Friday, April 22, 2011

REVIEW #17 : DILEMA PERANG HARGA - Post #207

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #207


DILEMA PERANG HARGA
APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN UNTUK MENGURANGI RISIKO KERUGIAN


PERANG HARGA biasanya berlaku di dalam Sekmen Perniagaan Peruncitan dan Makanan yang berbentuk jualan Produk-Produk Keperluan harian Pengguna seperti di:
    • Kedai Runcit / Serbaneka
    • Kedai / Warung / Restoran Makanan
    • Kedai Pakaian
    • Kedai Jamu dan Produk Kesihatan
    • Kedai Buah-Buahan
    PERANG HARGA di kalangan Peniaga-Peniaga dari golongan di atas ini di lakukan kerana ingin MEREBUT PELANGGAN di Kawasan Perniagaan yang sama, samaada mereka berniaga bersebelahan atau berjauhan.
    Dan mereka kebanyakannya menjual Produk-Produk yang sama atau Jenama sama atau yang di dalam kategori yang sama.

    TUJUAN
    • PERANG HARGA biasanya di mulakan oleh seorang Peniaga dan akan di ikuti oleh Peniaga yang lain jika mereka merasa tertekan dengan Strategi tersebut dan akan merebak kepada seluruh Peniaga di dalam Sekmen Produk & Perkhidmatan yang serupa.
    • Peniaga-Peniaga yang tidak mengikuti Peperangan Harga ini akan menerima IMPAK yang buruk dari segi HASIL JUALAN yang akan terjejas teruk di sebabkan PENURUNAN HARGA yang di lakukan oleh Peniaga-Peniaga sekeliling yang lain.
    • Dan Para Pengguna & Pembeli akan hanya membeli daripada Kedai yang menawarkan Harga Murah, terutama jika di dalam keadaan atau suasana PROMOSI JUALAN yang di perhebatkan dengan pelbagai Strategi Jualan.
    KESAN BURUK 
    • Para Peniaga yang tidak terlibat di dalam PERANG HARGA ini, jika mereka mendiamkan diri dan berniaga seperti biasa akan mengalami KERUGIAN kerana PENURUNAN HASIL JUALAN HARIAN yang mendadak sehingga Produk-Produk yang terjejas di dalam Perang Harga terus tidak dapat di jual.
    • Jika PERANG HARGA tersebut berlarutan untuk jangkamasa yang panjang, itu akan menyebabkan Peniaga-Peniaga yang tidak MENURUNKAN HARGA seperti apa yang berlaku di pasaran akan menerima KESAN BURUK seperti KEKURANGAN PELANGGAN dan HASIL JUALAN yang merudum.
    • Untuk jangkamasa panjang, Kewangan mereka akan menjadi meruncing untuk menampung segala Perbelanjaan Tanggungan Tetap pada setiap Bulan.
    • Dan akhirnya mereka tidak akan dapat membayar Wang Sewa, Gaji pekerja dan lain-lain pembayaran Wajib seperti pembayaran Wang Pinjaman dari Institusi Kewangan, di sebabkan mereka menubuhkan perniagaan tersebut menggunakan Pinjaman.
    • Selalunya Peniaga seperti ini akan mengeluarkan Modal Tambahan bagi menampung DEFISIT KEWANGAN yang melanda, di mana pada tahap ini ia boleh di katakan sudah TERSALAH LANGKAH.
    KESAN BAIK
    PERANG HARGA ini akan memberikan KESAN BAIK kepada peniaga yang memulakan peperangan harga tersebut kerana:
    • Akan dapat MERAIH Hasil Penjualan yang tinggi
    • Akan mendapat Ramai Pelanggan
    • Akan dapat menambah Stok Produk dengan Pembelian yang lebih besar dan dapat di beli dengan Harga Potongan daripada PihakPembekal.
    • Keadaan Kewangan Perniagaan mereka menjadi MANTAP kerana Hasil Penjualan yang menggalakkan.
    APA YANG PERLU ANDA KAJI
    Jika anda salah seorang daripada Peniaga yang terjejas oleh PERANG HARGA ini, anda perlu melakukan KAJIAN SEGERA terhadap Langkah-Langkah Penurunan Harga yang di lakukan oleh Pesaing Perniagaan anda. Anda perlu siasat :
    • Apakah produk yang tersenarai di dalam Penurunan Harga tersebut
    • Berapa banyak Penurunan Harga pada sesuatu produk yang terjejas
    • Dan apakah Produk-Produk yang tidak terjejas
    KEMUDIAN 
    Anda perlu melakukan SIASATAN mengenai:
    • Siapa PEMBEKAL kepada senarai Produk yang terlibat 
    • Teliti HARGA PEMBELIAN daripada mereka
    • Teliti MARGIN KEUNTUNGAN yang anda perolehi
    Jika di dapati Harga yang di tawarkan oleh Pesaing anda adalah sangat MUSTAHIL kerana di Bawah Harga Pembelian anda daripada Pembekal, anda perlu Siasat perkara ini daripada Pembekal yang berkenaan.
    Minta Penjelasan daripada mereka MENGAPA perkara tersebut boleh berlaku dan BAGAIMANA Pesaing anda boleh menjual di bawah Harga Pembelian anda (jika berlaku)

