Tuesday, May 03, 2011

REVIEW #34 : KEHENDAK MAJIKAN TERHADAP PEKERJA- Post #224

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #224


KEHENDAK MAJIKAN TERHADAP PEKERJA
APA KAH YANG MAJIKAN MAHUKAN DARIPADA PEKERJA MEREKA
  • MAKLUMAT yang akan di huraikan melalui Posting kali ini SANGAT BERGUNA kepada Golongan Pekerja dari semua jenis JAWATAN.
  • Jika di lihat di atas kertas sememang nya semua KEHENDAK yang DI SUKAI oleh golongan MAJIKAN ini SANGAT SUKAR untuk di penuhi TETAPI anda harus FAHAM bahawa segala KEHENDAK melalui KEPERLUAN yang HARUS anda MILIKI itu lah yang akan DAPAT MEMBANTU melancarkan segala Aktiviti Perniagaan yang Golongan MAJIKAN jalankan.
BERIKUT ADALAH KEPERLUAN KEMAHIRAN & KEBOLEHAN YANG DI PERLUKAN 


1...KEMAHIHAN BERHUBUNG 
  • KEBOLEHAN & KECEKAPAN untuk Mendengar, Menulis dan Berkomunikasi dengan BAIK
  • Dimana dalam Dunia Perniagaan, Sifat yang SUKA MENDENGAR terhadap apa yang DI LUAHKAN oleh Golongan Pelanggan akan memberikan seseorang Pekerja itu KEBOLEHAN untuk MENULIS LAPORAN yang TEPAT mengenai segala ADUAN PELANGGAN dengan CEKAP.
  • Dan selain akan CEKAP MENULIS mereka juga akan memiliki KEBOLEHAN untuk BERCAKAP & BERKOMUNIKASI dengan secara yang lebih EFEKTIF untuk MELUAHKAN atau MENYUARAKAN sesuatu ADUAN atau PENDAPAT kepada MAJIKAN dan PELANGGAN.
2...KEMAHIRAN MENGANALISA & MENGKAJI
  • Pekerja yang Berkebolehan untuk Menganalisa & Mengkaji sesuatu KEADAAN & KEJADIAN tanpa perlu DI TUNJUK AJAR atau DI PERINTAH oleh Majikan adalah sesorang PEKERJA yang sangat BERDIKARI.
  • Dengan SIKAP yang SUKA Menganalisa & Mengkaji, Golongan Pekerja seperti ini akan dapat MENYUMBANG kepada pelbagai PEMBANGUNAN yang POSITIF terhadap Syarikat.
  • Dan mereka akan dapat MENGURANGKAN Apa Juga RISIKO yang boleh MEROSAKKAN Perniagaan MAJIKAN mereka.
3...KEMAHIRAN KOMPUTER
  • Pada hari ini semua Syarikat MEMERLUKAN setiap Pekerja mereka MENGETAHUI Penggunaan ASAS KOMPUTER kerana KECANGGIHAN PENGURUSAN yang kebanyakan nya BERKOMPUTER.
  • Dengan memiliki KEMAHIRAN & KEBOLEHAN untuk mengendalikan KOMPUTER, seseorang Pekerja itu akan dapat melakukan TUGAS dengan lebih CEKAP dan PANTAS.
  • Dan mereka akan dapat MEMBANTU KELICINAN Pengurusan Syarikat dengan lebih Baik dan Sempurna
4...KEMAHIRAN BERTOLERANSI 
  • MAJIKAN hari ini juga gemar kepada Golongan PEKERJA yang memiliki SIKAP TOLERANSI yang Tinggi yang dapat MENYERAP Apa juga TUGASAN dengan BIJAK 
  • BIJAK dalam erti kata BERKEBOLEHAN untuk Membezakan KEUTAMAAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP dengan sesuatu KEPERLUAN secara BERDIKARI dengan ARAHAN yang paling MINIMA.
5...KEMAHIRAN BERINTERAKSI
  • MAJIKAN pada hari ini juga sangat gemar kepada PEKERJA yang BIJAK BERINTERAKSI di antara Pekerja, Majikan dan Pelanggan
  • Kerana SIKAP ini mencerminkan TARAF KEPROFESIONALAN yang tinggi dan akan mengurangkan banyak RISIKO terhadap perniagaan mereka.
