Saturday, May 28, 2011

SWOT #3 : MEMAHAMI FUNGSI PARTI POLITIK & KERAJAAN - Post #273

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #273


MEMAHAMI FUNGSI PARTI POLITIK & KERAJAAN
APA JURANG BIDANG KUASA & KEFUNGSIAN NYA


FUNGSI PARTI POLITIK (Lanjutan dari post #272)
  • Sebuah Parti Politik yang telah mendapat KUASA untuk Memerintah Negara dengan menubuhkan sebuah KERAJAAN akan berbeza KEFUNGSIAN NYA.
  • Dimana Kedua-dua Parti Politik dengan Sebuah Kerajaan adalah BERBEZA ENTITI serta Tugas & Tanggung Jawap yang perlu di laksanakan.
DALAM PARTI
  • Semua Anggota Parti adalah TERTAKLUK dan TERIKAT kepada semua IDEOLOGI dan TATA-TERTIP Kepartian yang di wujudkan oleh sesebuah Parti Politik.
  • Dimana setiap Parti Politik akan Bertanggung Jawap terhadap semua Keanggotaan Parti dari Jawatan Presiden hingga lah kepada Ahli-Ahli Biasa.
TUGASAN & TANGGUNG JAWAP PARTI
  • Melakar IDEOLOGI untuk Parti dan Melaksanakan nya menurut kehendak & keperluan Anggota Parti dan Masyarakat yang mereka Wakili.
  • Menubuhkan Jabatan-Jabatan Tertentu untuk di pertanggung jawap kan melakukan KERJA-KERJA yang boleh memanfaatkan Perjuangan Parti melalui Anggota mereka.
JABATAN-KEMENTERIAN DALAM PARTI POLITIK & KERAJAAN
Jabatan-Jabatan yang di wujudkan di dalam sesebuah Parti Politik akan berupa sebuah ORGANISASI yang Mirip seperti sebuah KEMENTERIAN di dalam sebuah KERAJAAN, dan di Negara Malaysia Parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional - BN, Memiliki dan Menguasai kedua-dua FUNGSI Jabatan dalam Parti dan Kementerian dalam Kerajaan. 
Pihak Pembangkang yang di Pelopori oleh Pakatan Rakyat - PR menubuhkan "Kerajaan Bayangan - Shadow Cabinet" mereka sendiri untuk di selaraskan dengan Fungsi sebuah Kerajaan, dimana akan wujud dan di wujudkan :-
  1. Jabatan Pentadbiran Parti / Kementerian Jabatan Perdana Menteri
  2. Jabatan Hal Ehwal Parti /  Kementerian Dalam Negara
  3. Jabatan / Kementerian Kewangan
  4. Jabatan / Kementerian Pengangkutan
  5. Jabatan / Kementerian Kerja
  6. Jabatan / Kementerian Industri Pertanian & Komoditi
  7. Jabatan / Kementerian Pertanian Asas Tani & Perikanan
  8. Jabatan / Kementerian Sumber Tenaga, Air & Sumber Asli
  9. Jabatan / Kementerian Perusahaan & Perdagangan Antarabangsa
  10. Jabatan / Kementerian Hal Ehwal Pengguna Dalam Negara
  11. Jabatan / Kementerian Pendidikan 
  12. Jabatan / Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
  13. Jabatan / Kementerian Sumber Tenaga Manusia
  14. Jabatan / Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  15. Jabatan / Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  16. Jabatan / Kementerian Pertahanan
  17. Jabatan / Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  18. Jabatan / Kementerian Hal Ehwal Luar Negara
  19. Jabatan / Kementerian Belia & Sukan
  20. Jabatan / Kementerian Kesihatan
  21. Jabatan / Kementerian Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat
  22. Jabatan / Kementerian Pelancungan
  23. Jabatan / Kementerian Wilayah Persekutuan
  24. Jabatan / Kementerian Pendidikan Tinggi
  25. Jabatan / Kementerian Sumber Asli & Persekitaran
***SENARAI KEMENTERIAN dalam KERAJAAN MALAYSIA di lihat ada PERTINDIHAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP dan akan menaikkan KOS PENTADBIRAN untuk NEGARA***
BIDANG KUASA ANTARA DALAM PARTI DENGAN DALAM KERAJAAN
DALAM PARTI
  • Hanya terlibat didalam Hal-Hal Perancangan untuk semua KEMENTERIAN dan di lakukan melalui JABATAN yang berkaitan.
  • Anggota Parti yang di pertanggung jawap kan akan melakukan Tugasan untuk MENYELARASKAN IDEOLOGI PARTI kedalam SETIAP POLISI sesebuah KEMENTERIAN.
  • Yang pula DI PERSETUJUI secara bersama didalam MAJLIS TERTINGGI PARTI bagi sesuatu USUL yang akan di laksanakan dalam sesuatu KEMENTERIAN.
  • Tetapi PERLAKSANAAN nya hanya dapat di lakukan di dalam KEMENTERIAN sahaja kerana PERUNTUKKAN atau BAJET di miliki oleh Kementerian sahaja.
  • Bekerja di dalam sebuah Parti Politik secara LAZIM nya tidak ada GAJI yang di berikan kerana Perjuangan dalam parti di anggap sebagai suatu KERJA SUKARELA.
  • KECUALI untuk Pekerja-Pekerja Pentadbiran yang BEKERJA secara TETAP.
DALAM KERAJAAN
  • Anggota Parti yang bertanggung jawap terhadap sesebuah JABATAN dalam Parti selalu nya Menjawat Jawatan MENTERI di dalam KERAJAAN, jika parti mereka yang menjadi PEMERINTAH.
  • Dan sebagai seorang MENTERI dalam KERAJAAN, mereka juga di pertanggung jawap kan untuk MELAKSANAKAN IDEOLOGI dan POLISI Parti ke dalam Kementerian selain melaksanakan segala PERANCANGAN untuk Rakyat & Negara.
  • Sebagai Anggota Parti yang menjawat Jawatan MENTERI, mereka akan di bayar GAJI melalui KEWANGAN KERAJAAN NEGARA yang memerintah.
PERBEZAAN KUASA & TANGGUNG JAWAP
Apabila seseorang Anggota Parti yang MEMERINTAH menjadi seorang MENTERI dalam KERAJAAN yang di tubuhkan, maka Bidang KUASA & TANGGUNG JAWAP mereka akan berbeza seperti berikut :
SEBAGAI KETUA JABATAN DALAM PARTI
  • Tertakluk kepada PARTI
  • Tertakluk kepada KETUA PARTI
  • Tidak Tertakluk kepada KERAJAAN
  • Tidak Tertakluk kepada RAKYAT
  • Di bawah Tadbir-Urus KETUA atau PRESIDEN PARTI
  • Tidak ada KUASA untuk MEMERINTAH RAKYAT
SEBAGAI MENTERI DALAM KEMENTERIAN KERAJAAN
  • Tertakluk kepada PARTI yang Memerintah
  • Tertakluk kepada KABINET KERAJAAN
  • Tertakluk kepada PERDANA MENTERI
  • Tertakluk kepada NEGARA
  • Tertakluk kepada RAKYAT UMUM
  • Di bawah Tadbir-Urus JABATAN PERDANA MENTERI
  • Berkuasa untuk MEMERINTAH terhadap KEMENTERIAN yang di wakili
KONFLIK JAWATAN & KUASA

