Friday, May 06, 2011

REVIEW #39 : MAJIKAN & PENGEMBANGAN PERNIAGAAN - Post #229

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #229


MAJIKAN & PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
APAKAH YANG PERLU MAJIKAN LAKUKAN


MATLAMAT ASAS
  • Sebagai MAJIKAN samaada secara BERSENDIRIAN atau BERKUMPULAN, anda bertanggung jawap untuk memastikan perniagaan anda terus kekal relevan dengan keadaan pasaran agar tidak kehilangan peluang untuk kekal maju.
  • Kerana hal yang sedemikian, anda perlu sentiasa BERFIKIR untuk bagaimana MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN anda dari masa kesemasa, supaya PERANAN anda sebagai MAJIKAN terhadap Golongan PEKERJA yang bersandar kepada Syarikat anda untuk meraih pendapatan akan dapat terus mantap dan kekal serta akan dapat menjana peluang-peluang pekerjaan yang baharu.
  • Selain daripada TUJUAN UTAMA Perniagaan yang ingin MENJANA KEUNTUNGAN daripada Aktiviti Perniagaan yang di jalankan.
Untuk itu, sebagai MAJIKAN anda harus sentiasa MENCARI PELUANG untuk BAGAIMANA menyusun STRATEGI bagi MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN yang sediaada, dan sebagai PANDUAN di sini di garis kan 10 PERKARA yang boleh anda FIKIRKAN.

