PERIBADI anda.
PENDAPAT PAKAR
  • KES GURU ini di KLASIFIKASIKAN sebagai KES TIDAK SENGAJA kerana pada peringkat awal, Guru tersebut tidak memiliki MINAT untuk membuka Perniagaan tetapi hanya berminat untuk MENAMBAH PENDAPATAN.
  • Dengan memberikan beliau GARIS PANDUAN yang BETUL serta TEPAT untuk bagaimana MENELITI SESUATU dan APA KAH JENIS FAKTA & DATA yang perlu di AMBIL TAHU, beliau dapat melakukan nya dengan MUDAH dan BERSAHAJA tanpa TEKANAN PERASAAN.
  • Dan akhir nya segala FAKTA & DATA tersebut dapat MEMBANTU beliau untuk membuka dan menjalankan perniagaan sendiri.
  • Dengan CARA ini anda akan mampu untuk MENGURANGKAN RISIKO KEGAGALAN di dalam sesuatu perlaksanaan PERNIAGAAN.
FAKTA TERKINI
PUSAT TUISYEN Guru tersebut kini memberi khidmat mengajar Tuisyen untuk lebih dari 200 PELAJAR dengan 50 GURU SOKONGAN yang semua nya bekerja dan bergerak SECARA SAMBILAN.
Dengan PENDAPATAN KASAR melebehi RM30,000 / BULAN dan KEUNTUNGAN BERSIH sekitar 50 -60%


editor

No comments:

Post a Comment