    Jika Pembekal anda itu bertaraf Kilang Pembuat, dan mereka sahaja yang mengeluarkan produk-produk tersebut serta mereka MENAFIKAN memberi Potongan Harga kepada sesiapa atau peniaga-peniaga tertentu, itu menunjukkan Pesaing anda berkemungkinan menjual Produk-Produk TIRUAN.

    Tetapi jika Pengilang Produk mengatakan mereka memang benar memberi POTONGAN HARGA kepada sesorang peniaga atas DASAR PEMBELIAN BORONG dengan JUMLAH yang BESAR, maka anda perlu merundingkan mengenai HARGA JUALAN yang di lakukan oleh Pesaing anda.

    Minta KERJASAMA PENGILANG untuk mengawal HARGA JUALAN kerana perkara tersebut TIDAK ADIL untuk anda dari segi ETIKA PERNIAGAAN.

    LAPOR JIKA

    • Anda perlu membuat LAPORAN kepada KEMENTERIAN yang Bertanggungjawap seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terhadap Kesalahan yang berlaku di antara Pengilang dan Penjual untuk Siasatan &Tindakkan lanjut.
    • Seperti wujud Produk Tiruan atau Penjualan yang tidak SERAGAM daripada Pihak Pengeluar terhadap kepentingan Agen-Agen Jualan.
    BERTINDAK BALAS JIKA
    Jika dari HASIL SIASATAN anda itu menunjukkan bahawa Pesaing anda melakukan PERANG HARGA atas sebab mereka BERJAYA mendapatkan HARGA PEMBELIAN dengan KAEDAH HARGA BORONG secara besar-besaran, maka anda perlu :
    • MENURUNKAN Harga Jualan terhadap Produk-Produk yang terjejas
    • Dengan menetapkan HARGA YANG SAMA seperti yang di tetapkan oleh Pesaing
    • Atau TURUNKAN Harga kepada PARAS yang LEBIH RENDAH daripada Harga Pesaing, jika anda mahu Peperangan itu berlanjutan.
    TETAPI sebelum anda melakukan perkara tersebut, anda perlu PASTIKAN anda telah MENDAPATKAN HARGA PEMBELIAN yang lebih MURAH daripada sebelum nya.
    • Kerana berkemungkinan PEMBELIAN produk yang anda dapati sebelum ini BUKAN pembelian terus daripada Pihak Pembuat atau Pengilang.
    • Dengan berurusan terus dengan Pihak Pembuat dengan KAEDAH yang BETUL anda akan dapat membeli dengan Harga yang lebih MURAH berbanding membeli daripada Agen-Agen Jualan kepada Pihak Pengilang.
    • Disini letaknya KEBIJAKSANAAN anda untuk melakukan RUNDINGAN PERNIAGAAN dengan Pihak Pengilang untuk mendapatkan HAK PEMBELIAN LANGSUNG.
    ULASAN
    Sebagai PENIAGA untuk produk-produk Keperluan Harian Pengguna (consumer goods) anda perlu BIJAK untuk membeli Bekalan Produk daripada :
    • AGEN PENJUALAN YANG TEPAT atau
    • PENGILANG YANG TEPAT dan
    • Dengan HARGA YANG TEPAT
    Dan sebagai PENIAGA di dalam SEKMEN ini anda perlu PEKA:
    • Terhadap apa yang BERLAKU di sekeliling anda
    • Apa yang DI LAKUKAN oleh Para Pesaing perniagaan anda
    • Dan PERUBAHAN pada SIKAP PELANGGAN
    Dengan sentiasa PEKA terhadap perkara-perkara tersebut, anda akan dapat MENILAI sesuatu KEADAAN dengan RAPI dan akan dapat BERTINDAK jika sesuatu DI LUAR JANGKAAN berlaku yang boleh menjejaskan perniagaan anda.

    Inilah yang di katakan atau di istilahkan sebagai BUSINESS INTELLIGENCE di dalam PENGURUSAN PERNIAGAAN.

    editor

      No comments:

      Post a Comment