10 CARA UBTUK MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA
  1. BUKA CAWANGAN
  2. FRANCAIS-KAN PERNIAGAAN
  3. LESEN KAN PRODUK ANDA
  4. GUNA SEKUTU PERNIAGAAN
  5. LUAS KAN JENIS PERNIAGAAN
  6. LUAS KAN SASARAN PASARAN
  7. DAPAT KAN KONTRAK KERAJAAN
  8. BERGABUNG atau AMBIL ALIH SYARIKAT LAIN
  9. KEMBANG KAN KE PERINGKAT GLOBAL
  10. LUAS KAN MELALUI INTERNET
APAKAH PENJELASAN DI SEBALIK 10 CARA TERSEBUT
1...BUKA CAWANGAN
  • Membuka Cawangan bukan lah pilihan yang terbaik untuk perniagaan tetapi ia boleh di lakukan dan di jayakan dengan Perancangan yang TEPAT melalui KAJIAN yang menyeluruh agar segala RISIKO dapat di kurangkan.
  • Kerana dengan Membuka Cawangan, anda perlu PASTIKAN perniagaan yang anda lakukan itu MASEH BOLEH MERAIH KEUNTUNGAN YANG MINIMA untuk kekal relevan.
  • Dan Kedudukan LOKASI, MODAL, PEKERJA dan KONSEP PERNIAGAAN harus di beri PERHATIAN SAMA BERAT dengan perniagaan yang sediaada.
  • Cawangan Perniagaan HARUS di lakukan dengan MATLAMAT yang TEPAT iaitu sebagai LANGKAH MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN dan untuk mendapatkan PELUANG yang lebih LUAS.
2...FRANCAIS-KAN PERNIAGAAN
  • FRANCAIS adalah salah Satu Sistem untuk Mengembangkan Perniagaan di mana ANDA memberikan HAK PERNIAGAAN anda kepada Peniaga & Usahawan lain untuk menggunakan Nama & Jenama Syarikat Anda dengan Syarat-Syarat yang tertentu melalui AKTA FRANCAIS.
  • Dimana Sistem FRANCAIS ini akan dapat memberikan anda PELUANG MENGEMBANGKAN Perniagaan dengan lebih LUAS tanpa perlu Mengeluarkan MODAL yang Besar.
  • Anda hanya PERLU untuk MEMBINA suatu PIAWAIAN atau STANDARD yang SERAGAM terhadap segala URUS-NIAGA PERNIAGAAN anda yang MELIPUTI segala ASPEK NAMA & JENAMA Syarikat & Produk.
  • Agar ia MUDAH untuk DI TURUTI oleh Pihak FRANCAISI anda
  • Sistem FRANCAIS jika di lakukan dengan TEPAT & BETUL, anda boleh menjangkakan PULANGAN yang lebih baik daripada membuka CAWANGAN sendiri.
3...LESENKAN PRODUK ANDA
  • Jika anda memiliki sesuatu Produk dan Perkhidmatan yang DI CIPTA SENDIRI, anda boleh MELESEN KAN nya di bawah AKTA yang SESUAI dengan sesuatu Produk & Perkhidmatan.
  • Dengan langkah PERLESENAN ini, anda boleh MENJUAL HAK untuk MEMBUAT & MENGEDAR kepada Syarikat-Syarikat lain terhadap Produk & Perkhidmatan milik anda.
  • Ini akan MEMBERIKAN Syarikat anda RUANG untuk MENJANA PENDAPATAN yang lebih LUAS dan juga dapat MENGURANGKAN MODAL OPERASI.
  • CARA ini juga akan MEMASTIKAN Syarikat anda Mendapat pendapatan yang BERTERUSAN daripada Pembayaran Wang Pendahuluan dan ROYALTI daripada SYARAT mendapatkan HAK MENGGUNAKAN.
4...GUNA SEKUTU PERNIAGAAN
  • Penggunaan SEKUTU PERNIAGAAN bermaksud anda melakukan USAHA-SAMA dengan Para PENIAGA yang SAMA JENIS PERNIAGAAN nya dengan anda.
  • Dengan MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN secara BERKUMPULAN agar setiap BAHAN, PRODUK dan PERKHIDMATAN dapat di lakukan secara BERSAMA dan dapat MENGURANGKAN KOS PEMBELIAN.
  • Juga akan dapat MELUASKAN SKOP PELANGGAN kepada Kawasan yang lebih LUAS dengan wujudnya PERJANJIAN USAHA-SAMA ini.
  • Langkah ini akan dapat MENGURANGKAN KOS PEMBELIAN dan dapat MENINGKATKAN TAHAP KEUNTUNGAN.
  • Walaupum CARA ini TIDAK POPULAR di Negara-Negara ASIA TENGGARA tetapi CARA ini maseh boleh DI GUNA-PAKAI kerana akan memberi BANYAK FAEDAH kepada Para Peniaga yang di dalam sama jenis perniagaan nya.
5...LUASKAN JENIS PERNIAGAAN
  • Jika Syarikat anda hanya memiliki 100 atau 200 JENIS PRODUK dan PERKHIDMATAN, kini anda boleh MEMIKIRKAN untuk MENAMBAH JUMLAH nya dengan Mencari & Mengkaji APAKAH Jenis-Jenis Produk yang lain.
  • Dengan penambahan Produk, anda akan menambahkan banyak Perkara seperti KOS atau MODAL TAMBAHAN, oleh yang demikian anda perlu PASTIKAN sesuatu TAMBAHAN PRODUK itu BENAR-BENAR di kehendaki oleh Pelanggan dan Mudah DI JUAL.
