Monday, July 04, 2011

KESAN TINDAKKAN KERAJAAN DALAM ISU BERSIH 2.0

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #328


KESAN TINDAKKAN KERAJAAN DALAM ISU BERSIH 2.0
APA KESAN TERHADAP PASARAN GLOBAL


PENERIMAAN PASARAN GLOBAL - 2011
  • Para Pemerhati & Penganalisa Politik dan Ekonomi Dunia sedang mengikuti dengan TELITI semua perkembangan yang berlaku di dalam Negara Malaysia dengan memberikan PENELITIAN yang khusus kerana ia amat berkaitan dengan Program Transformasi Ekonomi yang di Usahakan oleh Kerajaan Malaysia.
  • Semua PENGANALISA Politik & Ekonomi ini secara LAZIM nya memberikan Pemerhatian terhadap Setiap langkah Kerajaan di dalam menangani ISU BERSIH dan ISU-ISU yang di timbulkan di dalam Persidangan dalam Parlimen Negara.
  • Kerana setiap LANGKAH atau TINDAKKAN yang di ambil oleh Pihak Kerajaan akan memberikan IMPAK atau KESAN BALAS di dalam Keadaan Politik dan Keadaan Ekonomi Negara, samaada akan memberikan Impak yang BURUK atau yang BAIK.
ANALISA TERKINI
  • Negara Malaysia di anggap oleh PENGANALISA sebagai SEDANG MENGHADAPI KRISIS DALAMAN di antara Kerajaan dengan Rakyat Umum.
  • Dimana Kerajaan Malaysia melakukan Dua (2) perkara yang BERTENTANGAN dalam SATU MASA dan Tindakkan tersebut di Istilahkan sebagai KETIDAK-TENTUAN dalam KEPIMPINAN.
APAKAH KETIDAK-TENTUAN KEPIMPINAN
PERTAMA
  • Perlaksanaan ETP - Economy Transformation Program yang di lancarkan untuk MEMBAWA MALAYSIA ke taraf NEGARA MAJU pada Tahun 2020
  • Melalui 9 NKRA yang di kenal-pasti sebagai Bahagian-bahagian yang perlu di beri perhatian penuh dalam program Transformasi Ekonomi Negara.
  • Dan melancarkan pelbagai Kempen-Kempen PENERANGAN untuk Rakyat dan Para Pelabur dari Dalam dan Luar negara secara POSITIF.
  • Dengan MENCERMINKAN KEBIJAKSANAAN, KECEKAPAN, KEPERIHATINAN KERAJAAN yang memerintah di mata Rakyat dan Dunia
KEDUA
  • Dalam masa yang sama, Kerajaan yang memerintah juga MELANCARKAN KEMPEN MEMERANGI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 yang di anjurkan oleh Badan Guaman dan di sokong oleh Umum termasuk oleh parti-Parti Pembangkang.
  • Dan dalam Kempen Memerangi & Menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0 ini, Pihak Kerajaan telah MELAKUKAN Perkara-Perkara yang BERTENTANGAN dengan Kempen untuk ETP yang telah Menggambarkan Kerajaan yang Memerintah sekarang memiliki DUA (2) WAJAH iaitu BURUK & BAIK.
KESAN-KESAN NYA
  • Bukan sahaja RAKYAT yang KELIRU dengan DUA WAJAH KERAJAAN yang memerintah sekarang, tetapi para Penganalisa Politik & Ekonomi di seluruh Dunia juga KELIRU dengan PENDIRIAN yang di ambil oleh Kerajaan Pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
  • Pada Rakyat Umum mereka akan memberikan TENTANGAN pada SIKAP Kerajaan yang MENGHALANG TUNTUTAN BERSIH 2.0 walau pun telah di ANCAM dengan pelbagai Tindakkan Polis dan Undang-Undang.
  • Tetapi bagi Penganalisa Politik & Ekonomi pula, mereka akan MENASIHATI Para PELABUR yang berkaitan dengan mereka supaya MENJAUHKAN DIRI dari melakukan PELABURAN di dalam Negara Malaysia dalam masa sekarang di sebabkan oleh KETIDAK-STABILAN POLITIK DALAM NEGARA.
  • Dan perkara ini sudah berlaku dimana SERUAN KERAJAAN untuk MEYAKINKAN PELABUR untuk datang bekerja sama di dalam Program ETP di sambut DINGIN di dalam Pasaran Antarabangsa.
