Friday, March 18, 2011

PENGURUSAN #10 - Post #178

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #178


PENGURUSAN #10
YANG PERTAMA & YANG UTAMA
APA KAITAN DENGAN PENGURUSAN?


DI DALAM apa juga Corak PENGURUSAN akan WUJUD Dua (2) Perkataan tersebut iaitu:
  1. YANG PERTAMA
  2. YANG UTAMA
Walaupun pun kedua PERKATAAN tersebut berada di TARAF YANG SAMA tetapi KEUTAMAAN nya akan berbeza mengikut KEHENDAK seseorang yang melaksanakan sesuatu Pengurusan.


MAKSUD PERKATAAN : YANG PERTAMA
  • Jika di amalkan di dalam SISTEM PENGURUSAN, seseorang itu harus meletakkan sesuatu KEPENTINGAN di dalam PERHATIAN nya sebagai PERKARA PERTAMA untuk DI LAKUKAN TANPA GAGAL.
  • Dan Perkara YANG PERTAMA itu pula akan bergantung kepada INDIVIDU mengenai APA yang ingin mereka beri PERHATIAN yang khusus.
MAKSUD PERKATAAN : YANG UTAMA
  • YANG UTAMA pula membawa PENGERTIAN bahawa seseorang itu MELETAKKAN sesuatu MATLAMAT YANG INGIN DI CAPAI seiring dengan PERKARA YANG PERTAMA
PERBEZAAN ANTARA KEDUA NYA
  • YANG PERTAMA adalah sesuatu yang bercorak KEPENTINGAN dan HARUS sentiasa DI LAKUKAN di dalam PENGURUSAN HARIAN mereka.
  • YANG UTAMA pula merupakan MATLAMAT atau HALATUJU yang ingin mereka capai berdasarkan KEPENTINGAN yang mereka tetapkan.
KEBAIKAN NYA
  • Memberi keutamaan kepada KEDUA PERKARA tersebut SANGAT BAIK jika di gunakan untuk MEMBANGUNKAN SESUATU PERNIAGAAN 
  • Kerana dengan menggunakan DUA (2) keutamaan di dalam SATU (1) MISI maka sesuatu STRATEGI di dalam Perniagaan itu akan cepat mendatangkan hasil dan kejayaan.

Contoh nya, 
Jika YANG PERTAMA seseorang itu meletakkan Isu PENGURUSAN YANG CEKAP sebagai KEPENTINGAN yang harus di lakukan secara HARIAN, maka secara tidak langsung TAHAP PENGURUSAN mereka akan meningkat dari masa kesemasa.

Dan YANG UTAMA pula mereka meletakkan KESELESAAN PELANGGAN sebagai MATLAMAT di dalam menjalankan Perniagaan mereka.
Kedua-dua ini secara tidak langsung akan MEMPERTINGKATKAN :-
  • MUTU PERKHIDMATAN PENGURUSAN
  • MUTU PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN
  • MEMPERTINGKATKAN SAMBUTAN ORANG RAMAI
  • MEMPERTINGKATKAN HASIL JUALAN
  • MEMPERTINGKATKAN PENDAPATAN
  • MEMPERTINGKATKAN PENJANAAN KEUNTUNGAN
KEBURUKAN NYA
KEDUA-DUA PERKATAAN tersebut akan MENGHASILKAN sesuatu YANG BURUK jika seseorang itu MELETAKKAN :-
  1. KEPENTINGAN & KEUTAMAAN YANG SALAH
  2. KEUTAMAAN YANG MELENCUNG / TERSASAR
  3. Di dalam SISTEM PENGURUSAN HARIAN mereka samaada di dalam :-
  • PERNIAGAAN SENDIRI
  • PERSATUAN
  • YAYASAN
  • KOOPERATIF
  • MAJLIS PERBANDARAN
  • PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
  • PENTADBIRAN KERAJAAN NEGARA
Sebagai Contoh,
Jika seseorang PENIAGA di lantik menjadi ORANG YANG BERKUASA di dalam sesbuah PERSATUAN PERNIAGAAN, dan Orang tersebut meletakkan DUA PERKARA tersebut dengan cara yang berikut ;-
YANG PERTAMA : MEMBERI KEPENTINGAN
  • Untuk Membuka RUANG & PELUANG untuk Perniagaan sendiri di dalam Persatuan dengan semua KEMUDAHAN dan RANGKAIAN dan PERHUBUNGAN yang sediaada.
YANG UTAMA : BERMATLAMAT
  • Untuk Menjana KEUNTUNGAN PERNIAGAAN SYARIKAT SENDIRI melalui KUASA YANG DI MILIKI sebagai MATLAMAT UTAMA dan selebihnya untuk kepentingan Ahli-Ahli Persatuan yang lain.
KESAN BURUK NYA
AKAN memberikan IMPAK YANG NEGATIF terhadap AHLI-AHLI PERSATUAN yang akan pula MERASAKAN KETIDAK ADILAN di dalam PENGURUSAN PERSATUAN.
Dimana dengan TINDAKAN itu akan menerbitkan pelbagai :
  • SALAH LAKU
  • SALAH TADBIR
  • SALAH KEUTAMAAN
  • SALAH PERHATIAN
  • SALAH PEMBERIAN
  • DI DALAM SEGALA PELUANG & RUANG PERNIAGAAN YANG DI PEROLEHI OLEH PERSATUAN.
BEGITU JUGA hal nya dengan semua PARTI POLITIK samaada yang MEMERINTAH atau pun yang belum memerintah, mereka AKAN memberi KEPENTINGAN & KEUTAMAAN kepada :
  • MISI PARTI sebagai YANG PERTAMA
  • VISI PARTI sebagai YANG UTAMA
Walaupun apabila seseorang itu di lantik oleh AWAM untuk menjadi PRESIDEN atau PERDANA MENTERI NEGARA, Soal KEPENTINGAN & KEUTAMAAN PARTI yang mereka WAKILI adalah YANG TERPENTING daripada TUGAS & TANGGUNGJAWAP sebagai PENJAWAT AWAM.
(Parti Politik memiliki Sistem Pengurusan yang berbeza dari segi keutamaan & matlamat dan tidak sesuai untuk di amalkan di dalam Sistem Pengurusan Perniagaan)

RUMUSAN
DALAM LAIN PERKATAAN, HAL MELETAKKAN KEPENTINGAN & KEUTAMAAN YANG SALAH DI KLASIFIKASIKAN SEBAGAI CONFLICT OF INTEREST OLEH ORANG YANG MEMEGANG KUASA.

INI ADALAH ISU :
KEIKHLASAN yang tidak WUJUD
KEJUJURAN yang tidak IKHLAS
KESETIAAN yang tidak pada tempat sebenar
KETAATAN kepada perkara yang berlainan
DARIPADA TUGAS & TANGGUNGJAWAP YANG MEREKA SANDANG.

editor

No comments:

Post a Comment