Wednesday, May 11, 2011

FAKTOR Y #7 - APA BURUK NYA PADA SIKAP MEMILIH PELANGGAN - Post #237

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #237


APA BURUK NYA PADA SIKAP MEMILIH PELANGGAN
BAGAIMANA IA BOLEH MENJEJASKAN PERNIAGAAN ANDA


SIKAP MEMILIH PELANGGAN 
  • Maseh lagi WUJUD pada Zaman ini walau di Negara mana juga di dalam Dunia ini TETAPI jika SIKAP tersebut TIDAK DI PERBETULKAN dengan segera maka SIKAP tersebut akan MENJEJASKAN Perniagaan anda.
JENIS PEMILIHAN
SIKAP MEMILIH PELANGGAN ini terbit daripada ANGGAPAN & ANDAIAN mengenai KEMAMPUAN MEMBELI seseorang Pelanggan dari Persepsi LUARAN yang di lihat melalui :
  • Pemakaian Pakaian Pelanggan
  • Usia Pelanggan
  • Paras Rupa Pelanggan
  • Jantina Pelanggan
  • Bangsa Pelanggan
JENIS PERNIAGAAN
SIKAP MEMILIH PELANGGAN ini SERING berlaku di dalam Jenis Perniagaan yang memberi Perkhidmatan  & Menjual Barangan Keperluan Pengguna seperti di Kedai-Kedai :-
  • Menjual Kenderaan
  • Menjual Pakaian & Aksessori
  • Menjual Peralatan Elektrik & Elektrikal
  • Menjual Barangan Kemas
  • Menjual Makanan & Minuman
  • Perkhidmatan di Motel, Chalet, Resort & Hotel dan Teksi
ATAU mana-mana KEDAI yang MENAWARKAN Penjualan Barangan & Perkhidmatan yang berbentuk EXCLUSIVE.

