Tuesday, April 26, 2011

REVIEW #21 : PENGETAHUAN KEWANGAN - Post #211

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #211


PENGETAHUAN KEWANGAN
APA YANG WUJUD DI DALAM KEILMUAN INI


PENGETAHUAN KEWANGAN (Financial Knowledge - FI) adalah salah satu daripada pecahan ILMU PENGURUSAN PENGETAHUAN (Knowledge Management - KM)


Dimana Pengetahuan Kewangan telah menjadi perkara yang SANGAT PERLU di dalam Pengurusan Perniagaan pada hari ini. Tetapi perkara ini tidak begitu di beri perhatian oleh Peniaga dan Usahawan SME di sebabkan skala perniagaan mereka yang di anggap tidak memerlukan KAEDAH ini. 
Ini merupakan satu pendapat yang kurang tepat kerana Kaedah yang di guna pakai di dalam Pengetahuan Kewangan adalah RELEVAN di dalam semua bidang perniagaan tidak mengira saiz atau skala sesuatu perniagaan itu.


APA ITU FINANCIAL KNOWLEDGE (FI) - PENGETAHUAN KEWANGAN
FINANCIAL KNOWLEDGE (FI) bukan sahaja untuk melihat dan mengetahui perkara-perkara seperti:
  • Income Statement
  • Balance Sheet
  • Cash Flow Statement
  • Return Of Investment (ROI)
TETAPI Keilmuan FI ini merangkum pelbagai perkara yang melibatkan segala Aktiviti yang Melibatkan Kewangan Syarikat atau Organisasi dengan menitik beratkan PROSES KEFAHAMAN mengenai BAGAIMANA untuk menguasai sesuatu ILMU KEWANGAN dengan jelas dari sudut yang lebih LUAS seperti PENGUASAAN :

1...KEFAHANAM ASAS
  • Mengenai Susur Galur Laporan-Laporan Income Statement, Balance Sheet, Cash Flow.
  • Dapat membezakan di antara Keuntungan & Kerugian.
  • Dapat Memahami mengapa ANGKA Balance Sheet berada pada Angka yang tertentu dan sebab-sebab yang menyebabkan nya.
  • Dimana semua Pengurus Kewangan di latih untuk MEMAHAMI kesemua keperluan ini dengan jelas agar Sistem Pengurusan Kewangan dapat di jalankan dengan licin dan berkesan.
2...KEFAHAMAN SENI PENGURUSAN KEWANGAN
  • Bidang Kewangan dan Perakaunan merupakan SAINS PENTADBIRAN KEWANGAN yang di gunakan untuk TUJUAN yang berbeza.
  • Dimana kedua Bidang tersebut akan DI SATUKAN di dalam Proses Pengumpulan Maklumat Kewangan untuk mendapatkan Suatu Laporan Kewangan yang MENYELURUH.
  • Melalui Kefahaman FI, seseorang Pengurus kewangan akan dapat mengetahui dan memahami apakah Kaedah dan Sistem yang di guna pakai untuk mendapatkan sesuatu Jawapan bagi sesuatu Persoalan yang wujud di dalam Bidang Kewangan dan Perakuanan.
  • Mereka akan berkebolehan untuk MENYELESAIKAN segala Permasaalahan Kewangan & Perakaunan dengan Kaedah yang tepat & Betul
3...KEFAHAMAN PENGANALISAAN
Setelah seseorang itu telah dapat menguasai Kefahaman Asas dan Kefahaman Seni Pengurusan Kewangan, maka mereka akan berkebolehan untuk:
  • Menghurai dan mencanai segala Maklumat yang melibatkan Kewangan dengan lebih berkeyakinan kerana mereka sudah tahu untuk bagaimana menggunakan sesuatu Maklumat bagi tujuan Mencari maksud-maksud yang tersembunyi di dalam sesuatu Permasaalahan yang timbul.
  • Mereka sudah berkemampuan untuk membuat sesuatu KEPUTUSAN daripada maklumat yang di perolehi setelah di Analisa dengan Kaedah yang Tepat dan Betul.
4...KEFAHAMAN GAMBARAN SEBENAR
  • Melalui KEFAHAMAN Keseluruhan mengenai Pengetahuan Kewangan, ia akan membuat seseorang Pengurus Kewangan memahami bahawa BUKAN hanya Unsur ANGKA-ANGKA yang terbit di dalam setiap Laporan Kewangan boleh menjelaskan sesuatu Permasaalahan dengan Jelas dan Tepat.
  • Kerana melalui FI mereka di ajar untuk memahami ANGKA dengan KEADAAN SEKELILING yang menyebabkan sesuatu ANGKA itu di perolehi.
  • Dimana Unsur-Unsur Ekonomi Negara, Keadaan Persaingan, Hal-Hal Perundangan, Perubahan Kehendak & Keperluan Pelanggan, Kewujudan Sesuatu Teknologi baharu akan MEMPENGARUHI sesuatu ANGKA di dalam Laporan Kewangan dan dapat memahami Bagaimana sesuatu pengaruh itu Wujud dan Boleh Berlaku.
ULASAN 4 PERKARA DI ATAS
  • Kesemua 4 Perkara yang di huraikan, Bukan sahaja perlu di pelajari melalui PEMBACAAN sahaja oleh Pengurus-Pengurus Kewangan atau Peniaga dan Usahawan, tetapi kesemua Perkara tersebut haruslah di Praktikkan dan di Gunakan secara meluas di dalam Amalan Mentadbir Kewangan Perniagaan.
  • Dan untuk mempraktikkan dan menggunakan nya secara meluas di dalam Sistem Pentadbiran Kewangan Perniagaan, seseorang itu juga perlu menggunakan KAEDAH:-
a) SERING BERTANYA
Apabila anda melihat Laporan Kewangan, anda perlu BERTANYA Soalan-Soalan berikut yang berlandaskan Prinsip berikut:
  • WHAT - Apa Yang Telah Berlaku?
  • WHERE - Di mana ia Berlaku?
  • WHEN - Bila ia nya Berlaku?
  • WHY - Kenapa Ia nya Boleh Berlaku?
  • WHO - Siapa yang melakukan?
  • HOW - Bagaimana ia Berlaku?
Dengan mewujudkan Persoalan-Persoalan tersebut, anda akan dapat mengetahui dan menjelaskan sesuatu KEDUDUKAN KEWANGAN yang telah berlaku.

