Thursday, May 19, 2011

FAKTOR Y #25 - APA LANGKAH PENTING SEWAKTU RECESSION - Post #255

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #255


APA LANGKAH PENTING SEWAKTU RECESSION
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN


DALAM keadaan EKONOMI MELESET atau RECESSION, ramai Peniaga, Usahawan dan Pelabur menjagkakan yang perniagaan yang mereka usahakan akan musnah atau bankrup.


Perasaan ini WUJUD di sebabkan ramai di antara mereka yang KURANG FAHAM untuk BAGAIMANA mengambil LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN supaya APA yang mereka usahakan itu TIDAK TERUS MUSNAH di dalam RECESSION.


Dan berikut adalah beberapa LANGKAH yang boleh DI GUNA-PAKAI oleh anda untuk MENGEKALKAN DAYA SAING & KETAHANAN PERNIAGAAN anda sepanjang WAKTU KEMELESETAN EKONOMI.


TUJUAN NYA
  • TUJUAN mengambil LANGKAH-LANGKAH ini ialah untuk MELAWAN KEMELESETAN EKONOMI yang melanda NEGARA dan DUNIA.
  • Sebarang PERASAAN PANIK hanya akan memburukkan keadaan perniagaan anda, sebalik nya anda PERLU MENERIMA HAKIKAT yang sebenar dengan HATI YANG IKHLAS dan MENERIMA HAKIKAT tersebut sebagai CABARAN kepada anda untuk TERUS BERTAHAN dan menjadi Peniaga, Usahawan dan Pelabur yang BERJAYA.
  • Sebagai seorang Peniaga, Usahawan dan Pelabur ANDA PERLU ada CIRI-CIRI KEYAKINAN DIRI yang KUKUH dan untuk membantu menguatkan KEYAKINAN itu, anda juga perlu MEMPELAJARI dan MEMAHAMI dengan jelas APAKAH YANG SEDANG BERLAKU di sekeliling anda dan BAGAIMANA CARA-CARA untuk MENGATASI NYA.
BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
  1. SEMAK & HAPUSKAN HUTANG YANG BERLEBIHAN
  2. HAPUSKAN MANA YANG TIDAK PERLU
  3. KETATKAN PERBELANJAAN
  4. KURANGKAN STOK & BELANJA TANGGUNGAN
  5. LATIH & BERI LATIHAN SEMULA PADA PEKERJA
  6. SEMAK PEMASARAN & KURANGKAN MEDIA TRADISIONAL
  7. HINDARKAN KAEDAH MERUGIKAN
  8. LUASKAN DAERAH PEMASARAN
  9. URUS DENGAN BERKESAN
  10. TUMPU PADA MUTU
PENGHURAIAN NYA
SEMAK & HAPUSKAN HUTANG YANG BERLEBIHAN
  • Lakukan SEMAKAN terhadap segala HUTANG Syarikat yang ada.
  • Kaji semula Jumlah Hutang dan Faedah yang perlu DI BAYAR
  • CARI ALTERNATIF untuk mengurangkan FAEDAH & ANSURAN BULANAN
  • Seperti melakukan RE-FINANCE atau melakukan PINJAMAN BARU untuk membayar Hutang sediaada yang Tinggi Kadar Faedah & Ansuran Bulanan nya
  • Atau CARI SUMBER BARU seperti MENYEWAKAN Harta-Harta seperti RUANG KEDAI, BANGUNAN, RUMAH atau KENDERAAN yang KURANG DI GUNAKAN untuk MENJANA SUMBER PENDAPATAN.
  • Jika MAMPU dan memiliki kekuatan Kewangan, HUTANG yang ada jika BAKI nya tidak banyak adalah lebih baik DI BAYAR keseluruhan nya, jadi akan dapat melakukan PENJIMATAN di situ.
HAPUSKAN MANA YANG TIDAK PERLU
  • HAPUSKAN Tanggungan yang KURANG PERLU dengan MENGECILKAN Jumlah Kakitangan
  • SEMAK SEMULA Tugas & Tanggung Jawap Kakitangan & Pekerja dan HAPUSKAN Jawatan-Jawatan yang melakukan pekerjaan BERTINDIH atau yang TIDAK PENTING.
  • Termasuk segala Perbelanjaan yang MEMBAZIR
KETATKAN PERBELANJAAN
  • KETATKAN semua JENIS PERBELANJAAN di dalam semua BAHAGIAN OPERASI
  • ELAKKAN daripada BERBELANJA kepada Perkara-Perkara yang TIDAK PERLU atau yang TIDAK PENTING kepada OPERASI PERNIAGAAN.
  • GUNAKAN INDIKATOR yang betul untuk menentukan MARGIN KEUNTUNGAN untuk Pembuatan sesuatu Produk & Perkhidmatan dan CUBA elakkan daripada berbelanja DI LUAR daripada MARGIN KEUNTUNGAN.
  • LANGKAH ini akan dapat memberi KAWALAN terhadap segala Perbelanjaan OPERASI Syarikat anda.
KURANGKAN STOK & BELANJA TANGGUNGAN
  • SEMAK & KAJI semula KADAR STOK yang sediaada terhadap semua BAHAN MENTAH, W.I.P dan FINISHED GOODS 
  • GUNAKAN KAEDAH JUST IN TIME (JIT) untuk MELAKUKAN sebarang OPERASI PEMBUATAN & PENGELUARAN.
  • Simpanan STOK terhadap BEKALAN PRODUK yang terlalu banyak akan menyebabkan MODAL PUSINGAN tidak dapat di gerakkan secara lancar.
  • Pastikan semua STOK dalam PARAS MINIMA.
