Tuesday, April 05, 2011

REVIEW #1: 10 PERKARA GAGAL DALAM PERNIAGAAN - Post #191

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #191


REVIEW #1 : 10 PERKARA GAGAL DALAM PERNIAGAAN
Dalam Dunia Pernaiagaan ada beberapa perkara yang boleh membawa padah kepada Usahawan yang terlibat, jika mereka tidak memberi perhatian yang khusus. 


Ini di tulis KHAS sebagai Ringkasan daripada 190 Topik Perniagaan sepanjang penulisan Blog TIPsNIAGA.COM ini.


Dan Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Membawa Padah itu?


1...Gagal Merancang Perniagaan
  • Jika di peringkat awal perniagaan anda tidak melakukan PERANCANGAN yang betul serta menyeluruh, maka perniagaan anda tidak akan ada HALATUJU yang sempurna.
  • Anda akan melakukan segala aktiviti perniagaan secara tidak tersusun dan tidak terkawal
  • Gejala ini akan mengakibatkan banyak kerosakan di dalam Pentadbiran & Pengurusan Perniagaan anda secara jangkapanjang.
  • Perancangan yang menyeluruh di perlukan untuk memastikan segala Strategi Perniagaan akan dapat di laksanakan dengan sewajarnya.
2...Gagal Berbelanja Dengan Tepat Di Peringkat Awal
  • Jika di peringkat permulaan anda melakukan banyak perbelanjaan dengan membelanjakan WANG MODAL tanpa TUJUAN yang TEPAT, maka Wang Modal anda akan di habiskan kepada perkara atau benda yang belum pasti di perlukan.
  • Ini akan mengakibatkan Perniagaan anda berada di TAHAP YANG BAHAYA kerana Wang Modal untuk di jadikan Wang Pusingan telah terjejas.
  • Untuk jangkamasa panjang, jika perniagaan anda mengalami DEFISIT KEWANGAN maka anda sudah tidak mencukupi Wang untuk mengatasi kekurangan Wang Pusingan, dan jika perkara ini berlaku maka perniagaan anda terpaksa di tutup
3...Gagal Memasarkan Produk atau Perkhidmatan
  • Jika anda GAGAL untuk merangka kegiatan PAMASARAN & PENJUALAN secara kemas dan tersusun, maka Produk atau Perkhidmatan anda tidak akan sampai kepada PENGETAHUAN PENGGUNA SASARAN.
  • Ini akan mengakibatkan perniagaan anda menjadi LESU kerana kekurangan Pelanggan dan akan mengakibatkan Wang Pusingan anda terjejas dengan Pendapatan Masuk yang berkurangan jika di bandingkan dengan Wang yang di belanjakan untuk membayar segala TANGGUNGAN SEMASA.
  • Kerana itu Bahagian Pemasaran & Penjualan tersangat penting di setiap Syarikat atau Perniagaan, kerana pada bahagian ini lah terletaknya segala kegiatan untuk MENCARI PELANGGAN dan MENJUAL PRODUK atau PERKHIDMATAN yang anda tawarkan.
4...Gagal Bersaing dengan Pesaing Perniagaan
  • Jika anda gagal bersaing dengan Pesaing terdekat yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan anda, maka anda telal gagal untuk mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan para pesaing di peringkat permulaan.
  • Dalam lain perkataan, anda gagal untuk mengkaji dan menyelidik sesuatu persaingan terhadap perniagaan anda di peringkat permulaan.
  • Ini akan menyebabkan perniagaan anda gagal untuk menembusi pasaran dan mendapat pelanggan sasaran seperti yang di harapkan.
5...Gagal Menetapkan Harga Munasabah
  • Jika anda gagal untuk menetapkan Harga yang bersesuaian terhadap semua Produk atau Perkhidmatan yang anda tawarkan, maka anda tidak akan dapat bersaing dengan Pesaing perniagan anda.
  • Anda juga akan gagal untuk menarik ramai Pelanggan di pasaran TERBUKA.
  • Kerana itu Faktor Harga harus di kaji selidik sewaktu PERANCANGAN PERNIAGAAN yang awal sedang di lakarkan.
  • Ini untuk memastikan setiap Produk atau Perkhidmatan yang ingin anda sebarkan itu berjaya memikat hati golongan sasaran serta dapat memberi saingan kepada Pesaing yang sediaada di pasaran.
6...Gagal Mengurus Kewangan
