Sunday, May 15, 2011

FAKTOR Y #15 - APA ITU INFLASI - Post #245

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #245


APA ITU INFLASI
KENAPA INFLASI ITU WUJUD DAN KESAN NYA KEPADA PERNIAGAAN


DEFINASI
INFLASI adalah dari Perkataan INFLATION
Bermaksud :
  • KENAIKAN HARGA sesuatu BARANGAN yang berlaku sepanjang Tahun
  • Dimana jika INFLASI itu berterusan, anda TIDAK akan dapat MEMBELI Barangan yang SAMA dengan NILAI yang SAMA.
INFLASI ADA TIGA (3) JENIS YANG LAIN
1...DEFLATION
2...HYPERINFLATION
3...STAGFLATION

MAKSUD NYA
1...DEFLATION
  • BILA semua HARGA BARANGAN yang MENURUN secara keseluruhan.
  • DEFLATION adalah KEADAAN yang BERTENTANGAN dengan KEADAAN INFLASI.
2...HYPERINFLATION
  • Sesuatu KEADAAN PASARAN yang MEMAKSA KENAIKAN HARGA kepada semua Jenis Barangan secara MENDADAK.
  • Perkara ini JARANG BERLAKU tetapi jika ia berlaku maka ia AKAN MERUNTUHKAN SISTEM KEWANGAN sesebuah Negara.
3...STAGFLATION
  • Adalah KOMBINASI antara KADAR PENGANGGURAN yang TINGGI dengan KEADAAN EKONOMI yang TIDAK BERGANJAK.
  • Dan sering melanda Negara-Negara yang berasaskan INDUSTRI PEMBUATAN yang bergantung kepada BAHAN ASAS seperti MINYAK.
  • Apabila HARGA MINYAK melambung tinggi akan banyak INDUSTRI terpaksa MENGHENTIKAN OPERASI PEMBUATAN kerana sudah Tidak Mampu untuk MENAMPUNG HARGA MINYAK yang MAHAL.
ELEMEN YANG MENDORONG KEPADA INFLASI
Para Pakar Ekonomi sering BERBALAH mengenai ELEMEN yang MENYEBABKAN INFLASI itu berlaku tetapi ada beberapa ELEMEN yang di kenal-pasti menjadi PENYEBAB NYA.
DEMAND-PULL INFLATION
  • Bermaksud dalam sesuatu keadaan di mana TERLALU BANYAK PERMINTAAN daripada BEKALAN.
  • Dimana KEADAAN ini akan MEMAKSA sesuatu HARGA BARANGAN atau PERKHIDMATAN menjadi TINGGI NILAI NYA.
  • Perkara sebegini selalu BERLAKU di dalam keadaan EKONOMI yang sedang RANCAK PERTUMBUHAN NYA.
COST-PUSH INFLATION
  • Bermaksud apabila KOS OPERASI SYARIKAT MENINGKAT dan Pihak Syarikat TERPAKSA untuk MENAIKKAN HARGA BARANGAN yang di hasilkan untuk MENAMPUNG KOS.
  • Langkah ini di lihat sebagai KAEDAH atau CARA untuk MENGIMBANGI KADAR KEUNTUNGAN.
  • KENAIKAN KOS sebegini di sebabkan oleh Kenaikan-Kenaikan Kos Gaji Pekerja, Kos CUKAI dan KOS MENGIMPORT BARANGAN dari Luar Negara.
KOS KEPADA INFLASI
  • KENAIKAN KADAR INFLASI akan MENJEJASKAN Orang Ramai dari CARA yang berbeza.
  • Samaada dalam keadaan Secara langsung atau pun secara Tidak langsung.
  • Dimana adakala nya sesuatu INFLASI itu telah dapat DI JANGKA DARI AWAL dan sebahagian nya TIDAK DAPAT DI JANGKA.
  • Tetapi INFLASI maseh boleh DI KAWAL dengan melibatkan PENGUBAH-SUAIAN terhadap sesuatu POLISI, KAEDAH atau CARA yang MENYEBABKAN INFLASI TERJADI.
