Thursday, May 12, 2011

FAKTOR Y #10 - APA KAITAN EKONOMI DENGAN PERNIAGAAN ANDA - Post #240

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #240


APA KAITAN JENIS EKONOMI DENGAN PERNIAGAAN ANDA
PERLU KAH ANDA MEMPELAJARI NYA


EKONOMI DAN ANDA
  • Jika melalui Posting # 239 HAL-HAL EKONOMI di jelaskan dengan memberi tumpuan kepada KEPENTINGAN KEWUJUDAN AKTIVITI EKONOMI untuk Individu / Keluarga, Syarikat / Organisasi dan Kerajaan yang memerintah sesebuah Negara.
  • TETAPI Posting kali ini akan membawa anda kepada HAL-HAL mengenai JENIS-JENIS EKONOMI serta BAGAIMANA jenis-jenis Ekonomi tersebut BERFUNGSI dan SIAPA yang MENGGERAKKAN nya.
JENIS EKONOMI vs JENIS KERAJAAN
  • Jenis-Jenis EKONOMI sesebuah Negara akan DI PENGARUHI oleh JENIS KERAJAAN yang memerintah sesebuah Negara 
  • Dan melalui Post #238 anda hanya di jelaskan dengan 3 JENIS KERAJAAN sahaja seperti 1) Kerajaan Demokrasi 2) Kerajaan Beraja 3) Kerajaan Diktator, dan pada Posting kali ini JENIS KERAJAAN itu akan DI LUASKAN PENJENISAN nya sebagai langkah untuk MEMAHAMI dengan jelas JENIS-JENIS EKONOMI yang di guna-pakai di dalam sesebuah JENIS KERAJAAN.
  •  (Rujuk Post #228 http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/05/review-38-majikan-jenis-kerajaan-post.html )
JENIS-JENIS KERAJAAN (LANJUTAN)
Dan Penjelasan Ringkas Kefungsian nya.
1...KERAJAAN DEMOCRACY
  • Sesebuah Kerajaan yang Di Perintah oleh RAKYAT melalui Sistem Demokrasi yang BEBAS.
  • RAKYAT bebas untuk MEMILIH PEMIMPIN mereka
2...KERAJAAN REPUBLIC
  • Semua Jenis Republik mengamalkan Demokrasi tetapi Kerajaan Republik maseh lagi DI KUASAI oleh sesuatu Golongan atau orang Persaorangan di dalam Kerajaan yang memerintah. 
  • Dimana sesuatu HAL maseh lagi DI TENTUKAN oleh yang memerintah atau yang berkuasa.
3...KERAJAAN MONARCHY
  • Kerajaan yang mengamalkan Sistem PEMERINTAHAN BERAJA
4...KERAJAAN ARISTOCRACY
  • Kerajaan ARISTOKRAT adalah Kerajaan yang DI KUASAI oleh Orang-Orang KAYA dan TERPELAJAR atau PROFESIONAL yang MENGUASAI Kerajaan.
  • Ini banyak berlaku di Negara-Negara Kerajaan Beraja, Republik dan Demokrasi
5...KERAJAAN DICTATORSHIP
  • Kerajaan yang DI PERINTAH & DI KUASAI oleh Seseorang atau Sekumpulan Orang.
  • Mereka selalu nya menganggap Kerajaan mereka adalah Kerajaan bersistemkan Demokrasi.
6...KERAJAAN DEMOCRATIC REPUBLIC
  • Secara Lazim nya Kerajaan Demokrasi Republik TIDAK DEMOKRASI dan bukan juga sebuah REPUBLIK di dalam Sistem Pentadbiran Kerajaan.
  • Dimana dalam keadaan sebenar mereka menggunakan SISTEM DIKTATOR dalam Kerajaan seperti Negara-Negara Vietnam, Korea Utara dan China
JENIS-JENIS EKONOMI
1...MARKET ECONOMY
  • Jenis AKTIVITI EKONOMI yang BEBAS CAMPUR TANGAN PEMERINTAH
  • Dimana Aktiviti Ekonomi di tentukan oleh Pasaran Bebas oleh Rakyat
  • Pihak Kerajaan hanya menyediakan segala Prasarana & Insfrastuktur serta Keselamatan sahaja.
  • Di guna-pakai oleh Jenis-Jenis Kerajaan yang bersistemkan DEMOKRASI.
2...MIXED ECONOMY
  • Adalah melalui Kombinasi Sistem Pasaran Terbuka dengan Pasaran Terancang
  • Selalu nya di adaptasi oleh Negara-Negara yang sedang Membangun.
  • Dan Kerajaan-Kerajaan yang sedang menuju kearah Pemerintahan bercorak Demokrasi
3...PLANNED ECONOMY
