Sunday, May 22, 2011

FAKTOR Y #33- APA RAHSIA TIDAK YAKIN - Post #263

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #263


APA RAHSIA TIDAK YAKIN
APA FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB NYA


PSIKOLOGI PERNIAGAAN
  • BANYAK FAKTOR yang boleh di ketengahkan untuk menunjukkan seseorang itu merasa TIDAK YAKIN dan Posting kali ini bukan untuk membincangkan RASA TIDAK YAKIN secara UMUM tetapi akan menghuraikan Perkara ini dari Golongan Peniaga & Usahawan.
  • Sememang nya Perkara ini menyentuh secara Langsung HAL PSIKOLOGI KEMANUSIAAN, oleh itu skop untuk mengulas nya cukup luas.
  • TETAPI anda akan di bawa ke dalam Sudut Psikologi Perniagaan.
DEFINASI TIDAK YAKIN
  • Sesuatu PERASAAN yang BERFIKIR untuk melakukan suatu PERTIMBANGAN terhadap sesuatu HAL tetapi HATI & PERASAAN masih TIDAK YAKIN terhadap CARA-CARA HURAIAN atau KAEDAH PENYELESAIAN yang di dapati.
  • Atau RASA TIDAK YAKIN lebih kuat dari RASA YAKIN untuk melakukan sesuatu yang akan membawa DUA (2) AKIBAT iaitu Akibat BURUK atau Akibat BAIK.
KENAPA RASA TIDAK YAKIN WUJUD
Faktor-Faktor yang menjadi Penyebab :- (Menurut Keadaan Seseorang)
  • TIDAK ADA Pengetahuan Terhadap APA Yang Hendak Di Lakukan
  • Tidak ADA Pengetahuan Langsung 
  • Tidak ADA Sesuatu Rujukan
  • Tidak ADA Yang Boleh Membantu
  • MALU Hendak Bertanya
  • MALU Hendak Mengakui Tiada Pengetahuan
  • MALU Untuk Belajar Dengan Orang Lain
  • GAGAL Berkomunikasi kerana MASAALAH BAHASA
  • GAGAL Mengawal Perasaan Sendiri
  • GAGAL Mengetahui Kekuatan & Kelemahan Diri
  • GAGAL Mengenal Pasti Sesuatu Keadaan
  • Sesuatu Perkara Di Luar Bidang Kemahiran & Kepakaran
KESAN-KESAN TERHADAP SESEORANG
  • Apabila seseorang itu MEMILIKI atau MENGALAMI Faktor-Faktor seperti yang di sebutkan, maka mereka akan di selubungi RASA TIDAK YAKIN atau RAGU-RAGU pada APA yang mereka lakukan.
  • Mereka akan sering BERTANYA pada diri sendiri dengan pelbagai Soalan yang mereka sendiri Tidak Tahu apakah Jawapan nya.
  • Maka akan Wujud pula RASA GELISAH sehingga akan mengganggu Aturan Makan, Minum dan Tidur mereka di sebabkan sering BERFIKIR.
  • Akan Timbul pula RASA MARAH tidak tentu hala pada sesuatu yang Remeh serta Mudah TERSINGGUNG PERASAAN.
  • Perhatian dan Tumpuan mereka kepada HAL-HAL yang Penting lain akan TERJEJAS dan menimbulkan lebih Banyak MASAALAH Sampingan.
  • Pada PERINGKAT yang Genting, seseorang itu Mungkin akan Terjebak dengan Minuman Keras atau Dadah.
  • Pada peringkat yang Tidak dapat Di Kawal lagi, ada yang melakukan PEMBUNUHAN DIRI dengan pelbagai Cara seperti Meminum Racun, Memakan Ubat Tidur atau Dadah yang berlebihan, Menggantung Diri, Terjun dari Bangunan Tinggi, Melemaskan Diri di Kolam,Sungai atau Laut serta banyak lagi cara membunuh diri.
SIAPA YANG SELALU TERLIBAT
Orang-Orang yang sering Terlibat adalah dari Golongan :-
