Saturday, May 21, 2011

FAKTOR Y #32 - APA RAHSIA KEBAHAGIAAN & KETENANGAN - Post #262

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #262


APA RAHSIA KEBAHAGIAAN & KETENANGAN
YANG SELALU DI KEJAR OLEH SEMUA ORANG DALAM PERNIAGAAN


MATLAMAT ASAL
  • Melalui MEDIA INTERNET, BUKU ONLINE, BUKU-BUKU, MAJALAH dan banyak lagi Aktiviti yang mengaturkan Seminar dan Ceramah MOTIVASI memperkatakan RAHSIA-RAHSIA untuk MERAIH KEJAYAAN, KESENANGAN & KETENANGAN melalui USAHA-NIAGA yang di jalankan.
  • Boleh di sifatkan TERLALU BANYAK Panduan dan Nasihat yang menggerakkan MINDA seseorang itu untuk mencapai MATLAMAT melalui Usaha-Usaha yang di rancangkan.
TETAPI KERESAHAN TETAP WUJUD
Akan tetapi di dalam setiap Hati dan Perasaan Anggota Peniaga & Usahawan masih lagi di kejar oleh pelbagai KERESAHAN yang mengganggu seperti PERASAAN TAKUT :-
  • Harga Saham akan Turun.
  • Harga Hartanah akan Turun.
  • Harga Minyak akan Naik.
  • Harga Kos Operasi akan Naik.
  • Harga Makanan & Minuman akan Naik.
  • Harga Komoditi, Emas, Stock & Matawang semasa tidak Menentu.
  • Keadaan Politik Dalam & Luar Negara tidak Menentu.
Dan akan mula TERFIKIR mengenai MASA HADAPAN yang tidak MEYAKINKAN serta BAGAIMANA KAH keadaan apabila akan memulakan PERSARAAN.
KENAPA KERESAHAN INI TERUS WUJUD.
  • Perkara ini wujud di sebabkan oleh MATLAMAT mereka untuk melakukan sebarang Usaha-Niaga ialah untuk MENJANA KEUNTUNGAN & PENDAPATAN yang seberapa banyak yang termampu.
  • Oleh kerana MATLAMAT tersebut maka di dalam HATI & FIKIRAN mereka telah DI PENUHI oleh pelbagai Tugas & Tanggung Jawap yang perlu mereka lakukan dengan penuh DISIPLIN jika mahu melihat apa yang di rancangkan itu dapat di capai.
  • Dimana dalam setiap hari, mereka terpaksa MENGIKUTI segala ATURAN MASA untuk melakukan sesuatu, dari mula mereka Mencelikkan mata sehingga lah Masa mereka untuk Tidur.
  • Walaupun ada Golongan Peniaga & Usahawan yang benar-benar BERJAYA dan memiliki Harta & Wang Jutaan Dollar tetapi Keresahan yang sama masih lagi wujud kerana mereka TIDAK MAMPU untuk LEKA atau LALAI kepada Perniagaan, jika mereka LALAI maka perniagaan mereka boleh di timpa banyak lagi Masaalah.
TETAPI WUJUD RAHSIA UNTUK BEBAS KERESAHAN 
  • RAHSIA UNTUK BEBAS dari KERESAHAN ini sebenar nya WUJUD tetapi amat JARANG untuk di ajarkan kepada Peniaga & Usahawan, kerana Ramai yang Merasakan ia tidak begitu Penting atau akan menjadi Subjek yang menarik untuk di ajar, apatah lagi untuk di jadikan sebagai Subjek Utama.
  • Dan Perkara tersebut ialah RAHSIA-RAHSIA MENCARI KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP dan di lakukan SEIRING dengan segala Aktiviti-Aktiviti menjalankan Perniagaan yang sediaada.
APAKAH RAHSIA-RAHSIA TERSEBUT.
  1. BINA KEBAHAGIAAN
  2. JANGAN TERIKAT DENGAN WANG
  3. TERBITKAN  RASA BEBAS
  4. BUAT APA YANG ANDA SUKA
  5. TERBITKAN RASA BAHAGIA
  6. TERBITKAN RASA SAYANG
  7. TERBITKAN RASA PUAS
  8. TERBITKAN RASA BERJAYA
  9. BUAT ORANG LAIN BAHAGIA
  10. LAKUKAN YANG TERBAIK
  11. LAKUKAN PERTOLONGAN
  12. RASAKAN KECUKUPAN
  13. JANGAN BERBELANJA IKUT APA YANG ADA
