Thursday, May 12, 2011

FAKTOR Y #11 - APA KAITAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI - Post #241

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #241


APAKAH KAITAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI
KEPADA ANDA DAN PERNIAGAAN ANDA JUGA KEPADA RAKYAT MALAYSIA


ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAMME (ETP)
Atau PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA


DI NEGARA MALAYSIA sedang berlaku suatu PERGERAKKAN yang MENGGERAKKAN Aktiviti EKONOMI secara NASIONAL yang di lakukan oleh Pihak KERAJAAN MALAYSIA melalui oleh Badan yang di beri Nama PROGRAMME MANAGEMENT AND DELIVERY UNIT atau PEMANDU.


PERSOALAN NYA 
APAKAH KAITAN NYA KEPADA PERNIAGAAN SECARA KHUSUS DAN KEPADA RAKYAT SECARA AM NYA.
  • BANYAK MAKLUMAT telah di muatkan di dalam Portal PEMANDU yang menjelaskan pelbagai AKTIVITI yang di jalankan untuk MENGEMAS-KINI segala SUMBER EKONOMI Negara Malaysia ke TARAF EKONOMI yang SEJAJAR dengan TARAF NEGARA MAJU seperti yang di SYARATKAN oleh BANK DUNIA.
  • TETAPI maseh ramai di antara Peniaga dan Usahawan serta Orang Awam TIDAK BEGITU MEMAHAMI apakah yang CUBA DI LAKUKAN melalui ETP ini dan apakah perlu nya Program tersebut kepada Negara Malaysia.
TUJUAN ETP
  • ETP bertujuan untuk MENGUBAH-SUAI keadaan Ekonomi Malaysia yang dahulu nya BERTERASKAN Penghasilan Produk-Produk ASAS TANI dan PENGILANGAN Produk-Produk Keperluan ASAS kepada INDUSTRI PENGHASILAN yang lebih BERTEKNOLOGI TINGGI.
  • PERUBAHAN ini sangat DI PERLUKAN untuk MENAIKKAN TARAF Negara Malaysia yang sekarang bertaraf NEGARA YANG SEDANG MEMBANGUN kepada TARAF NEGARA MAJU.
UNTUK MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU
  • NEGARA MALAYSIA memerlukan KENAIKAN PENDAPATAN KASAR NEGARA (GNI) daripada RM23,700 PER KAPITA (angka 2009) kepada RM48,000 PER KAPITA pada TAHUN 2020.
  • Ini membawa maksud bahawa Kerajaan Malaysia mahu mencapai PURATA GAJI BULANAN KASAR untuk Rakyat dari sekitar RM1,975 SEBULAN kepada RM4,000 SEBULAN secara KESELURUHAN JAWATAN.
  • Untuk mencapai TARAF tersebut Kerajaan PERLU meningkatkan AKTIVITI EKONOMI melalui 12 JENIS Produk & Perkhidmatan ASAS yang di namakan sebagai NKEA atau National Key Economic Areas.
SENARAI SEKTOR NKEA
Yang merangkum Aktiviti Ekonomi seperti 
1) Hasil Minyak / Tenaga
2) Minyak Sawit
3) Perkhidmatan Kewangan
4) Pemborongan & Peruncitan
5) Pelancungan
6) Perkhidmatan Perniagaan
7) Elektronik & Elektrikal
8) Perisian Komunikasi & Insfrastruktur
9) Kesihatan
10) Pendidikan
11) Pertanian
12) Pembangunan Kuala Lumpur & Klang Valley

APAKAH KESAN NYA KEPADA RAKYAT (Awam)
Melalui ETP, Kerajaan menjangkakan Pertumbuhan PELUANG Pekerjaan YANG TINGGI di dalam beberapa Sektor NKEA yang di sebutkan pada Tahun 2020 dan Sektor yang akan menerima Pertumbuhan yang besar adalah :- 
  1. Sektor Pemborongan & Peruncitan (4)
  2. Sektor Pendidikan (10)
  3. Sektor Pelancungan (5)
  4. Sektor Perkhidmatan Perniagaan (6)
  5. Sektor Kesihatan (9)
  6. Pertumbuhan kepada Pembangunan Kuala Lumpur & Klang valley (12)
Indek NKEA yang lain yang memberikan Peluang Pekerjaan yang RENDAH ialah :-
  1. Sektor Perisian Komunikasi & Insfrastruktur (8)
  2. Sektor Minyak Sawit (2)
  3. Sektor Hasil Minyak & Tenaga (1)
  4. Sektor Pertanian (11)
  5. Sektor Elektronik & Elektrikal (7)
  6. Sektor Perkhidmatan Kewangan (3)
Nota : Angka dalam kurungan adalah Indek NKEA menurut KEUTAMAAN dalam GNI

