Monday, April 11, 2011

REVIEW #8 : SEBAB MENGAPA PERNIAGAAN GAGAL- Post #198

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #198


REVIEW #8 : 10 FAKTOR MENGAPA PERNIAGAAN GAGAL


Ada banyak faktor penyumbang terhadap penurunan tahap perniagaan anda, di mana faktor-faktor tersebut sering tidak di beri perhatian oleh pemilik-pemilik perniagaan.
Dan apabila perniagaan mereka menerima kesan daripada tindak balas daripada sesuatu masaalah, mereka akan menyalahkan keadaan, orang lain, pelanggan dan juga kerajaan. Tetapi pada hakikat yang sebenarnya, mereka sendiri yang mencipta segala permasaalahan tersebut.


Semua Faktor Penyumbang kepada Penurunan Tahap Perniagaan ini boleh berlaku di dalam Sekmen Perniagaan seperti :
  • Semua Jenis Restoran
  • Semua Jenis Kedai Runcit dan Peruncitan
  • Semua Jenis Kedai Pakaian & Fesyen
  • Semua Jenis Salon Kecantikan & Spa dan Kesihatan
  • Semua Jenis Kedai Hardwares & Barangan Pengguna
  • Semua Jenis Kedai Dobi & Gunting Rambut
  • Semua Jenis Kedai Elektronik & Handphone
  • Semua Jenis Perkhidmatan & Pertukangan dan Penyelenggaraan
  • Semua Jenis Perkhidmatan Servis Kenderaan
  • Semua Jenis Perkhidmatan Tadika & Tution
  • Samaada perniagaan Konvensional atau Franchise
Dan di antara jenis-jenis perniagaan yang di sebutkan, perniagaan yang melibatkan Restoran adalah perniagaan yang paling tertinggi menemui permasaalahan dan yang paling tinggi rekod penutupan perniagaan atau terpaksa di jual kepada Pengusaha yang lain.

Saya mengambil contoh Perniagaan yang berkonsepkan F&B atau Penyediaan Makanan dan Minuman ini sebagai Bahan Rujukan untuk semua pembaca.

Apakah Faktor-Faktor Penyumbang tersebut?


