Friday, April 15, 2011

REVIEW #12 : MENGENAL PILIHAN MANUSIA - Post #202

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #202


MENGENAL PILIHAN MANUSIA 


MENGENAL PILIHAN MANUSIA UNTUK KEPERLUAN PERNIAGAAN
  1. Ramai Peniaga samaada tidak tahu mengenai perkara tabiat kemanusiaan yang berhubung-kait dengan perniagaan atau mereka sengaja tidak mahu menerima hakikat hubung-kait tersebut.
  2. Tetapi Tabiat-Tabiat yang di lakukan oleh Manusia inilah yang di jadikan garis panduan untuk menentukan sesuatu STRATEGI PERNIAGAAN sejak berkurun lagi.
  3. Di mana aspek ini di ambil dari sudut psikologi yang di adaptasikan ke dalam perniagaan sebagai langkah untuk menepati KEHENDAK PENGGUNA.
  4. Setiap manusia memiliki TABIAT yang tersendiri di dalam aktiviti seharian mereka, mereka akan melakukan PERKARA yang PERLU di lakukan menurut KEPERLUAN SEMASA
  5. Oleh itu, apa yang mereka lakukan di setiap hari akan BERULANG-ULANG di masa dan di tempat yang sama, perbuatan ini di katakan sebagai KEPERLUAN SEMASA yang di lakukan oleh semua Manusia.
  6. Begitu juga halnya untuk menentukan JENIS PERNIAGAAN di mana ramai Peniaga dan Usahawan akan cuba MENILAI TABIAT MANUSIA ini sebelum mereka MEREKA-CIPTA sesuatu atau untuk membuka sesuatu perniagaan.
  7. Langkah ini di lihat sebagai Garis-Pandu bagi MENGURANGKAN RISIKO KERUGIAN jika memilih Jenis Perniagaan.
CONTOH KEUTAMAAN
Secara kasarnya, setiap Manusia akan memilih perkara-perkara berikut di dalam PILIHAN untuk melakukan  Apa yang mereka harus lakukan seperti:
  1. Makanan dan Minuman
  2. Bekalan Bahan Masakan Rumahtangga (barang runcit)
  3. Barangan Keperluan Rumahtangga (peralatan rumah)
  4. Barangan Keperluan Diri (pakaian & lain-lain)
  5. Pengangkutan (kereta dan Pengankutan Awam)
  6. Hartanah
  7. Simpanan Wang (Bank)
  8. Insuran
  9. Pelaburan
  10. Melancung (jika mampu)
10 jenis keutamaan ini adalah keperluan yang di lakukan oleh seseorang manusia yang secara biasa atau lazim. Dan dari seorang kesaorang yang lain akan berbeza keutamaan untuk PEMILIHAN yang menurut SELERA terhadap sesuatu barangan, makanan atau minuman.
Tetapi itu tidak mengubah KEUTAMAAN yang mereka lakukan secara keseluruhan.