  • Selalu nya, seseorang Anggota Parti yang Menjawat Jawatan MENTERI di dalam sebuah KERAJAAN, akan TERKELIRU dalam KEFUNGSIAN NYA sebagai seorang ANGGOTA PARTI dan ANGGOTA KERAJAAN yang memerintah.
  • Melalui STATISTIK (tidak rasmi) ramai MENTERI-MENTERI (di banyak Negara) Lebih BERTANGGUNG JAWAP terhadap PARTI yang di wakili daripada BERTANGGUNG JAWAP terhadap RAKYAT & NEGARA melalui JAWATAN MENTERI yang mereka sandang.
  • Dimana mereka (Menteri) lebih CENDERUNG untuk MELAKSANAKAN IDEOLOGI & PROGRAM untuk kepentingan Parti daripada untuk Kepentingan Rakyat & Negara.
MENURUT PERUNDANGAN
  • Jika di lihat dari Sudut PERUNDANGAN NEGARA, setiap MENTERI adalah BERTANGGUNG JAWAP untuk MELAKSANAKAN segala Tugas & Tanggung Jawap sebagai MENTERI di sesuatu KEMENTERIAN untuk MENJAGA Kebajikan & Kesejateraan RAKYAT & NEGARA.
  • Dan ini dapat DI LIHAT melalui Proses MENGANGKAT SUMPAH sebagai seorang MENTERI untuk NEGARA.
  • Secara Perundangan, seseorang yang telah MENGANGKAT SUMPAH menjadi MENTERI untuk NEGARA, harus MEMENTINGKAN HAL EHWAL RAKYAT & NEGARA daripada PARTI yang DI WAKILI dan BUKAN SEBALIK NYA.
OLEH KERANA
  • Oleh kerana KUASA RAKYAT hanya boleh DI KUAT-KUASA dalam TEMPOH 4-5 TAHUN SEKALI melalui PROSES MEMBUANG UNDI, maka SETIAP KEPINCANGAN yang di lakukan oleh Anggota-Anggota sesebuah parti Politik yang menjadi PEMERINTAH tidak dapat DI PANTAU atau DI AMBIL TINDAKKAN oleh RAKYAT selepas Proses PEMBUANGAN UNDI berakhir.
  • Lebih buruk lagi keadaan nya jika didalam sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH NEGARA itu tidak WUJUD SUARA PEMBANGKANG yang SEIMBANG dengan WAKIL atau AHLI dari PARTI yang MEMERINTAH.
TUGAS & TANGGUNG JAWAP KERAJAAN ADALAH
  • Untuk Menyediakan, Mewujudkan dan Melaksanakan SEGALA Program-Program yang MEMBANTU RAKYAT secara KESELURUHAN yang DI SELARASKAN dengan segala KEHENDAK & KEPERLUAN RAKYAT JELATA.
  • Untuk Mentadbir-Urus Wang & Dana RAKYAT & Milik Negara secara TELUS, ADIL & BIJAKSANA.
  • KERANA mereka BERADA di dalam KERAJAAN atas UNDIAN & KEPERCAYAAN melalui IDEOLOGI PARTI yang di JANJIKAN kepada Rakyat sewaktu Proses PILIHAN RAYA.
KEHENDAK & KEPERLUAN RAKYAT
RAKYAT UMUM
  • Keperluan & Perbekalan Barangan ASAS Pengguna seperti Bahan & Barangan Makanan & Minuman
  • Tempat Penginapan dan Perumahan yang mencukupi serta memiliki semua Prasarana & Insfrastruktur AWAM.
  • Kos-Kos Bil Letrik, Air & Gas yang MAMPU BAYAR dan setanding dengan Pendapatan
  • Peluang Pekerjaan yang mencukupi untuk SARA HIDUP
  • Sistem Pendidikan & Persekolahan yang bersistematik
  • Sistem Penjagaan Kesihatan yang CEKAP
