Sunday, May 29, 2011

SWOT #4 : PERGOLAKAN POLITIK DALAM MALAYSIA - Post #274

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #27


PERGOLAKAN POLITIK DALAM MALAYSIA


SUASANA POLITIK MALAYSIA (Lanjutan Post #272 & #273)
  • Di akhir-akhir ini atau semenjak Pilihan Raya yang terakhir, suasana Politik di Malaysia tidak begitu baik dan stabil di sebabkan banyak tekanan yang di ajukan oleh Rakyat kepada Kerajaan yang memerintah.
  • Pergolakan tersebut bukan sahaja berkaitan dengan GAYA KEPIMPINAN yang di ketuai oleh Parti UMNO tetapi berkaitan rapat dengan Gaya Kepimpinan dari Parti-Parti Sekutu UMNO di dalam BARISAN NASIONAL - BN seperti di dalam parti MCA (Malaysia Chinese Association) dan Parti MIC (Malaysian Indian Congress)
  • Dan Pergolakan itu bukan sahaja melanda di Tanah Semenanjung tetapi melanda juga di Negeri Sarawak dan Sabah yang menjadi Negeri di bawah Persekutuan Malaysia.
  • Pelbagai PERKARA atau KEJADIAN berlaku di antara Parti yang Memerintah dengan Parti-Parti Pembangkang dan masing-masing menggunakan segala KEKUATAN YANG ADA untuk menguasai sesuatu keadaan.
SIPNOSIS IDEOLOGI 
UMNO - BN
  • Sebagai sebuah Parti Besar dan Parti Dominan di dalam Parti Barisan Nasional yang memerintah semenjak Kemerdekaan Negara Malaysia pada 1957, telah mencuba sedaya upaya untuk MENGEKALKAN segala KUASA dan KEISTIMEWAAN yang mereka miliki sekarang.
  • Parti UMNO - BN ini di lihat telah Menggunakan SEMUA MEKANISMA dan KUASA yang ada untuk menangkis segala TUDUHAN yang di lemparkan kepada mereka.
  • Langkah ini di lihat sebagai JALAN untuk memberikan mereka (umno) PELUANG untuk terus memegang Tampuk KUASA Kerajaan Malaysia.
  • Walaupun Barisan Nasional telah mewujudkan pelbagai PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI sebagai Langkah untuk MEYAKINKAN RAKYAT tetapi Langkah tersebut di sambut DINGIN di sebabkan Tingkah-Laku Parti Barisan Nasional yang menggunakan KAEDAH atau STRATEGI mencemarkan Individu-Individu Parti-Parti Pembangkang.
  • Perkara ini di lihat oleh RAKYAT UMUM dari SEMUA BANGSA dan AGAMA sebagai KETERLALUAN serta BERCANGGAH dengan Program-Program Transformasi Ekonomi untuk MEMAKMURKAN NEGARA.
  • Segala Tindakkan ini dapat di lihat dengan jelas melalui semua MEDIA MASSA seperti melalui Stesen-Stesen Radio, Television, Berita Online, Blog, Blogger, Akhbar-Akhbar Cetak, Ceramah dan sebagai nya.
MCA & MIC - BN
  • Kedua-dua parti Komponen Barisan Nasional ini pula memiliki MASAALAH DALAMAN mereka sendiri mengenai GAYA KEPIMPINAN dan INTERGRITI KEPIMPINAN yang di lihat tidak dapat SOKONGAN daripada MAJORITI KAUM mereka sendiri.
  • Dan kedua-dua Parti Komponen ini juga di lihat KURANG memberi SOKONGAN kepada UMNO di dalam "Peperangan" menghadapi Parti Pembangkang.
  • Kelakuan ini dapat di lihat melalui Tindak-Tanduk mereka di dalam memberikan "Sokongan dan Serangan" kepada Pihak Pembangkang yang kelihatan "Kurang Menyengat dan Tidak Menunjukkan Minat" untuk menyokong Parti UMNO, kerana jika mereka terus Menyokong, mereka juga akan mendapat "SERANGAN" di bahagian yang sememang nya 'LEMAH' sekarang.
