Monday, April 18, 2011

REVIEW #13 : MEMAHAMI PROSES PERNIAGAAN - Post #203

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #203


MEMAHAMI PROSES PERNIAGAAN
APAKAH PROSES-PROSES YANG WUJUD DI DALAM SESUATU PERNIAGAAN


APABILA bercakap untuk memulakan sesuatu Perniagaan, semua orang akan beranggapan perkara ini mudah untuk di lakukan, asalkan ada Modal, ada produk atau Perkhidmatan, ada lokasi yang baik, ada Pelanggan sudah bermakna sesuatu Perniagaan itu sudah boleh di katakan BERJAYA di jalankan.


Akan tetapi, ramai Peniaga dan Usahawan terlupa bahawa di dalam Perniagaan akan wujud Proses-Proses PENGEMBANGAN PERNIAGAAN yang harus di lakukan agar setiap perniagaan yang di usahakan itu dapat berjalan dengan lancar serta akan dapat bertahan selama yang mungkin.


Perkara ini juga yang sering menjadi SEBAB mengapa ramai Peniaga dan Usahawan gagal untuk mengekalkan perniagaan mereka untuk jangka masa yang panjang. 
Perkara ini sememangnya tanpak remeh tetapi ia sangat penting bagi sesuatu perniagaan. Cuba perhatikan proses-proses perniagaan ini:-


A...PROSES PENUBUHAN
Proses No.1
  • Memilih sesuatu Produk atau Perkhidmatan yang ingin di jalankan
  • Samaada di buat dengan usaha sendiri atau pun di beli daripada pembuat yang lain
Proses No.2
  • Menilai Potensi Produk atau Perkhidmatan di Mata Masyarakat
  • Mencari Keperluan Produk atau Perkhidmatan di dalam kehendak Pelanggan
  • Meneliti Jumlah Keperluan Produk atau Perkhidmatan tersebut di kalangan Pelanggan
  • Menentukan Potensi Jualan jika di ambil sebagai produk atau Perkhidmatan Perniagaan anda
Proses No.3
  • Menilai Harga Pembelian atau Kos Pembuatan untuk Menetapkan Harga Jualan
  • Menilai Harga Produk atau Perkhidmatan Pesaing di dalam Pasaran sediaada
  • Melakukan Pengubah-Suaian Harga agar sejajar dengan Nilai Pasaran
Proses No.4
  • Mencari Formula atau Strategi Pemasaran dan Penjualan
  • Menilai cara-cara penjualan yang sesuai dengan konsep perniagaan yang ingin di wujudkan
  • Adakah melalui Sistem Pemasaran & Penjualan Konvensional, Jualan langsung, Single level (SLM), Multi Level (MLM), Secara Online (yang pelbagai), Franchise dan lain-lain.
Proses No.5
  • Menentukan Tapak Perniagaan yang telah di sesuaikan dengan Konsep Pemasaran & Penjualan
  • Menentukan Lokasi Tapak Operasi & Kedai atau Kedai-Kedai
  • Melengkapi semua Keperluan Operasi menjadi sebuah Syarikat yang lengkap
Lima (5) Proses yang di sebutkan adalah Perkara-Perkara ASAS sahaja, di mana sesuatu PENENTUAN atau KETETAPAN harus di lakukan sebelum sesuatu perniagaan itu di jalankan. Jika proses-proses tersebut telah lengkap dan mantap serta dapat di lancarkan di pasaran, maka Proses selanjutnya menanti anda.

