Thursday, April 14, 2011

REVIEW #11 : MUSUH UTAMA PENIAGA - Post #201

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #201


REVIEW #11 : MUSUH UTAMA PENIAGA - Post #201


SIAPAKAH MUSUH UTAMA PARA PENIAGA?


DEFINASI PERKATAAN:


  1. PENIAGA - Orang yang menjalankan sesuatu Jenis Perniagaan tidak kira kecil atau pun yang bersaiz besar.
  2. MUSUH - Orang lain yang juga berniaga tetapi memberikan pelbagai tentangan kepada perniagaan Peniaga lain
MUSUH NIAGA ADALAH PESAING
  • TETAPI maksud yang cuba di huraikan pada kali ini bukan MUSUH seperti yang di sebut melalui Definasi Perkataan di atas. 
  • MUSUH yang wujud di kalangan Peniaga adalah PESAING-PESAING PERNIAGAAN dan mereka bukan lah seperti MUSUH DALAM PEPERANGAN.
  • Kerana mereka hanya memberi PERSAINGAN kepada anda di dalam Jenis Perniagaan yang SAMA, dengan memberi persaingan, maka akan wujud suatu PERLUMBAAN yang sihat sesama Peniaga.
  • Dimana siapa yang lebih CEKAP, lebih CERDAS dan lebih PANTAS melakukan sesuatu yang terbaik akan mendahului para Pesaing di dalam jenis perniagaan yang sama.
  • PERSAINGAN seperti ini sememang nya perlu wujud dan perkara ini tidak boleh di lihat atau di fikir dari sudut yang NEGATIF.
  • Kerana TANPA PERSAINGAN seseorang Peniaga itu akan mula MERASA SELESA dengan kedudukan mereka di dalam perniagaan yang di jalankan dan ini akan menjurus kepada pelbagai masaalah dalaman yang lebih serius.
SIAPA SEBENARNYA MUSUH UTAMA?
  • MUSUH UTAMA bagi setiap Peniaga adalah SIKAP mereka sendiri, di mana perkara SIKAP ini akan menjadi PEMUSNAH kepada segala USAHA yang telah mereka mulakan ketikan menubuhkan sesebuah Perniagaan.
  • Ramai Para Peniaga yang tidak mengira dari Perniagaan yang besar atau pun kecil, dan dari Sekmen Industri Perniagaan yang mana juga pun akan DI LANDA oleh MASAALAH SIKAP.
  • Dimana MASAALAH SIKAP ini merupakan suatu VIRUS PEMBUNUH terhadap Usaha Niaga mereka sendiri.
APAKAH SIKAP-SIKAP YANG MENJADI VIRUS PEMBUNUH TERSEBUT?
SIKAP BERPUASHATI 
  • Apabila tidak ada persaingan yang boleh menjejaskan perniagaan mereka dan mereka di dalam keadaan ini akan mula mengurangkan usaha dan tidak lagi bersemangat seperti di permulaan perniagaan.
  • Dari SIkap ini akan timbul SIkap-Sikap yang lain
SIKAP MALAS
  • Apabila mereka sudah merasa BERPUASHATI maka SIKAP MALAS akan timbul dam mulalah mereka mengabaikan untuk melakukan perkara-perkara rutin harian yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Malas untuk datang tepat pada Waktu bekerja
  • Malas membuka perniagaan mengikut Jadual
  • Malas mendengar permasalahan syarikat
  • Malas mendegar rungutan Pekerja dan Pelanggan
SIKAP LEKA
  • Apabila mereka telah di pengaruhi oleh SIKAP MALAS maka mereka akan mula LEKA terhadap KEADAAN SEKELILING.
  • Mereka akan melalaikan banyak perkara yang melibatkan Hal-Hal Pengurusan, Pelanggan, Pekerja, Pembekal dan Para Pesaing Perniagaan
SIKAP LUPA
  • Dan apabila SIKAP LEKA telah menguasai hati dan Sanubari serta Fikiran mereka, maka akan wujud SIKAP LUPA terhadap TUJUAN dan MATLAMAT mereka mewujudkan Perniagaan.
  • Mereka akan Lupa kepada Tugas-Tugas dan Tanggungjawap mereka sebagai Peniaga dan Ketua Pengurusan Hal Ehwal Syarikat.
  • Di sini mereka akan mula mencampur-adukkan segala HAL PERIBADI dengan URUSAN SYARIKAT, lalu akan wujud Satu lagi Masaalah di mana mereka sudah LUPA yang mana satu Wang Peribadi dan yang mana satu Wang Syarikat.
  • Dan akhirnya mereka melupakan semua Etika dan Disiplin sebagai seorang PENIAGA dan menjadikan Syarikat mereka sebagai HAK PERIBADI dengan maksud BOLEH DI BUAT SESUKA HATI.
SIKAP MARAH
  • Apabila mereka SUDAH LUPA akan segala ETIKA menjalakan Perniagaan secara Professional, maka segala Urusan Syarikat menjadi Kucar Kacir terutama dari segi Kewangan Syarikat
  • Dan apabila Kewangan Syarikat yang telah di gunakan untuk Hal-Hal Peribadi mengakibatkan perjalanan Syarikat mereka tersekat, mereka menjadi MARAH kepada semua Orang dan Pekerja
  • Mereka akan mula menunjukkan Sifat Bengis terhadap Pekerja dan Pelanggan kerana masaalah Kewangan yang meruncing
  • Dimana Wang Pusingan telah terjejas teruk kerana di salah-gunakan, maka akan wujud pelbagai Masalaah Pembayaran terhadap perkara-perkara seperti Pembayaran Sewa, Gaji, Pembelian Bahan dan Stok.
  • Akhirnya mereka terpaksa BERHUTANG dengan Pembekal, dengan Pekerja kerana kekurangan Wang.
SIKAP KAMIKAZE (Istilah baharu nih)
  • Apabila mereka di landa HUTANG KELILING PINGGANG, mereka mula melakukan langkah KAMIKAZE seperti melakukan Pinjaman dengan Bank, dengan Kawan-Kawan, dengan Saudara Mara
  • Jika tidak cukup atau tidak dapat, mereka beralih untuk meminjam daripada ALONG (peminjam wang haram)
  • Otak dan Fikiran mereka sudah mula berkecamuk dan tidak tentu hala untuk berfikir secara waras dan melakukan banyak kesalahan yang bertentangan dengan Etika menjalankan Perniagaan dengan Cara yang BETUL.
  • Akhirnya apa yang di lakukan ini juga tidak berhasil untuk memulihkan Perniagaan mereka yang telah mula NAZAK
SIKAP PUTUS ASA
Apabila segala USAHA di saat-saat akhir itu tidak menjadi kenyataan untuk membaik-pulih keadan perniagaan mereka kepada sediakala, mereka telah mula BERPUTUS ASA
Di peringkat ini mereka sudah tidak boleh berfikir dengan secara Logik lagi dan di peringkat ini ada banyak Cara yang di lakukan oleh Peniaga-Peniaga yang BERPUTUS ASA

