Wednesday, April 06, 2011

REVIEW #2 : PENIAGA ATAS ANGIN - Post #192

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #192


REVIEW #2 : PENIAGA ATAS ANGIN - Post #192
  • PENIAGA ATAS ANGIN merujuk kepada segolongan Peniaga yang menjalankan Perniagaan mereka sebagai KONTRAKTOR :
  • PEMBINAAN
  • PEMBEKAL BEKALAN
Kepada Badan atau Agensi Kerajaan di seluruh Tanahair Malaysia, Golongan ini saya jadikan CONTOH untuk di gunakan sebagai Bahan Rujukan kepada semua Usahawan yang berminat di dalam Perniagaan.


1...MODUS OPERANDI MEREKA


a)...SIJIL KELAYAKAN
  1. Pada kebiasaan nya Golongan Kontraktor Pembinaan atau Kontraktor Pembekalan seperti ini di lengkapi dengan pelbagai Lesen, Sijil Kelayakan, Permit dan berdaftar dengan pelbagai Institusi Kerajaan.
  2. Mereka memiliki :
  • Sijil Kementerian Kewangan dengan pelbagai Tajuk Bekalan / Perkhidmatan
  • Sijil Kontraktor Binaan seperti Kelas F / E / D / C / B / A
  • Sijil Kontraktor Binaan CIDB
  • Sijil-Sijil Kelayakan yang lain.
b)...PEJABAT URUSAN
  1. Kebanyakan daripada Golongan ini memiliki Pejabat yang kecil atau sederhana
  2. Di lengkapi dengan kemudahan asas Pejabat
  3. Tidak mempunyai kakitangan yang ramai, samaada 1 hingga 3 Pegawai
c...OPERASI BEKERJA
  1. Menumpukan perhatian terhadap TENDER & SEBUTHARGA yang di keluarkan oleh Jabatan, Badan dan Agensi Kerajaan.
  2. Mereka akan membeli Dokumen Tender / Sebutharga
  3. Menghadiri Taklimat untuk Tender / Sebutharga
  4. Melakukan Perisian Maklumat seperti yang di kehendaki
  5. Menunggu Hasil Jawapan Tender & Sebutharga tersebut
d...JIKA BERJAYA
  1. Dalam kebanyakan KES, Golongan ini lebih suka atau gemar untuk memberikan KERJA-KERJA yang berjaya di dapati melalui Tender atau Sebutharga kepada Pihak Ketiga.
  2. Samaada yang bertaraf sebagai Kontraktor Pembinaan mahupun bertaraf Kontraktor Pembekalan.
  3. Tetapi yang paling banyak melakukan perbuatan ini ialah Golongan Kontrator Pembinaan.
  4. Ada yang melakukan segala KERJA-KERJA melalui syarikat mereka sendiri.
e...SIAPA PIHAK KETIGA
  1. Sub Kontraktor berlesen atau yang tidak berlesen
  2. Jika berlesen, Lesen mereka adalah lebih kecil dan terbatas ruangan aktiviti untuk melakukan Kerja-Kerja yang besar.
  3. Jika yang tidak berlesen, kebanyakan mereka adalah Golongan Pekerja-Pekerja MAHIR samaada Anak Tempatan mahupun Orang Asing.
  4. Jika Pihak Ketiga ini dari Golongan Pembekal Bahan, mereka terdiri daripada Syarikat-Syarikat yang tidak memiliki atau tidak layak untuk memohon Lesen-Lesen yang di keluarkan oleh Pihak Kerajaan di bawah Keistimewan Orang Melayu.
  5. Golongan Ketiga seperti inilah yang menjadi Teras kepada semua Pembekalan yang di dapati oleh seseorang Kontrator Pembekalan.
  6. Mereka akan melakukan segala perkara daripada A hingga Z, Pihak Kontraktor asal hanya perlu memantau segala kehendak di dalam Tender atau Sebutharga di tepati.
2...MATLAMAT PERNIAGAAN MEREKA
  1. Golongan Kontraktor-Kontraktor seperti ini, sebenarnya tidak melakukan DAYA USAHA yang sebenar di dalam menjalankan Perniagaan.
  2. Mereka lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Pihak Ketiga kerana dengan cara itu mereka tidak memerlukan mengeluarkan MODAL untuk melakukan kerja-kerja yang brjaya di dapati.
  3. Mereka hanya perlu membuat PERUNDINGAN dengan Pihak Ketiga JUMLAH KEUNTUNGAN yang harus DI AGIHKAN.
  4. Mereka akan berpuashati dengan Margin Keuntungan yang rendah, asalkan mereka berjaya mendapatkan sesuatu Tender atau Sebutharga. Ada yang sanggup meraih sekitar 5% dari keuntungan Kasar Penjualan.
  5. Di mana mereka akan menjadikan KEJAYAAN merebut sesuatu Tender & Sebutharga sebagai REKOD KECERMELANGAN SYARIKAT.
  6. Dan langkah ini akan menguatkan lagi kedudukan mereka di dalam pandangan Pihak Kerajaan.
3...SIAPAKAH GOLONGAN INI
Golongan ini terdiri daripada beberapa kategori peniaga seperti:

A)   Kakitangan & Pegawai Kerajaan 
  • Yang tidak di benarkan untuk melakukan sebarang perniagaan dan mereka terpaksa menggunakan Proksi untuk mendaftarkan syarikat.
B)   Para Peniaga Biasa
  • Yang tidak memiliki Sumber Kewangan yang kukuh 
  • Tetapi memiliki segala kemudahan Lesen dan Sijil daripada Pihak Kerajaan
  • Mempunyai hunbungan rapat dengan sesuatu Jabatan Kerajaan
  • Atau terdiri daripada BEKAS Kakitangan & Pegawai Kerajaan yang telah Bersara
4...ADAKAH GOLONGAN INI USAHAWAN
  • Golongan ini tidak boleh di klasifikasikan sebagai USAHAWAN kerana Modus Operandi mereka hanya menggunakan kaedah DAPAT & JUAL.
  • Di mana Usaha mereka hanya berkisar kepada Strategi bagaimana untuk mendapatkan sesuatu Tender atau Sebutharga.
  • Dan setelah itu, HAK perbekalan atau kerja-kerja pembinaan di berikan atau di jual kepada Pihak Ketiga.
  • Mereka hanya bertindak sebagai PENAMA daripada Nama Syarikat yang BERJAYA mendapatkan Tender atau Sebutharga.
  • Dan dari segi KEPAKARAN & KEUPAYAAN KHUSUS tidak mereka miliki sepenuhnya dan mengharapkan Pihak Ketiga untuk melakukan segala kerja-kerja yang berkenaan.
editor

1 comment: