Saturday, April 23, 2011

REVIEW #18 : DILEMA TIDAK DI KENALI - Post #208

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #208


DILEMA TIDAK DI KENALI
WALAU PERNIAGAAN SUDAH BERTAHUN BEROPERASI


Maseh banyak Perniagaan yang di jalankan oleh Para Peniaga dan Usahawan TIDAK DI KENALI oleh Orang Ramai, walaupun operasi perniagaan mereka telah bertahun-tahun berada di pasaran.
Persoalan nya, Mengapa Perkara ini Berlaku?.


SEBAB UTAMA
  • Sebab yang paling UTAMA kepada masaalah ini ialah PENGIKLANAN, di mana Peniaga dan Usahawan yang memiliki perniagaan tersebut TIDAK MENGGUNAKAN sepenuh nya ALAT-ALAT PENGIKLANAN secara BETUL, TEPAT dan MENYELURUH.
  • Dan apabila PENGIKLANAN ini tidak di gunakan dengan Tepat dan Betul maka kesan daripada nya ialah BERITA mengenai Perniagaan anda GAGAL SAMPAI kepada Golongan Sasaran di seluruh Kawasan, Negeri atau Negara.
APA ITU IKLAN
IKLAN adalah ALAT PEMBERITAHU yang berupa:
  • Media Cetak Kertas seperti Surat Khabar, Majalah, Buku, Katalog, Leaflets, Pakaian, Barangan yang DI TULIS atau yang MEMAPARKAN JENAMA, NAMA PERNIAGAAN dan CERITAatau BERITA mengenai Perniagaan anda.
  • Media Cetak Electronik seperti Iklan-Iklan di Televisen dan Radio yang juga menonjolkan Produk, Jenama dan Nama Syarikat anda untuk di sebarkan kepada Pendengar-Penonton.
  • Media Cetak Internet seperti penggunaan Blog, Artikel, Iklan-Iklan serta CARIAN NAMA di Internet yang menonjolkan Produk, Perkhidmatan, Jenama dan Nama Syarikat anda.
  • Media Papan Tanda seperti pengiklanan menggunakan Papan-Papan Tanda yang Besar di sesuatu lokasi Bangunan, Persimpangan Jalan Raya, Pintu Gerbang Daerah, Papan Pemberitahuan yang di iklankan secara BERTEMPUH menurut sesuatu KONTRAK Pengiklanan.
Kesemua Jenis MEDIA PENGIKLANAN ini sebenarnya sangat PENTING di dalam Strategi untuk MEMPERKENALKAN Perniagaan anda kepada Golongan Sasar dan harus pula di gunakan sepenuhnya menurut KEMAMPUAN SEMASA.

Dimana Peniaga dan Usahawan yang BIJAK akan menggunakan MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN ini pada Tempat, Masa dan Keadaan yang SESUAI

APA TUJUAN IKLAN
  • IKLAN bertujuan untuk MEMBERITAHU Orang Ramai mengenai sesuatu BERITA mengenai Produk, Jenama, Perkhidmatan, Tawaran, Promosi, Lokasi Kedai dan Perniagaan anda.
  • Diamana TANPA IKLAN Orang Ramai tidak akan TAHU apa yang anda perniagakan dan di mana anda beroperasi.
  • IKLAN juga berfungsi untuk SENTIASA MEMPERINGATKAN Orang Ramai terhadap Jenama dan Perniagaan anda secara BERTERUSAN dan TIDAK DI LUPAKAN.
  • Dimana Sikap Manusia itu sendiri SERING LUPA dan dengan IKLAN mereka akan sentiasa mengingati apa yang mereka lupakan.
GOLONGAN SASAR & JENIS IKLAN
Setiap Golongan Sasar bagi Pelanggan Perniagaan anda akan Wujud Golongan-Golongan yang berbeza dari segi Ekonomi, Pekerjaan, Taraf Hidup dan Kuasa Membeli mereka.
Mereka juga menetap di pelbagai Kawasan dan Perumahan yang dari pelbagai keadaan seperti di :
  • Pekan
  • Kampung
  • Bandar
  • Pusat Bandar
  • Bandaraya
  • Ibu Kota
Yang pula menetap di dalam perumahan yang berjenis
  • Rumah Kampung
  • Rumah Teres
  • Rumah Sebandung
  • Rumah Banglo
  • Rumah Kondo
  • Rumah Pangsa
  • Rumah Atap dan sebagainya
Dimana setiap GOLONGAN ini akan BERBEZA Cara mereka menjalankan KEHIDUPAN HARIAN menurut Tempat , Kawasan dan Jenis Rumah yang di duduki.
Dari Jenis Golongan ini pula TERBIT TABIAT MEMBACA yang BERLAINAN di sebabkan TARAF PENDIDIKAN dan KEHIDUPAN yang mereka jalani.
Kerana itu SETIAP MEDIA PENGIKLANAN Harus di Guna-Pakai sepenuhnya bagi mencapai Golongan yang di sasarkan.

CONTOH
  • Bukan semua Orang yang menetap atau tinggal di Kawasan Pendalaman dapat menggunakan INTERNET untuk mendapatkan MAKLUMAT, dan bagi Golongan ini Surat Khabar, Majalah, Buku, Leaflets, Papan Tanda, Radio dan Televisen adalah ALAT untuk mereka mendapatkan Maklumat.
  • Jika Perniagaan anda TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN IKLAN KONVENSIONAL seperti ini, maka anda telah GAGAL untuk memberitahu Orang-Orang di dalam kategori ini.
  • Jika sesebuah kawasan dan Negeri itu Ramai yang menduduki Kawasan Pendalaman atau Luar Bandar maka PELUANG PERNIAGAAN anda juga menjadi TERBATAS dan TIDAK DI KETAHUI secara MENYELURUH.
KEPENTINGAN IKLAN
IKLANsebenarnya SANGAT PENTING kepada SEMUA JENIS PERNIAGAAN samaada yang BERKONSEPKAN :

  • Konvensional
  • Direct Selling
  • Single Level Marketing
  • Multi level Marketing
  • Franchise
ATAU dari SEKMEN:
  • Pembuatan atau Pengilangan 
  • Pemborongan & Peruncitan
  • Produk Barangan Pengguna
  • Produk Perkhidmatan
  • Produk Perbankkan
  • Produk Insuran
  • Produk Hartanah
  • Produk Makanan & Minuman
  • Produk Hiburan & Rekreasi
  • Produk Kesihatan
Kesemuanya MEMERLUKAN PENGIKLANAN untuk MEMBERITAHU KEWUJUDAN segala Produk dan Perkhidmatan mereka itu ada di PASARAN dan DI MANA ianya boleh DI BELI oleh Para Pengguna

ULASAN
  • Jika anda sendiri sebagai Peniaga dan Usahawan dapat MERASAKAN bahawa Produk dan Perkhidmatan anda tidak BERADA atau DI KETAHUI di sesuatu TEMPAT, KAWASAN dan NEGERI, itu bermakna anda GAGAL MENGGUNAKAN IKLAN DENGAN TEPAT DAN BETUL.
  • Apa yang PERLU anda lakukan ialah Menyediakan PERUNTUKAN KEWANGAN untuk melakukan PENGIKLANAN secara TEPAT & BETUL.
  • Bukan dengan Cara yang tidak berhemah dan tidak menepati Tujuan & Sasaran Golongan Pengguna
editor

No comments:

Post a Comment