Monday, May 30, 2011

SWOT #5 : POLITIK, KUASA & PELUANG PERNIAGAAN - Post #275

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #275


POLITIK , KUASA & PELUANG PERNIAGAAN
BAGAIMANA PERKARA TERSEBUT BERLAKU (Lanjutan Posting #272, #273, #274)


GOLONGAN PENIAGA & USAHAWAN
  • GOLONGAN PENIAGA atau USAHAWAN adalah Golongan yang selalu nya MEMPENGARUHI sesebuah PARTI POLITIK di seluruh DUNIA.
  • Kerana setiap Parti Politik di dalam Dunia ini Bergerak & Beroperasi ATAS SUMBANGAN atau BANTUAN KEWANGAN daripada Ahli dan Dermawan.
  • Dan kebanyakan Dermawan ini pula adalah Golongan Peniaga & Usahawan yang samaada menjadi AHLI Parti atau yang MENYOKONG Ideologi sesebuah Parti Politik atas kepentingan Perniagaan yang mereka jalankan.
  • Semakin KAYA Golongan Peniaga & Usahawan tersebut adalah semakin BAIK untuk sesebuah Parti.
STRATEGI PARTI
  • Akan cuba MENARIK seramai KEANGGOTAAN untuk di jadikan AHLI PARTI di kalangan Peniaga & Usahawan sebagai PENYUMBANG kepada KEWANGAN PARTI.
  • Sebagai IMBUHAN diatas segala Bantuan Kewangan yang mereka SUMBANGKAN, Pihak Parti akan menawarkan KEDUDUKAN di dalam Parti dengan Jawatan-Jawatan yang PENTING termasuk peluang untuk bertanding di dalam PILIHAN RAYA.
  • Jika mereka MENANG (Peniaga&Usahawan), mereka berpeluang pula untuk di lantik ke dalam Jawatan-Jawatan PENTING di dalam KERAJAAN yang di Perintah oleh Parti.
  • Jawatan-Jawatan ini pula akan di berikan menurut Sumbangan dan Kesesuaian Pengaruh dan Pengetahuan mereka di dalam Bidang Perniagaan, oleh itu mereka akan di Lantik untuk mengetuai sesuatu Kementerian, Agensi atau Anak Syarikat yang di miliki oleh Kerajaan.
SEBAB NYA
  • Pertama, dengan KEHADIRAN Golongan Peniaga & Usahawan ke dalam Parti, sesebuah parti itu akan menjadi LEBIH KUKUH dalam KEWANGAN.
  • Kedua, Golongan Peniaga & Usahawan ini pula akan dapat membantu Pihak Kerajaan dalam Hal Ehwal EKONOMI dan Perniagaan.
  • Ketiga, secara Tidak Langsung PENGARUH Peniaga & Usahawan ini dapat MELONJAKKAN IMEJ Pihak Parti yang Memerintah di Mata Rakyat dan Kerajaan di Dunia Luar.
STRATEGI PENIAGA & USAHAWAN
  • Dengan Membantu atau menjadi Ahli kepada sesebuah Parti Politik, mereka akan MENDAPAT PELUANG PERNIAGAAN yang LEBIH BESAR serta LEBIH LUAS.
  • Dimana mereka akan dapat Peluang-Peluang tersebut melalui JAWATAN yang mereka sandang di dalam Parti atau Jawatan di dalam Kerajaan.
  • Jika mereka hanya berfungsi sebagai PENYUMBANG & PENYOKONG dan TIDAK BERADA di dalam Kerajaan, maka Pihak Parti pula akan MEMASTIKAN mereka akan mendapat PELUANG PERNIAGAAN yang SEWAJAR NYA menurut sesuatu keadaan.
SEBAB NYA
  • Dalam setiap KERAJAAN akan WUJUD pelbagai PELUANG PERNIAGAAN yang samaada DI BAWA dari LUAR melalui Pelaburan Antarabangsa atau melalui PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN yang di lakukan oleh Pihak Kerajaan.
