Thursday, July 07, 2011

ISU BERSIH: APA PENDAPAT PEMERHATI POLITIK LUAR

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #333


ISU BERSIH: APA PENDAPAT PEMERHATI POLITIK LUAR
ADAKAH ANDA BERFIKIR DARI SUDUT YANG SAMA


PERUTUSAN EDITOR
  • Ini adalah RUMUSAN yang saya dapati daripada hasil Perbincangan Tidak Rasmi dengan Rakan-Rakan Penganalisa Politik dan Ekonomi dari Luar Negara.
  • Terhadap Perkembangan ISU BERSIH 2.O yang sedang melanda Negara Malaysia beberapa minggu ini.
  • Dan semua Pendapat yang di bentangkan ini adalah Pendapat Peribadi mereka dan tidak di siarkan di mana-mana Media Cetak atau pun Elektronik kerana semua Pendapat ini adalah Permintaan daripada saya sendiri sebagai Editor TIPsNIAGA.COM
  • Dimana secara Peribadi juga, saya bersependapat dengan segala pandangan melalui penganalisaan mereka terhadap ISU BERSIH 2.O ini.
  • Dengan itu, ULASAN mengenai ISU BERSIH 2.O selepas PERKENAN Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong Malaysia di tulis, di olah dan di sampaikan menurut Sudut Kefahaman saya sendiri sebagai Editor TIPsNIAGA.COM
RUMUSAN DARI PENDAPAT
  1. Rata-rata semua berpendapat bahawa KERAJAAN MALAYSIA yang di Terajui oleh Parti UMNO/BN telah mengambil "Political Decision" dengan JALAN PALING BAHAYA dengan MENENTANG PERHIMPUNAN BERSIH 2.O
  2. Cuba MEMBATALKAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.O dengan pelbagai KAEDAH
  3. TIDAK DEMOKRASI menurut PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  4. SENGAJA MEMUTAR-BELITKAN FAKTA TUNTUTAN.
  5. MEMBURUKKAN PENTADBIRAN KERAJAAN SENDIRI
HURAIAN LANJUT
PERKARA 1
  • "Political decision" yang di ambil oleh Pihak Kerajaan Malaysia di katakan sebagai JALAN PALING BAHAYA kerana Pihak Kerajaan MEMILIH untuk "BERPERANG" dengan TUNTUTAN DEMOKRASI yang di kemukakan oleh BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
  • Langkah ini bermakna Kerajaan Malaysia TIDAK BERSETUJU serta MENENTANG semua TUNTUTAN supaya semua JENTERA KERAJAAN lebih TELUS, lebih JUJUR dan lebih BEBAS dari semua AMALAN RASUAH dan SALAH-GUNA KUASA.
  • Tindakkan Kerajaan Malaysia ini boleh MENCETUSKAN KETIDAK-TENTERAMAN di dalam Negara yang boleh berubah daripada PERHIMPUNAN RAKYAT kepada DEMONSTRASI RAKYAT.
PERKARA 2
  • Dengan PERKENAN DYMM YDPA dan KESEDIAAN Perdana Menteri untuk MEMBENARKAN PERHIMPUNAN di adakan di dalam STADIUM secara AMAN, maka Pihak Penganjur telah BERSETUJU untuk MENGALIHKAN Perhimpunan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur ke dalam STADIUM.
  • TETAPI, Jentera Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri, Pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara TIDAK MERESTUI Perhimpunan tersebut di adakan kerana di sifatkan Pihak Badan Penganjur TIDAK SAH kewujudan nya di Sisi Undang-Undang Pertubuhan.
  • Dan maseh menganggap Perhimpunan BERSIH 2.O yang akan di adakan sebagai PERHIMPUAN HARAM
  • Sehubungan dengan itu, Penguat-Kuasaan POLIS di perhebatkan yang di dasarkan dari Sudut Pengharaman.
PERKARA 3
  • Semua LANGKAH dan TINDAK-TANDUK dari Pihak Kerajaan Malaysia ini di lihat BERTENTANGAN dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Dan juga BERTENTANGAN dengan WATIKAH yang di keluarkan oleh DYMM YDPA Malaysia untuk membenarkan PERHIMPUAN BERSIH 2.O di jalankan secara AMAN.