KENAPA SIKAP INI WUJUD DI KALANGAN PENIAGA & PEKERJA MEREKA?
  • Sebahagian Besar ANGGAPAN & ANDAIAN Para Peniaga mengenai KEMAMPUAN MEMBELI daripada Pelanggan yang di sebutkan sememang nya ADA KEBENARAN NYA.
  • Dimana KEBANYAKAN Pelanggan yang di kategorikan dalam JENIS PEMILIHAN di atas itu di dapati memang KURANG BERKEMAMPUAN untuk Membeli atau Membayar Nilai Produk & Perkhidmatan yang di tawarkan.
  • Oleh kerana Para Peniaga ini SUDAH FAHAM & TAHU mengenai KRITERIA KUASA MEMBELI PELANGGAN melalui PENAMPILAN dan yang lain nya, mereka akan menjadi MALAS untuk memberikan LAYANAN yang bersungguh-sungguh jika di datangi oleh Jenis Pelanggan yang dalam kategori yang sama.
  • Atas Faktor & Kriteria inilah BERMULA nya SIKAP MEMILIH PELANGGAN.
APA FAKTOR YANG GAGAL & TIDAK DI KETAHUI
Semua Jenis Pelanggan Memiliki HAK dan di Lindungi Undang-Undang untuk :
  • Memasuki Premis Perniagaan anda
  • Melihat, Memeriksa dan Menilai semua Produk & Perkhidmatan yang anda tawarkan
  • Bertanya Harga-Harga Jualan dan Skim atau Cara Pembayaran
  • Melakukan Tawar Menawar Harga 
  • Dan Keluar dari Premis Perniagaan anda TANPA melakukan sebarang PEMBELIAN.
  • Mendapat Perhatian & Layanan yang SAMA RATA sebagai BAKAL PELANGGAN daripada Para Peniaga yang memiliki Premis Perniagaan.
  • Rujukan Undang-Undang : LAW OF MALAYSIA ACT 599, Consumer Protection Act 1999 http://www.kpkk.gov.my/akta_kpkk/Consumer%20Protection.pdf ]
APA YANG SERING BERLAKU IALAH
  • Ramai juga Peniaga & Pekerja Jualan mereka TERPERANGKAP dengan Persepsi, Anggaran & Andaian yang SALAH.
  • Kerana Pelanggan yang DI LIHAT sebagai KURANG MAMPU adalah Pelanggan yang BENAR-BENAR membuat Pembelian.
  • Dan apabila Pelanggan yang TIDAK DI SANGKA itu membuat pembelian, baharu lah Para Peniaga & Pekerja Jualan mereka memberikan LAYANAN  ISTIMEWA.
  • Cara yang sebegini ADALAH tidak MENEPATI Piawaian Perkhidmatan Pelanggan yang sebenar dan Bertentangan dengan KAEDAH & MATLAMAT Menubuhkan Premis Jualan yang bertujuan untuk MENARIK seramai mana Pelanggan yang boleh.
CONTOH PERTAMA
Saya pernah pergi ke Pusat Pameran dan Jualan Kereta-Kereta TERNAMA buatan Jepun & Eropah yang berharga antara RM160K hingga RM680K dengan memakai pakaian yang sederhana seperti T-Shirt, selipar dan berseluar jeans lusuh, saya mencuba di 6 buah Pusat Jualan Kereta yang di sebutkan dan ini lah yang saya alami :-
  • Kedatangan saya ke dalam Pusat Pameran tidak di beri perhatian langsung oleh Para Pegawai Jualan yang bertugas. (hanya di ekori jelingan mata)
  • Sehingga saya berkesempatan untuk Meninjau & Memeriksa kesemua Kereta yang di pamerkan tanpa seorang pun yang mengganggu.
  • Sehingga lah saya sendiri yang mencari Pegawai Petugas untuk bertanyakan soalan dan soalan-soalan saya pun di jawap dengan seringkas yang boleh seperti orang yang tidak berminat untuk melayan.
  • Dan saya keluar dari Pusat Pameran tanpa di pandang serius oleh Pegawai Petugas.
CONTOH KEDUA
Saya melakukan sekali lagi Lawatan ke Pusat Pameran Jualan Kereta yang sama di bulan berikut nya TETAPI saya menggunakan Penampilan Diri dengan mengenakan Pakaian Jenis Usahawan Korporat serta meletakkan kereta yang saya pandu ke dalam kawasan Parking Pusat Pameran mereka, dan apa yang saya terima ialah :
  • Sewaktu membuka pintu kereta, saya sudah melihat 2 petugas sudah berdiri di pintu masuk bilik pameran menunggu kemasukan saya.
  • Apabila saya sampai ke pintu bilik Pameran, pintu kaca di bukakan dengan 2 Petugas memberikan hormat kedatangan dengan teguran dan senyuman.
  • Dan salah seorang dengan segera bertanyakan tujuan kedatangan saya dengan cara yang sangat sopan dan berbudi bahasa., dimana saya maseh mengingati mereka juga lah yang tidak melayan saya dahulu.
  • Saya juga mengalami LAYANAN yang sama BAIK di Pusat-Pusat Jualan yang lain kerana menggunakan Penampilan Diri yang sama.
  • Walaupun saya tidak membuat Pembelian, sewaktu ingin keluar Pegawai bertugas mengiringi saya hingga ke pintu dengan penuh hormat.
APA YANG BOLEH DI PELAJARI
  • SIKAP MEMILIH PELANGGAN yang KETARA
  • DOUBLE STANDARD mengenai CUSTOMER SERVICES
  • ANDAIAN & ANGGAPAN yang SALAH
  • KHIDMAT YANG TIDAK IKHLAS & TIDAK JUJUR
  • OPERASI PENJUALAN YANG TIDAK TEPAT
  • MEMBAWA KEBURUKAN KEPADA BRANDING SYARIKAT
  • MENGHALANG PELUANG PERNIAGAAN
  • MENYEKAT REFERRAL ADVERTISEMENT
  • DALAM 1 PERKATAAN ialah BAD SERVICE.
RUMUSAN
  • SEBAIK KELAKUAN di dalam memberikan PERKHIDMATAN yang BAIK & SEMPURNA kepada Para Pelanggan ialah dengan KAEDAH atau CARA TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN PELANGGAN.
  • SETIAP BAKAL PELANGGAN yang datang ke Premis Jualan HARUS di beri LAYANAN yang SAMA.
  • KERANA anda tidak akan TAHU di antara PELANGGAN yang datang itu SIAPA yang PALING BESAR KUASA MEMBELI yang mereka miliki.
  • JIKA Perkara Memilih Pelanggan ini terus di amalkan MAKA anda akan dapati Perniagaan anda akan MENURUN dari masa kesemasa KERANA SIKAP & KELAKUAN yang Memilih Pelanggan yang anda amalkan.
  • PENIAGA YANG BERJAYA ialah dari jenis PENIAGA yang BERSIFAT TERBUKA dan ADIL terhadap semua ORANG dan menjalankan Perniagaan dengan ETIKA PERNIAGAAN yang SEBENAR.
editor

No comments:

Post a Comment