  • Dan sebagai PENYUMBANG KEWANGAN mereka PASTI akan di berikan PERUNTUKKAN untuk mendapatkan sesuatu PROJEK KERAJAAN samaada akan di lantik secara TERUS dan TELUS atau di berikan secara RAHSIA melalui Nama-Nama Syarikat yang DI REKA-CIPTA dan DI TUBUHKAN KHAS untuk TUJUAN ini.
DI SINI WUJUD NYA ISTILAH KRONI (KRONISME)
  • Melalui AKTIVITI PENGAGIHAN PELUANG seperti yang di sebutkan itu maka wujud lah ISTILAH KRONI KERAJAAN.
  • Yang MERUJUK kepada TINDAKKAN KERAJAAN yang berkuasa memberikan KONTRAK, HAK dan PELUANG kepada "ORANG-ORANG DALAM" mereka sendiri.
  • Dimana PENGAGIHAN PELUANG Tidak di lakukan secara ADIL untuk Golongan LAIN yang tidak menjadi Penyumbang & Penyokong Parti yang Memerintah.
  • Dan Golongan Peniaga & Usahawan tersebut setelah mendapat sesuatu peluang perniagaan, mereka pula akan MENGAGIHKAN kepada Ahli-Ahli Parti di peringkat BAWAHAN pula.
KESAN SISTEM KRONI
  • Sistem KRONI ini akan mengakibatkan EKONOMI NEGARA akan DI KAWAL dan DI KUASAI sepenuh nya oleh Anggota Parti yang Memerintah.
  • Dimana di SEMUA SEKTOR UTAMA EKONOMI NEGARA di berikan kepada KRONI-KRONI untuk di URUS-SELIA melalui Individu dan Syarikat yang berkaitan dengan Parti Pemerintah.
  • TERUTAMA jika Pihak Kerajaan MENSWASTAKAN sesuatu AGENSI KERAJAAN seperti Badan-Badan yang menjaga dan mengeluarkan BEKALAN AIR, LETRIK, GAS, MINYAK PETROL, MINYAK SAWIT, BERAS, GULA dan bahan-Bahan ASAS yang lain.
  • Dimana melalui PENSWASTAAN Perniagaan Milik Kerajaan, Pihak parti yang Memerintah dapat MENGAGIHKAN PELUANG tersebut kepada KRONI-KRONI mereka di dalam PARTI atau yang menjadi PENYOKONG PARTI.
WUJUD JUGA SISTEM NEPOTISME
  • Dalam Dunia POLITIK wujud suatu SISTEM PENGAGIHAN KUASA yang di namakan sebagai NEPOSTISME (nepotism).
  • Dimana melalui Sistem Nepostisma ini, sesuatu KUASA POLITIK di pastikan TETAP DI MILIKI oleh Ahli-Ahli Keluarga yang TERDEKAT dengan seseorang PEMIMPIN Parti.
  • Mereka terdiri dari kaum Keluarga seperti IbuBapa, Adik-Beradik, Anak-Isteri dan Saudara-Mara yang terdekat.
  • Melalui Sistem Nepotisma ini, Ahli Keluarga kepada seseorang Pemimpin parti akan di beri KEUTAMAAN oleh Parti untuk terus MEMEGANG KUASA di dalam Parti dan Kerajaan sebagai LANGKAH untuk memperpanjangkan MASA untuk mereka terus berkuasa.
  • Perkara ini banyak dan sering berlaku di SELURUH DUNIA dan di dalam SEMUA SISTEM POLITIK, samaada yang bersifat Sistem Demokrasi hingga kepada Sistem Komunis.
MATLAMAT UTAMA
MATLAMAT UTAMA mewujudkan KRONISME & NEPOTISME Dalam PARTI ialah :-
  • Untuk MENGUASAI semua Sumber EKONOMI NEGARA
  • Untuk MENGUASAI semua Sumber KUASA POLITIK NEGARA
  • Kedalam SATU PARTI dan MERAIH APA JUGA KEKAYAAN dari SUMBER NASIONAL selagi mereka TERUS BERKUASA.
ISTILAH SEBENAR-BENAR NYA IALAH
KRONISME
  • Sebagai suatu Bentuk Imbuhan kepada Para Penyumbang Kewangan dan Penyokong di atas NIAT MURNI mereka membantu PERJUANGAN PARTI kearah KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA.