Pertama : Pembaziran Bahan Asas
  • Jika di dalam jenis perniagaan restoran, perkara utama yang selalu berlaku ialah pembaziran bahan-bahan memasak untuk semua menu, di mana kebanyakan bahan-bahan yang di gunakan tidak dapat bertahan lama seperti sayur-sayuran, ikan, daging ayang, lembu, kambing dan lain-lain lagi.
  • Jika cara pembelian dan penyimpanan serta penggunaan nya tidak di kawal dengan betul, maka ia akan menjadi penyumbang kepada kerugian. 
  • Dimana kerugian ini tidak dapat di lihat secara jelas kerana ia berlaku semasa proses penyediaan dan persiapan makanan.
Kedua : Kelemahan Memahami Kehendak Pelanggan
  • Ramai Peniaga tidak menitik beratkan kehendak pelanggan kerana bagi mereka, apa yang telah di sediakan sudah mencukupi dan ada juga merasakan itu lah sahaja kemampuan yang mereka miliki.
  • Kehendak Pelanggan harus di lihat dan di nilai dari sudut untuk peningkatan mutu perkhidmatan syarikat kerana setiap pelanggan memiliki senarai tempat dan kedai yang mereka minati.
  • Pelanggan juga amat sensitif kepada sebarang penurunan mutu produk atau perkhidmatan yang di berikan dan mereka akan meninggalkan kedai-kedai yang tidak menepati segala kehendak dan citarasa mereka. 
  • Oleh sebab itu, seseorang peniaga itu harus lebih teliti di dalam hal-hal yang melibatkan pelanggan.
  • Jika anda gagal untuk memahami kehendak pelanggan, itu bermakna anda mengabaikan soal Mutu Perkhidmatan yang anda berikan dan juga sebagai petanda perniagaan anda akan mengalami kegagalan.
Ketiga :  Kegagalan Memahami Persaingan
  • Ramai Peniaga suka untuk membuka sesuatu jenis perniagaan yang terbukti ramai pengunjung untuk di jadikan pelanggan. 
  • Sehingga ada yang sanggup untuk mendapatkan sesuatu Premis kedai dengan kadar sewa yang tinggi.
  • Semata-mata mereka melihat sesuatu tempat atau kawasan yang ramai pengunjung, akan mendapat pelanggan yang ramai seperti apa yang mereka lihat sewaktu melakukan tinjauan.
  • Tetapi mereka terlupa untuk mengkaji keadaan persaingan yang sebenar jika mereka membuka perniagaan di tempat-tempat seperti itu.
  • Mereka terlupa untuk membuat penilaian segala kekuatan dan Kelemahan yang mereka miliki untuk menghadapi segala persaingan dengan peniaga-peniaga yang lain, terutama dari perniaggan dari jenis yang sama.
Keempat : Kelemahan Menetapkan Harga Jualan
  • Perkara ini amat sering berlaku di mana-mana jenis perniagaan, di mana ramai Peniaga tidak memberi perhatian mengenai soal harga jualan yang di tetapkan.
  • Peniaga lebih gemar untuk menetapkan sesuatu harga menurut sudut Untung dan Rugi bagi pihak Syarikat dan bukan di lihat dari Sudut kemampuan golongan pembeli atau pengguna.
  • Jika sesuatu Nilai Harga di lakukan berdasarkan Untung & Rugi Syarikat, itu akan memberi kesan buruk kepada perniagaan anda sendiri, di mana anda tidak akan dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli nya kerana di luar kemampuan atau pun di luar Nilai Pasaran.
  • Sebagai seorang Peniaga, anda perlu melakukan Tinjauan keatas harga-harga jualan yang di lakukan oleh para peniaga yang lain, langkah ini perlu untuk mengemas kini harga Jualan yang anda tawarkan. 
  • Melalui Tinjauan seperti ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas kedudukan harga Jualan anda di dalam pasaran.
  • Tetapi ramai juga Peniaga yang mengabaikan perkara ini walaupun telah melakukan Tinjauan kerana menganggap nya sebagai tidak penting atau merasakan perkara tersebut tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.
Kelima : Kelemahan Untuk Memperbaiki Keadaan
  • Ramai Peniaga yang gagal untuk meneruskan perniagaan kerana mereka memiliki kelemahan untuk bertindak memperbaiki sesuatu kelemahan yang telah di kesan lebih awal kerana tidak merasa ianya sangat penting atau tidak tahu apakah cara yang terbaik untuk mengatasi nya.
  • Ada yang cuba melakukan pada saat-saat akhir setelah masaalah kewangan mula kehabisan dan pada waktu ini usaha untuk memperbaiki nya boleh di katakan sebagai terlambat
  • kerana hal-hal seperti ini lah sesuatu perniagaan itu terpaksa di tutup atau pun di jual kepada peniaga yang lain.
Keenam : Kelemahan Memilih Pekerja
  • Ada juga perniagaan mengalami kerugian sejak dari mula ia nya di buka kerana peniaga atau pihak pemilik tidak memilih pekerja yang tepat untuk sesuatu jawatan yang di lakukan.
  • Perkara seperti ini sememangnya telah banyak berlaku di mana-mana sahaja dan yang paling ketara ialah kelemahan untuk mendapatkan seorang Pengurus Perniagaan yang tepat untuk sesuatu jenis perniagaan.
  • Ini adalah kerana setiap perniagaan itu memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang berbeza di dalam hal-hal urus tadbir nya, oleh itu dengan mengambil pekerja yang salah maka setiap pekerjaan itu tidak akan berjalan dengan lancar.
  • Begitu juga hal nya dengan pekerja-perkerja bawahan, mereka harus di ambil dari bidang-bidang yang berkaitan tetapi perkara ini maseh boleh di perbaiki dengan mengadakan kursus dan latihan dalaman agar mereka boleh melakukan sesuatu pekerjaan seperti yang di kehendaki.
Ketujuh : Kelemahan Mengawal Kewangan
  • Perkara ini adalah yang terburuk bagi seseorang Peniaga jika mereka gagal mengawal hal-hal kewangan syarikat mereka sendiri.
  • Kerana, jika seseorang Peniaga itu gagal melaksanakan disiplin di dalam sistem penjagaan kewangan, itu akan membawa permasalahan besar terhadap perniagaan anda.
  • Di mana banyak kes-kes yang berlaku Pemilik Perniagaan tidak tahu membezakan Wang Syarikat dengan Wang Peribadi mereka sendiri.
  • Apabila kedua-dua nya di campur-adukkan di dalam penggunaan Wang maka yang paling teruk mendapat kesan nya ialah Syarikat anda sendiri.
  • Di mana Syarikat akan kehabisan Wang Pusingan kerana telah di gunakan untuk hal-hal peribadi anda.
Kelapan : Kelemahan Di Dalam Perancangan
  • Di dalam apa juga jenis perniagaan, anda perlu wujudkan Pelan Perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Pelan Perancangan ini amat perlu sekali untuk memastikan perniagaan anda itu menghala kepada Tujuan yang di sasarkan di dalam jangka waktu yang di sasarkan.
  • Kelemahan untuk mewujudkan Pelan Perancangan seperti ini juga menyumbang kepada kegagalan untuk bertahan lama di dalam perniagaan, di mana anda boleh di sifatkan sebagai peniaga yang tidak memiliki Wawasan.
Kesembilan : Kegagalan Melakar Strategi Pemasaran
  • Strategi Pemasaran adalah bahagian yang terpenting di dalam syarikat di mana di bahagian ini lah segala Strategi memasarkan produk dan perkhidmatan syarikat anda di wujudkan.
  • Jika syarikat anda tidak memiliki Strategi pemasaran Produk yang tepat dan menyeluruh untuk mensasarkan semua lapisan pelanggan, anda sudah boleh di katakan gagal di peringkat awal.
  • Peniaga yang berwawasan akan mengatur Strategi Pemasaran sebelum mereka melakukan proses pembuatan atau penghasilan produk
  • Dimana proses melakarkan Strategi Pemasaran ini di lakukan semasa melakarkan Pelan Utama perniagaan.
Kesepuluh : Kegagalan Memantau kemajuan Syarikat
  • Kegagalan untuk memantau kemajuan syarikat adalah suatu Dosa yang paling besar di dalam Pengurusan Perniagaan jika anda lakukan kerana jika setiap kemajuan syarikat tidak di pantau maka anda tidak akan tahu kearah mana perniagaan anda itu menghala.
  • Pemantauan syarikat harus di lakukan dengan disiplin yang tinggi dan tidak boleh di pandang sebagai hal yang ringan atau tidak penting kerana perniagaan seumpama memandu sebuah kereta, sebagai pemandu anda perlu menggerakkan kereta anda di jalan yang betul, jika tidak..kereta anda akan terbabas dari jalan yang di sediakan dan boleh melibatkan kemalangan besar.
editor

No comments:

Post a Comment