Monday, April 25, 2011

REVIEW #20 : PENGURUSAN PENGETAHUAN - Post #210

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #210


PENGURUSAN PENGETAHUAN
APAKAH KAITAN NYA DENGAN PERNIAGAAN ANDA


DEFINASI
PENGURUSAN PENGETAHUAN atau Knowledge Management (KM)
Adalah Pembelajaran mengenai Ilmu Pengetahuan mengenai Pengurusan sesebuah Organisasi yang merangkumi:
  • Organizational Behavioral Theories atau Teori Sifat Perlakuan Organisasi
  • Cognitive Science atau Sains Peraturan Pembelajaran untuk mengenali sesuatu perkara 
  • Information Science atau Sains Maklumat
PENJELASAN
Dimana KM pula menghasilkan Ilmu Pengurusan yang baharu dan di gabungkan menjadi satu keperluan Ilmu seperti:
  • Customer Relationship Management (CRM) atau Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Customer Knowledge Management (CKM) atau Pengurusan Pengetahuan Pelanggan
  • Business Intellegence (BI) atau Perisikan Perniagaan
FUNGSI KEGUNAAN NYA
1...KM - Knowledge Management
  • Untuk dijadikan suatu Sistem Pelajaran kepada Para Pekerja mengenai Sistem Pengurusan sesebuah Organisasi agar mereka dapat menjalankan segala Tugas & Tanggung Jawap dengan tepat dan sempurna.
  • Ilmu Pengetahuan yang membentuk SISTEM itu pula yang selalunya di jadikan sebagai Alat untuk mencapai segala VISI & MISI Syarikat seperti yang di rancangkan.


2...CRM - Customer Relations Management
  • Ilmu Pengetahuan mengenai Hubungan Pekerja dengan Pelanggan
  • Mengenai SISTEM Perhubungan dengan Pelanggan secara Tepat dan Betul
  • Bertujuan untuk Membina Rangkaian Pelanggan yang Setia kepada Syarikat dan Pekerja yang Berkualiti
3...CKM - Customer Knowledge Management
  • Adalah Gabungan Ilmu Pengetahuan daripada CRM dengan KM bagi mewujudkan Ilmu Pengetahuan yang membentuk SENI untuk BERINTERAKSI diantara Pekerja dengan Pelanggan.
  • Bertujuan untuk Membina Perhubungan Pertubuhan dengan Pelanggan cara yang lebih berkesan dan bijaksana.
  • Yang mengutamakan Pemahaman Keperluan Pelanggan dan untuk menyokong SISTEM yang di wujudkan melalui CRM.
4...BI - Business Intelligence
  • Ilmu Pengetahuan mengenai Perisikan Perniagaan juga di gabungkan dengan semua SISTEM Keilmuan KM, CRM dan CKM bagi MENDAPATKAN segala MAKLUMAT yang Tepat mengenai perkembangan PASARAN SEMASA.
  • Dimana segala Maklumat Perisikan yang berkenaan segala Perkembangan Pasaran yang melibatkkan Produk, Pelanggan dan Pesaing Perniagaan di kumpul dan di analisa untuk di gunakan sebagai Bahan KAJIAN bagi menentukan Perancangan Syarikat di masa akan datang.
APA ITU SEMUA KEPADA PERNIAGAAN ANDA
  • Segala Ilmu Pengetahuan yang di sebutkan di atas adalah BERTUJUAN untuk menyediakan SUMBER ILMU yang BERTEPATAN bagi mewujudkan suatu SISTEM PENGURUSAN yang BERINTERGRASI di antara SISTEM yang wujud.
  • Ini pula akan MEMBOLEHKAN setiap Pengurus dan Pemilik Perniagaan untuk membawa Perniagaan mereka ke tahap selanjut nya, dan menerbitkan KEMAJUAN di dalam URUS TADBIR yang lebih Cekap dan Menepati Keperluan Semasa.
  • Dimana tanpa Ilmu-Ilmu Pengetahuan daripada semua Sistem untuk MENGANALISA PERNIAGAAN tersebut, seseorang Pengurus dan Pemilik Perniagaan tidak akan dapat MEMAHAMI Keadaan PASARAN SEMASA yang di terbitkan oleh KEHENDAK PENGGUNA dengan TEPAT.
  • Kesemua nya ini berlandaskan SATU SUMBER dan KEPERLUAN iaitu MEMAHAMI KEHENDAK PELANGGAN dan bagaimana sesebuah Organisasi itu dapat MENURUT KEHENDAK-KEHENDAK PELANGGAN dengan Tepat bagi menjana pendapatan yang berterusan.
KESAN DARIPADA ILMU PENGETAHUAN TERSEBUT
Segala Ilmu Pengetahuan yang menerbitkan segala SISTEM yang di sebutkan itu pula telah mewujudkan pelbagai PEMBAHARUAN di dalam SISTEM-SISTEM PENGETAHUAN PERNIAGAAN yang lain seperti mewujudkan INOVASI terhadap :
  • Sumber Maklumat yang Berteknologi Tinggi dengan penciptaan Alat-Alat yang berbentuk Software & Hardware Berkomputer.
  • Membentuk Penciptaan Pembaharuan terhadap segala Teknologi Peralatan Jentera & Mesin yang wujud di dalam Sektor Pengilangan dan Pembuatan agar ia lebih canggih serta menjimatkan Masa dan Wang.
  • Pembentukkan Sistem Teknolgi Maklumat Berkomputer terhadap Keperluan Pelanggan ketahap yang lebih berinformasi serta lebih berkesan.
  • Pembentukan Sistem Pengurusan Perniagaan daripada Sistem Tradisional kepada Sistem-Sistem yang telah di majukan menurut kehendak dan keperluan semasa agar ia lebih bersifat lebih Kompetitif
ALAT (software) UNTUK MENGGUNAKAN KM
  • Query Tools (QT) - Software yang membantu pengguna untuk mencari maklumat dari Pangkalan Data dan boleh memilih maklumat yang di kehendaki.
  • Data Mining Tools (DMT) - Software yang membantu pengguna untuk memeriksa dari Pangkalan Data yang penyimpanan Data yang luas dan di keluarkan Maklumat menurut Data yang di kehendaki sahaja.
  • Multi Dimensional Analysis Tools (MDAT) - Software yang membantu pengguna untuk melihat pangkalan Data daripada Aspek yang berbeza.
Kesemua Softwares tersebut telah di Cipta Khas untuk membantu Pengguna di kalangan Peniaga dan Usahawan di dalam Hal Elwal Pengurusan Maklumat di dalam setiap Operasi Perniagaan yang mereka jalankan.