  • Dimana kemahiran berinteraksi ini akan membolehkan seseorang Pekerja itu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan Etika Pekerjaan yang bersistematik
6...KEMAHIRAN MENGURUS-TADBIR
  • MAJIKAN juga gemar kepada Golongan PEKERJA yang TAHU untuk Mengurus-Tadbir DIRI, MASA, TUGASAN yang di serahkan dengan ARAHAN dan PEMANTAUAN yang paling MINIMA.
  • Samaada dari JAWATAN yang Terendah hingga kepada JAWATAN Tertinggi di dalam Syarikat
7...BERFIKIRAN TERBUKA
  • MAJIKAN juga gemar kepada Golongan PEKERJA yang memiliki FIKIRAN TERBUKA terhadap sesuatu BANGSA atau KAUM
  • Kerana di dalam sesebuah Syarikat akan Wujud pelbagai BANGSA dan KAUM yang menjadi Warga Kerja  dan di sini lah KEPERLUAN nya untuk BERFIKIRAN TERBUKA serta SIKAP MENGHORMATI Bangsa dan Kaum yang lain.
  • Dimana SIKAP seperti ini akan MENGHARMONIKAN semua BANGSA & KAUM untuk BEKERJA di bawah SATU BUMBUNG.
8...KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASAALAH
  • MAJIKAN juga gemar kepada PEKERJA yang TAHU untuk MENYELESAIKAN sesuatu MASAALAH PEKERJAAN yang Mudah dengan PEMANTAUAN yang MINIMA.
  • Kerana dengan KEMAHIRAN tersebut, setiap PEKERJA akan dapat MENJIMATKAN MASA MAJIKAN dan Golongan PENGURUS bagi menyelesaikan sesuatu Masaalah yang Mudah.
9...KEMAHIRAN BEKERJA SECARA BERKUMPULAN
  • Ini merupakan salah satu daripada KEMESTIAN sebagai seorang PEKERJA iaitu DAPAT BEKERJA secara BERKUMPULAN.
  • KERANA, Syarikat WUJUD kerana KONSEP BERKUMPULAN IDEA & MODAL lalu di tubuhkan sebuah SYARIKAT, maka SIKAP tersebut harus WUJUD juga di Kalangan PEKERJA.
  • PEKERJA yang suka MENYENDIRI atau BENCI untuk BEKERJA dengan ORANG LAIN adalah TIDAK SESUAI untuk BEKERJA di dalam sesebuah Syarikat
10...KEMAHIRAN MERANCANG
  • Kemahiran untuk MERANCANG sesuatu PERJALANAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP yang di serahkan oleh MAJIKAN kepada PEKERJA di ANGGAP sangat PENTING
  • Kerana setiap PEKERJAAN itu akan WUJUD sesuatu KEPERLUAN di dalam TUGASAN untuk di lakukan PERANCANGAN SUSULAN seperti Soal MASA, TENAGA KERJA dan KEPERLUAN KERJA yang berkaitan.
  • Seorang PEKERJA yang BIJAK MERANCANG akan dapat MENJIMATKAN MASA dan WANG Syarikat dan mereka akan MENJADI ASET PENTING kepada MAJIKAN.
ULASAN
APA YANG CUBA DI JELASKAN IALAH
  • Setiap Golongan PEKERJA itu HARUS belajar APA KAH SESUATU KEPERLUAN MAJIKAN dari Sudut Yang POSITIF dan HARUS mempertingkatkan Diri JIKA maseh terdapat KELEMAHAN yang TIDAK MENEPATI KEHENDAK MAJIKAN.
  • BUKAN dengan CARA cuba MENYEMBUNYIKAN segala KELEMAHAN DIRI dengan melakukan PENINDASAN terhadap RAKAN SEKERJA semata-mata INGINKAN segala PERHATIAN dan IMBUHAN daripada MAJIKAN
  • Atau dengan CUBA MEMPENGARUHI Pihak MAJIKAN dengan KECANTIKAN DIRI atau KECEKAPAN BERPIDATO bagi MENUTUP KELEMAHAN.
editor

No comments:

Post a Comment