Wednesday, March 02, 2011

TINDAKAN & IMPLIKASI #2 - Post #148

TIPsNIAGA.COM -Chapter2-Post #148


TINDAKAN & IMPLIKASI
MEMBERI KREDIT ATAU HUTANG


Dalam dunia perniagaan akan wujud Pemberian KREDIT atau PEMBAYARAN SECARA HUTANG kepada seseorang Pelanggan Syarikat. Perkara ini sememang nya telah di gunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Tetapi melalui Pemberian Kredit ini, adakah ia 
  • BAIK untuk semua jenis perniagaan? atau 
  • Apakah IMPLIKASI nya terhadap sesuatu jenis perniagaan?


PEMBERIAN KREDIT 
Harus DI DASARKAN kepada APA JENIS PERNIAGAAN ANDA, bukan semua jenis perniagaan WAJIB memberikan kemudahan Kredit atau Hutang. Seperti contoh jenis perniagaan YANG TIDAK DI GALAKKAN adalah dari Perniagaan Jenis :-


JENIS PERNIAGAAN KECIL & RUNCIT
  • KEDAI / WARUNG / RESTORAN yang menjual Makanan & Minuman
  • KEDAI RUNCIT / SERBANEKA / DOBI / KEK & ROTI 
  • KEDAI GUNTING / SALON KECANTIKAN / ANDAMAN
  • KEDAI PERKAKAS & PERALATAN RUMAH
  • KEDAI PAKAIAN / KAIN
  • KEDAI FARMASI / UBAT-UBATAN
  • DAN SEMUA KEDAI YANG BERSAIZ KECIL
JENIS PERKHIDMATAN BERSAIZ KECIL
  • SYARIKAT RENOVATION / UBAH ELOK RUMAH
  • SYARIKAT PENYELENGGARAAN LETRIK / HAWA DINGIN
  • SYARIKAT PENYEWAAN KANOPI / KEMAH
  • SYARIKAT PERKHIDMATAN DJ / MUZIK
  • SYARIKAT ANDAMAN PENGANTIN
  • SYARIKAT MEMBAIKI KENDERAAN / BERMOTOR
  • DAN SYARIKAT LAIN YANG BERSAIZ KECIL
MENGAPA TIDAK HARUS MEMBERI KREDIT
KERANA....

  • Wang Modal Pusingan Syarikat / Perniagaan anda itu KECIL
  • Margin keuntungan yang SEDERHANA
  • Kos Overhead / Tanggungan yang TINGGI
  • Kos STOK yang TINGGI
  • Tidak ada fasiliti Perbankkan seperti Overdraft dan sebagai nya
IMPLIKASI
  • Jika jenis Perniagaan yang berada di dalam kategori KECIL seperti ini memberikan KREDIT atau HUTANG kepada Para Pelanggan, langkah ini akan MENGAKIBATKAN perniagaan anda menghadapi masaalah WANG PUSINGAN.
  • Jika dalam sehari wujud seorang Pelanggan yang di berikan Hutang / Kredit, maka dalam 30 Hari anda telah mengumpul 30 HUTANG. Dan jika purata NILAI HUTANG itu RM50 setiap Pelanggan, maka dalam sebulan anda memiliki RM1,500 WANG TERTUNGGAK!..itu jika bernilai RM50 setiap Pelanggan tetapi jika Nilai nya seperti RM100, RM200, RM500 atau lebih...HUTANG ini akan MENGHENTIKAN ALIRAN WANG PUSINGAN anda.
  • KEADAAN akan bertambah lebih BURUK jika Syarikat anda tidak MEMPERSIAPKAN DIRI dengan SISTEM PUNGUTAN HUTANG yang berkesan. Dimana melalui Sistem Konvensional, semua HUTANG di PUNGUT dengan secara MANUAL atau dengan lain perkataan "KALAU TERJUMPA SI PEMIUTANG"
TERKECUALI
Jika Syarikat Perniagaan anda BERSAIZ BESAR atau Syarikat anda memainkan PERANAN sebagai Syarikat PEMBEKAL kepada para Peniaga yang lebih kecil. Tetapi ini bukan bermakna ia boleh di lakukan TANPA PERATURAN.
KERANA di dalam PENGURUSAN KREDIT untuk Syarikat, suatu KAEDAH atau SISTEM PEMBERIAN KREDIT harus di TETAPKAN terlebih dahulu, dengan menetapkan :-
  • Siapa yang layak di berikan Kredit
  • Berapa JUMLAH Kredit bagi setiap KELAYAKAN
  • Tempuh PEMBAYARAN BALIK
  • Kredit Tanpa atau Ada FAEDAH
  • Dan di siapkan dengan Bahagian PUNGUTAN KREDIT / HUTANG
  • Sediakan penerimaan pembayaran melalui Kad kredit jika anda mahu memberikan Kredit.
TIPS
Untuk Perniagaan bersaiz KECIL.
  • Jangan memberikan HUTANG kepada sesiapa walau Ahli Keluarga Sendiri tanpa Sebab Munasabah, lakukan dengan BUDI BICARA yang BIJAK.
  • Begitu juga dengan DIRI SENDIRI, jangan sesuka hati mengambil sesuatu BARANG / PRODUK dari Kedai anda sendiri TANPA MEMBAYAR, kerana perbuatan ini juga sama seperti BERHUTANG dan memberi Implikasi buruk pada KEWANGAN syarikat anda.
  • Jangan TANAM Falsafah..."Syarikat Aku punya..sesuka hati aku laa"
editor

No comments:

Post a Comment