Tuesday, April 26, 2011

REVIEW #22 : DARI SME KEPADA MNC - Post #212

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #212


DARIPADA SME KEPADA MNC
PELUANG TRANFORMASI PERNIAGAAN


Kebanyakan Syarikat-Syarikat dan Perniagaan yang di tubuhkan di Negara-Negara Asia Tenggara (South East Asia) adalah BERTARAF SME (Small Medium Entreprise) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


Dan kebanyakan Syarikat-Syarikat SME ini lebih cenderung memasuki Sektor Perniagaan dari jenis:


1) Pengilangan / Pembuatan Barangan Am
  • Produk & Komponen Pelbagai Keperluan dan Sektor
  • Produk Pemakanan & Kesihatan
  • Produk Keperluan Asas Pengguna
  • Yang BerTeknologi Rendah
2) Peruncitan Barangan Pengguna
  • Untuk Keperluan Pengguna Secara Asas
  • Produk Makanan & Minuman
3) Perkhidmatan AM & BerTeknologi IT
  • Konsultan (semua bidang)
  • Guaman (semua bidang)
  • Kewangan (semua bidang)
  • Kedoktoran (semua bidang)
  • Persekolahan & Pendidikan (tadika hingga ke university)
  • Pemasaran & Penjualan (semua bidang)
  • Teknologi Maklumat (semua bidang)
  • Pengangkutan (semua bidang)
  • Kecantikan, Dobi, Penyelenggaraan, Hiasan Dalaman
4) Perbankkan & Insuran Dan Hartanah
  • Pinjaman
  • Simpanan
  • Pelaburan (semua bidang)
  • Insuran (semua bidang)
5) Makanan & Minuman
  • Restoran (semua bidang)
  • Produk Pertanian
  • Produk Perikanan
  • Produk Ternakan
PENJELASAN
  • Kesemua Bidang-Bidang tersebut menjadi TERAS PERNIAGAAN kepada Peniaga dan Usahawan Tempatan yang bersaiz Kecil dan Sederhana.
  • Peniaga dan Usahawan seperti ini mewujudkan perniagaan mereka dengan MODAL yang SEDERHANA dan kebanyakan nya di miliki secara Persendirian atau secara Turun Menurun dari Ahli keluarga.
  • Perniagaan mereka ini juga TIDAK menggunakan TEKNOLOGI TINGGI atau yang CANGGIH kerana keterbatasan MODAL.
  • Dan ada juga yang maseh memerlukan bantuan-bantuan daripada Pihak Kerajaan untuk terus kekal berniaga kerana bidang yang mereka ceburi hanya di dapati dari Agensi-Agensi Kerajaan sahaja
  • Hal-Hal Perniagaan yang melibatkan TEKNOLOGI TINGGI serta CANGGIH maseh lagi menjadi HAK Pelabur-Pelabur Asing yang membawa segala PENGETAHUAN TEKNOLOGI mereka ke Negara Tempatan.
PERSOALAN
BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN TRANSFORMASI PERNIAGAAN DARIPADA TARAF SME KEPADA TARAF MNC?

DEFINASI MNC - MULTI NATIONAL COMPANIES (Syarikat Berbilang Negara)

Kesemua Sekmen Perniagaan seperti yang di huraikan di atas maseh boleh di Ubah Taraf daripada Taraf Syarikat Tempatan dan Persendirian kepada Taraf MNC
Tetapi beberapa PROSES PERUBAHAN terhadap Perniagaan sekarang harus di lakukan terlebih dahulu.

