Friday, July 22, 2011

ISU FRANCHISE: BANYAK KEGAGALAN UNTUK BERTAHAN BERLAKU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #352


ISU FRANCHISE: BANYAK KEGAGALAN BERTAHAN BERLAKU
APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN NYA


FRANCHISE DI MALAYSIA

  • Seawal Tahun 2011 ini, satu demi satu Perniagaan yang di jalankan melalui Konsep FRANCHISE menemui KEGAGALAN untuk bertahan di dalam PASARAN SEMASA.
  • Walaupun ANGKA KEGAGALAN tersebut maseh belum di TAHAP GENTING tetapi itu sudah cukup untuk memberikan PERTANDA bahawa SUATU FENOMENA telah wujud di dalam Sekmen Perniagaan Franchise.
  • Di tambah lagi dengan KEMEROSOTAN EKONOMI yang sedang mula melanda di dalam Negara seperti yang di jelaskan di dalam Post #351
FRANCHISE JENIS APA YANG TERJEJAS TERUS.
  1. PERUNCITAN BARANG KEPERLUAN ASAS
  2. PERUNCITAN PERKHIDMATAN & AKSESSORI
  3. RESTORAN PENYEDIAAN MAKANAN SEGERA (QSR)
FAKTOR PENYEBAB KEGAGALAN BERTAHAN
PERTAMA
  • GAGAL untuk BERSAING dari Sudut HARGA JUALAN yang di Tawarkan dengan Kedai-kedai yang bukan Berkonsepkan Franchise
  • Dimana Pengguna / Pembeli dapat MEMBEZAKAN harga-harga jualan yang di tawarkan itu LEBIH MAHAL walaupun dari kategori BARANGAN yang SAMA.
KEDUA
  • KOS OPERASI yang TINGGI yang sukar DI SERAP oleh Para Franchisee seperti yang di persetujui di dalam PERJANJIAN.
  • Kekurangan Pelanggan untuk menyokong segala KOS OPERASI PERNIAGAAN
KETIGA
  • KURANG atau TIADA SOKONGAN PADU daripada Pihak Franchisor kepada Pihak Franchisee di dalam Perkara yang melibatkan Pemasaran & Penjualan selepas beroperasi.
  • TIDAK WUJUD langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi sesuatu MASAALAH dari kedua-dua belah Pihak
KEEMPAT
  • LOKASI atau TAPAK PERNIAGAAN yang Tidak Sesuai dengan Jenis perniagaan yang di lakukan
  • Atau Berada di LOKASI PESAING yang berkonsepkan HARGA MURAH.
KELIMA
  • KEKURANGAN PROMOSI dan IKLAN secara berterusan untuk MEMANTAPKAN JENAMA PERNIAGAAN atau PRODUK
  • JIKA ADA pun hanya di SASARKAN di Kawasan-Kawasan atau pada Waktu-Waktu yang tertentu sahaja.
PUNCA UTAMA FAKTOR TERSEBUT IALAH
Pihak FRANCHISOR sebagai Pemilik & Pemegang HAK UTAMA Jenama dan Perniagaan itu:
  • GAGAL untuk melakukan "Market Survey" atau "Tinjauan Pasaran" yang Tepat & Betul, samaada di lakukan sendiri atau pun melalui Syarikat-Syarikat KONSULTAN.
  • GAGAL untuk "Menetapkan Harga Sesuai" untuk Perniagaan dan Pengguna/Pembeli dengan melakukan "Keputusan yang Salah"
  • GAGAL untuk MEMANTAPKAN PENJENAMAAN terhadap PRODUK & PERNIAGAAN melalui penggunaan Proses PENGIKLANAN yang LEMAH
  • GAGAL untuk MENGENAL-PASTI SUASANA PASARAN SEMASA dan lantas GAGAL untuk bertindak dengan Tepat & Betul.
  • GAGAL untuk Mentadbir & Mengurus Perniagaan Franchise melalui Konsep B2B atau Business To Business di dalam memberikan KEUTAMAAN atau PRIORITY.
  • GAGAL untuk MENGUBAH-SUAI STRATEGI dan terus berpegang kepada PERANCANGAN ASAL atau Blue Print Perniagaan walaupun SUASANA PERNIAGAAN tidak menjadi seperti yang di harapkan.
SIAPA PEMILIK FRANCHISE UTAMA TERSEBUT
Lebih 90% daripada PEMILIK utama Perniagaan Franchise tersebut di miliki oleh:
  • RAKYAT Tempatan
  • JENAMA Tempatan
  • Dan MENGADAPTASIKAN Konsep Franchise Barat.
  • Yang kebanyakan nya pula di lakarkan oleh Konsultan-Konsultan Tempatan
APAKAH MAKSUD SEMUA  PENJELASAN INI
FRANCHISEE
  • Mudah Cepat Terpengaruh dengan Segala MAKLUMAT yang di dengar melalui Sisi-Sesi Taklimat yang di sediakan oleh Pihak Franchisor dan Konsultan sewaktu ingin memilih Jenis Franchise.
  • Serta Kurang atau Tidak melakukan PENYELIDIKAN sendiri terhadap semua Maklumat yang di berikan
