Monday, May 16, 2011

FAKTOR Y #19 - APA ITU SUBSIDI KERAJAAN - Post #249

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #249


APA ITU SUBSIDI KERAJAAN
DIMANA KAH SUBSIDI ITU DI LAKUKAN


SUBSIDI KERAJAAN ada pelbagai KATEGORI NYA dan ada juga banyak PENJELASAN bagi setiap KATEGORI yang wujud.
TETAPI yang menjadi Perkara ASAS NYA ialah SUBSIDI di TAKRIFKAN sebagai BANTUAN KERAJAAN terhadap Perkara-Perkara yang TERTENTU.
Dimana KEUTAMAAN seharus nya di tumpukan kepada KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA.


DEFINASI SUBSIDI
  • BANTUAN KEWANGAN daripada PIHAK KERAJAAN kepada sesuatu Perniagaan atau Ekonomi untuk MENGELAKKAN sesuatu KEMEROSOTAN.
TUJUAN UTAMA

  • TUJUAN UTAMA NYA ialah untuk memberi PERLINDUNGAN terhadap sesuatu Jenis Perniagaan atau Ekonomi Negara daripada DI ANCAM oleh sesuatu KEADAAN daripada EKONOMI BEBAS yang mengakibatkan KENAIKAN sesuatu NILAI atau HARGA.
  • MELALUI SUBSIDI Pihak Kerajaan DAPAT MENGAWAL sesuatu NILAI atau HARGA itu KEKAL KOMPETITIF.
JENIS-JENIS SUBSIDI
  • GERAN & PEMBAYARAN LANGSUNG (Grant & Direct Payment)
  • POTONGAN CUKAI (Tax Concession)
  • BANTUAN TERTENTU (In-Kind Subsidies)
  • BANTUAN BERSILANG (Cross Subsidies)
  • BANTUAN KREDIT & JAMINAN KERAJAAN (Credit Subsidies & Govt Guarantees)
  • BANTUAN HYBRID (Hybrid Subsidies)
  • BANTUAN DERIVATIF (Derivative Subsidies)
  • BANTUAN MELALUI PEMBELIAN KERAJAAN (Subsidies Thru Govt Procurement)
  • BANTUAN SOKONGAN HARGA PASARAN (Marker Price Support)
PENJELASAN NYA
GERAN & PEMBAYARAN LANGSUNG (Grant & Direct Payment)
  • Sesuatu Pembayaran yang berbentuk TUNAI di bayar kepada Institusi, Badan, Syarikat atau Pertubuhan yang di beri Bantuan oleh Kerajaan.
  • Untuk di gunakan sebagai pembayaran terhadap apa juga PERBELANJAAN yang terpaksa di tanggung oleh sesebuah Organisasi tersebut.
  • Yang berkaitan secara langsung kepada Tanggungan Kerajaan
  • Atau sebagai LANGKAH KERAJAAN untuk menstabilkan sesuatu NILAI atau HARGA BARANGAN.
POTONGAN CUKAI (Tax Concession)
  • Potongan Cukai selalu nya di berikan kepada sesebuah Organisasi AWAM dan SWASTA sebagai GALAKAN bagi mereka untuk terus MENYUMBANG kepada NEGARA.
BANTUAN BUDI BICARA / TERTENTU (In-Kind Subsidies)
  • Seperti memberikan bantuan untuk menyediakan segala Kemudahan Awam, Jalan Raya, Pusat Industri, Pertanian  Sekolah dan yang lain-lain.
BANTUAN BERSILANG (Cross Subsidies)
  • Bantuan seperti ini selalu nya di lakukan dengan mengambil KEUNTUNGAN daripada Syarikat-Syarikat Kerajaan dan di jadikan BANTUAN kepada Syarikat-Syarikat Kerajaan yang lain yang mengalami KEMUNDURAN.
BANTUAN KREDIT & JAMINAN KERAJAAN (Credit Subsidies & Govt Guarantees)
  • Bantuan-Bantuan Kerajaan dalam bentuk PINJAMAN WANG kepada Organisasi tertentu dengan NILAI FAEDAH yang RENDAH daripada yang di tawarkan oleh Pihak Bank.
  • Dan Pihak Kerajaan menjadi PENJAMIN terhadap sesuatu PINJAMAN yang di lakukan oleh sesebuah Organisasi dengan SURAT JAMINAN KERAJAAN untuk MENANGGUNG segala RISIKO terhadap PEMINJAM kepada Pihak Bank.
BANTUAN HYBRID (Hybrid Subsidies)
  • Bantuan Kerajaan terhadap Aktiviti untuk MENJAGA ALAM SEKITAR yang memberikan MANFAAT kepada RAKYAT.
  • Dan bantuan tersebut di berikan kepada Organisasi yang dapat MENGGERAKKAN AKTIVITI tersebut atas INISIATIF mereka sendiri.
BANTUAN DERIVATIF (Derivative Subsidies)
  • Bantuan yang berbentuk PENGGALAKKAN sesuatu INOVASI TEKNOLOGI yang boleh memanfaatkan Negara dan Rakyat.
  • Seperti PENGGALAKKAN penggunaan produk-Produk yang tidak Mencemarkan Alam Sekitar
  • Pembangunan Bio-Teknologi dan sebagai nya. 
BANTUAN MELALUI PEMBELIAN KERAJAAN (Subsidies Thru Govt Procurement)
  • Bantuan yang bercorak memberikan KEISTIMEWAAN HARGA melalui PEMBELIAN daripada BARANGAN yang DI BELI SENDIRI oleh Kerajaan kepada Peniaga Swasta.
  • Ini sebagai LANGKAH untuk MEMBANTU Para Peniaga yang maseh KURANG mampu untuk BERSAING di Peringkat ANTARABANGSA dengan MODAL yang BESAR.
BANTUAN SOKONGAN HARGA PASARAN (Market Price Support)
  • Bantuan yang berbentuk PENETAPAN sesuatu NILAI atau HARGA terhadap PRODUK TERTENTU di mana KERAJAAN yang MEMEGANG kepentingan BESAR.
  • Dan Nilai atau Harga Pasaran itu pula Pihak Kerajaan mengguna-pakai TARIF ANTARABANGSA untuk mendapatkan HARGA yang TERTENTU.
  • Ini yang di lakukan terhadap SUBSIDI MINYAK dimana Pihak Kerajaan yang menjadi Pengeluar MODAL dan HASIL tetapi NILAI JUALAN di sandarkan kepada HARGA PASARAN atau yang TERDEKAT dengan Pasaran.
  • Dimana APA JUGA KAEDAH PENILAIAN yang di guna-pakai TIDAK AKAN MERUGIKAN KERAJAAN
  • KERANA Apa yang DI HASILKAN adalah HASIL BUMI sendiri dan Pihak Kerajaan hanya mengeluarkan PERBELANJAAN untuk KOS OPERASI nya sahaja.
editor

No comments:

Post a Comment