Saturday, April 09, 2011

REVIEW #7 : PENIAGA KATEGORI IKAN BANDARAYA - Post #197

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #197


REVIEW #7 : PENIAGA KATEGORI IKAN BANDARAYA


PENIAGA KATEGORI IKAN BANDARAYA 
  1. Bermaksud seseorang yang suka dan hanya membuka atau menjalankan perniagaan hanya untuk menumpang perniagaan yang di lakukan oleh peniaga-peniaga lain atau dengan Agensi-Agensi Kerajaan. 
  2. Golongan peniaga seperti ini adalah di dalam Kategori OPPORTUNIST (Pengambil Peluang)
  3. Mereka adalah seperti Ikan-Ikan yang kecil yang akan menempel atau mengekori Ikan-Ikan yang lebih besar untuk mendapatkan serpihan makanan dan yang terkenal ialah jenis Remoras atau Suckerfish.
  4. Jika di Kuala Lumpur Ikan ini di kenali sebagai Ikan Bandaraya atau Ikan DBKL dan di Johor pula di kenali sebagai Ikan MBJB dan di Singapura di kenali sebagai Ikan PWD..!!!
SIAPAKAH GOLONGAN SEPERTI INI
  • Golongan Peniaga seperti ini akan wujud dan di wujudkan oleh Orang-Orang yang tertentu untuk mendapatkan sesuatu Kerja-Kerja dan Perbekalan daripada sesebuah Badan, Institusi, Agensi atau Syarikat GLC Kerajaan.
  • Golongan ini amat berbeza dengan Golongan Peniaga yang memberi SOKONGAN PERKHIDMATAN seperti Konsultan, Peguam, Pengilang, Pembekal yang benar-benar wujud atau telah lama wujud di dalam Dunia Perniagaan.
  • Golongan seperti ini wujud di dalam sesuatu SISTEM POLITIK BERPARTI atau BEPERSATUAN bagi tujuan 'MENCAIRKAN' sesuatu Peruntukkan Kewangan yang hanya boleh di lakukan menerusi penganugerahan sesuatu Projek.
MODUS OPERANDI MEREKA
  • Golongan ini akan wujud di dalam setiap PELUANG PERNIAGAAN BAHARU 
  • Dari Golongan yang sedia wujud atau mewujudkan syarikat yang baharu.
  • Cuba mendapatkan HAK membuat Kerja-Kerja atau Perbekalan tetapi tidak memiliki Prasarana dan Insfrastruktur Perniagaan yang lengkap
  • Dan akan mendapatkan bantuan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dari Pihak ketiga
  • Orang yang berada di belakang tabir selalunya memiliki banyak Syarikat untuk pelbagai Bidang Pekerjaan
MISI DAN VISI PERNIAGAAN MEREKA
  • Hanya untuk meraih KEUNTUNGAN ATAS ANGIN
  • Cuba mendapatkan keuntungan sebanyak dan secepat yang mungkin
  • Mengelakkan diri daripada memegang apa-apa tanggungjawap seperti kedai atau Kilang sendiri
  • Hanya perlu ada Company Profile dan Lesen-Lesen Perniagaan yang sesuai
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAP MEREKA
  • Memastikan sesuatu Tender dan Sebut Harga untuk sesuatu Jenis Pekerjaan atau Perkhidmatan yang di mohon berjaya di dapatkan.
  • Memastikan mereka mempunyai TALIAN HAYAT dengan Syarikat-Syarikat yang di jadikan Sasaran
  • Memastikan mereka mempunyai Senarai Syarikat Ketiga yang boleh di jadikan Scape Goat - Kambing Hitam untuk melakukan setiap pekerjaan yang berjaya di dapatkan.
  • Memastikan Diri Mereka di kenali di kalangan Syarikat atau Organisasi yang di sasarkan.
  • Tidak Teragak-agak untuk melakukan RASUAH bagi memastikan kejayaan merebut Tender atau Sebut Harga