  • Aktiviti Ekonomi yang TERANCANG dan di kawal sepenuh nya oleh KERAJAAN.
  • Banyak di amalkan oleh Kerajaan-Kerajaan yang dari Jenis DIKTATOR dan Demokrasi Republik
4...TRADITIONAL ECONOMY
  • Setiap Negara akan memiliki Warisan Ekonomi Tradisional yang Aktiviti Perniagaan mereka DI WARISI secara Turun Menurun
  • Samaada di warisi oleh Individu atau pun oleh sesebuah Pemerintah
5...PARTICIPATORY ECONOMY
  • Dimana Aktiviti PEMBUATAN dan PENGEDARAN sesuatu Barangan & Perkhidmatan DI TENTUKAN oleh RAKYAT 
  • Dan di lakukan dengan KERJASAMA yang KUKUH serta BERSEPADU.
  • Selalu nya melibatkan SUMBER-SUMBER ASLI yang terdapat di dalam sesebuah NEGARA.
  • Tidak mengira Jenis-Jenis Kerajaan yang memerintah.
6...GIFT ECONOMY
  • Sesuatu PERTUKARAN BARANGAN yang di lakukan TANPA memerlukan SURAT-SURAT PERJANJIAN
  • Dan TANPA mengharapkan sesuatu PULANGAN atau FAEDAH daripada Persetujuan Pertukaran sesuatu Barangan.
7...BARTER ECONOMY
  • Sesuatu BARANGAN & PERKHIDMATAN yang DI TUKAR dengan sesuatu BARANGAN & PERKHIDMATAN yang LAIN tetapi dengan NILAI yang SAMA.
  • Dimana PERTUKARAN BARANGAN & PERKHIDMATAN ini TIDAK MELIBATKAN penggunaan MATAWANG secara fizikal.
  • Sering di lakukan oleh Negara-Negara dari Jenis Kerajaan DIKTATOR seperti yang berfahaman Feudal, Kominis dan Sosialis kerana Kerajaan mereka KEKURANGAN WANG.
APA KAITAN NYA KEPADA PERNIAGAAN ANDA
MENJANA PELUANG
  • APA yang telah di jelaskan adalah menjelaskan KEDUDUKAN PERNIAGAAN anda pada hari ini yang menentukan KEDUDUKAN JENIS KERAJAAN & SISTEM EKONOMI yang MEMPENGARUHI Jenis-Jenis Perniagaan yang anda lakukan pula.
  • Melalui PEMAHAMAN Jenis-Jenis Kerajaan dan Sistem Ekonomi yang di guna-pakai, anda akan BERJAYA untuk MENCIPTA PELUANG PERNIAGAAN dengan lebih Berkesan.
  • Kerana di dalam setiap JENIS KERAJAAN & SISTEM EKONOMI yang DI GUNAKAN akan wujud banyak KELEBIHAN & KEKUATAN bagi mengatasi PESAING dari Seluruh Dunia yang berlainan Kerajaan dan Sistem Ekonomi nya.
PERANCANGAN YANG TEPAT
  • Dengan mengetahui kedudukan Jenis Kerajaan & Sistem Ekonomi Negara, anda akan berupaya untuk MELAKAR STRATEGI-STRATEGI PERNIAGAAN dengan lebih BERKESAN.
  • Kerana melalui sesuatu Sistem Ekonomi itu AKAN WUJUD pelbagai SOKONGAN Pemerintah yang ingin MERANCAKKAN Aktiviti Ekonomi Negara.
  • Seperti Sokongan untuk MENGGALAKKAN Pertumbuhan Perniagaan dengan Pelbagai INSENTIF dan TAWARAN KEWANGAN sebagai langkah untuk membangunkan INDUSTRI Perniagaan
  • Juga boleh mengecapi pelbagai REBAT CUKAI untuk sesuatu Aktiviti Export hasil pengeluaran ke Luar Negara.
  • Atau REBAT CUKAI untuk Pendapatan Syarikat bagi Jangka Masa yang tertentu.
MENGELAKKAN KEGAGALAN
  • Dengan MEMAHAMI Jenis-Jenis KERAJAAN & Sistem EKONOMI yang di amalkan oleh Negara yang anda duduki, anda akan dapat MENGELAKKAN beberapa KEGAGALAN di dalam Aktiviti Perniagaan yang anda jalankan sekarang atau yang akan datang.
  • Juga terhadap Negara-Negara LUAR yang akan anda SASARKAN untuk memasarkan segala Produk & Perkhidmatan yang Syarikat anda hasilkan.
  • Kerana KEGAGALAN juga boleh TERJADI di sebabkan oleh KEGAGALAN anda untuk MEMAHAMI apa yang di sebut sebagai JENIS KERAJAAN dan SISTEM EKONOMI yang di gunakan.
editor

No comments:

Post a Comment