Monday, May 23, 2011

FAKTOR Y #35 - APAKAH PELAN PERNIAGAAN YANG BAIK - Post #265

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #265


APAKAH PELAN PERNIAGAAN YANG BAIK
YANG DI BERI PERHATIAN OLEH PARA PELABUR


PELAN PERNIAGAAN atau Business Plan
Adalah Satu KERTAS KERJA yang memuatkan segala MAKLUMAT terhadap sesuatu Jenis Perniagaan secara TERPERINCI bagi TUJUAN untuk MEMOHON PINJAMAN KEWANGAN dari Pihak :
  1. BANK (kewangan & perdagangan)
  2. INSTITUSI KEWANGAN (swasta & kerajaan)
  3. BADAN BANTUAN KEWANGAN (swasta & kerajaan)
  4. PELABUR-PELABUR (pelbagai golongan)
Walaupun Golongan PEMBERI PINJAMAN atau PELABUR ini berlainan Latar Belakang secara PROFESIONAL tetapi mereka rata-rata mempunyai CARA yang agak SAMA untuk MENILAI sesuatu KERTAS KERJA bagi sesuatu PELAN PERNIAGAAN yang di ajukan kepada mereka.
Oleh yang demikian, anda perlu untuk MELAKAR suatu KERTAS KERJA yang Cukup Lengkap dan Merangkum segala SUDUT MAKLUMAT yang akan menjadi PERHATIAN Para PELABUR.
Oleh itu, sebelum anda mula untuk MELAKAR sesuatu KERTAS KERJA, pastikan anda telah memperolehi segala MAKLUMAT yang harus di bentangkan, tetapi jika anda tidak begitu pasti buat masa sekarang, anda boleh jadikan PANDUAN yang akan di bentangkan di bawah ini.