LATIH & BERI LATIHAN SEMULA PADA PEKERJA
  • Dalam MASA KEMELESETAN Ekonomi ini lah MASA yang paling sesuai untuk memberi LATIHAN dan MELATIH semula kakitangan & Pekerja.
  • Oleh kerana Langkah Pengurangan Kakitangan & Pekerja AKAN di lakukan, maka Latihan & Latihan semula harus di lakukan terhadap Kakitangan & Pekerja sediaada, agar mereka boleh melakukan Tugas & Tanggungjawap di Bahagian yang lain.
  • Dan meletakkan Kakitangan & Pekerja yang CEKAP di TEMPAT dan BAHAGIAN yang bersesuaian dengan TAHAP KEMAHIRAN yang mereka miliki.
  • Langkah ini semua AKAN meningkatkan PRODUKTIVITI dan MUTU PEKERJAAN serta akan dapat MENJIMATKAN PERBELANJAAN kepada Penghasilan yang tidak BERMUTU.
SEMAK PEMASARAN & KURANGKAN MEDIA TRADISIONAL
  • Sebagai LANGKAH untuk MENGURANGKAN PERBELANJAAN maka Bahagian Pemasaran HARUS Mengurangkan IKLAN-IKLAN TRADISIONAL seperti Iklan di Surat-Surat Khabar, Majalah, Billboard, Leaflets yang memerlukan Perbelanjaan yang BANYAK.
  • SEBALIK NYA ALIHKAN PENGIKLANAN kepada MEDIA ELEKTRONIK yang PERCUMA seperti menggunakan PEMASARAN ONLINE seperti Blog, Twitter, Facebook atau Pemasaran Online yang RENDAH BAYARAN
  • LANGKAH ini akan dapat MENJIMATKAN lagi Perbelanjaan Pengiklanan Pemasaran TANPA perlu MENGHENTIKAN segala KEGIATAN PENGIKLANAN.
  • Walaupun KESAN daripada IKLAN TRADISIONAL dengan INTERNET itu berbeza TETAPI Langkah ini dapat MENERUSKAN Usaha Pemasaran Tanpa Henti.
HINDARKAN KAEDAH MERUGIKAN
  • ELAKKAN dari Menggunakan Kaedah-Kaedah Pemasaran & Penjualan yang MENAMBAH KOS terhadap Produk & Perkhidmatan yang anda tawarkan kepada Pengguna.
  • Seperti menambahkan HADIAH atau Goodies kepada Produk & Perkhidmatan dengan NIAT untuk MENARIK PEMBELI di waktu-waktu yang meleset.
  • Kerana Langkah seperti ini tidak akan begitu berkesan ketika Ekonomi dalam keadaan yang TENAT.
  • SEBALIK NYA anda HARUS TUMPUKAN kepada MUTU PRODUK & MUTU PERKHIDMATAN PELANGGAN secara lebih BERKESAN.
  • Kerana di dalam waktu KEGAWATAN EKONOMI ini lah Orang Ramai akan mencari sesuatu yang BERNILAI untuk WANG yang di belanjakan.
LUASKAN DAERAH PEMASARAN
  • DALAM MASA ini juga anda PERLU untuk MENCARI PASARAN di lokasi-lokasi atau Daerah yang baharu untuk MELUASKAN Pemasaran Produk & Perkhidmatan Syarikat anda.
  • Jangan MENDIAMKAN DIRI di Lokasi yang sama, dimana dalam Masa-Masa ini ANDA LAH yang PERLU MENCARI PELANGGAN di sebabkan pelanggan akan juga melakukan PENJIMATAN dengan mengurangkan BELANJA.
  • SUSUN & LAKUKAN STRATEGI PEMASARAN yang berkesan untuk bagaimana untuk MELUASKAN Kawasan Penjualan TANPA PERLU untuk mengeluarkan Perbelanjaan yang besar.
URUS DENGAN BERKESAN
  • Ini adalah yang TERPENTING dari semua yang PENTING, anda PERLU MENGURUS-TADBIR segala Operasi Perniagaan anda dengan SANGAT BERKESAN.
  • DISIPLIN DIRI yang TINGGI sememang nya di tuntut kepada anda sebagai KETUA, CEO, MAJIKAN, PENIAGA dan USAHAWAN.
  • Jika anda TIDAK dapat MENGURUS dengan BERKESAN serta TERATUR, walaupun 100 TIPS yang berkesan di berikan untuk mengatasi Kemelesetan Ekonomi, ia tidak akan dapat untuk MERUBAH APA-APA.
TUMPU PADA MUTU
  • Ini BERMAKSUD untuk MENUMPUKAN segala TUMPUAN anda dan semua KAKITANGAN & PEKERJA terhadap TUGAS & TANGGUNGJAWAP masing-masing dan MELAKUKAN nya dengan TEPAT & BETUL seperti yang DI TETAPKAN.
  • Jika SEMUA BERFIKIRAN BERMUTU maka HASIL PEKERJAAN juga AKAN BERMUTU dan PRODUK yang DI HASILKAN juga BERMUTU TINGGI.
  • MUTU di dalam Istilah ini ialah DO IT RIGHT THE FIRST TIME
RUMUSAN

  • JIKA Langkah-Langkah tersebut di beri perhatian dan dapat di ikuti dengan sempurna, anda akan dapat mengatasi pelbagai MASAALAH yang WUJUD di Masa-Masa KEMELESETAN Ekonomi ini.
  • LANGKAH PEMBUANGAN KERJA harus di lakukan sebagai LANGKAH TERAKHIR kerana Golongan Pekerja adalah MANUSIA yang sama terlibat di dalam KEMELESETAN EKONOMI ini juga seperti Perniagaan anda.
editor

No comments:

Post a Comment