PERKARA ASAS YANG DI PERLUKAN
  • Mengukuhkan Kekuatan JENAMA Perniagaan yang anda miliki sekarang
  • Kekukuhan Perniagaan anda sekarang harus terlebih dahulu KUKUH
  • Saiz Perniagaan anda sekarang harus LUAS dan banyak CAWANGAN
  • Sudah di KENALI Ramai kerana Produk & Perkhidmatan yang di berikan.
PERKARA UTAMA
  • Mencari Rakan Kongsi atau Rakan Niaga di Luar Negara
  • Di lakukan Suatu Perjanjian Persefahaman untuk Bekerja Sama
  • Perjanjian harus di lakukan Berdasarkan jenis Produk & Perkhidmatan yang di lakukan
  • Bersama Memiliki HAK PERNIAGAAN seperti yang di Persetujui lebih Awal
  • Bersama Menguasai & Mentadbir Perniagaan walau di mana Negara ia di tubuhkan
  • Bernaung di bawah Satu Syarikat Induk di Negara Asal
  • Hal-Hal yang menjejas PEMINDAHAN & PENGGUNAAN TEKNOLOGI
PERKARA PENGUBAH-SUAIAN
Ada jenis-jenis Perniagaan yang tidak memerlukan Pengubah-Suaian yang besar seperti jenis Perniagaan yang memberikan Perkhidmatan iaitu:
  • Bidang Guaman
  • Bidang Kedoktoran
  • Bidang Konsultansi 
  • Bidang kejuruteraan
  • Bidang Pemasaran & Penjualan
  • Bidang Perbankkan, Insuran & Hartanah
Yang lebih menjurus kepada memberikan PERKHIDMATAN yang bukan berbentuk Barangan seperti sesuatu Produk atau Ciptaan.
Dimana yang memerlukan PERUBAHAN yang besar ialah jenis Perniagaan seperti:
  • Bidang Peruncitan
  • Bidang Pengilangan & Pembuatan
  • Bidang Makanan & Minuman
PERKARA URUS TADBIR & SELIA
Dimana KONSEP PERNIAGAAN harus di Ubah Suai daripada Konsep yang Konvensional di ubah kepada Konsep Perniagaan:

  • FRANCHISE
  • MULTI LEVEL MARKETING
  • BRAND'S LICENSING
Ini membolehkan Perniagaan anda di kembangkan secara MELUAS di semua BENUA serta dapat Mengurangkan KOS PENUBUHAN SYARIKAT di Negara-Negara terlibat.
Ketiga-tiga KONSEP Perniagaan YANG DI SEBUTKAN maseh boleh di MNC kan dengan Kaedah yang sama iaitu menggunakan Pemilikan & Pentadbiran di bawah Satu Syarikat Induk.
Dan Syarikat-Syarikat Cawangan di Luar Negara sebagai Anak Syarikat yang pula akan Mentadbir Urus segala Hal Ehwal Perniagaan yang telah di Ubah Suai Konsep Perniagaan nya.

PERKARA PERUNDANGAN
  • Yang TERPENTING ialah KHIDMAT BANTUAN GUAMAN dengan mendapatkan Pakar Perundangan yang Tepat untuk melakar Segala PERJANJIAN bagi membina Perniagaan dengan Rakan Niaga di Peringkat Antara Bangsa.
  • Kerana di dalam setiap Negara akan berbeza KEPERLUAN & PENETAPAN PERUNDANGAN mengenai Perniagaan.
ULASAN
Semua Perkara yang di jelaskan memerlukan PENELITIAN & PENGKAJIAN yang sangat menyeluruh sebelum anda boleh membuat sebarang Keputusan Muktamad.

Dimana Penelitian & Pengkajian bukan sahaja tertumpu kepada Potensi Perniagaan di Negara-Negara luar dari segi Produk & Perkhidmatan yang di tampilkan tetapi ia juga akan MELIPUTI Hal-Hal PERISIKAN mengenai SIAPA yang akan di jadikan RAKAN NIAGA anda seperti:
  • Siapa Mereka
  • Latar Belakang Peribadi
  • Latar Belakang Perniagaan
  • Latar Belakang Kewangan
  • Latar Belakang dari segi Undang-Undang (jika pernah di hadapkan ke mahkamah)
Kerana perkara ini amat penting untuk mengurangkan segala RISIKO PENIPUAN yang sering berlaku di dalam PERNIAGAAN secara USAHA SAMA.

Dan anda juga perlu MENGKAJI PELUANG anda untuk mendapatkan kembali Wang Pelaburan jika terperangkap dengan KES PENIPUAN menurut Undang-Undang di negara-negara yang terlibat.


***Nota
Transformasi Perniagaan SME kepada Taraf MNC BUKAN suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia nya perlu di kaji dengan teliti sebelum melakukan nya. Dan akan bergantung kepada kekuatan Kewangan yang sangat kukuh serta Rakan Niaga yang berwibawa di dalam bidang yang sama.

editor

No comments:

Post a Comment