  • Mudah Terpengaruh dengan segala Fakta & Data Perniagaan Pemilik Utama atau Franchisor dan serta membayangkan Kejayaan Segera.
FRANCHISOR
  • Terlalu GHAIRAH untuk Mengembangkan Perniagaan melalui POTENSI di dalam Konsep FRANCHISE
  • Sedangkan Perniagaan yang sediaada maseh belum KUKUH & MANTAP dalam PASARAN.
  • Sering meletakkan Penuh Kepercayaan kepada Pihak Konsultan untuk Melakar dan Menetapkan Dasar, Polisi dan Strategi Perniagaan tanpa memiliki Kemahiran, kepakaran dan pengetahuan yang di Miliki oleh Organisasi Sendiri.
  • Mementingkan Soal Keuntungan dan Jenama daripada Soal-Soal TADBIR-URUS PERNIAGAAN yang melibatkan Ramai Usahawan lain secara perniagaan yang Berkoperasi.
KONSULTAN
  • Sering Mementingkan HASIL JUALAN atau SALES TARGET untuk Syarikat Sendiri daripada memberi kepentingan kepada Kepentingan Perniagaan Pelanggan
  • Dimana Ramai Konsultan hanya akan berusaha untuk membantu Franchisor di Peringkat Permulaan sahaja di dalam Hal-Hal memberi Penerangan kepada bakal-bakal Franchisee, Permohonan Lesen-Lesen dan Melancarkan Kelulusan dengan Pihak Kerajaan.
  • Memiliki Pengetahuan & Kepakaran yang Terbatas tetapi banyak melakukan Perkhidmatan yang melebihi Batas Pengetahuan dan Kepakaran yang di miliki.
KERAJAAN
Di lihat mengambil Pendekatan atau Jalan Mudah seperti:-
  • Meletakkan semua Tugas & Tanggung Jawap kepada MFA dan PNS dan mengharapkan Semua Pegawai dapat melakukan hanya mengikuti LANDASAN yang telah DI TETAPKAN.
  • Dan meletakkan beberapa Orang Menteri dan Pegawai Tinggi Kerajaan sebagai PEMANTAU dan PENASIHAT bukan sebagai PENCETUS MINDA tetapi lebih berfungsi sebagai PENYEKAT KEMAJUAN dan PERKEMBANGAN Perniagaan kerana mereka JARANG Berfungsi di dalam Peranan yang di berikan.
  • MFA dan PNS pula lebih kepada PERANAN sebagai PENDAFTAR dan PENYEDIA LESEN dan lebih banyak memberikan TUMPUAN kepada Pihak FRANCHISOR daripada Pihak FRANCHISEE di dalam banyak HAL atau PERKARA.
  • Dimana DASAR-DASAR KERAJAAN di beri KEUTAMAAN walaupun ada di antara Dasar-Dasar tersebut Tidak Relevan dengan Suasana Perniagaan Semasa.
CONTOH (sebagai Rujukan)
Satu Hidangan Nasi Bryani untuk Dua Orang yang di jual di sebuah FRANCHISE seperti berikut yang berada di Kawasan Perniagaan Awam.
  • Nasi Bryani x 2 Pinggan
  • Seketul Daging Kambing Masak Rendang
  • Seketul Daging Ayam (peha) Masak Merah
  • Segelas Air TEH TARIK
  • Segelas Air FRESH JUS
  • Di kenakan Harga Sebanyak RM38.00
  • MUTU MAKANAN & PREMIS bertaraf BIASA.
ULASAN
  • Jika anda pergi makan Nasi Bryani yang sama Taraf di Restoran Bryani yang BUKAN FRANCHISE, BIL untuk SET MAKANAN & MINUMAN yang SAMA hanya sekitar RM20.00 -24.00 sahaja
  • Dan itu bermakna, di Restoran BRYANI yang telah di FRANCHISE ini bernilai 34% - 36% Lebih Mahal dari HARGA PASARAN untuk Jenis Makanan dan Mutu yang SAMA
  • Oleh itu, adalah Tidak Bijak untuk menetapkan Harga Jualan dengan Harga yang melebihi Nilai Pasaran Semasa.
  • TERKECUALI jika Perniagaan Restoran tersebut di lakukan di dalam HOTEL-HOTEL 5 BINTANG dengan FULL SERVICES.
OLEH YANG DEMIKIAN
  • Pihak-Pihak yang terlibat HARUS melakukan PENELITIAN SEMULA terhadap SEMUA STRATEGI PERNIAGAAN sediaada jika mahu terus KEKAL dan BERTAHAN LAMA di dalam Dunia Perniagaan.
  • HAK CIPTA atau PRODUCT TRADEMARK bukan ALASAN untuk MELETAKKAN HARGA MAHAL jika maseh belum dapat untuk memiliki "Customer Base' yang KUKUH
  • Dan KONSEP FRANCHISE sebenar nya BUKAN LESEN untuk MENJADIKAN PRODUK anda itu DI JUAL MAHAL atau MENJADI SERTA MERTA TERKENAL.
Editor

****Sila Rujuk di bahagian Post TIPs PERNIAGAAN untuk mendapatkan maklumat perniagaan lanjut

No comments:

Post a Comment