  • Akan sentiasa mencari dan mendapatkan TALIAN-TALIAN HAYAT yang baharu sebagai Strategi pengembangan perniagaan.
ANALISA KES INI
  • Golongan Peniaga kategori Ikan Bandaraya ini adalah Golongan Peniaga PEROSAK dan wujud untuk kepentingan Diri dan Kumpulan mereka sendiri.
  • Golongan ini tidak mahu memikirkan KESAN atau IMPAK dari perbuatan mereka itu akan menjejaskan Peluang Seimbang kepada Golongan Peniaga-Peniaga yang menjalankan perniagaan secara 100% JUJUR.
  • Golongan jenis ini juga tidak menghindarkan segala Perundangan Perniagaan, Negara dan Agama, yang mereka tahu ialah 'DAPATKAN KERJA"
  • Golongan ini BUKAN di dalam kategori USAHAWAN YANG BERWIBAWA dan tidak BERWAWASAN JAUH di dalam perniagaan, mereka hanya memusatkan Strategi meraih keuntungan dalam jangkamasa yang pendek sahaja.
  • Golongan ini juga kebanyakan tidak menggunakan MODAL dari Poket mereka sendiri untuk menjayakan sesuatu jenis perniagaan, mereka lebih gemar untuk mendapatkan Kemudahan Kewangan seperti BG, Loan dan Factoring. Ini menunjukkan mereka tidak serius di dalam menjalankan perniagaan.
  • Kerana Gejala Peniaga kategori Ikan Bandaraya ini berleluasa, Trend ini pula di guna-pakai oleh Peniaga kebanyakan (Awam) dan menjadikan nya sebagai STRATEGI menjalankan perniagaan.
DARI SUDUT EKONOMI NEGARA
  • Dari sudut Ekonomi Negara, gejala Golongan Peniaga Kategori Ikan Bandaraya tidak membawa sebarang kebaikan dari Sudut Ekonomi Negara yang berusaha untuk membangunkan peluang-peluang Ekonomi kepada semua lapisan Rakyat.
  • Dimana Peruntukan-Peruntukan yang sepatutnya dapat di bahagikan kepada Rakyat Umum telah DI SEKAT di pertengahan jalan semata-mata untuk memberi keuntungan kepada Orang-Orang yang tertentu atau Orang Dalam.
  • Gejala seperti ini telah menghapuskan segala USAHA untuk memakmurkan Ekonomi Rakyat melalui pembahagian kerja-kerja daripada kerajaan dan akhirnya Ekonomi Rakyat menjadi tenat dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan Ekonomi yang semakin mencabar.
  • Dan Gejala seperti ini sememangnya sukar untuk di kekang kerana ia sudah menjadi suatu BUDAYA KERJA oleh sesetengah pihak, walaupun Undang-Undang baharu di lakar untuk mengekang nya.
SARANAN PAKAR
  • Banyak STRATEGI untuk melakukan pelbagai jenis Perniagaan boleh di usahakan oleh Para Peniaga dan bukan Strategi menjadi Peniaga Kategori Ikan Bandaraya sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
  • Para Peniaga harus berfikiran lebih POSITIF serta YAKIN dengan segala PERSAINGAN yang di jalankan secara SIHAT, dimana melalui pemerhatian banyak Syarikat yang di jalankan seperti Ikan Bandaraya ini tidak dapat BERTAHAN LAMA atas sebab-sebab menyalahi Undang-Undang dan juga melibatkan Unsur-Unsur RASUAH.
  • Di Negara Dunia Ketiga seperti Negara-Negara ASEAN, peluang perniagaan yang menjurus kepada Kategori  TEKNOLOGI PERUSAHAAN amat kurang di ceburi, di mana 90% Teknologi maseh lagi di dominasikan oleh Peniaga Asing dari Negara-Negara maju.
editor

No comments:

Post a Comment