Monday, May 30, 2011

SWOT #6 : MEMAHAMI PENJAJAHAN EKONOMI MODEL JEPUN - Post #276

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #276


MEMAHAMI PENJAJAHAN EKONOMI MODEL JEPUN
APA YANG BOLEH DI PELAJARI


MODEL PENJAJAHAN JEPUN
  • Pada AWAL NYA Negara JEPUN menggunakan KONSEP yang di amalkan oleh Negara-Negara EROPAH di dalam PENJAJAHAN EKONOMI dengan MERAMPAS & MENAWAN sesebuah NEGARA melalui PEPERANGAN.
  • Seperti yang di lakukan oleh JEPUN terhadap NEGERI CHINA di dalam PERANG DUNIA 1 & 2
  • TETAPI Orang-Orang JEPUN belajar melalui KESILAPAN dimana mereka DI KALAHKAN dengan KEMAJUAN TEKNOLOGI yang telah MENGHANCURKAN Dua (2) Buah Bandar Utama mereka melalui penggunaan BOM ATOM oleh Pihak Amerika yang ingin menyekat KEMARAAN JEPUN di seluruh Dunia.
  • Dan melalui KEHANCURAN HIROSHIMA & NAGASAKI, Pihak Negara JEPUN telah menamatkan Operasi PENJAJAHAN NYA di seluruh Dunia dan KEMBALI kedalam Negara.
  • Dan KEKALAHAN itu TIDAK DI ANGGAP oleh Negara JEPUN sebagai KEKALAHAN PERANG tetapi mereka BERUNDUR untuk melakukan SERANGAN BAHARU melalui SEMANGAT dan MODEL PENJAJAHAN YANG BAHARU.
TRANSFORMASI STRATEGI PENJAJAHAN JEPUN
  • Dengan LENYAP NYA HARAPAN untuk MENJAJAH DUNIA melalui PEPERANGAN KETENTERAAN, Negara JEPUN telah menukar MODEL PENJAJAHAN yang dahulu nya menciplak KONSEP PENJAJAHAN BANGSA EROPAH kini mereka melakukan PENJAJAHAN melalui PENJAJAHAN EKONOMI.
  • Dimana melalui PENJAJAHAN EKONOMI ini, Pihak JEPUN telah MENGANGGARKAN tidak akan berlaku sebarang PERTUMPAHAN DARAH & NYAWA MANUSIA.
KEAZAMAN BAHARU JEPUN
  • Setelah MENAMATKAN PERANG DUNIA KEDUA, Negara JEPUN terus membina semula Hiroshima & Nagasaki dengan SEMANGAT PERJUANGAN BAHARU.
  • Jika mereka telah DI KALAHKAN atau DI LEMAHKAN dengan PENGGUNAAN TEKNOLOGI yang berupa BOM ATOM, maka mereka telah MELAKARKAN PERANG TEKNOLOGI terhadap SELURUH DUNIA.
  • Mereka telah MENGUMPULKAN semua CERDIK PANDAI & CENDIAKAWAN NEGARA untuk sama-sama BEKERJA untuk MEREALISASIKAN MATLAMAT NEGARA JEPUN untuk melakukan PERANG TEKNOLOGI yang bermatlamatkan PENJAJAHAN EKONOMI.
APA YANG MEREKA LAKUKAN
  • JEPUN telah meletakkan SYARAT untuk BERSAING di dalam SEMUA BIDANG yang melibatkan PEMBINAAN TEKNOLOGI di dalam semua SEKTOR PEMBUATAN
  • Melalui Pengumpulan semua Cerdik Pandai & Cendiakawan Negara yang di agihkan kepada Bidang-Bidang tertentu, mereka MULA melakukan R&D (research & development) atau KAJI & SELIDIK terhadap SEMUA PRODUK YANG BERTEKNOLOGI dari SELURUH DUNIA.
  • Mereka MEMBELI semua Produk-Produk yang di REKA-CIPTA oleh Orang-Orang Barat & Eropah dan melakukan REVERSE RE-ENGINEERING untuk mengambil semua DATA-DATA BAHAN PEMBUATAN terhadap sesuatu TEKNOLOGI.
