Sunday, May 22, 2011

FAKTOR Y #34 - APAKAH KEDUDUKAN AYAT YANG TEPAT - Post #264

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #264


APAKAH KEDUDUKAN AYAT YANG TEPAT
URUS & TADBIR ATAU TADBIR & URUS DAN 
PENJUALAN & PEMASARAN ATAU PEMASARAN & PENJUALAN


KESILAPAN
  • RAMAI Orang telah melakukan KESILAPAN untuk MELETAKKAN KEDUDUKAN AYAT YANG TEPAT di dalam PENYAMPAIAN sesuatu RENCANA atau PENULISAN untuk kedua-dua PERKARA yang menjadi SUBJEK untuk Posting pada kali ini.
  • Walaupun bunyi nya AMAT REMEH tetapi jika di lihat dari Sudut KEDUDUKAN daripada segi KEUTAMAAN bagi kedua-dua AYAT tersebut di dapati telah MENYIMPANG dari FUNGSI yang sebenar.
  • Tetapi anda ikuti PENERANGAN dan HURAIAN mengenai kedua-dua KEDUDUKAN AYAT tersebut dan PERHATIKAN bagaimana ianya BERFUNGSI.
  • PENJELASAN ini akan dapat MENGUATKAN lagi PEMAHAMAN anda di dalam PELAJARAN ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN dengan lebih CEKAP lagi.
  • Dimana RAMAI yang menggunakan nya dalam KEADAAN YANG SALAH atau TERBALIK termasuk Golongan Peniaga & Usahawan, Golongan Wartawan dan Golongan Blogger
SEBUTAN URUS & TADBIR atau TADBIR & URUS
Ramai yang suka menggunakan Ayat URUS & TADBIR daripada TADBIR & URUS dan yang BERTEPATAN menurut FUNGSI yang sebenar ialah TADBIR & URUS.
MENGAPA?
  • Dalam ILMU PENGURUSAN Perkataan TADBIR & URUS adalah daripada Cabang Ilmu Pengurusan yang di namakan sebagai ADMINISTRATION (Pentadbiran) & MANAGEMENT (Pengurusan)
  • Dimana jika menurut KEFUNGSIAN nya akan memperjelaskan bahawa di dalam sesebuah ORGANISASI akan wujud beberapa Bahagian atau Jabatan atau Agensi (menurut kesesuaianyang melakukan sesuatu Tugas &Tanggung Jawap yang berlainan Fungsi.
  • Dan ORGANISASI itu menjadi INDUK kepada semua BAHAGIAN-BAHAGIAN yang di wujudkan.
  • Ini menjadikan ORGANISASI itu sebagai BADAN yang MENGUASAI segala BAHAGIAN yang di dalam HIRAKI ORGANISASI mereka dan secara langsung Orang-Orang yang Berkuasa di Ranking Teratas sesebuah ORGANISASI itu di namakan sebagai PENTADBIR.
  • Dan Orang-Orang yang Berkuasa di Bahagian-Bahagian itu pula di namakan sebagai PENGURUS.
SEBAB NYA
  • Tugas & Tanggung Jawap seorang PENTADBIR lebih LUAS SKALA PENJAGAAN nya dan MELIPUTI KESELURUHAN ORAGANISASI.
  • Manakala Seorang PENGURUS pula hanya menjalankan Tugas & Tanggung Jawap terhadap BAHAGIAN atau JABATAN atau AGENSI yang di KETUAI oleh nya.
  • Ini membawa maksud, Seorang PENGURUS adalah di bawah JAGAAN seorang PENTADBIR ORGANISASI.
  • Dan Seorang PENTADBIR di dalam sesebuah ORGANISASI lebih di kenali sebagai PENGARAH, PENGARAH URUSAN atau pun sebagai CEO.
RUMUSAN untuk SEBUTAN yang TEPAT DAN BETUL ialah Perkataan TADBIR & URUS dan akan menggambarkan SUSUNAN Tugas & Tanggung Jawap yang JELAS menurut HIRAKI ORGANISASI.

SEBUTAN PENJUALAN & PEMASARAN atau PEMASARAN & PENJUALAN
Seperti sebuah ORGANISASI dan kedudukan TADBIR & URUS, perkara yang sama WUJUD kesilapan PEMAHAMAN untuk menentukan yang mana satu kah BAHAGIAN yang lebih dahulu Wujud dan BAHAGIAN mana yang di Wujudkan kemudian.
Dimana RAMAI yang menggunakan SUSUNAN AYAT seperti PENJUALAN & PEMASARAN atau JUALAN & PASARAN.
APAKAH SUSUNAN YANG BETUL?
  • Menurut SUSUNAN ORGANISASI yang sebenar, Bahagian atau Jabatan PEMASARAN adalah yang MENGUASAI Bahagian PENJUALAN.
  • Oleh itu, SUSUNAN yang TEPAT & BETUL ialah Perkataan PEMASARAN & PENJUALAN.
MENGAPA?
  • Kerana menurut KEFUNGSIAN Tugas & Tanggung Jawap, Bahagian PEMASARAN harus terlebih dahulu MELAKAR dan MERANCANG Pelan Pemasaran & Pengedaran sesuatu Produk yang melibatkan sesuatu Tempat, Kawasan, Daerah, Negeri dan Negara.
  • Setelah Bahagian PEMASARAN Menetapkan KEDUDUKAN PASARAN, baharu lah Tugas & Tanggung Jawap untuk membuat PENJUALAN kepada Pengguna & Pembeli di serahkan kepada Bahagian JUALAN.
  • Dimana secara ASAS NYA Bahagian PEMASARAN Tidak Melakukan Sebarang Penjualan sesuatu Produk, mereka hanya bertugas untuk MENYEBARKAN, MENCARI & MENYEDIAKAN PELUANG untuk sesuatu PRODUK dan setelah semua STRATEGI PEMASARAN di laksanakan, maka Tugas MENJUAL di Ambil Alih oleh Bahagian PENJUALAN, dan bukan SEBALIK nya.
  • Tidak pernah di lakukan oleh Orang, PENJUALAN PRODUK di lakukan terlebih dahulu dan kemudian baharu untuk melakar STRATEGI PEMASARAN.
  • Seperti Kejanggalan memakai Pakaian Dalam di Luar!
RUMUSAN
  • Dengan MEMAHAMI KEFUNGSIAN sesuatu HIRAKI atau SUSUNAN sesuatu ORGANISASI dan JABATAN, maka KESILAPAN KECIL seperti ini tidak akan berlaku di dalam APA juga bentuk PENULISAN.
  • Kerana, walaupun kesilapan itu nampak kecil tetapi dari segi PERLAKSANAAN nya akan menggambarkan KESILAPAN YANG CUKUP BESAR di dalam SISTEM ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN.
  • Oleh itu, gunakan TERMA PERKATAAN yang TEPAT & BETUL.
editor

No comments:

Post a Comment