B...PROSES PENGENDALIAN / OPERASI
Proses No.1
  • Pemantauan Kerja-kerja dan Tanggungjawap harian sebagai Penguasa / Pengurus Perniagaan
  • Dimana Semua kerja-kerja dan tanggungjawap di lakukan secara berdisiplin dan bersistematik menurut sesuatu keperluan tugasan.
  • Proses ini merujuk kepada Diri anda sendiri sebagai Pemilik & Pengurus Perniagaan anda
Proses No.2
  • Melakukan Pemantauan terhadap kerja-kerja dan khidmat yang di berikan oleh Pekerja terhadap tugasan mereka yang harus menurut Piawaian yang di tetapkan dalam Syarikat
  • Memantau Tahap Perkhidmatan daripada Pekerja kepada para Pelanggan
  • Memantau semua lapisan Pekerja melakukan tugas & tanggung-jawap mereka seperti jawatan yang di sandang.
Proses No.3
  • Memastikan segala Pembelian Bekalan Bahan atau Produk di lakukan menurut MASA dan KEPERLUAN yang TEPAT MASA
  • Memastikan pekerja yang di pertanggung-jawapkan melakukan kerja-kerja tersebut dengan penuh dedikasi dan tanggung-jawap.
  • Memastikan Pihak Pembekal atau Pembuat sesuatu Produk yang anda jual memenuhi segala Permintaan yang syarikat anda buat menurut jadual yang di tetapkan.
  • Memastikan tidak wujud Permasaalan dengan pihak-pihak Pembekal samaada daripada Pegawai anda yang bertugas mahupun diri anda sendiri.
Proses No.4
  • Memastikan perjalananan perniagaan berjalan dengan lancar pada setiap hari-hari berniaga
  • Memastikan setiap Pesanan & Tempahan Pelanggan di penuhi dengan penuh hormat & dedikasi
  • Memastikan tidak wujud atau timbul rasa kurang puas hati di kalangan Pelanggan terhadap Taraf Perkhidmatan yang di berikan oleh pekerja-pekerja anda kepada Pelanggan
Proses No.5
  • Memastikan semua Sistem Kewangan di lakukan menurut Kaedah yang BETUL
  • Memastikan Data-Data Kewangan di kemas-kini secara harian mengikut aktiviti perniagaan harian.
  • Memastikan Pegawai yang bertanggung-jawap melakukan kerja dengan sempurna termasuk hal-hal yang berkaitan dengan Pembayaran kepada pihak Pembekal bahan atau Produk
C...PROSES MENANGANI MASAALAH
  • Setiap Masaalah harus di selesaikan menurut Jenis-Jenis yang wujud dan di selesaikan secara ke akar umbi samaada Masaalah Pelanggan mengenai Taraf Perkhidmatan atau Masaalah Pembekal yang lambat menyediakan bekalan lanjutan atau Masaalah Pekerja yang berkaitan dengan Disiplin dan sebagainya
  • Cuba cari penyelesaian secara Muktamad agar setiap Masaalah tidak boleh berulang lagi
  • jangan biarkan sesuatu Masaalah tertunggak atau Tanpa penyelesaian
D...PROSES PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
Bahagian ini sangat perlu untuk di lakukan jika anda berhasrat untuk melihat perniagaan anda itu dapat berkembang pesat di dalam Pasaran, di mana anda perlu untuk melakukan pelbagai Proses Pengembangan Perniagaan yang di sejajarkan dengan KEMAMPUAN dan PERMINTAAN SEMASA.
Apa yang perlu ialah Proses:

