Thursday, April 07, 2011

REVIEW #4 : BERNIAGA DALAM DUNIA SEBENAR - post #194

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #194


REVIEW #4 :   BERNIAGA DALAM DUNIA SEBENAR - Post #194

    • Ramai Usahawan dan Peniaga berkata bahawa mereka sudah faham dan mahir mengenai selok belok Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan Syarikat mereka dan tidak memerlukan nasehat dan tunjuk-ajar daripada sesiapa. Jika semangat seperti di tunjukkan, itu menunjukkan Usahawan dan Peniaga di dalam golongan seperti ini sangat berdikari dan telah banyak mempelajari selok belok perniagaan dengan jayanya.
    • Tetapi, adakah itu jawapan untuk mentakrifkan seseorang itu benar-benar mahir di dalam perniagaan?, atau itu merupakan jawapan kepada kecetekan Ilmu Perniagaan yang mereka ketahui?, atau banyak lagi yang perlu mereka pelajari dan ketahui mengenai Ilmu Perniagaan di dalam keadaan yang sebenar?
    • Jawapan-Jawapan nya berkungkinan YA atau pun TIDAK, kerana di dalam Dunia Perniagaan yan gsebenar terlalu banyak CABANG-CABANG ILMU yang bertaburan dan adalah MUSTAHIL untuk seseorang itu untuk TAHU SEMUA PERKARA di dalam SEMUA JENIS PERNIAGAAN yang tersangat banyak jumlah nya.
    • Untuk langkah kebaikan, sebagai seorang Usahawan dan Peniaga, apakah perkara-perkara yang perlu anda ketahui jika anda mahu meluaskan perniagaan anda dari taraf Peniaga tempatan kepada Peniaga bertaraf Negeri...Negara dan seterusnya bertaraf Antarabangsa?...Apa yang perlu anda lakukan?.

      LANGKAH PERTAMA
      • Dengan Sekmen Perniagan yang anda berada sekarang, anda perlu pelajari Perniagaan yang berada di dalam Sekmen yang sama di Peringkat Negeri atau Negara atau Antarabangsa dan cuba cari jalan untuk bagaimana untuk bekerjasama atau menyaingi mereka.
      • Jika anda telah tiba di peringkat untuk bersaing, itu bermakna anda telah memperkukuhkan kedudukan Perniagaan anda sekarang dari semua segi atau sudut perniagaan, terutama nya dari segi Kewangan dan Kemampuan memenuhi kehendak Pelanggan.
      LANGKAH KEDUA
        • Dalam semua jenis perniagaan yang samaada di peringkat Tempatan, Negeri, Negara atau Antarabangsa, ASAS Urus Tadbir Perniagaan adalah lebih kurang sama, di mana segala Amalan-Amalan Pentadbiran dan Pengurusan hampir serupa.
        • Tetapi yang SANGAT BERBEZA ialah bagaimana sesuatu PROSEDUR untuk melakukan PERJANJIAN JUAL BELI adalah berbeza di antara sesebuah Syarikat dengan sebuah Syarikat yang lain di antara sesebuah Negeri , Negara dan Negara-Negara Asing yang lain.
        • Oleh itu anda HARUS TAHU segala Prosedur atau Cara-Cara untuk menjual atau membeli daripada Peniaga yang berlainan Tempat, Negeri, Negara dan di peringkat Antarabangsa.
        LANGKAH KETIGA
        • Anda perlu pelajari semua Prosedur atau Cara-Cara yang di lakukan atau yang di amalkan oleh Para Peniaga lain dengan TELITI.
        • Ini untuk mengelakkan anda melakukan suatu langkah yang boleh menjurumuskan perniagaan anda ke dalam situasi yang MERUGIKAN.
        • Kerana setiap Prosedur atau Cara-Cara yang di amalkan itu akan melibatkan FAKTA UNDANG-UNDANG Perniagaan yang di wujudkan oleh sesebuah Tempat, Negeri, Negara dan Negara Antarabangsa.
        • Di mana Hal-Hal seperti Matawang, Nilai Pembelian & Penjualan, Cukai Eksais, Pengangkutan Import & Export, Perlindungan & Keselamatan serta cara Pembayaran adalah perkara-perkara yang SANGAT BERLAINAN dari satu tempat dengan tempat yang lain.
        LANGKAH KEEMPAT

        • Untuk mendapatkan MAKLUMAT-MAKLUMAT yang sahih mengenai sesuatu Perniagaan, Prosedur atau Cara-Cara Jual Beli di sesuatu Negeri atau Negara, anda perlu dan harus mencari segala Maklumat yang setepat yang mungkin.
        • Anda perlu banyak BERTANYA dengan Orang-Orang yang mahir dan berpengalaman di Negeri atau Negara berkenaan.
        • Atau mencari Rujukan Informasi Perniagaan daripada Badan-Badan atau Kementerian Perdagangan sesuatu Kerajaan Negeri atau Negara yang terlibat atau daripada Persatuan-Persatuan Perniaga di dalam dan Luar Negara. Kerana setiap maklumat adalah penting.

          LANGKAH KELIMA
          • Setelah segala MAKLUMAT yang di kehendaki telah anda dapati, anda perlu memastikan pula KESAN-KESAN JANGKA PENDEK dan PANJANG jika melakukan perniagaan secara meluas hingga ke peringkat Antarabangsa.
          • Kerana ada banyak Kes-Kes yang berlaku, dengan melakukan PENYERANTAUAN di dalam pernaigaan, mereka banyak menanggung KERUGIAN daripada KEUNTUNGAN.
          • Di sini anda perlu MENGKAJI semua Aspek Buruk Baik melakukan nya, dan jangan lakukan jika di dapati tidak akan menguntungkan anda. Ini di katakan Mengkaji RISIKO
          RAHSIA SEBENAR NYA
          1. RAHSIA YANG SEBENAR di dalam melakukan Perniagaan di dalam Dunia yang sebenar ialah SEBANYAK mana MAKLUMAT mengenai sesuatu Prosedur atau Cara-Cara yang di amalkan dan Aspek Undang-Undang yang harus di patuhi yang dapat anda ketahui untuk melakukan Urus Niaga dengan Syarikat-Syarikat lain di lain-lain tempat, Kawasan, Negeri, Negara dan di peringkat Antarabangsa.
          2. Kedua nya ialah KEMAMPUAN dan KEBOLEHAN anda dan Syarikat untuk memenuhi semua PERMINTAAN yang di kehendai oleh Pihak Pelanggan
          editor

          No comments:

          Post a Comment