Tuesday, July 12, 2011

ISU BERSIH: TAHNIAH DAN TAKZIAH KEPADA SEMUA PESERTA BERSIH 2.O

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #341


ISU BERSIH: TAHNIAH DAN TAKZIAH KEPADA SEMUA PESERTA BERSIH 2.O
WALAU DIMANA ANDA BERADA


PERUTUSAN KHAS EDITOR TIPsNIAGA.COM

  • Selepas 24 JAM PERHIMPUNAN BERSIH 2.O berakhir, saya mengambil masa tersebut untuk MENELITI semua VIDEO dan LAPORAN yang di siarkan melalui pelbagai MEDIA AKHBAR dan BLOG samaada dari PESERTA BERSIH, Anggota Pihak Penganjur, Anggota Parti Pembangkang dan Anggota Masyarakat yang Pro-UMNO/BN
  • Juga termasuk UCAPAN dari Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Pihak Polis mengenai Sudut pandangan dan penilaian mereka terhadap PERHIMPUNAN BERSIH 2.
  • Kerana Pihak Kerajaan yang Memerintah tidak mahu MENGIKTIRAF PERHIMPUNAN BERSIH 2.O sebagai SAH DI SISI UNDANG-UNDANG dan melabelkan nya sebagai HARAM maka saya mengambil kesempatan ini untuk MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TAKZIAH kepada SEMUA PESERTA dan PENGANJUR BERSIH 2.O bagi Pihak Rakyat MALAYSIA yang sependapat dan juga Masyarakat Dunia.
UCAPAN TAHNIAH 
  • Kepada Pihak Penganjur BERSIH 2.O yang sanggup dan berani menghadapi segala RINTANGAN untuk menjayakan PERHIMPUNAN BERSIH 2.O ini bukan sahaja di dalam Negara tetapi di Luar negara secara Serentak.
  • Sesungguh nya KEPRIHATINAN Pihak Penganjur yang di sertai oleh 62 Buah NGO untuk MENEGAKKAN SISTEM KETELUSAN di dalam URUS-TADBIR NEGARA amat bermakna kepada RAKYAT MALAYSIA
  • Yang bukan sahaja untuk Kebaikan Masa kini tetapi untuk MASA HADAPAN NEGARA MALAYSIA!!!.
UCAPAN TAKZIAH
  • Kepada Seluruh Keluarga Peserta BERSIH 2.O Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia pada Hari Perhimpunan. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat dan Hidayah ke atas ROH beliau dan di tempatkan di kalangan Orang-Orang yang Solehin. - Al Fateha untuk Allahyarham
  • Juga kepada Semua Peserta yang TERCEDERA dan yang TERTANGKAP di dalam Operasi Pihak Polis di hari tersebut.
  • Sesungguh nya segala PENGORBANAN anda semua tidak menjadi sia-sia kerana telah terakam di dalam SEJARAH Negara Malaysia di dalam PERJUANGAN MENUNTUT DEMOKRASI serta BERFIKIRAN JAUH.
SEBAGAI PEMERHATI BEBAS
  • Sebagai Pemerhati Bebas, secara peribadi saya MENYOKONG TUNTUTAN BERSIH 2.O kerana TUNTUTAN BERSIH 2.O ini adalah MUNASABAH dan TIDAK BERCANGGAH dengan PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA.
  • Juga tidak BERTENTANGAN dengan UNDANG-UNDANG NEGERI atau NEGARA kerana melakukan 8 TUNTUTAN tersebut.
  • Dimana Pihak Penganjur telah MENELITI segala PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA secara teliti sebelum melakukan sebarang TUNTUTAN
  • Dan KREDIBILITI mereka yang MELAKAR 8 TUNTUTAN tersebut juga adalah PROFESIONAL sejajar dengan ILMU PERUNDANGAN yang mereka mahir.
  • 8 TUNTUTAN tersebut juga TIDAK BERMOTIFKAN POLITIK seperti mana Anggapan Pihak Kerajaan yang Memerintah