  • Sistem Pengangkutan yang menyeluruh di Dalam dan Luar Bandar
  • Sistem Perbankkan, Kewangan & Insuran yang MUNASABAH untuk Perlindungan Rakyat
RAKYAT PENIAGA
  • KOS Pengangkutan Awam yang MAMPU BAYAR
  • KOS Operasi Perniagaan yang MAMPU BAYAR
  • KOS Cukai-Cukai yang MAMPU BAYAR
  • KOS Hartanah yang MAMPU BELI
  • Peluang Perniagaan yang terbuka luas
  • Sistem Kewangan & Perbankkan yang MESRA PENGGUNA
  • Bantuan-Bantuan Kerajaan yang menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi
TUGAS PERDANA MENTERI
  • Adalah menjadi Tugas & Tanggung Jawap seorang PERDANA MENTERI untuk memastikan segala URUSAN di dalam SEMUA KEMENTERIAN berjalan lancar untuk KEPENTINGAN RAKYAT dan NEGARA.
  • Seorang PERDANA MENTERI juga harus MENGUTAMAKAN RAKYAT & NEGARA daripada Kepentingan PARTI yang di wakili.
  • Dan HARUS MEMASTIKAN setiap MENTERI dari seorang TIMBALAN PERDANA MENTERI sehingga ke Jawatan TIMBALAN MENTERI menjalankan segala Tugas & Tanggung Jawap mereka di dalam Kementerian masing-masing dengan penuh DEDIKASI dan BERKHIDMAT kepada RAKYAT & NEGARA.
  • BUKAN dengan MEMENTINGKAN PARTI & ANGGOTA PARTI & DIRI SENDIRI, jika ini berlaku bermakna mereka telah MELANGGAR SUMPAH sebagai MENTERI yang di LANTIK Oleh NEGARA.
RUMUSAN
  • KERAJAAN yang BERWIBAWA, CEKAP, ADIL & BIJAK di dalam TADBIR & URUS sebuah KERAJAAN akan di SOKONG penuh oleh semua Lapisan RAKYAT.
  • TETAPI sebuah KERAJAAN yang SOMBONG, TIDAK ADIL, TIDAK BIJAK didalam TADBIR & URUS sebuah KERAJAAN akan DI UNDI KELUAR dari menjadi PEMERINTAH oleh RAKYAT.
  • KERANA pada HARI INI semua RAKYAT telah lebih BERPENDIDIKAN dan TAHU untuk MENILAI sesebuah KERAJAAN melalui segala TINDAK TANDUK yang mereka jalankan sebagai PEMERINTAH.
UNTUK "KABINET BAYANGAN"
  • Anggota KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT - PR yang di tubuhkan oleh Pihak PEMBANGKANG seharus nya telah DAPAT MENGETAHUI & MEMAHAMI dengan JELAS apakah yang perlu di lakukan JIKA mereka di lantik oleh RAKYAT untuk MEMERINTAH.
  • CONTOH selama 54 TAHUN yang di PAMERKAN oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL - BN melalui Pelbagai KEJAYAAN dan KELEMAHAN harus di beri PERHATIAN YANG KHUSUS dan di lakukan Perancangan yang LEBIH BAIK untuk RAKYAT.
  • JIKA mereka (Pembangkang) GAGAL untuk memberikan ALTERNATIF kepada RAKYAT, maka USAHA mereka untuk MEMERINTAH adalah SIA-SIA.
editor


Untuk Rujukan anda : 
http://www.townplan.gov.my/ensiklopedia/BAB%2002.pdf
Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri
http://www.youtube.com/watch?v=P0FgkDSuk1k&feature=player_embedded

No comments:

Post a Comment