  • Peniaga & Usahawan yang terganggu dengan HUTANG yang BANYAK melalui pelbagai Perkara seperti Pinjaman dari Bank, dengan Orang Perseorangan, Saudara Mara, Syarikat Pembekal, Gaji Pekerja atau dengan ALONG dan Pihak Kerajaan.
  • Atau Peniaga & Usahawan yang bukan berhutang tetapi MENGGELAPKAN WANG Syarikat kerana Dorongan tertentu.
  • Golongan KARYAWAN yang bekerja di dalam Agensi-Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Menteri-Menteri Kabinet Kerajaan yang MENGAMALKAN RASUAH atau MENYALAH-GUNAKAN Dana & Wang Rakyat & Kerajaan.
  • Atau Orang-Orang yang memulakan sesuatu Perniagaan dengan WANG PINJAMAN tetapi GAGAL dalam Perniagaan yang di lakukan di sebabkan SALAH menggunakan Wang Modal yang di Peruntukkan untuk perkara-perkara yang lain seperti membayar Hutang Peribadi yang lain, membeli Kereta, Rumah atau Berjudi.
TANDA-TANDA NYA
  • Sering MURUNG
  • Sering TERMENUNG
  • Sering GELISAH
  • Sering LUPA
  • Sering MARAH
  • Sering KURANG TIDUR
  • Sering KURANG MAKAN
  • Sering BERSENDIRIAN
  • Sering TERKEJUT
  • Sering MENANGIS
  • Sering MENIPU
  • Sering BERBOHONG
  • Sering SAKIT PERUT
  • Sering SAKIT KEPALA
KELAKUAN SEBALIK NYA
  • Ada Golongan Peniaga & Usahawan, Pelabur dan Karyawan yang melakukan Perkara-Perkara YANG SALAH tetapi mereka Tidak menunjukkan Sebarang EMOSI seperti yang di huraikan.
  • Ini menunjukkan bahawa Golongan ini adalah GOLONGAN PROFESIONAL atau Golongan TERLATIH yang SENGAJA atau DI SENGAJAKAN untuk berbuat demikian.
  • Mereka Tidak Menunjukkan EMOSI NEGATIF kerana APA yang mereka LAKUKAN itu adalah di dalam PENGETAHUAN mereka sendiri seperti Sudah di pelajari lebih awal atau di rancang lebih awal, ini menyebabkan mereka YAKIN PADA APA YANG MEREKA LAKUKAN lalu tidak akan Wujud sebarang RASA TIDAK YAKIN atau GELISAH.
RUMUSAN
Oleh sebab-sebab yang telah di huraikan, Para PENIAGA & USAHAWAN, PELABUR dan KARYAWAN yang mengalami SINDROM atau TANDA-TANDA yang di sebutkan, mereka HARUS SEGERA mendapatkan Pertolongan dengan :
  • Meluahkan Segala Masaalah Pada Orang dan Rakan Yang Di Percayai untuk mengurangkan Tekanan Emosi.
  • Atau dapatkan Khidmat Pakar-Pakar Perunding Perniagaan untuk Hal Perniagaan bagi mendapatkan Tunjuk Ajar & Nasihat.
  • Atau dapatkan Khidmat Pakar-Pakar Motivasi untuk menguatkan kembali Semangat dan Cara-Cara untuk Mengawal Diri & Stress
  • Atau dapatkan Khidmat Pakar-Pakar Agama untuk memperteguhkan KEYAKINAN DIRI yang mungkin tidak pernah di utamakan atau di abaikan.
  • Atau temui Pakar Psikologi untuk dapatkan Rawatan Susulan jika keadaan semakin buruk dimana pelbagai Kaedah Rawatan bantuan akan di berikan seperti Terapi dan Ubat-Ubatan untuk menenangkan Perasaan.
Dimana YANG TERPENTING jangan jadikan Diri Anda menjadi Seseorang yang HILANG PEDOMAN dan GAGAL untuk Meneruskan KEHIDUPAN.
Rujuk kepada Posting #262 untuk Cara-Cara MEMBAHAGIAN DIRI anda ketika menjalankan Tadbir-Urus sesuatu Perniagaan.

editor

No comments:

Post a Comment