  • Seperti di Pihak Institusi Kewangan boleh MEMPELBAGAIKAN KADAR FAEDAH dengan sesuatu keadaan dan Golongan Pekerja boleh MERUNDINGKAN dengan MAJIKAN untuk MENAIKKAN TAHAP GAJI jika sesuatu HARGA BARANGAN MENINGKAT.
MASAALAH BERLAKU JIKA INFLASI TERJADI DALAM KEADAAN TIDAK DI JANGKA
SEPERTI CONTOH DALAM KEADAAN BERIKUT :-
  • PENGHUTANG AKAN RUGI dan PEMIUTANG AKAN UNTUNG jika di pihak PENGHUTANG tidak memasukkan Jangkaan daripada Elemen Kenaikan INFLASI yang akan menguntungkan PENGHUTANG.
  • Dalam keadaan EKONOMI yang Tidak Dapat Di Jangka dimana Pihak Peniaga dan Pihak Pengguna TIDAK MELAKUKAN PERBELANJAAN. Secara jangka masa panjang ia akan MEROSAKKAN EKONOMI.
  • Golongan yang BERPENDAPATAN TETAP seperti Golongan PEKERJA dan PESARA yang akan BERKURANGAN KUASA MEMBELI kerana WANG mereka MENJADI KECIL jika di bandingkan dengan HARGA BARANGAN. Keadaan ini akan memaksa KESELESAAN TARAF HIDUP mereka menjadi MENURUN.
  • Dan jika KADAR INFLASI dalam Negara LEBIH TINGGI daripada Negara LUAR maka Produk & Perkhidmatan TEMPATAN tidak akan dapat BERSAING dengan produk & Perkhidmatan Negara Luar. Di sebabkan oleh HARGA yang TINGGI.
RUNGUTAN ORANG RAMAI & INFLASI
  • ORANG RAMAI sering MERUNGUT kerana KENAIKAN HARGA BARANGAN & PERKHIDMATAN.
  • TETAPI tanpa mereka ketahui KENAIKAN HARGA BARANGAN LEBIH PANTAS dan LEBIH TINGGI daripada KENAIKAN GAJI mereka sendiri.
  • KERANA itu lah PENYEBAB UTAMA INFLASI BERLAKU di dalam NEGARA.
TETAPI APA YANG MEREKA TIDAK TAHU IALAH
  • INFLASI adalah PETANDA yang MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN PESAT dalam EKONOMI.
  • Jika KADAR INFLASI MENURUN itu juga membawa maksud bahawa Keadaan Ekonomi Negara MENURUN dan tidak baik untuk semua, sama BURUK keadaan nya seperti KADAR INFLASI menjadi TINGGI.
  • Jadi, di sini AMAT SUKAR untuk mengatakan INFLASI itu bersifat BURUK atau pun bersifat BAIK untuk Orang Ramai.
INFLASI MENJADI KAYU UKUR
INDEK INFLASI di dalam sesebuah Negara adalah KAYU UKUR untuk MENENTUKAN :
  • KADAR FAEDAH WANG SIMPANAN & PELABURAN dalam Sistem Kewangan.
  • Dan untuk MELINDUNGI SAHAM-SAHAM daripada TERJEJAS oleh sesuatu Keadaan INFLASI.
  • Juga sebagai PENGUKUR KEBIJAKSANAAN sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH didalam melaksanakan DASAR-DASAR EKONOMI mereka.
  • Dimana KERAJAAN yang TIDAK ARIF di dalam HAL-HAL EKONOMI akan melakukan BANYAK KEROSAKAN terhadap EKONOMI NEGARA dengan menyebabkan sesuatu KADAR INFLASI itu MENJADI BURUK dan TIDAK TERKAWAL.
editor

No comments:

Post a Comment