Wednesday, May 18, 2011

FAKTOR Y #22 - APA ITU KATEGORI KOS PERNIAGAAN - Post #252

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #252


APA ITU KATEGORI KOS DALAM PERNIAGAAN
KATEGORI KOS YANG BELUM DI HURAIKAN


Posting kali ini adalah lanjutan daripada Post #251 dan akan di khususkan kepada penghuraian mengenai KATEGORI KOS DALAM PERNIAGAAN yang belum di sentuh melalui Posting-Posting sebelum ini.


APAKAH KATEGORI  KOS-KOS TERSEBUT
  • ECONOMIC COSTS
  • OPPORTUNITY COSTS
  • IMPLICIT COSTS
  • EXPLICIT COSTS
  • TOTAL COSTS
  • FIXED COSTS
  • VARIABLE COSTS
  • RELEVANT COSTS
  • SUNK COSTS
  • HIDDEN COSTS
PENJELASAN KEPADA MAKSUD
ECONOMIC COSTS
  • Memberi maksud bahawa Pembayaran untuk mendapatkan sesuatu Perkhidmatan dengan Kadar Nilai yang serupa daripada tempat lain.
  • Tetapi tidak menjejaskan segala perkara yang melibatkan Mutu Produk atau Perkhidmatan yang terdahulu.
  • Dan yang menjimatkan banyak MASA daripada membeli daripada Pemberi Khidmat yang terdahulu.
OPPORTUNITY COSTS

  • Memberi maksud bahawa sesuatu Langkah atau Keputusan yang di ambil dapat memberi PULANGAN yang lebih BAIK daripada SUMBER-SUMBER yang tidak pernah di cuba pada sebelum ini.
  • Dimana PELUANG-PELUANG yang di terokai itu tidak begitu di beri Tumpuan oleh Para Pesaing atau Peniaga yang lain, lalu peluang tersebut telah menjadi KEKUATAN kepada Perniagaan.
IMPLICIT COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Sumber Pendapatan yang DI JANA yang tidak perlu di dapati dari LUAR tetapi hanya menggunakan segala CABANG SUMBER yang di miliki sendiri.
  • Seperti menggunakan KEPAKARAN yang di miliki sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanpa perlu mendapatkan KHIDMAT Pakar-Pakar Luar.
  • Tetapi KOS PERBELANJAAN  untuk Pembayaran maseh di gunakan untuk MENUNJUKKAN Perbelanjaan yang di gunakan untuk sesuatu Perkhidmatan.
  • Dimana PENJIMATAN untuk Pembayaran itu di kira sebagai IMPLICIT COST.
EXPLICIT COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu PEMBAYARAN di lakukan kerana mengambil Kidmat Pakar-Pakar dari Luar.
  • Dimana Explicit Costs adalah yang bertentangan dengan Kaedah Implicit Costs.
TOTAL COSTS
  • Memberi maksud bahawa KUMPULAN PEMBAYARAN daripada KESELURUHAN PERBELANJAAN.
  • Yang termasuk Perbelanjaan dari Explicit Costs & Implicit Costs.
  • Dan semua nya DI HITUNG kedalam SATU PENYATA PERBELANJAAN.
FIXED COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Pembayaran untuk sesuatu Perbelanjaan YANG TETAP dan tidak berubah-rubah untuk jangka masa tertentu.
  • Seperti Pembayaran untuk ANSURAN BIL-BIL Bangunan, Kereta, Telefon, Pinjaman Bank dan lain-lain lagi yang berbentuk TETAP Jumlah pembayaran nya.
VARIABLE COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Pembayaran yang TETAP tetapi dengan JUMLAH atau NILAI yang TIDAK TETAP.
  • Dimana Setiap Pembayaran nya sentiasa BERUBAH seperti melakukan untuk sesuatu PEMBELIAN Bahan-Bahan Stok yang tidak menentu Jumlah yang di tempah pada setiap hari, minggu dan bulan.
RELEVANT COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Pembayaran yang LEBIH terpaksa di lakukan kerana terpaksa melakukan sesuatu KEPUTUSAN demi MENYELAMATKAN sesuatu KEADAAN yang LEBIH MERUGIKAN.
  • Contoh nya jika TERPAKSA MEMBELI dari PEMBEKAL yang lain dengan HARGA yang lebih MAHAL di sebabkan oleh PUTUS BEKALAN dari PEMBEKAL yang biasa.
  • langkah ini di ambil untuk MENGEKALKAN MUTU PERKHIDMATAN terhadap Pelanggan agar mereka tidak pergi ke PENGUSAHA yang lain.
SUNK COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Perbelanjaan yang telah di lakukan DI MASA LALU yang TIDAK DAPAT untuk di selamatkan atau DI DAPATI KEMBALI sebarang PULANGAN kerana sesuatu KESILAPAN.
  • Seperti TERSILAP membeli sesuatu BAHAN atau PRODUK yang Tidak Boleh DI KEMBALIKAN atas sebab-sebab Pertambahan KOS jika di lakukan. 
  • Atau kerana Projek-Projek yang TIDAK MENGUNTUNGKAN di sebabkan oleh Pelbagai Faktor yang tidak dapat di elakkan.
HIDDEN COSTS
  • Memberi maksud bahawa sesuatu Perbelanjaan yang DI KELUARKAN yang tidak TERMASUK di dalam sesuatu ANGGARAN.
  • Seperti Perbelanjaan untuk memberi UPAH-UPAH yang tertentu atau Perbelanjaan dalam bentuk RASUAH yang berupa WANG, HIBURAN atau HADIAH-HADIAH yang tertentu.
  • Tetapi segala Perbelanjaan ini maseh DI MASUKKAN kedalam TOTAL COSTS dalam melaksanakan URUS-NIAGA.
  • Kelaziman nya sesuatu Perbelanjaan yang berbentuk MEMBERI RASUAH hanya di LAPOR sebagai Perbelanjaan untuk Hiburan (entertainment cost) bagi menutup perkara atau cerita yang sebenar.
RUMUSAN
  • ITULAH KATEGORI KOS-KOS yang WUJUD di dalam PERBELANJAAN sesebuah OPERASI PERNIAGAAN yang di jalankan.
  • Dimana setiap Syarikat atau Organisasi yang di ketuai oleh PENGURUS atau PENTADBIR KEWANGAN SYARIKAT harus TAHU mengenai sebarang PERBEZAAN berkenaan KATEGORI KOS PERBELANJAAN ini.
  • Ini semua sangat PERLU untuk MENCERMINKAN PERBELANJAAN SYARIKAT yang sebenar dan akan WUJUD di dalam SETIAP LAPORAN KEWANGAN yang di keluarkan.
editor

No comments:

Post a Comment