SEBAB PILIHAN
  • Setiap manusia sangat-sangat memerlukan MAKAN & MINUM samaada mereka berada di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja mereka pergi, dua perkara tersebut adalah yang Paling Utama daripada yang lain nya.
  • Oleh kerana KELAZIMAN ini, kita dapat melihat ramai Peniaga dan Usahawan yang membuka perniagaan makanan dan minuman walau dengan bentuk apa sekali pun seperti yang bertaraf seperti Warung tepi jalan, Kedai Kopi dan Restoran
  • Yang pula di sesuaikan corak penubuhan nya kepada Golongan Sasaran dari jenis KEMAMPUAN nya pula.
  • Begitu juga halnya dengan pilihan atau keutamaan Manusia yang lain nya, mereka akan lakukan apabila mereka sangat perlu untuk berbuat demikian.
KAITAN PILIHAN MANUSIA DENGAN PERNIAGAAN
  • Jika di lihat dari sudut perniagaan, pilihan atau keutamaan yang di lakukan oleh manusia boleh di jadikan panduan untuk melakar atau menggariskan pelan perancangan sesuatu jenis perniagaan.
  • Jika sesorang Peniaga dan Usahawan memilih untuk menceburkan diri di dalam Dunia Perniagaan Pelancungan, maka mereka harus tahu kedudukan Pilihan Manusia yang melakukan nya hanya apabila memiliki kemampuan.
  • Dengan pengetahuan tersebut, mereka boleh melakar berapa ramaikah Orang Ramai akan pergi melancung di sesuatu masa, hari, bulan atau tahun.
  • Dengan Perangkaan tersebut, mereka akan dapat ketahui dengan jelas Kedudukan atau Potensi Perniagaan tersebut secara jangkamasa panjang.
  • Jadi, Pilihan Manusia yang Utama bukan juga menjadi Perniagaan yang UTAMA di dalam Pasaran.
  • Begitu juga dengan kedudukan Pilihan Manusia yang telah di senaraikan seperti di atas, semua Pilihan Manusia itu AKAN WUJUD Permintaan (demand) yang tersendiri di dalam Pasaran tempatan, Negeri, Negara mahupun di peringkat Global.
MELAKAR PERNIAGAAN BERDASARKAN PILIHAN MANUSIA
Di dalam Proses Melakar Kerangka Perniagaan yang di dasarkan daripada Pilihan Utama Manusia, anda perlu mengumpul sebanyak mungkin Fakta dan Data yang boleh membantu lakaran Perancangan anda seperti hal-hal yang berikut:
  • Tempat, Kawasan, Negeri atau Negara yang menjadi Pilihan untuk menjalankan perniagaan anda.
  • Lokasi dan Bangunan yang anda pilih
  • Keperluan dan kehendak Orang Ramai terhadap produk atau perkhidmatan yang anda jalankan.
  • Jika anda ingin menjalankan perniagaan Makanan & Minuman, pastikan anda mengetahui SELERA Orang Ramai dan apakah jenis makanan & minuman yang popular dan pastikan jenis-jenis tersebut tersedia untuk Pelanggan.
  • Begitu juga halnya jika anda ingin membuka perniagaan yang lain, pastikan apa yang di inginkan oleh Orang Ramai ada di jual di kedai anda.
  • Jika di peringkat ini anda mengabaikan Fakta Pilihan Manusia, kemungkinan perniagaan anda gagal mendapat sambutan yang menggalakkan adalah tinggi.
MEMPERKENALKAN PERNIAGAAN BAHARU
  • Jika anda memiliki sesuatu yang baharu samaada dari jenis produk atau perkhidmatan untuk di perkenalkan kepada Orang Ramai, pastikan produk atau perkhidmatan yang baharu tersebut menepati juga Pilihan Manusia dari segi PEMILIHAN.
  • Kemudian pastikan anda melakar Strategi Pemasaran & Penjualan yang bersifat MEMBERITAHU, MEMPERKENALKAN atau PROMOSI PENGENALAN kepada Orang Ramai untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
  • Kerana Sifat Manusia untuk menerima sesuatu produk atau Perkhidmatan yang baharu memerlukan MASA dan PROMOSI yang sangat bersistematik dan langkah ini juga akan memerlukan perbelanjaan Modal yang besar.
  • Jadi, sesuatu Produk atau Perkhidmatan yang Bukan Pilihan Manusia maseh boleh di perkenalkan dan di jual dengan Strategi yang TEPAT & BERSESUAIAN dengan corak Pilihan Manusia.
  • Inilah yang sering di lakukan oleh Usahawan dan Peniaga yang Mereka-Cipta sesuatu Produk dan Perkhidmatan yang berbentuk Baharu.
  • Di mana PELUANG PERNIAGAAN itu sentiasa Wujud dan boleh Di Wujudkan.
editor

No comments:

Post a Comment