Thursday, April 28, 2011

REVIEW #26 : MODEL GAYA KEPIMPINAN - Post #216

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #216


MODEL GAYA KEPIMPINAN
YANG PERLU ANDA FAHAMI DAN KETAHUI


APA ITU GAYA KEPIMPINAN
  • GAYA KEPIMPINAN ialah Corak atau Tabiat Menguruskan Pentadbiran sesebuah Syarikat oleh Orang-Orang yang dari berlainan Bangsa, Negara dan Pendidikan yang DI PENGARUHI oleh Faktor Kebudayaan Bangsa dan Pendidikan yang mereka miliki.

MODEL GAYA KEPIMPINAN
Model Gaya Kepimpinan saya bahagikan kepada pecahan yang berikut:
  • Gaya Kepimpinan Orang Eropah (termasuk gugusan Eropah & British)
  • Gaya Kepimpinan Orang Amerika
  • Gaya Kepimpinan Orang Jepun & Korea
  • Gaya Kepimpinan Orang Negara China
  • Gaya Kepimpinan Orang Gugusan Melayu
Kesemua GAYA KEPIMPINAN ini bukan di dapati dengan KAJIAN YANG TERPERINCI tetapi segala Fakta & Data di dapati dari Percampuran dan Pengalaman-Pengalaman ketika berurusan dengan Orang-Orang dari kaum yang di sebutkan, semoga ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu Peniaga dan Usahawan yang ingin meluaskan Usahasama Perniagaan mereka ke Peringkat Antara Bangsa.


