Thursday, May 05, 2011

REVIEW #38 : MAJIKAN & JENIS KERAJAAN - Post #228

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #228


MAJIKAN & JENIS KERAJAAN
APA YANG MAJIKAN PERLU FAHAMI


MAJIKAN 
  • Adalah PENIAGA & USAHAWAN yang menjalankan PERNIAGAAN di dalam Sesebuah NEGARA, dan menjadi KEMESTIAN bagi seseorang MAJIKAN untuk Mengenal-Pasti Jenis-Jenis KERAJAAN yang MEMERINTAH di dalam sesebuah Negara itu.
  • Langkah MEMAHAMI jenis KERAJAAN ini akan MEMBANTU seseorang MAJIKAN mengenai PELBAGAI RISIKO yang boleh DI JANGKA melalui jenis KERAJAAN yang memerintah.
DEFINASI KERAJAAN
  • KERAJAAN adalah Sebuah BADAN yang di Anggotai oleh Orang-Orang dari sesuatu Organisasi atau Parti Politik yang MEMERINTAH sesebuah Negara.
  • KERAJAAN yang menguasai sesebuah Negara itu adalah BADAN yang Menetapkan segala POLISI, PERUNDANGAN dan Menjaga KESELAMATAN Negara mereka untuk KEPENTINGAN dan KEBAIKAN kepada RAKYAT 
  • KERAJAAN ini pula TERBENTUK daripada Tiga (3) JENIS atau CORAK PEMERINTAHAN seperti yang berikut:
APAKAH JENIS KERAJAAN YANG WUJUD
  1. KERAJAAN DEMOKRASI
  2. KERAJAAN BERAJA
  3. KERAJAAN DIKTATOR
PENJELASAN
1...KERAJAAN DEMOKRASI
  • DEMOKRASI adalah PERUNDANGAN RAKYAT atau atas SUARA RAKYAT 
  • Yang MEMILIH WAKIL-WAKIL mereka melalui PROSES PENGUNDIAN yang BEBAS
  • Dan Wakil-Wakil yang TERPILIH akan Menduduki PARLIMEN untuk MENYUARAKAN segala Kehendak & Keperluan Rakyat.
  • Dalam Sistem DEMOKRASI, Rakyat di berikan HAK dan FAEDAH yang SAMA RATA
  • Dan KERAJAAN yang berkonsepkan DEMOKRASI adalah sebuah NEGARA yang MERDEKA iaitu Negara yang BEBAS.
  • Dimana KERAJAAN DEMOKRASI bukan di Perintah oleh RAJA, PERMAISURI atau dalam Sistem BERRAJA.
SISTEM KERAJAAN DEMOKRASI pula ada Dua (2) Pecahan nya seperti:-
  • PERTAMA: Di Kuasai oleh Seorang PRESIDEN yang di lantik terus oleh RAKYAT melalui pembuangan UNDI
  • KEDUA: Di kuasai oleh SISTEM BERPARLIMEN dimana RAKYAT hanya Mengundi Wakil-Wakil yang mereka percayai untuk Menduduki PARLIMEN menerusi PARTI-PARTI yang bertanding.
  • Dan AHLI PARLIMEN ini pula akan MELANTIK seseorang daripada Anggota PARTI yang BERKUASA untuk di lantik sebagai KETUA NEGARA dan di namakan sebagai seorang PERDANA MENTERI.
Dua NEGARA GERGASI yang menggunakan SISTEM DEMOKRASI ialah:
  • Negara AMERIKA SYARIKAT yang menggunakan Sistem PRESIDEN
  • Negara GREAT BRITAIN yang menggunakan Sistem BERPARLIMEN & PERDANA MENTERI
2...KERAJAAN BERAJA
  • Sebuah KERAJAAN yang di ketuai oleh Seorang RAJA atau PERMAISURI
  • Dimana KUASA mereka untuk MEMERINTAH bukan DI TENTUKAN oleh RAKYAT tetapi KUASA tersebut DI WARISI secara TURUN TEMURUN
  • Dan semua PERUNDANGAN di tetapkan oleh RAJA atau PERMAISURI yang memerintah.
KERAJAAN BERAJA pada hari ini
  • KERAJAAN BERAJA yang 100% DI KUASAI oleh SISTEM BERAJA amat kurang pada Zaman ini.
  • Yang maseh Wujud hanya lah beberapa Negara seperti ARAB SAUDI, BRUNEI dan beberapa Negara ARAB yang lain.
  • Negara GREAT BRITAIN pula MENGAMALKAN Sistem Beraja BerParlimen yang juga di amalkan oleh Negara MALAYSIA.
  • Dimana RAJA atau PERMAISURI hanya di jadikan sebagai KETUA NEGARA tetapi Tidak Menguruskan Hal Ehwal Negara dan Tugas tersebut di serahkan kepada PARLIMEN yang di Ketuai oleh Seorang PERDANA MENTERI.
3...KERAJAAN DIKTATOR
  • KERAJAAN DIKTATOR adalah sebuah Kerajaan yang DI KUASAI oleh Seseorang atau Sekumpulan Orang yang MENGUASAI sesebuah Negara secara RAMPASAN KUASA atau PENJAJAHAN.
  • Mereka menggunakan Sistem Pemerintahan SEHALA dimana SUARA RAKYAT bukan menjadi PENENTU bagi setiap POLISI atau PERUNDANGAN yang mereka Tetapkan.
  • KERAJAAN DIKTATOR juga menggunakan PRESIDEN dan Anggota Kerajaan mereka di bentuk menjadi sebuah PARTI dengan pelbagai nama atas ALASAN DEMOKRASI.
  • KERAJAAN DIKTATOR lebih cuba MENCONTOHI Sistem Pemerintahan BERAJA yang di PELOPORI oleh Orang AWAM yang bukan BERKETURUNAN DI RAJA.
CONTOH Negara-Negara yang Berkerajaan DIKTATOR yang Terkenal
  • Negara KOREA UTARA
  • Negara LIBYA
  • Negara IRAQ (zaman Saddan Hussein)
  • Negara MYANMAR (Burma)
  • Negara SOVIET UNION (yang lama)
APAKAH KEPENTINGAN JENIS-JENIS KERAJAAN DENGAN PERNIAGAAN ANDA?
Dengan MENGETAHUI apakah jenis-jenis KERAJAAN yang MEMERINTAH sesebuah NEGARA, anda sebagai seorang MAJIKAN, PENIAGA dan USAHAWAN akan dapat MENJANGKA apakah :-