SYABAS KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
  • Di atas Keperihatinan DYMM terhadap Nasib Rakyat yang sangat Mendalam, walaupun DYMM TUANKU terpaksa Melanggar Protokol sebagai Yang Di Pertuan Agong dengan mengeluarkan TITAH tanpa melalui Nasihat Perdana Menteri mengenai ISU BERSIH 2.O ini.
  • Sebagai MAKLUMAN, DYMM TUANKU sebenarnya telah TIGA (3) KALI memanggil Perdana Menteri untuk datang Mengadap untuk Membincangkan ISU tindakkan-tindakkan Kerajaan TERHADAP ISU BERSIH 2.O yang di lihat sebagai keterlaluan TETAPI Perdana Menteri tidak datang mengadap TUANKU.
  • Disebabkan oleh kejadian tersebut lah yang memaksa DYMM TUANKU mengeluarkan TITAH dengan MENASIHATKAN kedua-dua Pihak supaya menyelesaikan nya dengan cara yang aman untuk mengelakkan perkara-perkara buruk daripada berlaku.
  • Perdana Menteri HANYA datang mengadap apabila beliau mengetahui Anggota Pihak Penganjur BERSIH 2.O di jadualkan untuk mengadap DYMM TUANKU pada hari ISNIN 4hb July 2011 dan beliau MEMINTAS Masa Pertemuan tersebut. (boleh di siasat dengan Pihak Istana jika mahu)
  • Saya faham jika Pihak UMNO/BN dan yang Pro-UMNO/BN menganggap maklumat ini sebagai PALSU atau FITNAH tetapi KENYATAAN yang sebenar tidak boleh di ubah oleh sesiapa juga pun.
SEBAGAI PENGAMAL ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN
  • Saya maseh PERCAYA dan YAKIN Pihak Kerajaan yang Memerintah MENGAKUI KEBENARAN 8 TUNTUTAN BERSIH sebagai RASIONAL
  • TETAPI TERIKAT dengan PEGANGAN KONSERVATIF PARTI UMNO semenjak UMNO di tubuhkan semenjak 65 tahun yang lalu dimana maseh ramai lagi Pendukung Asal UMNO hidup hingga ke hari ini.
  • Saya juga YAKIN dan PERCAYA Pihak pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak BOLEH melakukan TRANSFORMASI POLITIK seperti di dalam 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O tersebut kerana 8 TUNTUTAN tersebut sebenar nya WUJUD di dalam PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI yang di lakar dan di usahakan oleh Dato' Seri IDRIS JALA dari PEMANDU.
  • Saya merasa YAKIN yang Perdana Menteri MENGAKUI KERELEVANAN TUNTUTAN BERSIH 2.O kerana Perdana Menteri juga mendapat PENDIDIKAN di dalam Jurusan Industrial Economy dari University of Nottingham yang terkemuka di England.
PENGHARAPAN UNTUK NEGARA MALAYSIA
  • Semoga Semua RAKYAT MALAYSIA dari berbilang Kaum, Bangsa, Agama serta Ideologi Politik dapat berganding bahu serta menumpukan Perhatian di dalam PEMBANGUNAN EKONOMI RAKYAT dan NEGARA MALAYSIA secara BERSAMA.
  • Kerana ini adalah AGENDA NASIONAL YANG SEBENAR yang perlu DI PERTANGGUNG JAWAPKAN oleh Semua RAKYAT hingga kepada AHLI-AHLI POLITIK TANAH AIR.
  • Dan DI HARAP dapat DI HENTIKAN segala POLITIK KOTOR dan SEMUA PERANG SARAF POLITIK yang berlaku sekarang, kerana TIDAK AKAN dapat membantu RAKYAT untuk meningkat Taraf Ekonomi mereka melalui perbuatan tersebut.
WASSALAM KEPADA SEMUA PEMBACA!
Editor TIPsNIAGA.COM
DrSoul Loren

No comments:

Post a Comment