Wednesday, April 27, 2011

REVIEW #24 : JENIS KONFLIK DALAM MNC - Post #214

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #214


JENIS KONFLIK DALAM MNC
APA PERLU ANDA ELAKKAN


Dalam menjalankan jenis Perniagaan Usaha Sama yang bercorak Syarikat Berbilang Negara (MNC), sentiasa wujud beberapa KONFLIK yang jika tidak di tangani dengan bijak dan betul, konflik tersebut boleh memaksa kepada PENUTUPAN PERNIAGAAN.


APAKAH JENIS-JENIS KONFLIK TERSEBUT?
  1. Konflik PENGURUSAN
  2. Konflik PERIBADI
  3. Konflik PENGURUSAN SALAH LAKU
PENJELASAN KONFLIK

1) KONFLIK PENGURUSAN
  • Percanggahan Pendapat mengenai Pengagihan Kontrak Bekalan kepada para pembekal yang di lakukan oleh Anggota Lembaga Pengarah yang tidak di senangi atau tidak di persetujui oleh Anggota Lembaga
  • Pembayaran Kewangan kepada pihak pembekal tidak menuruti Piawaian Syarikat, dimana Wang di bayar walaupun kerja-kerja perbekalan maseh belum di selesaikan sepenuhnya.
  • Pengurusan Pekerja yang bercanggah dengan kehendak dan keperluan Syarikat serta yang tidak menuruti Piawaian yang di tetapkan, dimana wujud unsur-unsur Pilih Kasih terhadap kenaikan pangkat, gaji dan imbuhan pekerja yang tidak di persetujui bersama.
  • Pengurusan Bangunan-Bangunan dan Harta Benda Syarikat yang tidak di beri perhatian sepenuhnya sehingga menerbitkan pelbagai Perbelanjaan Tambahan untuk kerja-kera Selia-Senggara yang sepatutnya di lakukan secara berkala.
  • Atau yang lebih berat ialah apabila salah seorang Anggota Lembaga Pengarah melakukan Perjanjian Perniagaan dengan Pihak lain TANPA mendapatkan PERSETUJUAN Anggota Lembaga Pengarah atau yang di buat secara RAHSIA untuk kepentingan peribadi sendiri.
2) KONFLIK PERIBADI
  • Selalunya terjadi atau berlaku apabila Anggota Lembaga Pengarah adalah Pasangan Suami-Isteri, dan apabila berlaku PERCERAIAN di antara mereka, ini akan menjejas PEGANGAN masing-masing di dalam Syarikat.
  • Kesan BURUK berlaku apabila salah seorang daripada mereka memenangi Perintah Mahkamah untuk mendapatkan HAK daripada PEGANGAN di dalam Syarikat. Ini akan menjejas kestabilan Syarikat apabila salah seorang daripada mereka harus di singkirkan.
  • Dimana untuk mencari PENGGANTI yang mampu MEMBELI PEGANGAN yang akan di kosongkan bukan suatu perkara yang mudah.
  • Atau masaalah KEMATIAN di kalangan Anggota Lembaga Pengarah yang melibatkan pula konflik di antara Pewaris-Pewaris.
  • Atau ada Anggota Lembaga Pengarah di istiharkan MUFLIS atas sebab-sebab Peribadi mereka yang juga akan menjejaskan Syarikat.
3) KONFLIK SALAH LAKU
  • Masaalah Penggunaan Wang Syarikat tanpa Pengetahuan
  • Masaalah Penggunaan Wang Syarikat untuk kepentingan Peribadi
  • Masaalah Penipuan Urus Niaga dengan memasukkan Wang ke dalam Akaun sendiri
  • Masaalah Memalsukan Laporan Kewangan kerana Mencuri Wang Syarikat 
  • Masaalah Membuat Permohonan Pinjaman Pewribadi atas Nama Syarikat tanpa Persetujuan Lembaga
ULASAN
  • Kesemua KONFLIK yang di jelaskan itu boleh berlaku di dalam mana-mana Syarikat samaada yang bertaraf MNC, SME atau di dalam Syarikat-Syarikat GLC.
  • Ini di sebabkan oleh KELEMAHAN di dalam PERANGKAAN UNDANG-UNDANG di dalam SURAT PERJANJIAN KERJASAMA yang telah di Persetujui.
  • Dan Orang yang di lantik menjadi CEO Syarikat tidak menjalankan Tugas & Tanggung Jawap nya dengan TEGAS dan TERATUR sehingga Anggota Lembaga Pengarah tidak menghormati nya sebagai CEO
  • Dimana Undang-Undang Negara dan Perniagaan harus di pantau Perlaksanaan nya dan perlu di fahami oleh semua Anggota Lembaga Pengarah. Di sini keperluan nya untuk Mengkaji -Selidik latar belakang seseorang Bakal Rakan Niaga sebelum membuat perjanjian.
CARA PENYELESAIAN
Kebanyakan KES seperti KONFLIK yang di sebutkan akan mendapatkan bantuan Guaman untuk menyelesaikan sesuatu jenis Masaalah yang di hadapi seperti:

Mengadakan Rundingan Timbang Tara - atau Arbitration 
  • Yang menggunakan Khidmat Peguam, Majistret atau Institusi Timbang Tara yang ada.
  • Mereka akan cuba melakukan rundingan untuk mengatasi Konflik yang wujud atas bantuan pihak Peguam yang membantu mereka untuk mendapatkan Persetujuan secara bersama
  • Semua keputusan adalah di buat dari Persetujuan di antara mereka yang terlibat
Mengadakan Mediasi - atau Mediation
  • Yang di lakukan di hadapan Bekas Hakim atau Pegawai Undang-Undang yang telah bersara sebagai Orang Tengah.
  • Dimana mereka di lantik untuk menjadi Orang Tengah untuk menyelesaikan Konflik yang wujud atas persetujuan bersama.
  • Semua KEPUTUSAN MUKTAMAD adalah di buat atau di putuskan oleh Orang Tengah dan semua yang terlibat akan mematuhinya.

Jika semua usaha ini tidak juga dapat menyelesaikan segala KONFLIK yang wujud di antara Anggota Lembaga Pengarah, 
Baharulah KES tersebut di bawa ke Mahkamah untuk tindakkan lanjut.

Dimana akan melibatkan KOS PERBICARAAN yang tinggi dan perlu di tanggung oleh Pihak-Pihak yang terlibat


Ini di klasifikasikan sebagai Cara Penyelesaian yang Akhir.

editor

No comments:

Post a Comment