Thursday, April 21, 2011

REVIEW #16 : CEO YANG CEMERLANG - Post #206

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #206


CEO SYARIKAT YANG CEMERLANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA SYARIKAT
APAKAH KRITERIA YANG DI MILIKI OLEH MEREKA.


DEFINASI CEO
  • CHIEF EXECUTIVE OFFICER adalah Orang yang memegang JAWATAN UTAMA di dalam sesebuah Syarikat atau Organisasi di dalam Syarikat-Syarikat Persendirian, Perkongsian, Penggabungan, Anak-Anak Syarikat Kerajaan, Institusi-Institusi Swasta & Kerajaan atau ada yang mengetuai sesebuah Negara seperti di HONG KONG.
  • CEO adalah Orang yang akan membawa sesebuah Syarikat atau Organisasi kepada sesuatu MATLAMAT yang harus di capai menurut VISI & MISI yang di tetapkan.
  • Dimana mereka memegang KUASA untuk menjalankan sesuatu PERANCANGAN dan akan MENGGERAKKAN semua Kakitangan menjalankan segala USAHA secara bersama dan dalam kumpulan.
MAKLUMAT DARI TINJAUAN
  • Maklumat daripada banyak TINJAUAN yang di lakukan oleh pelbagai Institusi terhadap KECEMERLANGAN seseorang CEO telah menunjukkan bahawa sesebuah Syarikat yang BERJAYA mencapai MATLAMAT VISI & MISI PERNIAGAAN mereka, adalah di sebabkan oleh kecemerlangan CEO mereka sendiri di dalam menjalankan segala Tugas & Tanggungjawap.
  • Hasil dari TINJAUAN tersebut menunjukkan bahawa 94% daripada 944 Orang CEO dari pelbagai bidang Perniagaan yang di jadikan bahan kajian telah BERJAYA di dalam membawa Syarikat yang mereka terajui ke tangga KEJAYAAN.
  • Fakta ini cukup kuat untuk mengesahkan bahawa seorang CEO yang BERKEMAHIRAN di dalam segala URUS TADBIR sesebuah Syarikat atau Organisasi adalah sesuatu yang SANGAT PENTING di dalam menjalankan sesebuah perniagaan.
HASIL TINJAUAN
  • Daripada hasil Tinjauan yang di lakukan oleh banyak pihak terhadap Golongan CEO ini, beberapa KRITERIA mengenai seseorang CEO itu dapat di kenal pasti, dan KRITERIA ini menyumbang kepada KEJAYAAN yang mereka hasilkan.
  • KRITERIA ini juga di sebut sebagai ATTITUDE atau SIKAP yang mereka miliki.
APAKAH KRITERIA TERSEBUT?
  • CEO yang Berjaya lebih banyak menghabiskan MASA bekerja mereka dengan LEBIH MENDEKATI Pegawai-Pegawai dan pekerja-Pekerja mereka sendiri daripada Orang Luar
  • CEO yang Berjaya juga banyak melakukan Pemantauan terhadap segala perkembangan perniagaan secara terlibat sama dan tidak membiarkan sesuatu urusan tanpa di pantau.
  • CEO yang Berjaya juga akan sentiasa BERHUBUNG RAPAT dengan para Pegawai atau Kakitangan yang di serahkan Tugas-Tugas Penting menggunakan Alat Perhubungan Canggih bagi tujuan MEMANTAU segala perkembangan dan juga permasaalahan.
  • CEO yang Berjaya juga di dapati amat MENGENALI semua Pegawai, Kakitangan dan Pekerja yang bekerja di dalam Syarikat atau Organisasi yang mereka terajui tanpa mengira jawatan.
  • CEO yang Berjaya juga amat PEKA terhadap KEBAJIKAN & MASAALAH PEKERJA dan sering melakukan pembaikan terhadap Perundangan Syarikat bagi mewujudkan suasana bekerja yang selesa dan aman terhadap semua pekerja.
  • CEO yang Berjaya juga amat mudah di dekati oleh semua Pegawai, Kakitangan dan Pekerja untuk menyampaikan sesuatu Masaalah dan Saranan tanpa mementingkan Protokol Jawatan.
  • CEO yang Berjaya tidak membuang MASA BEKERJA dengan mengerjakan pekerjaan yang tidak bersangkutan dengan urusan syarikat atau peribadi.
  • CEO yang Berjaya juga tidak membuang MASA dengan ORANG LUAR di dalam MASA BEKERJA tanpa ada sesuatu KEPERLUAN untuk Syarikat atau Organisasi yang mereka wakili.