  14. JADIKAN BAHAGIA PILIHAN UTAMA
  15. TIMBULKAN RASA TIDAK KISAH PADA KEKAYAAN YANG ADA
PENJELASAN NYA
1...BINA KEBAHAGIAAN
  • Untuk Bersara anda tidak perlu Wang Berjuta tetapi anda harus membina kebahagiaan dengan kesihatan yang baik, perhubungan kekeluargan yang sempurna dan memiliki sahabat-handai yang baik di sekeliling anda.
  • Dimana ITU SEMUA adalah Sumber Kebahagian yang sebenar.
2...JANGAN TERIKAT DENGAN WANG
  • Jangan sesekali TERIKAT dengan Kuasa Wang atau ingin Mengejar Wang.
  • Anda harus lakukan Wang itu bekerja untuk anda di mana anda Tidak Perlu untuk berfikir terlalu kuat atau khuatir akan kehilangan Wang.
  • Timbulkan Kesedaran yang Wang itu bukan Penentu untuk Segala nya
3...TERBITKAN  RASA BEBAS
  • Terbitkan RASA KEBEBASAN dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu di setiap hari.
  • Buat perkara-perkara yang biasa anda lakukan dengan BERSAHAJA tanpa merasa tersekat oleh MASA atau JADUAL BEKERJA.
  • Jika anda mahu MENJERIT, anda lakukan sahaja tanpa perlu berfikir panjang kerana itu akan membuat anda terasa BEBAS.
4...BUAT APA YANG ANDA SUKA
  • Buat apa yang anda SUKA SANGAT di dalam hidup ini.
  • Lakukan tanpa sekatan atau wujudkan MASA yang sesuai dalam kesibukan anda.
  • Ini boleh termasuk di dalam HOBI yang kini anda tidak dapat lakukan kerana MASA yang terbatas.
5...TERBITKAN RASA BAHAGIA
  • Didalam melakukan sesuatu yang terutama nya dengan Keluarga, terbitkan segala Tumpuan anda terhadap apa yang anda lakukan sehingga anda dapat Melupakan Hal-Hal Pekerjaan.
  • Dimana apabila Tumpuan itu memuncak, anda akan dapat menerbitkan RASA BAHAGIA yang tidak pernah anda Rasakan sebelum ini.
  • Boleh di umpamakan sebagai KUSYUK.
6...TERBITKAN RASA SAYANG
  • Timbulkan RASA KASIH & SAYANG melalui Belaian dan Interaksi bersama Anak-Anak Kecil, Kanak-Kanak dan Binatang Peliharaan.
  • Kerana dengan cara ini anda akan dapat MERASAKAN KEMBALI Zaman-Zaman yang telah di tinggalkan selain dari menerbitkan RASA LEGA di dalam Fikiran.
  • Proses ini juga merupakan Suatu TERAPI untuk Fikiran.
7...TERBITKAN RASA PUAS
  • Didalam melakukan sesuatu yang anda Suka Lakukan, pastikan anda dapat menimbulkan RASA PUAS HATI dengan sepenuh nya.
  • Kerana jika anda Merasa Tidak Puas maka Perasaan itu akan terus mengganggu Fikiran anda secara Berterusan.
8...TERBITKAN RASA BERJAYA
  • Selain dari Merasa Puas Hati selepas melakukan sesuatu, anda PERLU juga menerbitkan RASA BERJAYA.
  • Maksud nya selepas Berjaya menyelesaikan sesuatu Hal atau Tugas dengan Jaya, anda perlu RAIKAN untuk Diri Sendiri seperti Bersiul, Menyanyi dan Apa juga yang boleh membuat anda menikmati Kejayaan tersebut.
9...BUAT ORANG LAIN BAHAGIA
  • Selain membuat Diri Sendiri Merasa BAHAGIA, anda juga perlu untuk membuat Orang lain Merasa Bahagia.
  • Jangan Lokek atau Takut untuk memberi Apa juga PUJIAN kepada pekerja, Anak Isteri atau sesiapa juga yang Berjaya melakukan sesuatu untuk anda atau apa diri mereka sendiri.
  • Atau apa juga BENTUK PERTOLONGAN yang anda MAMPU berikan untuk membuat seseorang itu Merasa BAHAGIA.