b)  PENGGUNAAN MAKLUMAT
Setelah sesuatu LAPORAN KEWANGAN di ANALISA dan telah DI DAPATKAN segala JAWAPAN-JAWAPAN Mengapa ITU dan Mengapa INI, maka daripada KEPUTUSAN yang di buat melalui Segala PROSES PENCARIAN JAWAPAN itu akan TERBIT suatu JAWAPAN MUTLAK samaada untuk:
  • Mengelakkan Sesuatu daripada Berulang
  • Kaedah atau Sistem Terbaharu untuk di guna pakai
  • Perancangan Terbaharu untuk membangunkan semula segala Strategi Perniagaan
HARUS DI APLIKASIKAN untuk mendapatkan KESAN yang LEBIH BAIK terhadap keadaan KEWANGAN.
Dan Setiap Warga Kerja harus di beritahu dengan jelas agar mereka juga dapat memahami apa yang berlaku, kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam setiap Operasi serta langkah-langkah pemulihan keadaan yang di ambil.

RUMUSAN
  • Secara KESELURUHAN nya ILMU PENGETAHUAN KEWANGAN ini bukan sahaja di gunakan oleh Syarikat-Syarikat Perniagaan sahaja.
  • Tetapi Kaedah ini juga di gun pakai oleh organisasi-organisai yang berbentuk KERAJAAN di dalam Bidang-Bidang PERISIKAN JENAYAH yang melanggar Akta-Akta Perundangan Negara seperti Hal-Hal Pembayaran Cukai Perniagaan, di mana Pihak Kerajaan ingin mengetahi daripada manakah sesuatu SUMBER PENDAPATAN sesebuah Syarikat atau Organisasi itu memperolehi keuntungan mereka.
  • Ini melibatkan Keadaan Laporan Kewangan yang DI CURIGAI segala Sumber Pendapatan yang di lakukan dan Kaedah Financial Intelligence (FI) ini akan di guna pakai sebagai langkah untuk MENG-ANALISA sesuatu LAPORAN KEWANGAN.
FINANCIAL INTELLIGENCE (FI) juga di kenali sebagai PERISIKAN HAL EHWAL KEWANGAN.

Hanya Cara menggunakan Kaedah FI ini sahaja di sesuaikan dengan sesuatu KEADAAN dan LAPORAN KEWANGAN yang terlibat.


***PENERANGAN mengenai Keilmuan Financial Intelligence (FI) ini di tulis dengan Ringkas sahaja untuk memudahkan pemahaman.

editor

No comments:

Post a Comment