  • Imbuhan ini di beri secara ADIL & SAKSAMA Tanpa Wujud MATLAMAT untuk MENGUASAI Semua Sumber Ekonomi Negara.
  • Dan segala IMBUHAN tersebut di AGIH bersama-sama Golongan Rakyat yang LAIN tanpa mengira Sumbangan Kepada PARTI tetapi Sumbangan kepada Negara.
NEPOSTISME
  • NEPOTISME ini pula sebenar nya BERASAL dari Amalan PADERI-PADERI KATOLIK yang tidak di benarkan untuk memiliki ANAK & KETURUNAN, maka mereka akan MELANTIK ANAK SAUDARA sebagai PENGGANTI atau untuk MENGAMBIL-ALIH JAWATAN mereka, apabila mereka itu meninggal dunia kelak yang menjadi Amalan KRISTIAN KATOLIK sebelum Tahun-Tahun 1600 Masehi.
  • Tetapi di adaptasi oleh Parti-Parti Politik MASA KINI dengan TUJUAN untuk MENGEKALKAN KUASA dan BUKAN sebagai Tujuan untuk mengekalkan KEBIJAKSANAAN & KEISTIMEWAAN yang di miliki oleh sesuatu KETURUNAN MANUSIA seperti yang di amalkan pada dahulu kala.
  • Dimana pada ZAMAN DAHULU orang Ramai beranggapan bahawa Seorang yang BERKALIBER, CERDIK dan BIJAKSANA akan memiliki KETURUNAN YANG SAMA BAIK 
  • TETAPI MANUSIA pada Masa ini telah MEMPOLITIKKAN kegunaan Nepotisme yang sebenar kepada TUJUAN untuk Mengekalkan KUASA di dalam Keluarga secara berterusan.
TANDA-TANDA WUJUD NYA KRONISME & NEPOTISME
Boleh WUJUD Di dalam Semua JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN di peringkat :
  • PENTADBIRAN PUSAT
  • PENTADBIRAN KEMENTERIAN & AGENSI KERAJAAN
  • PENTADBIRAN KEHAKIMAN, KEPOLISAN & KETENTERAAN
  • PENTADBIRAN BANDAR & NEGERI
  • PENTADBIRAN MAJLIS & PENGUASA TEMPATAN
  • PENTADBIRAN SYARIKAT & ANAK SYARIKAT KERAJAAN
  • PENTADBIRAN EKONOMI & PEMBANGUNAN 
  • SEMUA NYA AKAN DI TADBIR-URUS OLEH ORANG-ORANG YANG BERKAITAN RAPAT ATAU YANG BERKEPENTINGAN DENGAN SESEBUAH PARTI YANG MEMERINTAH.
TIDAK WUJUD & TIDAK MENGAMALKAN
  • SISTEM yang ADIL, TELUS dan SAKSAMA terhadap RAKYAT dari pelbagai FAHAMAN POLITIK, AGAMA, BANGSA dan KETURUNAN.
  • DIMANA Tidak Wujud sesuatu PERLANTIKAN untuk sesuatu JAWATAN PENTING dari Orang-Orang dari PARTI PEMBANGKANG yang benar-benar LAYAK & BERKELULUSAN di dalam Bidang-Bidang yang tertentu.
KESAN SAMPINGAN ITU MEMBENTUK PULA
  • BUDAYA untuk Menyokong Parti yang MEMERINTAH atas DASAR atau MATLAMAT untuk MERAIH PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN demi MENJAGA KEUNTUNGAN yang LUMAYAN.
  • Disini sudah TIDAK WUJUD Nilai-Nilai NASIONALISME dan PATRIOTISME terhadap NEGARA dan TANAH TUMPAH DARAH mereka sendiri.
  • APA LAGI untuk memiliki SEMANGAT dan MATLAMAT untuk MEMBELA sesama RAKYAT dari yang Berkedudukan Rendah dan yang Tidak Bernasib Baik.
  • Itu boleh di lihat dengan jelas melalui Apa juga PELAN PERANCANGAN EKONOMI NEGARA yang di umumkan di dalam setiap BELANJAWAN KEWANGAN PEMERINTAH terhadap RAKYAT. Lihat & Kaji DIMANA TUMPUAN yang di berikan?
editor

No comments:

Post a Comment