Proses No.1
  • Menapak atau Bergerak keluar membawa Perniagaan anda kepada Pasaran yang belum di terokai secara keseluruhan.
  • Proses Menatap Keluar ini bolehdi lakukan secara menggunakan kaedah PENGIKLANAN daripada yang bersifat Konvensional atau pun yang bersifat ONLINE
  • Dimana anda harus sentiasa MEMBERITAHU ORANG RAMAI secara berterusan DIMANA Perniagaan anda itu BERTAPAK dan APAKAH Jenis Produk & Perkhidmatan yang anda tawarkan untuk Pelanggan.
  • Proses ini harus di lakukan berterusan walaupun anda hanya memiliki SEBUAH sahaja KEDAI atau TAPAK OPERASI PERNIAGAAN. 
  • Kerana dengan kaedah pemberitahuan yang berterusan, Orang Ramai akan TAHU dan MENGINGATI di mana perniagaan anda berada dan apakah perniagaan yang anda lakukan.
Proses No.2
  • Setelah Proses No.1 di lakukan dan membuahkan hasil dengan sambutan Orang Ramai yang menggalakkan, anda perlu MENILAI keadaan tersebut dari pelbagai sudut samaada anda perlu untuk MEMBUKA CAWANGAN di tempat-tempat lain bagi mengambil kesempatan daripada POPULARITI yang telah anda Usahakan.
  • Jika sambutan sangat menggalakkan maka perkara tersebut telah MELONJAKKAN daya penghasilan pendapatan perniagaan anda dan anda telah mendapat beberapa Sumber Tambahan Pendapatan yang boleh di guna-pakai untuk MELUASKAN Perniagaan dengan membuka Cawangan melalui Perancangan Kewangan yang untuk Jangkamasa panjang.
  • Jika semua INDIKATOR perniagaan menunjuk kearah keperluan untuk meluaskan Perniagaan, maka anda harus bertindak dengan cepat untuk mengambil Peluang tersebut kerana Peluang-Peluang seperti ini bukan selalu akan wujud atau berlaku. 
  • Hanya dengan usaha yang GIGIH sahaja yang dapat membuka Peluang seperti ini
Proses No.3
  • Dapatkan bantuan Pihak Bank yang anda langgani bagi mendapatkan SOKONGAN KEWANGAN jika anda memerlukan bantuan mereka bagi mewujudkan Peluang Pengembangan seperti yang di kehendaki oleh Permintaan semasa.
  • Pastkan bantuan Kewangan di dalam Kemampuan Perniagaan anda untuk di pertanggung-jawapkan
  • Dan jika anda berjaya mendapatkan bantuan tersebut, cuba lakukan Proses-Proses yang sama seperti yang anda lakukan sebelum ini bagi mengendalikan Cawangan yang kedua, ketiga dan seterusnya.
E...PROSES MELEBARKAN SAYAP PERNIAGAAN
Dengan Kejayaan anda mengembangkan Perniagaan ke Peringkat Cawangan dan jika perniagaan tersebut berjaya di uruskan dengan jayanya, maka pada waktu itu anda sudah boleh untuk memikirkan untuk bagaimana MELEBARKAN SAYAP PERNIAGAAN anda ke peringkat yang lebih luas lagi seperti :
  • Ke Peringkat Seluruh Negeri jika anda bermula di sesebuah Kawasan dalam sesebuah Negeri.
  • Ke Peringkat Seluruh Negara jika anda telah berjaya berkembang di dalam sesbuah Negeri
  • Ke Peringkat Antara Bangsa atau Global jika anda telah berjaya di dalam seluruh Negara
  • Pastikan Pelebaran Sayap Perniagaan seperti ini menggunakan kaedah-Kaedah perniagaan yang bersesuaian dengan sesuatu Kawasan, Negeri atau Negara Pengguna
  • Kerana di setiap Negeri atau Negara Sikap dan Kehendak Pengguna adalah tidak sama KEUTAMAAN dan KUASA MEMBELI mereka.
  • Pastikan anda menggunakan STRATEGI PEMASARAN & PENJUALAN yang TEPAT serta bersesuaian dengan sesuatu keadaan.
  • Kerana Strategi apa yang anda lakukan di dalam perniagaan yang Pertama atau Kedua belum tentu Strategi tersebut berjaya mengulangi Kejayaan dan hasil yang sama di Tempat, Kawasan, Negeri atau Negara yang lain.
ULASAN
Penggunaan STRATEGI PEMASARAN & PENJUALAN yang BERLAINAN di antara sesuatu Tempat, Kawasan, Negeri atau Negara adalah di tentukan oleh :
  1. Sifat, Sikap serta Budaya daripada sesuatu Bangsa Pelanggan
  2. Taraf Pendidikan, Bahasa dan Budaya Pekerjaan mereka
  3. Yang terpenting ialah KUASA MEMBELI mereka berdasarkan kekuatan Ekonomi Pelanggan di Negeri atau Negara yang mereka duduki.
  4. Kerana sebab-sebab tersebut anda perlu tahu untuk MENYESUAIKAN segala STRATEGI bagi mendapatkan HASIL yang bertepatan.
editor

No comments:

Post a Comment