  • Perkara ini tidak memberikan sebarang KEBAIKAN kepada Parti UMNO, malah memberikan banyak IMPLIKASI yang lebih buruk dari Sudut Politik.
PAS - PR
  • Sejauh ini Parti PAS kelihatan lebih MATANG dan lebih KUKUH di Mata Rakyat UMUM kerana Parti PAS tidak juga gemar kepada Strategi menjatuhkan Lawan dengan menggunakan Kaedah Serangan PERIBADI yang Keterlaluan.
  • Dimana Parti PAS berpegang KUKUH kepada Prinsip KEISLAMAN yang tidak MENGHALALKAN Apa juga bentuk Tohmahan, Fitnah, Konspirasi atau Perkara-Perkara yang Mengaibkan seseorang.
  • Dan Rakyat UMUM secara dasar nya MENERIMA PENDIRIAN Parti PAS kerana ITULAH DASAR PARTI Mereka selama ini.
  • Dimana Pucuk Pimpinan Tertinggi Parti PAS secara TERBUKA MENOLAK dan MENGUTUK langkah yang di lakukan oleh parti UMNO.
  • Parti PAS juga di lihat sangat TERBUKA kepada Semua KAUM untuk menganggotai Parti PAS asalkan mereka itu Beragama ISLAM kerana Parti PAS berteraskan ISLAM.
DAP - PR
  • Walaupun Parti Barisan Nasional menuduh Parti DAP sebagai Pengkhianat, Perosak, Penindas Orang Melayu dan Islam, tetapi SOKONGAN Rakyat UMUM terhadap Parti DAP maseh lagi kukuh dan meningkat dari masa kesemasa.
  • Ini adalah kerana Rakyat UMUM Tahu dan Mengerti bahawa Parti DAP bukan lah seperti yang di tuduh kerana Parti DAP adalah sebuah Parti Majmuk atau Parti Berbilang Bangsa.
  • Dan Manifesto Parti DAP tidak sedikit pun menunjukkan yang mereka bersifat PERKAUMAN di antara Bangsa-Bangsa di Malaysia.
  • Parti DAP juga di lihat tidak Membelakangi apa juga Syarat-Syarat di dalam Perlembagaan Negara Malaysia dan PERJUANGAN mereka di lihat sebagai menuntut kepada lebih Ketelusan, Keadilan dan Kejujuran dalam Kerajaan.
  • Ini telah menguatkan Keyakinan Rakyat UMUM terhadap Parti DAP
PKR -PR
  • Parti PKR adalah Kesinambungan dari Perjuangan Ketua Penasihat Parti mereka iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang di pecat dari Jawatan dalam Kerajaan Barisan Nasional pada 2hb September 1998, dimana Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
  • Oleh kerana DSAI adalah bekas Orang Kuat Parti UMNO serta pernah memegang Jawatan No.2 Negara maka beliau di lihat sebagai PENCABAR UTAMA kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Parti yang di Ketuai oleh isteri beliau di anggap sebagai MUSUH NO.1 Barisan Nasional, dan kerana itu Parti PKR ini menerima pelbagai tekanan dari Parti Pemerintah sehingga ke hari ini.
  • Mentelah lagi dengan Ketokohan & Kebijaksanaan DSAI yang dapat MENYATUKAN Parti PAS dan Parti DAP kedalam SATU PAKATAN PEMBANGKANG dengan TUJUAN YANG SAMA.
  • Ini telah memberikan IMPAK yang besar kepada Parti Barisan Nasional yang Memerintah Negara, yang juga kini DI TERAJUI oleh bekas-bekas Menteri yang pernah di bawah Tadbir-Urus DSAI di dalam Kerajaan sebelum beliau di pecat.
