Tuesday, April 12, 2011

REVIEW #9 : KEGAGALAN PERNIAGAAN DARI SUDUT PSIKOLOGI - Post #199

Tipsniaga.com - Business Review - Post #199

REVIEW #9 : KEGAGALAN PERNIAGAAN DARI SUDUT PSIKOLOGI 

Setiap Perniagaan yang gagal untuk bertahan, jika di kaji dari aspek psikologi, hal ini akan membawa kepada penemuan KELEMAHAN PADA PENIAGA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK-KEHENDAK PELANGGAN atau PENGGUNA

APAKAH KELEMAHAN TERSEBUT
1...Pada Produk atau Perkhidmatan

  • Gagal untuk memahami produk mereka sendiri seperti Kekuatan & Kelemahan
  • Gagal untuk memahami keperluan asas Produk dengan  Kehendak Pelanggan
  • Gagal memahami Kedaerahan Pasaran yang sesuai Produk
  • Gagal Menetapkan kegiatan Jualan secara berkesan
2 ... Pada Keperluan Pelanggan

  • Gagal untuk memahami Kuasa Beli Pelanggan
  • Gagal untuk memahami Trend Membeli Pelanggan
  • Gagal untuk memahami Keutamaan Produk Pilihan Pelanggan
  • Gagal untuk memahami Sekmen Status Pelanggan 
3 ... Pada Persaingan

  • Gagal untuk memahami Kekuatan Pesaing 
  • Gagal untuk memahami Kelemahan Pesaing
  • Gagal untuk memahami Produk & Perkhidmatan Pesaing
  • Gagal untuk memahami Strategi Pemasaran Pesaing
  • Gagal untuk memahami Harga Jual Beli Pesaing
4 ... Pada Persekitaran atau kawasan

  • Gagal untuk memahami Jumlah Penduduk
  • Gagal memahami Sekmen Status Kehidupan Penduduk 
  • Gagal untuk memahami pecahan Bangsa Rakyat, Umur, Agama dan Jantina
5 ... Pada Pekerja & Staf
  • Gagal untuk memahami Kekuatan & Kelemahan Para Pekerja & Staf
  • Gagal untuk memanfaatkan Kemahiran & Kemampuan mereka sepenuhnya
  • Gagal untuk menghargai Pekerja & Staf dengan cara yang sesuai
  • Gagal untuk memberikan Pekerja & Staf Faedah - Faedah Pekerjaan yang sesuai
6 ... Pada Lokasi atau Premis
  • Gagal untuk membuat penilaian yang tepat samaada untuk menyewa atau membeli sesuatu premis atau kedai dengan kesesuaian perniagaan
  • Gagal untuk mendapatkan kadar Sewa yang tepat atau membuat Perjanjian Kontrak Penyewaan yang meyakinkan dengan pemilik Bangunan
  • Gagal untuk memilih lokasi Bangunan yang strategik
  • Gagal untuk memilih lokasi kedai yang tepat di dalam bangunan
  • Gagal untuk mengubah-suai premis untuk konsep perniagaan yang tepat
7 ... Pada Pengurusan Operasi Perniagaan
  • Gagal untuk memahami sifat atau konsep perniagaan
  • Gagal membuat perancangan perniagaan yang tepat
  • Gagal untuk menguruskan Akaun yang beretika
  • Gagal untuk memimpin Pekerja & Staf
  • Gagal untuk memantau segala kegiatan urus-niaga
  • Gagal memahami semua aspek dari hal No.1 untuk No.6 
8 ... Pada Aspek Peribadi
  • Gagal untuk belajar
  • Gagal untuk memperbaiki masalah
  • Gagal untuk membuat penilaian
  • Gagal untuk membuat keputusan cepat
  • Gagal untuk bekerja secara berdikari



RUMUSAN

    Semua faktor ini jika di abaikan oleh Pengusaha, itu boleh menyebabkan kegagalan perniagaan dan boleh mengalami kerugian yang besar.
    Dan anda mungkin kehilangan semua Wang Simpanan atau Wang Pinjaman dari Institusi Kewangan.

    Oleh kerana itu, sebelum anda memutuskan untuk memulakan atau melakukan pelaburan dalam perniagaan, anda perlu memastikan tahap pemahaman anda mengenai apa yang anda akan lakukan benar-benar di fahami dengan jelas tanpa meninggalkan sebarang aspek. 

    Itulah sebab yang kuat bagi mereka yang pengalaman untuk menjalankan perniagaan mereka akan tidak pernah dan tidak pernah terburu-buru untuk membuat komitmen perniagaan secara terburu-buru sehingga mereka merasa berpuas hati dan memahami semua maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan usaha yang mereka ingin lakukan.

    Dimana, langkah ini akan dapat mengelakkan kegagalan di masa depan dan akan mampu menguruskan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang kurang daripada kerugian.

    editor

    No comments:

    Post a Comment