  • CEO yang Berjaya memiliki SIFAT MEMENTINGKAN SYARIKAT atau ORGANISASI yang mereka wakili daripada Kepentingan Peribadi.
  • CEO yang Berjaya amat PEKA terhadap segala Perbelanjaan Syarikat atau Organisasi dan tidak berbelanja di luar kemampuan.
  • CEO yang Berjaya sangat pandai menguasai MASA & KEGUNAAN MASA untuk keperluan Syarikat dan Peribadi, di mana semua Hal-hal Peribadi di lakukan di luar Masa Bekerja termasuk TEMU-JANJI dengan Rakan-Rakan Perniagaan yang tidak melibatkan Hal-Hal Syarikat.
  • CEO yang Berjaya juga di dapati amat CEKAP Memutuskan sesuatu KEPUTUSAN dalam masa yang Singkat tanpa mengundang sebarang Risiko yang besar.
  • CEO yang Berjaya tidak MELIHAT Potensi seseorang daripada SIJIL yang di miliki tetapi MELIHAT mereka dari Sudut KEBOLEHAN & KECEKAPAN melaksanakan Tugas & Tanggungjawap dengan Cemerlang.
  • CEO yang Berjaya juga amat BIJAK mencari PELUANG PERNIAGAAN dengan menggunakan segala KEPAKARAN & KEUPAYAAN yang di miliki oleh Syarikat dan bukan dengan menonjolkan Kecemerlangan Peribadi.
  • Kesemua KRITERIA mengenai SIKAP atau ATTITUDE yang di sebutkan di atas adalah AMALAN-AMALAN yang BIASA di lakukan oleh seseorang CEO yang Berjaya dan yang sangat PEKA terhadap Tugas & Tanggung jawap yang di pegang nya.
JANGAN TERSALAH TAFSIR
Ramai Orang TERKELIRU dengan FAKTA yang mengatakan, KEGAGALAN DI MASA LALU telah MEMBUAT seseorang PENIAGA atau USAHAWAN itu BERJAYA di dalam USAHA seterusnya.
TETAPI, dari SUDUT YANG SEBENAR NYA ialah Mereka BERJAYA kembali daripada KEGAGALAN bukan kerana SEBAB-SEBAB yang membuat mereka GAGAL di perniagaan yang terdahulu.
KERANA FAKTOR mereka GAGAL jika di kumpul segala FAKTA & DATA adalah di sebabkan :
  • Kurang Pengetahuan terhadap APA yang mereka Perniagakan
  • Kurang Sokongan Peniaga-Peniaga lain yang menjadi Rakan Pembekal atau Pembeli
  • Kurang Sokongan yang PADU daripada para Pekerja & Kakitangan
  • Kurang Perancangan yang Sesuai
  • Kurang Sumber Kewangan yang KUKUH untuk memulakan Perniagaan
  • JADI MEREKA GAGAL ATAS SEBAB-SEBAB DI ATAS
MEREKA KEMBALI BERJAYA KERANA :
  • Mereka SUDAH TAHU & FAHAM APA KEKURANGAN Diri mereka sendiri
  • Melalui Kesadaran MENGENAL KEKURANGAN DIRI mereka kembali melakukan dengan Perancangan yang lebih BERINFORMASI terhadap Apa yang Akan Di lakukan.
  • Mereka pada kali ini SUDAH TAHU untuk bagaimana mendapatkan SOKONGAN daripada semua yang terlibat di dalam Perniagaan yang di jalankan.
  • Mereka juga SUDAH TAHU berapa WANG MODAL yang harus ADA untuk terus BERTAHAN di dalam Perniagaan yang di pilih.
  • Mereka juga SUDAH TAHU untuk MENGELAKKAN dari melakukan Perkara-Perkara Yang SALAH atau yang Tidak Sepetutnya Di lakukan dalam Perniagaan.
  • DALAM LAIN PERKATAAN, MEREKA SUDAH MEMAHAMI APA YANG DI PERLUKAN DI DALAM PERNIAGAAN.
ULASAN
  • Oleh kerana sebab-sebab yang di jelaskan seperti di atas, untuk menjadi seorang CEO yang Berjaya membawa sesuatu Perniagaan menemui MATLAMAT yang di sasarkan, sebagai CEO anda perlu mempelajari segala Sudut Perkara yang berkaitan dengan URUS TADBIR PERNIAGAAN dengan lebih TELITI.
  • Sebab-Sebab ini juga menunjukkan RAMAI CEO YANG BERJAYA berusia lebih daripada 40 Tahun keatas dan memiliki sekurang-kurangnya 15- 20 Tahun pengalaman Berniaga atau Menguruskan Perniagaan sebagai Pekerja terlebih dahulu.
  • CEO yang berjaya di Peringkat Usia yang MUDA adalah dari Golongan TECHNOPRENEUR yang berjaya menghasilkan sesuatu Produk Technologi Tinggi dan IT yang bermula di dalam PENCIPTAAN
  • Contoh nya seperti pengasas MicroSofts dan Facebook
editor

No comments:

Post a Comment