Wednesday, April 27, 2011

REVIEW #23 : PEMBETULAN SIKAP KE ARAH MNC - Post #213

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #213

PEMBETULAN SIKAP KE ARAH MNC
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN

Di dalam keghairahan untuk melakukan TRANFORMASI PERNIAGAAN dari Taraf SME kepada Taraf MNC, ada perkara yang Terpenting daripada segala yang penting untuk anda lakukan sebelum membuat sebarang keputusan untuk melakukan Tranformasi.

Perkara yang Terpenting yang di maksudkan ialah TRANFORMASI SIKAP anda sebagai Peniaga bertaraf SME untuk menjadi Usahawan MNC.

APAKAH BENTUK TRANFORMASI SIKAP TERSEBUT?
1) DALAM SME
  • Ketika menerajui Perniagaan anda yang bertaraf SME, anda sebagai Pengusaha dan Pemilik Syarikat BERKUASA PENUH terhadap Perniagaan dan Urus Tadbir Operasi Syarikat, di mana semua KUASA MUTLAK adalah di tangan anda.
  • Anda boleh lakukan apa juga PERUBAHAN yang anda suka tanpa perlu merujuk kepada Orang lain, samaada ia nya baik atau pun yang kurang baik.
  • Segala Peraturan di dalam Operasi Syarikat adalah yang anda Cipta dan lakarkan sendiri berdasarkan pengetahuan anda sendiri
  • Begitu juga dengan pemilihan pekerja, teknologi, gaya pengurusan adalah menurut KESUKAAN atau yang menurut KEHENDAK anda sendiri.
2) DALAM MNC
  • SISTEM untuk URUS TADBIR bagi Syarikat-Syarikat MNC adalah sangat BERBEZA dengan apa yang berlaku dan di guna pakai di dalam Syarikat-Syarikat SME.
  • Dimana, Syarikat MNC akan mengguna-pakai SISTEM URUS TADBIR YANG PROFESIONAL berdasarkan AMALAN ANTARABANGSA.
CONTOH
  • Apabila sesebuah Syarikat MNC di tubuhkan, akan di wujudkan LEMBAGA PENGARAH sebagai PENERAJU atau ORANG YANG BERTANGGUNG JAWAP bagi TUGASAN yang tertentu.
  • Setiap PENGARAH akan melakukan TUGAS di dalam BIDANG yang di khususkan kepada JABATAN yang harus mereka PANTAU.
  • Jadi di sini, tidak akan wujud sesuatu TINDAKKAN yang boleh di lakukan SECARA SESUKA HATI, semuanya harus DI BINCANGKAN dengan Anggota Lembaga Pengarah untuk mendapatkan PERSETUJUAN BERSAMA.
  • Begitu juga halnya dengan PEMILIHAN & PENGAMBILAN PEKERJA, semua nya akan di lakukan secara PROFESIONAL dan akan menurut ETIKA PENJAWATAN yang betul.
  • Tidak akan wujud Sikap dan Perasaan PILIH KASIH kerana apa yang di amalkan adalah berdasarkan SIKAP PROFESIONAL yang tinggi agar apa juga tindakkan yang di ambil akan menunjukkan SIKAP KEADILAN kepada semua Pihak di dalam KERJASAMA MNC.
PENJELASAN: SISTEM URUS TADBIR SYARIKAT MNC
Dalam URUS TADBIR Syarikat yang bertaraf MNC, PERKARA UTAMA yang di jadikan AMALAN di dalam KERJASAMA PERNIAGAAN ini ialah :

  • SIKAP ADIL - Dalam semua Hal
  • SIKAP JUJUR - Menjalankan Tugas & Tanggung Jawap
  • SIKAP TELUS - Dalam apa juga Urus Niaga
  • SIKAP TERBUKA - Dalam apa juga Teguran & Kritikan
  • SIKAP BEKERJA SAMA - Dalam apa juga hal dengan Rakan Niaga
  • SIKAP HORMAT-MENGHORMATI - Hak & Kepakaran Masing-Masing
  • SIKAP PROFESIONAL - Mengenepikan Kepentingan yang bercorak Peribadi
ULASAN
  • Dimana SEMUA PERKARA tersebut sangat MENUNTUT suatu bentuk KERJA SAMA dan KESABARAN yang sangat tinggi daripada setiap Anggota atau di kalangan Rakan Niaga.
  • Banyak Syarikat yang bertaraf MNC GAGAL beroperasi secara berterusan kerana ada Anggota nya yang GAGAL untuk MEMAHAMI ETIKA KERJA di dalam bentuk KERJA SAMA Syarikat MNC.
  • Dan kebanyakan KEGAGALAN itu pula BERPUNCA dari PENGALAMAN PERTAMA berurusan dengan ORANG LUAR dari Rakan Niaga yang berasal dari Negara-Negara MAJU.
  • Dimana Usahawan TEMPATAN tidak dapat MEMAHAMI ETIKA KERJA SAMA yang Profesional dan maseh mengamalkan SIKAP SOMBONG DIRI.
RUMUSAN
  • Ini lah TUNTUTAN untuk MELONJAKKAN kedudukan PEMIKIRAN ANDA daripada seorang Peniaga yang Bertaraf TEMPATAN kepada Taraf Antara Bangsa.
  • Dimana KEJAYAAN untuk melakukan TRANFORMASI PERNIAGAAN yang bertaraf SME kepada Taraf MNC harus DI MULAKAN dengan TRANFORMASI PEMIKIRAN terhadap Diri sendiri terlebih dahulu.
  • Anda HARUS BERSEDIA untuk menerima PELBAGAI KELAINAN di dalam CORAK PENTADBIRAN & PENGURUSAN yang bertaraf ANTARABANGSA
  • Jika anda tidak melakukan PERSEDIAAN dari Segi Mental terhadap KELAINAN yang akan berlaku, anda akan di landa KEJUTAN BUDAYA KERJA 
  • Dimana jika anda GAGAL untuk MEMAHAMI nya, Usaha Sama yang di jalin tidak akan dapat BERTAHAN LAMA.
  • Kerana SEBAB-SEBAB yang NEGATIF ini lah di wujudkan SISTEM PIAWAIAN International Standard Order (ISO) agar semua Pihak dapat melakukan Tugas & Tanggung Jawap dengan TERATUR dan dapat DI SERAGAMKAN menurut sesuatu KEPERLUAN PERNIAGAAN.
editor

No comments:

Post a Comment