  • KESAN tersebut telah memberikan IMPAK YANG BESAR di dalam KEMAJUAN Program ETP.
TAKRIFAN PENGANALISA
  • Mereka menganggap KEPIMPINAN di bawah Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak dari Kerajaan parti UMNO / BN sebagai TIDAK MATANG dalam menangani ISU POLITIK di dalam Negara dan menggunakan STRATEGI yang SALAH sehingga MEROSAKKAN PELUANG di dalam PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA.
  • Walaupun di dalam Negara Malaysia memiliki ramai Cerdik pandai dan Pakar-Pakar Ekonomi yang berwibawa tetapi Pandangan dan Nasihat Golongan Profesional ini tidak di ambil Perhatian yang serius oleh Pihak Kerajaan di dalam menentukan Tindakkan Politik.
  • Dan terlalu banyak "SUARA-SUARA" dari dalam Parti KOMPONEN BN yang "Bersuara" hanya untuk KEPENTINGAN PARTI masing-masing sehingga Parti UMNO yang menjadi TERAJU terpaksa AKUR dengan Tuntutan mereka supaya tidak KEHILANGAN MAJORITI MEMERINTAH.
  • Dan inilah KELEMAHAN SEBENAR di dalam KERAJAAN BARISAN NASIONAL dan menjadi MASAALAH UTAMA kepada Parti UMNO.
  • Penganalisa juga memberikan PENDAPAT bahawa Kerajaan di bawah Kuasa UMNO Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telah TERTEKAN di antara MASAALAH di dalam Persepaduan Parti Barisan Nasional yang mula Goyah, dan di beratkan dengan Kepimpinan dalam Parti UMNO sendiri yang di tangguhkan serta di tambah dengan ISU BERSIH 2.0 dan MASAALAH KEGAGALAN Kerajaan beliau untuk berkhidmat Cemerlang dalam hal-Hal Politik dan Ekonomi Negara Malaysia. Termasuk pelbagai TEKANAN yang di berikan oleh Parti-Parti Pembangkang kepada beliau dalam ISU-ISU SALAH-LAKU.
APA YANG PERLU PERDANA MENTERI LAKUKAN
PERTAMA
  • Melakukan TRANSFORMASI POLITIK di dalam UMNO dan juga BARISAN NASIONAL.
  • Menyelesaikan SEMUA MASAALAH secepat mungkin dengan PENDEKATAN yang TEPAT & BETUL serta TELUS.
  • Menyatu-padukan semua lapisan Rakyat Umum dan semua Parti-Parti Politik untuk menjayakan Program Transformasi Ekonomi dengan MENGENEPIKAN IDEOLOGI POLITIK dan bekerja secara SATU PASUKAN.
KEDUA
  • Bersikap lebih TERBUKA atau TOLERAN terhadap Parti-Parti Pembangkang dengan melakukan lebih BANYAK PERBINCANGAN dan KERJASAMA yang boleh memberikan MANFAAT kepada RAKYAT & NEGARA.
  • Dan hapuskan Sikap MEMUSUHI Parti Pembangkang kerana mereka Wujud atas dasar DEMOKRASI.
  • Serta Mengembeling dan Menggunakan segala SUMBER & KEPAKARAN dari semua PARTI untuk MEMAJUKAN NEGARA.
BOLEH KAH INI DI LAKUKAN?
  • Jika seseorang PEMIMPIN itu BIJAK & MATANG di dalam PENGURUSAN NEGARA, mereka tidak akan nampak MASAALAH BESAR untuk melaksanakan nya.
  • Kerana semua jenis RINTANGAN adalah dalam Bentuk Ideologi dan Persepsi yang di perjuangkan TETAPI semua bentuk KEBAIKAN dari HASIL KERJA yang di capai adalah TANGGUNG JAWAP yang perlu di jalankan dan di tempuh dengan Kebijaksanaan memimpin.
  • Jika Kebijaksanaan dapat di lakukan dengan Tepat & Betul menurut Etika Tadbir & Urus Hal Ehwal Negara, maka Masaalah yang di lihat Besar akan menjadi Kecil dan Mudah di selesaikan.
KERANA ITU
  • KERAJAAN yang memerintah sekarang HARUS KEMBALI kepada MATLAMAT ASAL yang MAHU membangunkan MALAYSIA sebagai Negara MAJU pada Tahun 2020.
  • Dengan memberi TUMPUAN 1001% kepada MATLAMAT tersebut dengan menarik semua SOKONGAN dari SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
editor

No comments:

Post a Comment