10...LAKUKAN YANG TERBAIK
  • Untuk Merasakan BAHAGIA juga anda perlu melakukan sesuatu dengan SEBAIK YANG MUNGKIN.
  • Jangan Amalkan Sikap Suka menangguhkan sesuatu Kerja yang harus anda lakukan dalam sesuatu MASA.
  • Dalam lain Perkataan, lakukan sesuatu Pekerjaan dengan RASA SUKA
11...LAKUKAN PERTOLONGAN
  • Amalkan Sikap untuk Membantu Golongan yang Kurang Bernasib Baik dengan Harta Kekayaan yang anda ada.
  • Hindarkan Sikap Tamak dan Sikap Kedekut
  • Kerana dengan Sikap Membantu ini akan membuat anda MERASA LEBIH BAHAGIA dalam kehidupan.
12...RASAKAN KECUKUPAN
  • Dalam MEMBINA KEKAYAAN anda perlu ada Rasa CUKUP dalam sesuatu MISI MENJANA HARTA KEKAYAAN.
  • Jika Perasaan CUKUP itu tidak Wujud maka anda akan TERIKAT dengan Perasaan TAMAK dan RAKUS.
  • Ini Tidak Baik untuk Kesihatan dalam Jangka Panjang apabila anda Meningkat Usia.
  • Dan akan Menjauhkan anda dari MERASA BAHAGIA.
13...JANGAN BERBELANJA IKUT APA YANG ADA
  • Dengan Harta dan Wang Ringgit yang berlimpah, anda jangan berbelanja melebihi KEPERLUAN kerana Sikap itu merupakan Suatu PENYAKIT.
  • Dimana anda akan Menjadi Orang yang SOMBONG kepada Diri, Masyarakat dan TUHAN dan anda akan JAUH dari Merasa BAHAGIA.
14...JADIKAN BAHAGIA PILIHAN UTAMA
  • Dalam menetapkan MATLAMAT HIDUP, jadikan KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP sebagai KEUTAMAAN 
  • Kerana TANPA KEBAHAGIAAN anda akan Cepat Merasa KECEWA, PATAH HATI, LEMAH SEMANGAT, PUTUS ASA, RENDAH HATI dan sebagai nya.
  • Dan WANG & HARTA bukan boleh menjadi TEMAN yang boleh membuat anda HILANG dari Perasaan Takut, Resah, Curiga dan sebagai nya itu.
15...TIMBULKAN RASA TIDAK KISAH PADA KEKAYAAN YANG ADA
  • Jika anda KAYA RAYA sekali pun, jangan BEBANKAN Hidup & Fikiran anda itu TERIKAT dengan KEKAYAAN yang anda ADA.
  • Anggap semua KEKAYAAN yang anda ADA itu sebagai Perkara BIASA, kerana jika Perasaan TERIKAT itu tidak dapat di pisahkan, kehidupan anda akan TETAP MERASA RESAH GELISAH sepanjang Masa kerana Takut pada Rompakan, Kecurian, Di Tipu Orang dan sebagai nya.
  • Jadi, Hidup Anda amat jauh dari MERASA BAHAGIA.
RUMUSAN
  • Oleh kerana itu, didalam MENGEJAR CITA-CITA untuk menjadi KAYA melalui Pelbagai Usaha Perniagaan, jangan anda LUPA untuk MENAMAM segala Langkah-Langkah untuk MEMBAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
  • Semua AMALAN ini telah TERBUKTI BERKESAN dan TERBUKTI MEMBANTU Ramai JUTAWAN-JUTAWAN di Serata Dunia di dalam mengurangkan segala TEKANAN FIKIRAN & PERASAAN semasa menjalankan Perniagaan.
  • Dimana ada di antara mereka yang sanggup MEMBAYAR untuk mendapatkan TIP-TIP yang Mudah ini dengan Nilai Jutaan Dollar.
  • Hanya untuk dapat MERASAKAN BAHAGIA.
Editor's Note
KEKAYAAN Harta & Wang Ringgit boleh di cari dengan Mudah di mana sahaja TETAPI untuk Mencari KEBAHAGIAAN dalam Hidup kita harus Kembali kepada Diri Sendiri.
Kerana KEBAHAGIAAN bukan terletak pada Harta & Wang Ringgit yang kita kumpul TETAPI terletak pada PERASAAN KASIH & SAYANG yang tidak boleh di beli dengan Wang & Harta.
editor

No comments:

Post a Comment