  • Jika anda gagal mentadbir urus KEWANGAN Syarikat anda, maka anda akan dapati perniagaan anda akan menjadi tidak menentu.
  • Banyak perkara tidak dapat anda lakukan jika Sistem Pengurusan Kewangan ini anda tidak ikuti dengan penuh berdisiplin.
  • Di mana anda akan menggunakan Wang yang di raih dari hasil penjualan kepada perkara-perkara yang tidak kene mengena dengan perniagaan atau menggunakan nya dengan cara yang tidak berhemah.
  • Ramai Usahawan gagal bertahan dalam perniagaan kerana Pengurusan Kewangan Syarikat yang tidak berdisiplin.
7...Gagal Memainkan Peranan sebagai CEO Syarikat
  • Jika anda seorang Pengusaha maka anda harus memainkan Peranan sebagai PENERAJU PERNIAGAAN yang akan membawa perniagaan anda kepada TUJUAN yang di tetapkan.
  • Jika Peranan sebagai Peneraju atau CEO ini gagal anda laksanakan, maka setiap Tadbir-Urus Perniagaan anda tidak menentu, ini akan mengakibatkan banyak kelemahan, kerosakan, masaalah serta perkara-perkara di luar jangkaan berlaku.
  • Jika banyak perkara di luar jangkaan berlaku, maka untuk menyelesaikan nya bukan suatu perkara yang mudah terutama jika melibatkan Kewangan Syarikat.
  • Kerana itu anda harus sentiasa memainkan peranan sebagai CEO sebenar di dalam syarikat yang anda miliki walaupun saiz syarikat anda tersebut kecil.
8...Gagal Memerhati Pasaran Semasa
  • Jika anda gagal untuk memerhati Pasaran Semasa di dalam Sektor Perniagaan yang anda ceburi, ini akan mengakibatkan anda mengalami KERUGIAN yang di luar jangkaan.
  • Ini adalah kerana, di dalam Pasaran akan banyak belaku perkara-perkara yang boleh mengakibatkan sesuatu jenis perniagaan itu terjejas teruk seperti gejala Bencana Alam, Peperangan, Pertukaran sesuatu Ketua Negara, Rampasan Kuasa di sesebuah Negara, kenaikan harga Minyak atau Bahan Api dan faktor yang lain nya
  • Kerana itu anda perlu sentiasa mengikuti keadaan SEMASA SECARA GLOBAL bagi mengelakkan anda mengalami kerugian daripada sesuatu kejadian yang berlaku di pasaran.
  • Dengan mengikuti pasaran semasa ini, anda boleh menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku dan membolehkan anda melakukan Perancangan Keselamatan terhadap perniagaan anda.
9...Gagal Menurut Batas Undang-Undang
  • Jika anda gagal untuk menuruti Batasan Undang-Undang di Negara yang anda jalankan perniagaan, anda akan terlibat dengan pelbagai masaalah besar jika anda tertangkap.
  • Dan akibat dari melanggar Undang-Undang seseuatu Negara akan menyebabkan anda kerugian besar sehingga membawa kepada tahap Bankrup.
  • Begitu juga dengan hal Undang-Undang yang lebih kecil yang di keluarkan oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan di Peringkat Tempatan, jika anda gagal patuhi akibat nya juga merugikan.
  • banyak Syarikat di hadapkan ke mahkamah kerana melanggar sesuatu jenis Undang-Undang dan ramai yang meringkuk di dalam Penjara atas sebab-sebab tersebut.
10...Gagal Memahami Pelanggan
  • Jika anda gagal untuk memahami segala KEHENDAK PELANGGAN dan anda tidak pernah mengambil berat hal-hal seperti ini, maka perniaagan anda akan menuju kemunduran.
  • Ini di sebabkan setiap Pelanggan memiliki Kehendak dan Citarasa mereka sendiri, jika anda tidak mahu mengambil perhatian, pihak pelanggan akan mengalihkan perhatian mereka kepada pesaing perniagaan anda, di mana mereka cekap mengenal-pasti kehendak pelanggan.
  • Kerana itu CUSTOMER SERVICE sangat di perlukan oleh semua Syarikat pada hari ini, di mana di situlah terletak nya ASAS SETIAP PERNIAGAAN.
  • Di mana TANPA PELANGGAN anda tidak dapat BERJUAL BELI maka perniagaan akan di katakan sebagai MATI.
editor

No comments:

Post a Comment