1...PERUNDANGAN
  • JENIS PERUNDANGAN & UNDANG-UNDANG yang di guna-pakai
  • JENIS-JENIS RISIKO yang menanti terhadap sesuatu Jenis Perniagaan yang anda ingin lakukan
  • JENIS-JENIS HUKUMAN jika Melanggar sesuatu Jenis Perundangan atau Undang-Undang yang di tetapkan
2...FAHAMAN POLITIK
  • JENIS FAHAMAN POLITIK yang di amalkan oleh sesebuah KERAJAAN
  • JENIS & GAYA KEPIMPINAN menerusi FAHAMAN POLITIK
  • JENIS-JENIS PERNIAGAAN yang di galakkan dan di beri KEUTAMAAN menerusi Sistem Pemerintahan yang di amalkan
3...JENIS RISIKO

  • Melalui JENIS KERAJAAN & FAHAMAN POLITIK yang di amalkan, anda juga akan dapat MENJANGKA segala RISIKO terhadap PERNIAGAAN yang anda ingin lakukan di dalam Negara-Negara yang berkenaan.
  • PEMAHAMAN ini akan membolehkan anda untuk MELAKAR STRATEGI-STRATEGI yang BERSESUAIAN dengan sesuatu SUASANA POLITIK & JENIS KERAJAAN yang memerintah.
  • Dan KEBAIKAN nya ialah anda akan dapat MENGURANGKAN PELBAGAI RISIKO KERUGIAN di dalam Perniagaan.
RISIKO ini pula akan TERGOLONG di dalam FAKTOR-FAKTOR yang berikut:-
  • RASUAH 
  • CUKAI PERNIAGAAN 
  • HAK MILIK HARTA BENDA & HARTANAH SYARIKAT
  • HAK MILIK PERNIAGAAN
  • PENGELUARAN MODAL KE NEGARA ASAL ANDA
  • KESAN MATAWANG YANG DI GUNAKAN
  • TENAGA KERJA
  • TEKNOLOGI
  • HAL-HAL IMMIGRATION & PERMIT 
Dimana SEMUA ITU harus di ketahui sebelum anda MELANGKAH KAKI ke sesebuah Negara untuk MELUASKAN PERNIAGAAN ANDA.


Link untuk RUJUKAN MAKLUMAT Tambahan mengenai Geopolitik & Peluang Perniagaan  Negara-Negara Di ASIA
http://www.buyusa.gov/asianow/top_6_export_prospects.html

editor

No comments:

Post a Comment