  • Dimana Perdana Menteri dan Menteri-Menteri seperti Dato Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyidin, Dato Zahid Hamidi, Dato Seri Rais Yatim adalah "Junior" kepada DSAI di dalam Hiraki Parti UMNO sedikit masa dulu.
  • Ini menjadikan DSAI sebagai DURI YANG BERBISA kepada Parti UMNO dan Barisan Nasional.
KESAN PERGOLAKAN POLITIK
  • Dengan berlaku nya semua PERGOLAKAN POLITIK di dalam Negara Malaysia, bukan sahaja Rakyat UMUM merasakan ketidak-stabilan Kerajaan yang Memerintah tetapi Masyarakat Luar Negara dan Negara-Negara Luar juga MERASAKAN NYA.
  • Dimana kebanyakan Rakyat yang tidak mengira KAUM dan AGAMA telah menunjukkan Tanda-Tanda mereka KEHILANGAN KEYAKINAN terhadap Kerajaan yang Memerintah sekarang, yang kelihatan TERLALU mementingkan Pihak Lawan daripada menguruskan Hal-Hal yang membabitkan kehidupan Rakyat.
  • Dan Apa Juga Program untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara TIDAK SAMPAI SEPENUH NYA kepada Keseluruhan Rakyat di Semua Negeri-Negeri di Malaysia.
  • Juga Langkah-Langkah Pihak Kerajaan yang lebih MENGUNTUNGKAN Golongan Atasan, Golongan Kroni dan Golongan Berkepentingan dengan kerajaan juga telah MENGIKIS KEPERCAYAAN Rakyat terhadap Pemerintah.
KELUHAN RAKYAT YANG SEBENAR IALAH
  • Mereka mahu keluhan mereka di dengari oleh Pemerintah
  • BEBAN mengenai KOS SARA HIDUP yang meningkat harus di tangani
  • KENAIKAN Harga-Harga Barangan ASAS yang terus meningkat tidak dapat di kawal Pemerintah
  • Seperti Harga Gula, Tepung, Minyak Makan, Elektrik, Air dan Minyak Petrol, Diesel serta GAS Memasak yang benar-benar menjejaskan Kewangan Rakyat.
  • Dan Taraf Pendapatan yang tidak meningkat juga menjadi KEGELISAHAN Rakyat secara UMUM.
  • Golongan Rakyat dari Golongan Peniaga, Usahawan & Pelabur juga MENGELUH kerana KESUKARAN untuk bertahan di dalam keadaan Ekonomi yang tidak menentu serta Kenaikan Harga Asas Barangan yang terpaksa di tanggung.
JIKA KERAJAAN MAHU TERUS BERKUASA
  • Jika Pihak Parti yang Memerintah Kerajaan mahu terus Berkuasa sebagai Kerajaan yang Memerintah, mereka terlebih dahulu melakukan TRANSFORMASI terhadap IDEOLOGI PARTI.
  • Yang lebih Menjurus kepada TADBIR-URUS Hal Ehwal yang melibatkan segala KESUSAHAN dan KEGELISAHAN Rakyat secara TERBUKA, TELUS, JUJUR dan LEBIH CEKAP untuk Mentadbir-Urus Kewangan Negara.
  • Dan di hapuskan SIKAP PREJUDIS terhadap KAUM dan benar-benar DI SELARASKAN dengan SLOGAN 1MALAYSIA.
  • Atau Parti UMNO - BN kini harus MEMBUKA RUANG yang lebih LUAS kepada Semua KAUM sebagai Anggota Parti seperti yang di cadangkan oleh PENGASAS UMNO, kerana suasana Politik Zaman ini adalah lebih bersifat BERBILANG KAUM dan itu bermakna UMNO boleh di kenali sebagai UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANIZATION. (saranan sahaja), dan berdiri sebagai Sebuah Parti Majmuk atau Berbilang Kaum di bawah SATU PENTADBIRAN.
editor
***Writing as Political Analyst & Observer

No comments:

Post a Comment