1...GAYA KEPIMPINAN EROPAH
  • Lebih Mengutamakan MUTU KERJA yang di lakukan agar memperolehi HASIL yang MENEPATI SASARAN.
  • Semua Pekerjaan harus di lakukan menurut ETIKA PEKERJAAN yang telah DI SUSUN RAPI atau STANDARD KERJA yang di tetapkan. Ini juga sebab PIAWAIAN atau STANDARD di pelopori oleh Orang-Orang Eropah.
  • Mereka lebih Bersopan Santun dan Amat menghormati Hak Individu sebagai Seorang Manusia yang BEBAS (yang bukan lagi bertaraf HAMBA)
  • Di dalam mengejar Matlamat & Sasaran Syarikat, mereka lebih gemar memberikan Motivasi atau Semangat kepada Pekerja dengan memperuntukkan pelbagai Imbuhan sebagai Tanda TERIMA KASEH mereka kepada Pekerja.
  • Sangat berhati-hati dengan Undang-Undang.
2...GAYA KEPIMPINAN AMERIKA
  • Lebih Mengutamakan HASIL KERJA yang di lakukan dalam MASA yang di tetapkan dan tidak akan menerima ALASAN jika gagal.
  • Lebih menyukai Pekerja-Pekerja yang Berani, Berinovasi, Kreatif serta Cekap melakukan Tugas yang di berikan.
  • Lebih cenderung mengunakan FAKTA & DATA untuk menganalisa sesuatu permasaalahan dengan mengadaptasikan Teknologi Tinggi dan bukan berdasarkan Maklum Balas yang di dengar sahaja.
  • Mereka lebih TEGAS dan lebih TERBUKA di dalam MELUAHKAN PERASAAN seperti Marah atau pun Suka, kerana itu mereka lebih cenderung menggunakan Perkataan-Perkataan yang agak KERAS di dalam apa juga suasana.
  • Mereka juga seperti Orang Eropah dengan memberi PUJIAN kepada orang-orang yang di lihat Berjaya melakukan sesuatu Kejayaan tanpa berselindung.
  • Mereka kan melakukan apa sahaja untuk berjaya di dalam menghasilkan sesuatu kejayaan
3...GAYA KEPIMPINAN JEPUN & KOREA
  • Lebih mengutamakan MASA BEKERJA dan tidak suka Membuang Masa
  • Mereka sangat RAJIN dan Tidak Mementingkan TARAF JAWATAN untuk melakukan sesuatu Pekerjaan.
  • Mereka akan Bertungkus-lumus untuk menyelesaikan sesuatu Masaalah yang timbul dengan bekerja secara BERKUMPULAN sehingga masaalah dapat di atasi.
  • Bersifat Tidak Terbuka dalam mengeluarkan Pendapat tetapi lebih cenderung melakukan di dalam sesi Perbincangan yang khusus.
  • Mereka Bekerja dengan Konsep KESATUAN iaitu setiap pekerja adalah Institusi Syarikat dan semua Pekerja harus mengutamakan Matlamat & Sasaran Syarikat daripada kepentingan peribadi.
  • Mereka amat Kurang untuk memberi Pujian tetapi akan memberi lebih Kepercayaan dengan Tugas yang lebih mencabar.
  • Setiap pekerja baharu harus bermula daripada BAWAH dengan Konsep Pendidikan Ilmu yang menyeluruh.
  • Juga sangat berhati-hati dengan Undang-Undang
4...GAYA KEPIMPINAN CHINA
  • Lebih mengutamakan HASIL PENDAPATAN yang boleh di raih daripada apa yang di lakukan
  • Juga seperti Orang Jepun & Korea sangat mementingkan MASA 
  • Soal MUTU adalah Soal Kedua asalkan mereka berjaya menghasilkan sesuatu dengan keadaan yang mereka miliki.
  • Tidak bersifat Terbuka dalam mengeluarkan Pendapat, lebih gemar di dalam keadaan yang Tertutup.
  • Sangat RAJIN bekerja tetapi lebih mengutamakan Kesihatan Diri dengan tidak mengabaikan Soal Makan dan Minum yang di tetapkan.
  • Mereka bekerja untuk mensejahterakan Keperluan Keluarga dan Bangsa
  • Boleh dan berani melanggar Undang-Undang jika perkara itu akan membuat mereka berjaya untuk merealisasikan Matlamat & Sasaran.
No.1 hingga No.4
  • Jika berlaku sebarang Permasaalahan akan melakukan BRAINSTORMING di kalangan mereka untuk mendapatkan Jalan Penyelesaian secara Mutlak
  • Dan menjadikan SEJARAH sebagai RUJUKAN untuk Pembangunan seterusnya.
5...GAYA KEPIMPINAN MELAYU
  • Tidak ada yang begitu PASTI Corak Kepimpinan mereka
  • Di kategorikan sebagai BAHARU MEMULAI SISTEM PEKERJAAN di dalam Semua Industri Perniagaan.
  • Dengan Corak Kepimpinan yang bercampur-campur dengan semua MODEL Kepimpinan yang ada.
  • Dimana Kepimpinan Melayu di dalam Dunia Pengurusan Perniagaan maseh lagi di Tahap MENCARI KONSEP YANG SESUAI.
  • Ini di sebabkan oleh Sistem PENDIDIKAN yang terlalu banyak SUMBER yang tidak TERTUMPU kepada SISTEM yang TERTENTU.
  • Dan maseh banyak lagi Unsur-Unsur NEGATIF di dalam Pemikiran Orang Melayu yang menjadi PENGHAMBAT kepada Proses-Proses KEMAJUAN di dalam menjalankan Perniagaan. (telah banyak di hurai melalui Posting yang lalu)
ULASAN
  • Kesemua Model-Model Kepimpinan yang di huraikan sekali lagi di tegaskan, ia bukan merupakan sesuatu Maklumat yang MUTLAK kerana ISU ini jika di lihat dari pelbagai Sudut Pemikiran Manusia yang Berbilang Bangsa akan memberikan Pendapat dan Pandangan yang berbeza-beza.
  • Hanya Orang-Orang yang memiliki Pengalaman Bekerja dengan kaum-kaum yang di sebutkan sahaja akan dapat MERASAKAN kebenaran nya.
  • Akan tetapi, ia maseh boleh di jadikan Bahan Rujukan Kasar untuk mengenal-pasti Corak-Corak Kepimpinan Antara Kaum yang wujud di Peringkat Antara Bangsa.
  • Dimana maklumat-maklumat seperti ini amat penting bagi seseorang peniaga dan usahawan untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka ke peringkat Antara Bangsa.
  • Selainnya harus pula di rujuk dari Sumber-Sumber Lain bagi melengkapi pengetahuan mengenai Corak Kepimpinan yang ada.
RUMUSAN
  • PENGETAHUAN dan PEMAHAMAN mengenai Corak Kepimpinan di dalam Dunia Perniagaan ini adalah salah satu daripada Cabang Ilmu BUSINESS KNOWLEDGE MANAGEMENT.
  • Dan ia tidak harus di pandang remeh oleh Para Peniaga dan Usahawan yang ingin mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat Antara Bangsa.
  • Kerana KNOWLEDGE IS POWER atau PENGETAHUAN ITU ADALAH KEKUATAN
editor

No comments:

Post a Comment