  • Sebelum menambahkan nya, anda perlu melakukan KAJIAN YANG TELITI dari pelbagai ASPEK, agar ia tidak menjadi BEBAN yang sangat MEMBEBANKAN KEWANGAN SYARIKAT.
6...LUASKAN SASARAN PELANGGAN
  • Anda juga boleh memikirkan meluaskan SASARAN PELANGGAN dengan Mengkaji semua SIAPA SASARAN sekarang dan APAKAH SASARAN BAHARU yang boleh anda Sasarkan.
  • Umpama nya, jika sebelum ini anda hanya mensasarkan Golongan Pelanggan dari Golongan USIA 15 Tahun keatas, kini anda boleh menambahkan kepada SASARAN USIA dari 15 tahun ke BAWAH hingga ke USIA SEHARI contoh nya.
  • Kerana dengan MELUASKAN SASARAN itu bermakna anda MELUASKAN PENYEDIAAN KEPERLUAN kepada golongan yang baharu.
  • Dan dengan PERLUASAN SASARAN, Syarikat anda akan DI DATANGI oleh LEBIH RAMAI GOLONGAN PELANGGAN daripada yang sebelum nya.
  • Dengan CARA ini ada akan dapat MENAMBAHKAN PENDAPATAN Syarikat walaupun terpaksa menambahkan MODAL PUSINGAN.
7...DAPATKAN KONTRAK KERAJAAN
  • KONTRAK KERAJAAN selalu nya berskala besar dan untuk mendapatkan sesuatu Kontrak, anda terpaksa BERSAING dengan ramai Kontraktor Bekalan yang sediaada.
  • Untuk itu anda perlu MENELITI dengan TEPAT apakah Strategi yang BERKESAN untuk mengatasi Para Pesaing.
  • Tetapi JANGAN SAMPAI mengambil langkah-langkah yang boleh MENGHANCURKAN Syarikat anda sendiri seperti MERASUAH Pegawai Kerajaan.
  • Lakukan dengan KEBIJAKSANAAN di dalam menyediakan peluang BEKALAN kepada Pihak Kerajaan.
8...BERGABUNG atau AMBIL ALIH SYARIKAT LAIN
  • CARA ini memang TIDAK POPULAR di kalangan PENIAGA kerana melibatkan INTERGRITI atau HARGA DIRI.
  • Ramai yang akan MENOLAK Saranan untuk BERGABUNG atau DI AMBIL ALIH
  • Tetapi jika ia BERJAYA di lakukan, CARA ini sememang nya BERKESAN untuk MELUASKAN PERNIAGAAN dimana segala URUSAN ASAL tidak perlu di lakukan di sebabkan sesebuah Perniagaan yang ingin Bergabung atau Di BEli itu sudah MANTAP di PASARAN.
  • Dan akan melibatkan UNDANG-UNDANG yang RUMIT untuk di realisasi-kan, tetapi dengan mendapatkan Pakar-Pakar Guaman di dalam Bidang ini, banyak perkara yang ber-risiko dapat di elakkan.
9...KEMBANGKAN KE PERINGKAT GLOBAL
  • Jika Perniagaan anda telah MANTAP di dalam Negara sendiri dan merasakan Peluang untuk berkembang di dalam Negara sudah sedikit, maka anda boleh MENGEMBANGKAN Perniagaan anda ke Negara-Negara yang lain.
  • Pengembangan boleh di lakukan melalui BANYAK CARA seperti PERLESENAN HAK, FRANCAIS, MELANTIK WAKIL JUALAN atau CAWANGAN Sendiri.
  • Tetapi PASTIKAN ANDA PELAJARI segala SELOK BELOK PERNIAGAAN dalam sesebuah Negara Asing sebelum anda melakukan nya.
  • Langkah ini akan dapat MENGURANGKAN Pelbagai RISIKO KERUGIAN.
10...LUASKAN MELALUI INTERNET
  • Anda juga boleh MELUASKAN Perniagaan melalui KAEDAH PERNIAGAAN di dalam INTERNET.
  • Anda perlu MEMBINA KAEDAH JUALAN secara ONLINE bagi mendapatkan lebih ramai PELANGGAN.
  • Dimana Penggunaan Penjualan melalui INTERNET ini di guna-pakai sebagai TAMBAHAN atau SAMPINGAN atau SOKONGAN terhadap Perniagaan yang sediaada.
  • Terkecuali jika anda ingin menukar kepada PERNIAGAAN SECARA ONLINE 100%.
editor

1 comment:

  1. Saya baru sebulan buka Restoran Nasi Lemak Puyuh & Ayam Kampung di kolam pancing jalan reko kajang. Berdekatan UKM. Walaupun pelanggan masih kurang, namun rata2 pelanggan memuji sambal nasi lemak saya dan datang berulang. Ada juga ingin membeli sambal saya untuk restorannya. Macamanakah saya hendak mencari pelabur atau francaiskan perniagaan saya? Sesiapa berminat untuk jadi pelabur/rakan kongsi/francaisor boleh hubungi saya Wan 0126922953, linda 0123291765. Atau datang terus cuba makan di restoran saya.

    ReplyDelete