APAKAH MAKSUD DARI SENARAI DI ATAS?
  • ITU membawa maksud bahawa dalam 9 TAHUN ini (dari Tahun 2011 hingga Tahun 2020) Kerajaan sedang MEMPERGIATKAN segala AKTIVITI-AKTIVITI PERNIAGAAN di dalam SEMUA SENARAI NKEA yang di sebutkan.
  • ITU juga membawa maksud bahawa JENIS PERNIAGAAN yang anda sedang lakukan  SEKARANG akan MENERIMA KESAN-KESAN BAIK untuk jangka masa panjang.
  • ITU juga bermaksud, Peniaga & Usahawan yang CEKAL, BERINOVASI serta BERDAYA SAING pada masa ini AKAN menjadi PENERAJU EKONOMI yang BESAR pada tahun 2020.
APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN SEKARANG?
  • Lihat dan Kaji KEDUDUKAN Jenis Perniagaan anda sekarang dan lakukan PERANCANGAN untuk PERTUMBUHAN PERNIAGAAN untuk sepanjang 8-9 Tahun yang akan datang.
  • Kajian harus di juruskan kepada PERLUASAN PENJUALAN secara AKTIF & AGRESIF yang meliputi Semua Benua.
  • Lakukan & Dapatkan TEMPAHAN untuk Produk & Perkhidmatan yang anda HASILKAN melalui KAEDAH-KAEDAH PEMASARAN & PENJUALAN yang STRATEGIK.
  • Kemudian SESUAIKAN segala KEPERLUAN untuk MENYEDIAKAN KEUPAYAAN segala Proses-Proses Pembuatan & Penghasilan untuk mencapai HASIL PENGELUARAN yang SETARAF dengan PERMINTAAN PELANGGAN.
  • Disini lah anda boleh menggunakan ETP sebagai LANGKAH untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang bersesuaian daripada Kerajaan untuk Perkara-Perkara yang melibatkan Pertumbuhan Operasi Pengilangan, Pembuatan dan Daya Penghasilan yang anda lakukan.
  • LAKUKAN PELAN PERANCANGAN dari semua ASPEK PERNIAGAAN untuk mencapai SASARAN 2020 ini dan jangan KETINGGALAN DI BELAKANG.
RUMUSAN
  • Langkah Kerajaan Malaysia melancarkan ETP untuk mencapai TARAF NEGARA MAJU pada Tahun 2020 sebenar nya BUKAN suatu perkara yang mudah untuk di capai.
  • Walaupun semua program di dalam ETP adalah Hasil Kajian & Saranan para Saintis Ekonomi Negara dalam kepakaran masing-masing.
  • Secara Peribadi saya melihat program ETP ini HARUS DI SOKONG oleh semua lapisan RAKYAT MALAYSIA secara AM nya serta Para Peniaga & Usahawan secara KHUSUS nya.
  • KERANA Soal-Soal yang berkaitan dengan PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA bukan semua Bidang Kepakaran yang BIASA dapat MENGURUSKAN nya tetapi memerlukan Kepakaran SAINTIS EKONOMI yang sebenar yang benar-benar TERDIDIK di dalam Bidang tersebut.
  • Didalam HAL EKONOMI, segala bentuk TEORI harus di TERJEMAHKAN kepada TINDAKKAN untuk melihat HASIL-HASIL yang telah DI JANGKAKAN serta SOKONGAN daripada semua yang TERLIBAT secara POSITIF.
editor


Disclaimer
Semua Rumusan dan Huraian mengenai ETP MALAYSIA adalah PENDAPAT PERIBADI Editor TIPsNIAGA.COM dan tiada kaitan dengan mana-mana Institusi dan Kerajaan Malaysia.
My salute to Dato' Seri Idris Bin Jala for spear up PEMANDU and taken the HOT SEAT.

No comments:

Post a Comment