  • Mereka telah MENGELUARKAN WANG YANG CUKUP BESAR untuk melakukan perkara seperti ini dengan MATLAMAT untuk MENGETAHUI Tahap & Kadar Teknologi yang di guna-pakai oleh Pereka-Cipta Barat & Eropah.
  • Rakyat Muda mereka juga DI KERAH untuk BELAJAR di Negara-Negara yang dapat memberikan PENDIDIKAN yang BERTEKNOLOGI TINGGI di Seluruh Dunia.
  • Yang DI LAKUKAN sebagai Suatu PERKHIDMATAN kepada NEGARA.
STRATEGI CARI, UBAH DAN BINA
Dengan menggunakan STRATEGI CARI, UBAH dan BINA melalui semua PROSES REVERSE RE-ENGINEERING terhadap semua Produk-Produk Asing, Negara JEPUN dapat MENCIPTA dan MEMBINA pelbagai PRODUK yang BERTEKNOLOGI seperti :-
  • Perkakas & Peralatan di dalam Rumah Tangga seperti Mesin Pembasuh, Mesin Hampa Gas, Dapur & Cerek Elektrik, Radio, Television, Telefon Rumah, Telefon Bimbit, Penghawa Dingin, Mesin Pencuci Baju dan yang lain-lain lagi.
  • Mereka juga dapat membina semua jenis Kenderaan seperti Kapal Laut, Kapal Selam, Kapal Terbang, Lori, Bas, Treler, Kereta dan Motosikal.
  • Mereka juga dapat membina Senjata dan Peralatan Peperangan dan apa juga Robotik & Jentera untuk kegunaan Sektor Pengilangan, Pertanian dan Perikanan.
  • Mereka LAKUKAN dengan penuh SEMANGAT PEPERANGAN dan MENGHASILKAN NYA dengan MUTU YANG LEBIH BAIK daripada PEMBUAT ASAL.
APA KESAN DARI STRATEGI TERSEBUT
  • NEGARA JEPUN hanya memerlukan MASA kurang dari 30 TAHUN untuk MEREALISASIKAN MATLAMAT mereka untuk MENJAJAH DUNIA melalui PEPERANGAN TEKNOLOGI.
  • Dimana sekitar Tahun 1980an, semua Produk-Produk yang DI HASILKAN melalui Kaedah REVERSE RE-ENGINEERING mereka telah TERSEBAR di kebanyakan Negara-Negara Dunia.
  • Sedikit demi sedikit Produk-Produk KELUARAN JEPUN MENGUASAI sesebuah Negara di Dunia ini, sehingga ke Negara AMERIKA itu sendiri.
  • Dan mereka bukan sahaja BERJAYA MENJAJAH EKONOMI Negara-Negara Asing dengan Produk keluaran mereka TETAPI Negara JEPUN juga BERJAYA menghantar RIBUAN RAKYAT PEKERJA MAHIR ke seluruh Dunia di dalam SEMUA OPERASI PERNIAGAAN dan PENGILANGAN Negara.
  • Ini di sebabkan oleh PENGUASAAN mereka di Bidang Teknologi yang di lakukan adalah BERBEZA dengan Hasil Reka-Cipta Orang-Orang Barat & Eropah.
  • Dan perkara ini telah membuat TEKNOLOGI JEPUN sangat UNIK dan BERMUTU TINGGI.
APAKAH PENCAPAIAN JEPUN
Melalui TRANSFORMASI MODEL PENJAJAHAN daripada PENJAJAHAN PEPERANGAN kepada PENJAJAHAN EKONOMI, Negara JEPUN kini telah dapat :
KEJAYAAN PERTAMA
  • BERJAYA MENJAJAH Seluruh Dunia dengan Produk-Produk Keluaran & Buatan mereka.
  • Dimana Setiap NEGARA di dalam Dunia pada hari ini menggunakan Produk Buatan JEPUN di dalam semua ASPEK TEKNOLOGI.
KEJAYAAN KEDUA
  • BERJAYA MENAWAN EKONOMI semua NEGARA DUNIA dengan TEKNOLOGI yang mereka HASILKAN
KEJAYAAN KETIGA