ULASAN
  • Yang pastinya kini anda boleh memperolehi pelbagai MAKLUMAT dan SISTEM dengan hanya perlu MEMBELI Software yang berkenaan untuk di jadikan sebagai ALAT di dalam Sistem Pengurusan Organisasi dan Syarikat anda, tanpa perlu pergi belajar bertahun-tahun sebagai seorang pelajar bidang-bidang yang berkenaan.
  • Inilah yang telah di wujudkan oleh Cendikiawan yang telah berjaya MEMUDAHKAN Golongan Peniaga dan Usahawan bagi menyempurnakan segala TUJUAN & MATLAMAT Perniagaan masing-masing.
  • Inilah HASIL daripada segala KEMAJUAN TAMADUN di dalam ILMU PENGURUSAN yang di lakukan secara pesat dari awal 1990an.

ILMU YANG BERKENAAN DI DALAM KM
  • Financial Intelligence (FI)
  • Marketing Intelligence (MI)
  • Sales Intelligence (SI)
  • Customer Intelligence (CI)
  • Product Intelligence (PI)
Ini lah yang di istilahkan sebagai TAMADUN ILMU PERNIAGAAN yang sentiasa berubah dan meningkat dari zaman ke zaman. 
Oleh kerana hal yang tersebut, anda sebagai Peniaga dan Usahawan jangan ketinggalan untuk mengikuti dan menggunakan segala kemudahan yang telah di wujudkan bagi membantu melicinkan operasi perniagaan anda.


***Kesemua SUMBER MAKLUMAT yang di huraikan telah di permudahkan penulisan penerangan nya.

editor

No comments:

Post a Comment