APA YANG PERLU DI SUSUN DAN DI TULIS
  1. RINGKASAN - SIPNOSIS
  2. LAPORAN ANALISA PASARAN
  3. SEJARAH & KETERANGAN PERNIAGAAN
  4. STRATEGI PEMASARAN
  5. GAMBARAN ORGANISASI
  6. KETERANGAN PRODUK & PERKHIDMATAN
  7. JUMLAH PINJAMAN YANG DI POHON
  8. DATA KEWANGAN
  9. RUJUKAN SOKONGAN
APAKAH INTIPATI MAKLUMAT NYA
1...RINGKASAN - SIPNOSIS
Ringkasan harus Ringkas, Padat dan Tepat dengan maklumat berikut DAN Sebaik nya di lampirkan di dalam Dua (2) Muka Surat sahaja.
  • Misi Perniagaan
  • Ringkasan Sejarah Penubuhan Syarikat termasuk Tarikh Pendaftaran
  • Maklumat Peribadi & Pendidikan Pemilik-Pemilik Syarikat
  • Saiz, Jenis & Lokasi Perniagaan 
  • Jenis Persyarikatan (Enterprise atau Sendirian Berhad)
  • Jenis Produk & Perkhidmatan yang di lakukan
  • Maklumat mengenai Pelabur sediaada dan Jumlah Pelaburan (jika ada)
  • Status Perniagaan terkini
  • Jangkaan Pertumbuhan Perniagaan
  • Perancangan Perniagaan untuk Masa Hadapan
2...LAPORAN ANALISA PASARAN
  • Tujuan nya ialah untuk menunjukkan bahawa anda telah melakukan Homework atau Kajian yang menyeluruh terhadap Industri yang anda akan ceburi.
  • Termasuk Kajian & Penyelidikan terhadap Senarai PESAING Perniagaan di dalam Bidang yang sama.
  • Juga Maklumat mengenai Sasaran Pelanggan yang telah di kenal-pasti dan Tahap Keyakinan anda untuk mendapat sokongan mereka.
  • Lakukan suatu Penjelasan yang Meyakinkan mengenai nya.
3...SEJARAH & KETERANGAN PERNIAGAAN
  • Terangkan dengan JELAS & TEPAT apakah Jenis Produk dan Perkhidmatan yang anda lakukan.
  • Penerangan yang JELAS, TEPAT dan TERPERINCI mengenai Sejarah Penubuhan Syarikat dan Tarikh Penubuhan nya.
  • Penerangan Jenis Pendaftaran & Persyarikatan
  • Tarikh memulakan Operasi Perniagaan yang sebenar
  • Penerangan mengenai segala Kemudahan dan Kelengkapan yang wujud dalam Syarikat
  • Strategi Perniagaan anda yang sediaada untuk bergerak Kompetitif dalam Perniagaan
  • Apa juga Maklumat-Maklumat Tambahan yang berkaitan dengan Organisasi Syarikat
4...STRATEGI PEMASARAN
  • Kehendak & Keperluan Pasaran Sasaran
  • Anggaran Angka Jumlah Pelanggan yang boleh di dapati atau memberi sokongan
  • Bagaimana & Kenapa Produk dan Perkhidmatan anda dapat membantu Pengguna
  • Perancangan Harga Jualan termasuk Harga-Harga Potongan untuk Promosi dan bagaimana ia boleh di sesuaikan untuk semua Golongan Pengguna
  • Tren Pasaran yang boleh mengganggu Penjualan Produk anda dan bagaimana anda boleh atasi nya.
  • Apakah Pasaran Sokongan daripada Pasaran Utama, SIAPA golongan Pelanggan ini dan bagaimana mereka akan membantu Jualan anda.
  • Strategi Promosi & Pengiklanan anda
  • Tenaga Kerja yang di gunakan di Bahagian Penjualan dan Kemahiran mereka
  • Strategi-Strategi Jualan yang di lakarkan
5...GAMBARAN ORGANISASI
  • Penerangan mengenai Struktur Organisasi Syarikat anda
  • Termasuk Maklumat Peribadi & Kelulusan Pendidikan setiap Anggota Pemilik Syarikat
  • Dan Anggota Kerja Profesional lain yang terlibat di dalam Jawatan-Jawatan Penting Syarikat
  • Penerangan mengenai Segala Fungsi Jabatan-Jabatan yang di wujudkan
  • Dan Fungsi & Peranan setiap Ahli Anggota Pengarah Syarikat
  • Maklumat mengenai Setiap Tangga Gaji serta Faedah Pekerjaan untuk semua Anggota Dan Pekerja Syarikat.
  • Apa juga Maklumat berkaitan dengan Struktur Organisasi yang di fikirkan Penting boleh di muatkan sekali.
6...KETERANGAN PRODUK & PERKHIDMATAN
  • Beri Penerangan YANG TERPERINCI mengenai segala Perkara yang berkaitan dengan Produk & Perkhidmatan yang anda lakukan.
  • Termasuk segala Pendaftaran untuk Trademark, Patent, Copyright, Halal dan yang berkenaan
  • Juga sebarang Maklumat terkini mengenai kegiatan R&D untuk Produk dan Perkhidmatan yang sedang di lakukan untuk Penambah-Nilai (value added)
  • Tegaskan KEUNIKAN Produk & Perkhidmatan yang anda miliki daripada Produk para Pesaing
7... JUMLAH PINJAMAN YANG DI POHON
  • Jelaskan BERAPA JUMLAH KEWANGAN yang anda kehendaki atau perlukan
  • UNJURAN KEWANGAN untuk 5 TAHUN akan datang
  • Penjelasan yang TERPERINCI mengenai CARA-CARA anda menggunakan DANA yang di berikan.
  • Jenis-Jenis PINJAMAN atau BANTUAN yang anda perlukan
  • Pelan Pembayaran Semula PINJAMAN yang anda SARANKAN
8...DATA KEWANGAN
  • DATA KEWANGAN Syarikat untuk 3-5 TAHUN yang lepas
  • PENYATA PENDAPATAN untuk 3-5 TAHUN yang lepas
  • PENYATA ALIRAN TUNAI untuk 3-5 TAHUN yang lepas
  • JANGKAAN PENDAPATAN untuk 1-5 TAHUN akan datang
  • BALANCE SHEET (Neraca Kira-Kira) untuk setiap SUKU TAHUN
  • PERBELANJAAN MODAL
  • COLLATERAL (jika ada)
9...LAMPIRAN SOKONGAN (termasuk)
  • Lampiran Hal Perkongsian Pasaran - Market Share
  • Lampiran Pulangan Modal - Return Of Investment (ROI)
  • Lampiran Carta Organisasi
  • Lampiran Sejarah Kredit
  • Lampiran Gambar-Gambar Produk & Perkhidmatan
  • Lampiran Surat-Surat Sokongan
  • Lampiran Kajian Pasaran
  • Lampiran Liputan Akhbar (jika ada)
  • Lampiran Lesen Perniagaan, Permit Perniagaan dan Sijil-Sijil yang berkenaan
RUMUSAN
  • UNTUK menyiapkan sebuah KERTAS KERJA yang cukup LENGKAP dan MENARIK, anda perlukan MASA dan KESABARAN yang tinggi agar TIDAK WUJUD sebarang KESILAPAN atau KEKURANGAN yang membolehkan KERTAS KERJA anda di lihat sebagai LEMAH.
  • Minta BANTUAN Orang-Orang yang berkemahiran di dalam Melakar dan Menyiapkan Kertas Kerja  untuk membantu anda supaya KESILAPAN tidak berlaku.
  • Termasuk untuk Mendapatkan DATA-DATA & FAKTA-FAKTA yang TEPAT serta BETUL, dan JANGAN sesekali memuatkan DATA & FAKTA yang tidak betul kerana PARA PELABUR atau WAKIL-WAKIL Pemberi Pinjaman selalu nya sangat BERPENGETAHUAN 
  • Buat KERTAS KERJA anda dengan penuh Profesional serta dengan Format yang MENARIK dan menggunakan Mutu Kertas dan Binding dengan baik
editor

No comments:

Post a Comment