  • BERJAYA MENAWAN SETIAP MANUSIA di seluruh Dunia melalui PEMILIKAN & PENGGUNAAN segala Produk keluaran mereka.
KEJAYAAN KEEMPAT
  • BERJAYA meletakkan NEGARA JEPUN sebagai NEGARA BERTEKNOLOGI TINGGI di dalam DUNIA.
  • Walaupun pada ASAL NYA mereka BUKAN dari Negara yang BERTEKNOLOGI TINGGI.
KEJAYAAN KELIMA
  • BERJAYA MEREALISASIKAN MATLAMAT MODEL PEPERANGAN & PENJAJAHAN MELALUI PENJAJAHAN EKONOMI
  • TANPA MELIBATKAN SEBARANG PERTUMPAHAN DARAH & NYAWA MANUSIA
  • Dan MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN BANGSA JEPUN sebagai BANGSA PENJAJAH tetapi di lakukan dengan PENUH BIJAKSANA dan TERHORMAT.
KONSEP PANDANG KE TIMUR MALAYSIA
  • KERANA Sebab-Sebab ini lah yang MENDORONG Perdana Menteri MALAYSIA Ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed memperkenalkan KONSEP PANDANG KE TIMUR di dalam DASAR EKONOMI BARU (DEB) MALAYSIA.
  • Dimana HASRAT Beliau yang SEBENAR ialah BUKAN untuk MEMPERBANYAKKAN Syarikat-Syarikat JEPUN dalam Malaysia TETAPI beliau MAHU RAKYAT MALAYSIA untuk MENCONTOHI bagaimana Negara JEPUN melakukan TRANSFORMASI di dalam HAL EKONOMI & TEKNOLOGI kepada Negara mereka.
  • Beliau MAHU Rakyat Malaysia MENGGUNA-PAKAI MODEL TRANSFORMASI tersebut UNTUK membangunkan NEGARA MALAYSIA dan dapat MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU pada Tahun 2020.
KELEMAHAN NYA
  • PERTAMA: RAKYAT MALAYSIA tidak seperti RAKYAT JEPUN, di mana Rakyat JEPUN lebih BERSEPADU di dalam KEMUAFAKATAN AGENDA NASIONAL dan SIKAP NASIONALISME YANG TINGGI dan sanggup BERKORBAN Kepentingan DIRI hanya untuk KEJAYAAN NEGARA.
  • Dimana RAKYAT MALAYSIA maseh lagi di dalam PROSES MENCARI IDENTITI daripada IDENTITI KEKAUMAN atau KEBANGSAAN kepada IDENTITI NASIONAL.
  • KEDUA: Kerana Tun Dr Mahathir melakukan Konsep Pandang Ke Timur sewaktu beliau telah LAMA memegang TERAJU KEPIMPINAN NEGARA, dan ini tidak memberikan KELEBIHAN terhadap WAWASAN beliau untuk RAKYAT.
  • KETIGA: FAKTOR SISTEM PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN dan KERAJAAN TEMPATAN juga telah MELAMBATKAN sesuatu PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI & TEKNOLOGI NEGARA.
  • KEEMPAT: SISTEM PENDIDIKAN YANG TIDAK STABIL antara PATRIOTISMA dengan NASIONALISMA, dimana SIKAP KEKITAAN KEKAUMAN lebih KUAT daripada SIKAP KENEGARAAN.
  • KELIMA: DASAR EKONOMI BARU (DEB) ASAL ialah menjurus kepada PEMBASMIAN KEMISKINAN dan MERAPATKAN JURANG EKONOMI DI ANTARA KAUM.
editor

No comments:

Post a Comment