PILIHAN TERAKHIR
Apabila segala permasaalahan telah sampai kemuncak, Ini lah PILIHAN TERAKHIR yang mereka lakukan
  • TUTUP PERNIAGAAN dan Istihar MUFLIS
  • LARI atau BERSEMBUNYI
  • PASRAH dan hadapi segala kemungkinan termasuk di hadapkan ke Mahkamah dan di penjara
  • MEMBUNUH DIRI
RUMUSAN
KESAN 1
  • Ini adalah sebahagian daripada KESAN daripada SIKAP-SIKAP  yang MEROSAKKAN dari dalam diri seseorang Peniaga.
  • Jika Para Peniaga tidak menyematkan atau memperingatkan diri mereka mengenai KRITERIA MUSUH UTAMA ini, berkemungkinan besar mereka akan berakhir seperti perkara yang di sebutkan ini adalah BESAR.
  • Dimana KES-KES yang di sebutkan ini adalah FAKTA-FAKTA daripada KES KERUNTUHAN PERNIAGAAN yang melanda BEKAS PENIAGA.
  • Dimana KES-KES seperti ini di rujuk kepada Pakar-Pakar Psikologi bagi memulihkan KEYAKINAN DIRI Bekas Peniaga ini untuk pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.
KESAN 2
Ada juga Peniaga yang tidak terus menjadi seperti yang di sebutkan di atas, tetapi mereka BERUBAH menjadi MANUSIA yang :
  • SOMBONG
  • BONGKAK
  • KEDEKUT
  • KIKIR atau KEDEKUT
  • MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
  • TAMAK HALOBA
  • DENGKI
  • KHIANAT
  • LUPA DIRI
  • LUPA AGAMA
editor

No comments:

Post a Comment