PERKARA 4
Pihak Kerajaan juga di lihat MEMUTAR-BELITKAN ISU TUNTUTAN BERSIH 2.0 dengan MELABELKAN nya sebagai
  • Tidak Demokrasi
  • Tuntutan Melampau
  • Tuntutan Ber-Agenda Komunis
  • Tuntutan Politik yang Berselindung di sebalik NGO
  • Tuntutan yang MENGHASUT Rakyat untuk Menentang Kerajaan
  • Pihak Penganjur sebagai Alat Agen Negara Luar untuk menghuru-harakan Malaysia
  • Dan pelbagai lagi TUDUHAN-TUDUHAN terhadap Penganjur dan TUNTUTAN yang di kemukakan.
PERKARA 5
  • Dengan semua TINDAK-TANDUK yang di lakukan oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah, telah menunjukkan dengan jelas bahawa Kerajaan UMNO/BN Tidak Bersetuju langsung (100%) dengan 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O agar Kerajaan berlaku dan bersifat ADIL dan TELUS di dalam MENTADBIR NEGARA.
  • Secara LANGSUNG, Tindakkan tersebut telah MEMBURUKKAN NAMA BAIK KERAJAAN UMNO/BN itu sendiri DI MATA Masyarakat Dunia yang sedang MEMERHATI pergolakkan ini dengan TELITI.
  • Dan Kerajaan UMNO/BN telah MENGHAKIS segala KEPERCAYAAN RAKYAT dan MASYARAKAT DUNIA dengan Tindakan-Tindakan yang mereka lakukan sendiri.
SAYA MASIH BERPENDAPAT
  • Secara Peribadi, saya masih berpendapat bahawa segala TINDAKKAN Pihak Kerajaan Malaysia ini sebagai SALAH LANGKAH.
  • Walau pun di Mata Kerajaan TUNTUTAN BERSIH 2.O ini sebagai SALAH atau KETERLALUAN di dalam mendesak kerajaan untuk bersikap TELUS tetapi KAEDAH atau CARA yang di gunakan itu adalah TIDAK BERTEPATAN LANGSUNG dari SEGI POLITIK KENEGARAAN.
  • Dan saya juga masih berpendapat bahawa KECEKAPAN untuk menangani ISU BERSIH 2.O adalah sangat LEMAH serta BERTENTANGAN dengan ISU yang sebenar.
  • Juga PENDIRIAN PERDANA MENTERI juga di lihat TIDAK KONSISTEN dan SERING BERUBAH-RUBAH menurut TEKANAN dalam PARTI.
PERSOALAN
  • Jika TUNTUTAN BERSIH 2.0 telah CUKUP JELAS AGENDA TUNTUTAN nya, kini PERSOALAN mengenai AGENDA Pihak KERAJAAN untuk MENGHALANG secara MATI-MATIAN itu DI PERSOALKAN.
  • Dimana telah BANYAK SARANAN dan NASIHAT serta BUAH FIKIRAN dari banyak Pihak kepada KERAJAAN untuk bagaimana menangani ISU BERSIH 2.O dari Sudut Tindakkan yang SELAMAT tidak di beri perhatian yang khusus oleh Perdana Menteri.
  • Dan masih BERTERUSAN menganggap TUNTUTAN BERSIH 2.0 sebagai PENCETUS KETENTERAMAN NEGARA.
  • Oleh itu, APAKAH YANG DI TAKUTI oleh KERAJAAN UMNO/BN ini dari SUDUT BIDANG KUASA.
  • Dimana KETAKUTAN dan KERAGUAN untuk MEMENUHI TUNTUTAN BERSIH 2.O seolah-olah akan MENUMBANGKAN KERAJAAN UMNO/BN.
WALHAL TUNTUTAN BERSIH 2.O INI CUKUP MUDAH
  1. Bersihkan Senarai Undi
  2. Mereformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Masa Kempen Minima 21 hari
  5. Akses Media Yang Bebas dan Adil
  6. Kukuh kan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
DIMANA
TIDAK WUJUD satu TUNTUTAN pun yang MENDESAK Pihak Kerajaan UMNO/BN ini untuk :

  • MELETAK JAWATAN atau yang 
  • MENGANCAM untuk MERAMPAS KUASA KERAJAAN atau
  • MEMAKSA KERAJAAN untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan PERLEMBAGAAN NEGARA atau
  • MEMAKSA untuk DERHAKA kepada YANG DI PERTUAN AGONG.
Sebagai RAKYAT UMUM anda FIKIR-FIKIRKAN KERASIONALAN ISU BERSIH 2.O dengan Fikiran yang TERBUKA dan dari SUDUT PEMIKIRAN yang lebih LUAS.

editor

No comments:

Post a Comment